Nota Emas & Kewangan Hamirul Hafizal
577 subscribers
2.61K photos
358 videos
1 file
750 links
Channel ini di host sendiri oleh Hamirul Hafizal yang merupakan Star Founder Master Dealer Public Gold.

Berpengalaman membimbing lebih 2500 penyimpan emas dari dalam dan luar negara.

"Save gold today, it will save you tomorrow"

hamirulhafizal.com
Download Telegram
Seram tengok harga emas sekarang.

Tapi bila ada ilmu, kita tak pernah rasa seram dengan harga. Harga emas lagi 3 - 5 tahun confirm lebih seram dari harga sekarang.

Yang seramnya kalau tabungan kita tak bertambah. #TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas
PETANDA PENYIMPAN EMAS YANG BERJAYA!

Selfish kalau simpan ilmu emas ni sorang-sorang.

Banyak orang fikir dia tahu sangat pasal emas, tapi hakikatnya keadaan kewangan dia tak menunjukkan dia ada ilmu tentang emas.

Orang yang betul-betul tahu pasal emas, selalunya dia tak ada masalah tentang simpanan.

Saya ada kenal seorang penyimpan emas yang bergaji tak sampai RM2,000 sebulan, tapi simpanan emas dia sudah lebih 150 gram (dalam RM40k)!

Kes begini bukanlah yang terpencil.

Orang kampung pun banyak yang macam tu.

Sepanjang lebih 13 tahun mendidik masyarakat tentang emas, selalu saya jumpa orang yang pendapatannya kecil tapi simpanan emas dia mengalahkan orang bergaji besar.

Pada saya ini pencapaian yang amat membanggakan dari sudut kewangan sebab saya jumpa banyak yang bergaji lebih RM10k, tapi simpanan 3 bulan gaji (RM30k) pun belum ada!

Masih lagi terkial-kial cari instrumen pelaburan kononnya nak tambahkan kekayaan dan keluar dari masalah kewangan.

Itulah antara 'keajaiban' menyimpan emas...

Pada saya sangat selfish kalau murid-murid saya dealer #PublicGold tak sampaikan ilmu ini kepada masyarakat.

#BukuWangEmas #TipKayaDenganEmas
PENYIMPAN EMAS TAK AKAN RUGI

Mereka yang simpan emas tak akan rugi.

Kalau tak tahu nak melabur di mana, selain dari ASB atau Tabung Haji, saya syorkan simpanlah emas fizikal. Ia jauh lebih selamat daripada melabur sana-sini yang akhirnya duit lebur gara-gara melabur.

Lepas 13 tahun bimbing penyimpan emas (sudah lebih 400,000 penyimpan emas bersama saya dan team), ini pemerhatian saya kenapa saya katakan tak akan rugi;

1. Harga emas confirm naik dalam jangka panjang.

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin menurun. Harga turun naik dalam jangka pendek itu perkara biasa.

Penyimpan emas berilmu, dia akan beli emas menggunkan duit simpanan jangka panjang, sekurang-kurangnya untuk jangka waktu 2 tahun ke atas.

Sejarah 20 tahun membuktikan harga emas naik secara purata 10% setahun.

2. Emas adalah duit tunai juga

Kalau perlukan duit tunai, dia boleh jual emas atau pajak sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot!

Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit! Tak perlu bimbang pasal duit bila ada emas…

3. Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik itu petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama.

Siapa simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan oleh inflasi atau risiko kejatuhan ringgit dalam jangka panjang.

4. Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham.

Emas satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak akan jatuh KOSONG. Belum pernah ada dalam sejarah orang bangkrap sebab simpan emas, tapi terlalu banyak sejarah orang bangkrap atau kekayaan dia dibekukan sebab simpan duit kertas atau aset-aset lain.

Selagi emas ada di tangan, kekayaan kita selamat. InsyaAllah.

Tapi pokok pangkalnya, kena ada ilmu. Bukan emas membuatkan kita kaya, tapi ilmu.

Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! InsyaAllah…

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas