Abdul Hadi Awang
โœ”
11.6K subscribers
10.5K photos
484 videos
17 files
853 links
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang, Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Download Telegram
Abdul Hadi Awang pinned ยซMinda Presiden PAS MN DAN PN, JANGAN BERDILEMA Demi agenda perpaduan umat yang sebenarnya, maka Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah laksana dua dalam sepasang yang tidak harus dipisahkan, sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduanโ€ฆยป
Menyediakan Tentera Usamah

Rasullullah SAW tidak melupai peristiwa Mu'tah yang menyebabkan ramai sahabatnya gugur syahid, terutamanya Zaid bin Harithah RA, anak angkat kesayangannya.

Sehubungan dengan itu, Rasulullah SAW membentuk bala tentera yang berjumlah 3,000 anggota yang diketuai oleh Usamah bin Zaid RA supaya memerangi musuh yang membunuh bapanya dalam Peperangan Mu'tah.

Usamah RA yang berusia tidak sampai 20 tahun mengetuai bala tentera yang disertai juga oleh orang-orang yang lebih tua dalam kalangan Muhajirin dan Ansar.

Faktor umur Usamah RA yang terlalu muda menjadi perbualan kerana tidak bersetuju dengan pelantikan itu. Perkara ini sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW.

Maka, Baginda bersabda dengan murka:

โ€œJika kalian tidak berpuas hati dia menjadi ketua, maka sesungguhnya kalian pernah tidak berpuas hati ketika ayahnya menjadi ketua. Demi Allah! Dia dicipta untuk menjadi ketua, dia orang yang paling aku kasihi, dan sesungguhnya inilah orang yang paling aku kasihi.โ€

Bendera tentera Islam diserahkan kepada tangan Usamah melalui tangan Baginda sendiri. Tentera Usamah keluar meninggalkan Madinah pada bulan Safar tahun ke-11 Hijrah.

Mereka berkhemah untuk sementara di luar pinggir Madinah, di suatu tempat bernama al-Jaraf. Perjalanan ditangguhkan dan mereka menunggu di situ apabila mendengar bahawa Rasulullah SAW dalam keuzuran.

Pelantikan Usamah menunjukkan bahawa kelayakan menjadi ketua ialah kebolehan seseorang dan keberaniannya serta pengorbanan, bukannya umur menjadi ukuran. Begitu juga baka dan keturunan tidak dijadikan syarat kelayakan yang penting.

Tindakan ini juga adalah bagi menggalakkan golongan muda supaya tampil ke hadapan secara bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Seterusnya, anak muda juga perlu melayakkan diri di medan perjuangan dan menanggung tugas-tugas yang besar, berat, lagi mencabar.

Walaupun tentera ini tidak dapat meneruskan tugas dengan kewafatan Rasulullah SAW, mereka tetap menjadi tentera pertama yang digerakkan untuk berjihad oleh Khalifah Abu Bakar RA.

Kuliah Dhuha Jumaat, 20 Rabiโ€˜ul Akhir 2021
Lepas bertaubat, buat dosa pula.

Adakah kita akan diampunkan oleh Allah?

Kita bencikan perbuatan dosa tersebut, namun tetap terjerumus di dalamnya atas kelalaian dan nafsu.

Dengarlah sebuah kisah yang sangat menarik daripada hadis qudsi ini bagi mendapatkan jawapannya.

https://www.youtube.com/watch?v=OPS8DZwTwOA&t=1s
Demi agenda perpaduan umat yang sebenarnya, maka Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah laksana dua dalam sepasang yang tidak harus dipisahkan, sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas.

Apakah pendirian PAS terhadap Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional?

Tonton video ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

https://youtu.be/AUdnbVGpqY4
Minda Presiden PAS

NORMALISASI PENYELAMAT ISRAEL

Kumpulan negara yang terlibat dengan penubuhan negara haram Israel pada tahun 1948 yang lalu, kini bersekongkol bersama beberapa buah negara yang berperanan menjatuhkan kuasa dunia Islam yang pernah menjadi benteng pertahanan umat. Bahkan, kini wujud pula perancangan untuk melaksanakan agenda yang dinamakan normalisasi atau al-tatbiโ€˜, bertujuan menghalalkan dan mengiktiraf kewujudan negara haram itu.

