#GegarAmerika Newsroom
169 subscribers
164 photos
5 videos
10 files
78 links
Gerakan anti-imperialis dan anti-Zionis yang memperjuangkan hak rakyat Palestin dan menentang imperialisme Barat di seluruh Selatan Global.
Download Telegram
GEGAR menyokong kenyataan oleh institut Tricontinental yang mengutuk latihan RIMPAC baru-baru ini dan turut mengecam penglibatan tentera laut Malaysia dalam permainan perang imperialis bersama Amerika Syarikat dan entiti Zionis.

Ketika rejim Zionis sedang melakukan genosid di Gaza dan mengancam peperangan berskala penuh terhadap Paksi Penentangan di Palestin, Yaman, Lubnan, dan Iran, Malaysia bersekongkol dengan imperialis Barat melalui penyertaannya dalam latihan RIMPAC.

Penyertaan Malaysia dalam RIMPAC bukan sahaja memperkukuhkan keupayaan ketenteraan rejim Zionis, malah ia juga menyumbang kepada penjajahan rantau Pasifik oleh kuasa-kuasa Barat, mengancam peperangan berskala besar terhadap kuasa pesaing seperti China, dan memusnahkan tanah serta perairan adat masyarakat pribumi di Hawai'i.

Dari Palestin ke Hawai'i, Papua Barat ke Kanaky, kami menuntut dekolonisasi, demilitarisasi, dan pembebasan di seluruh Pasifik dan Dunia Selatan.

Baca lebih lanjut untuk memahami bagaimana RIMPAC menyumbang kepada genosid, peperangan, dan penjajahan di seluruh dunia ➡️

Amerika, Israel - keluar dari Pasifik!

Twitter: https://x.com/G3G4R_official/status/1818535810591080860?t=eh8-LUkJSNEI1xWgP4Cs8g&s=19

Instagram: https://www.instagram.com/p/C-E329byQpN/?igsh=bGVnNTBneTR3YXd3

Kenyataan penuh oleh Tricontinental: https://thetricontinental.org/red-alert-18-rimpac/

GEGAR
31 JULAI 2024

#MansuhkanRIMPAC
#BebaskanPalestin