Abdul Hadi Awang
10.9K subscribers
11.9K photos
593 videos
19 files
988 links
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia 🇲🇾
Download Telegram
Golongan hawariyyun, iaitu pengikut setia Nabi Isa AS, menjadi contoh keimanan yang teguh apabila mereka tetap berpegang kepada kebenaran walaupun diuji dengan pelbagai penyeksaan. Ada dalam kalangan mereka yang dibunuh dan diseksa, namun tidak berganjak daripada iman. Mereka memilih untuk taat kepada Allah, walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.

Rasulullah SAW mengajar umatnya agar mencontohi keteguhan ini. Lebih baik mati dalam keadaan taat kepada Allah daripada hidup dalam keadaan derhaka. Keimanan bukan sekadar pengakuan, tetapi menuntut kesediaan untuk berkorban dan mempertahankan prinsip walau berdepan tekanan dan ancaman.

Dalam masa yang sama, Islam memberi peringatan keras terhadap perbuatan rasuah, khususnya dalam urusan agama. Menerima rasuah bukan sahaja merosakkan integriti, bahkan menjadikan jiwa sentiasa tidak cukup dan gelisah. Sebaliknya, mereka yang menjaga diri daripada perkara haram akan dikurniakan ketenangan dan kecukupan oleh Allah SWT.

Islam akan sentiasa melalui fasa kekuatan dan kelemahan. Namun, kewajipan umat adalah tetap istiqamah bersama Islam dalam apa jua keadaan. Jangan sesekali meninggalkan Islam walaupun berdepan cabaran, kerana kemenangan sebenar adalah apabila kita kekal teguh di atas jalan yang diredhai Allah.

(Kuliah Dhuha Jumaat, 28 Syawwal 1447H, Masjid Rusila)
41👍7
Minda Presiden PAS

TOPENG DEMOKRASI, WAJAH DIKTATOR

Inilah konsep reformasi yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di negaranya. Presiden dan ahli Kongres yang dipilih oleh rakyat, yang ditipu dan dibeli, diwajibkan pula patuh kepada Presiden secara mutlak, mengetepikan perlembagaan dan undang-undang, termasuk undang-undang antarabangsa. Keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibatalkan dengan kuasa veto dan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) juga diketepikan. Presiden mengangkat diri sendiri dengan angkuh sebagai yang paling bijak, seolah-olah semua presiden terdahulu bodoh. Bukan itu sahaja, bahkan rakyat juga diperbodohkan.

Konsep ini ditolak oleh demokrasi sebenar yang menjadi asas perjuangan Amerika Syarikat dan Blok Barat, berslogankan demokrasi purba “suara rakyat, suara tuhan” (Vox Populi, Vox Dei). Di Malaysia, diubah pula kepada “suara rakyat, suara keramat.”

Perubahan tersebut dilakukan oleh Donald Trump yang mengisytiharkan perang, menceroboh negara berdaulat Venezuela dan menawan presidennya, Nicolas Maduro. Selain itu, Trump juga turut membantu negara Zionis Israel mengganyang kumpulan Islam Palestin dan semua kumpulan Islam yang bersamanya serta menyerang Republik Islam Iran. Semuanya disenaraikan sebagai pengganas yang dihalalkan darahnya.

Secara terbuka, Donald Trump pula sangat rakus mencari kepuasan nafsu dan jasad tanpa sempadan yang dipandu akal yang hanya ada pada manusia, tetapi tidak ada pada binatang yang bernafsu semata-mata. Apabila nafsunya menguasai akal, maka kejahatannya lebih bijak daripada binatang. Menjadikannya terpalit dalam semua skandal seperti wanita, harta dan takhta.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/2026/04/23/topeng-demokrasi-wajah-diktator/
14