Negara haram tersebut ditegakkan selepas kejatuhan Khilafah โ€˜Uthmaniyyah yang mengalami kelemahan pada masa mutakhirnya. Sehingga kerajaan Islam itu digulingkan oleh kumpulan fanatik daripada kalangan nasionalis Turki yang dipimpin oleh Kamal Ataturk.

Bangsa Arab yang menjadikan nasionalisme sebagai pegangan menggantikan pendirian Islam pula berjaya diadudombakan bagi menghadapi Turki saudara seagama. Sehinggakan mereka bersama negara penjajah Barat yang bersekutu menghalau Turki โ€˜Uthmaniyyah yang mentadbir wilayah Arab termasuklah Palestin. Kononnya bangsa Arab akan menggantikan Turki memimpin dunia Islam menjadi Khalifah yang baharu.

Negara-negara Arab menjadikan hari kebangsaan negara masing-masing bersamaan dengan hari pengunduran Turki โ€˜Uthmaniyyah yang dianggap sebagai penjajah. Adapun negara Barat pula dianggap sebagai negara sahabat mereka.

Perkara tersebut sebenarnya membenarkan sabda Rasulullah SAW:

โ€ŒูˆูŽูŠู’ู„ูŽูƒูู…ู’ โ€Œู„ูŽุง โ€ŒุชูŽุฑู’ุฌูุนููˆุง โ€ŒุจูŽุนู’ุฏููŠ โ€Œูƒููู‘ูŽุงุฑู‹ุงุŒ ูŠูŽุถู’ุฑูุจู ุจูŽุนู’ุถููƒูู…ู’ ุฑูู‚ูŽุงุจูŽ ุจูŽุนู’ุถู.

โ€œBinasalah kalian! Janganlah kalian menyeleweng (meninggalkan Islam) sesudahku (wafat) sehingga kalian membunuh sesama sendiri.โ€ (Riwayat al-Bukhari 6166 dan Muslim 66)

Baca selanjutnya:

https://harakahdaily.net/index.php/2021/11/30/normalisasi-penyelamat-israel/
Harga diri manusia ditentukan melalui iman dan taqwanya kepada Allah SWT yang lahir daripadanya akhlak dan perangai yang baik apabila seseorang itu beriman dalam erti kata yang sebenarnya.

Rasulullah SAW telah mengajar manusia untuk menjadi orang-orang yang beriman supaya semuanya tunduk di bawah perintah Allah SWT yang penentu kepada ukuran kedudukan dan nilai mereka.

Sesesorang manusia tidak harus meletakkan di dalam dirinya sifat sombong dan angkuh. Sifat inilah yang menjadi halangan kepada orang-orang jahiliyyah yang menentang Rasulullah SAW dengan sekeras-kerasnya. Sifat ini juga menyebabkan seseorang itu tidak mahu tunduk kepada perintah Allah SWT.

Islam mengajar manusia sumber hukum itu daripada Allah SWT dan kembali kepada-Nya. Maka tidak ada manusia yang boleh merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain apabila berdepan dengan agama Allah SWT.

Sesungguhnya kita umat Islam di zaman mutakhir ini telah melupai ajaran Islam yang ditinggalkan kepada kita oleh Rasululah SAW. Oleh kerana itu menjadi kewajipan kepada kita untuk membetulkan diri seterusnya menghiaskan diri dengan sifat-sifat yang disukai oleh Allah SWT supaya kita menjadi manusia yang dikasihi dan diredhai oleh Allah SWT.
PAS Presidentโ€™s Perspective

NORMALIZATION: LIFELINE OF ISRAEL

Countries that were involved in the establishment of the illegal state of Israel in 1948 are now colluding with several countries that play a role in overthrowing the Islamic empire, which was once the first line of defence for the Muslim ummah. Nowadays, there are plans to implement the normalisation agenda or al-tatbi', aimed at legalizing and recognizing the existence of the illegal state.

