GPMS 1948 - Rasmi
176 subscribers
244 photos
50 videos
27 files
147 links
Telegram rasmi ini merupakan informasi kepada seluruh ahli GPMS.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah ditubuhkan pada 15 Ogos 1948 di Maktab Teknik Jalan Hale Kuala Lumpur.
Download Telegram
TAHNIAH GPMS NEGERI PERAK

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PERAK | 9 OKTOBER 2022 | DEWAN BANKUET SUK, IPOH

Alhamdulillah, bersempena dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini GPMS Perak telah diangkat sebagai penerima Anugerah Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) oleh Kerajaan Negeri Perak dan telah diperkenankan untuk dikurniakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Pastinya terharu apabila melihat usaha-usaha kami di GPMS Perak diiktiraf buat julung-julung kalinya. Lebih manis apabila anugerah kali ini dinobatkan kepada pertubuhan yang digerakkan oleh belia-belia yang berumur dibawah 30 tahun!

Tahniah dan terima kasih buat penggerak-penggerak GPMS yang dipimpin oleh Sdr Faizal Haramaini yang selama ini tidak pernah kenal erti penat dalam merancang, menggerakkan dan memimpin pertubuhan ini.

Semoga anugerah ini dapat membakar semangat kami untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi.

#GPMSPerak
#BelajarTerusBelajar
#AnakMudaMemimpin

Presiden GPMS