Minda Presiden PAS
MAKKAH PERNAH DIGUNAKAN DALAM PERISYTIHARAN REVOLUSI ARAB MENJATUHKAN ‘UTHMANIYYAH
Revolusi Agung Kebangsaan Arab (The Great Arab Revolt atau al-Thawra al-‘Arabiyyah al-Kubra) yang berlaku pada tanggal 10 Jun 1916 M (9 Sya‘ban 1334 H) dinobatkan dengan jenama Makkah yang mulia.
Revolusi ini dimulakan dengan tembakan senapang oleh Syarif Husain (Raja Hijaz) yang memberontak bagi menjatuhkan khilafah dan mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah yang baharu. Beliau ialah pemimpin berbangsa Arab yang disokong oleh penjajah British bagi menggantikan Khilafah ‘Uthmaniyyah berbangsa Turki yang digulingkan.
Makkah merupakan tanah suci dan kiblat kepada umat Islam daripada semua mazhab yang sama rukun Islam dan imannya (Sunni, Syiah, Ibadi dan lain-lain), yang dinamakan semuanya oleh para ulama’ sebagai Ahli Kiblat. Malah, umat Islam juga masih menunaikan haji di Makkah walaupun mereka berkhilaf. Dalam kalangan mereka, ada yang tersalah dalam berijtihad dan ada yang tersesat kerana kejahilan mereka.
Maka, Makkah digunakan untuk menarik sokongan umat Islam, termasuk mereka yang tersesat bersama musuh Islam.
Di Malaysia, penjajah British bertindak terhadap Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong yang memimpin rakyat Terengganu menentang penjajah pada tahun 1928 dengan dibuang negeri ke Makkah. Namun begitu, ramai yang mengalu-alukan hukuman itu kerana diasingkannya ke tanah suci Makkah.
Kini, jenama Makkah digunakan semula melalui media yang berpihak kepada negara-negara yang diberikan hadiah atas jasa mereka menjatuhkan Khilafah ‘Uthmaniyyah dahulu yang mengecewakan Palestin dan Bait al-Maqdis. Malah, negara-negara ini juga mengadakan normalisasi dengan Israel dan negara-negara yang mendukungnya, serta bersikap merendahkan pihak yang membela Palestin dan menentang Israel.
Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/09/21/makkah-pernah-digunakan-dalam-perisytiharan-revolusi-arab-menjatuhkan-uthmaniyyah/

HarakahDaily
Makkah pernah digunakan dalam perisytiharan Revolusi Arab menjatuhkan ‘Uthmaniyyah
Makkah merupakan tanah suci dan kiblat kepada umat Islam daripada semua mazhab yang sama rukun Islam dan imannya (Sunni, Syiah, Ibadi dan ...
❤19