The illegal state was established after the fall of the Ottoman Empire which was on the verge of decline at that time. Eventually, the Islamic government was overthrown by a fanatical group of Turkish nationalists led by Kamal Ataturk.

The enemies had successfully set the Arabs, who adopted nationalism in place of Islam as their principal belief, against the Turks, their brothers in faith. The Arabs, together with the colonizer consisting of allied Western countries, had brought down the Ottoman Empire who used to rule the entire Arab territories, including Palestine. The Arabs then pride themselves on replacing Turkey to lead the Muslim world as the new Caliph.

The Arabs even celebrate their National Day on the day of the withdrawal of the Ottoman troops, whom they consider as a colonizer. On the other hand, they regard the Western countries as their comrades.

This situation proves the words of the Prophet PBUH:

โ€ŒูˆูŽูŠู’ู„ูŽูƒูู…ู’ โ€Œู„ูŽุง โ€ŒุชูŽุฑู’ุฌูุนููˆุง โ€ŒุจูŽุนู’ุฏููŠ โ€Œูƒููู‘ูŽุงุฑู‹ุงุŒ ูŠูŽุถู’ุฑูุจู ุจูŽุนู’ุถููƒูู…ู’ ุฑูู‚ูŽุงุจูŽ ุจูŽุนู’ุถู.

โ€œWoe unto you! Don't turn back as unbelievers after me by striking the necks of one another.โ€ (Narrated by al-Bukhari 6166 and Muslim 66)

Read more:

https://www.facebook.com/100044222510324/posts/454521096031970/?d=n
Minda Presiden PAS

ADIL MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

Adil ialah salah satu daripada sifat wajib bagi Allah SWT dan sifat ketuhanan yang Maha Suci daripada segala kekurangan, bahkan mustahil bagi Allah SWT bersifat zalim. Malah, keadilan-Nya tiada bandingan dan tandingan. Maha Adil ialah salah satu daripada nama-nama terbaik bagi Allah SWT.

Firman Allah SWT:

ุดูŽู‡ูุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ููˆูŽ ูˆูŽุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุฉู ูˆูŽุฃููˆู„ููˆ ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ุจูุงู„ู’ู‚ูุณู’ุทู ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุนูŽุฒููŠุฒู ุงู„ู’ุญูŽูƒููŠู…ููกูจ

โ€œAllah menyatakan bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Tuhan yang sentiasa menegakkan keadilan, dan para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan perkara yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Tuhan yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.โ€ (Surah Ali โ€˜Imran: 18)

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis qudsi bahawa Allah SWT berfirman:

โ€ŒูŠูŽุง โ€ŒุนูุจูŽุงุฏููŠ โ€Œุฅูู†ู‘ููŠ โ€ŒุญูŽุฑู‘ูŽู…ู’ุชู โ€Œุงู„ุธู‘ูู„ู’ู…ูŽ โ€ŒุนูŽู„ูŽู‰ โ€Œู†ูŽูู’ุณููŠุŒ ูˆูŽุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูู‡ู ุจูŽูŠู’ู†ูŽูƒูู…ู’ ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ู‹ุงุŒ ููŽู„ูŽุง ุชูŽุธูŽุงู„ูŽู…ููˆุง.

โ€œWahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat zalim ke atas diri-Ku dan Aku jadikannya (kezaliman) haram antara kalian, maka janganlah kalian berlaku zalim sesama kalian.โ€ (Riwayat Muslim 2577)

Maka, Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan cara pelaksanaannya yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW merupakan petunjuk yang sebenar kepada makna dan objektif keadilan. Konsep yang berbeza dengan pendapat ahli-ahli falsafah Barat dalam kalangan pencipta sekularisme yang memisahkan agama daripada cara dan sistem kehidupan manusia yang memenuhi fitrah dan ada matlamat kejadiannya.

Baca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2021/12/03/adil-mengikut-perspektif-islam/