Fix & Go - IT Specialist
146 subscribers
385 photos
8 videos
2 files
226 links
Your One Stop Technology Solution
Download Telegram
WATER DAMAGED MOTHERBOARD

Air kopi tumpah atas laptop pun boleh buat ‘’mother” menangis. Bayangkan ‘’mother’’ yang berenang-renang dalam air.

Motherboard adalah sebuah papan litar bercetak(PCB) yang menyediakan sambungan elektrik supaya semua komponen penting luaran dan peranti pada motherboard boleh berhubung.

Seperti sistem saraf dalam badan manusia yang mengatur dan mengkoordinasi tubuh, motherboard juga mengawal semua sistem yang berhubung dengannya.

Antara culprit utama yang merosakkan motherboard adalah air. Air yang tumpah sedikit atas keyboard pun boleh merosakkan motherboard apabila air meresap celah-celah lubang keyboard. Apatah lagi jika terkena air banjir yang banyak dan kotor.

Apabila motherboard telah rosak, jadi semua komponen dalam komputer anda tidak dapat berhubung. Memang tak boleh switch on komputer atau komputer anda asyik mati apabila sedang digunakan. .

Lebihan kotoran air banjir yang mengering boleh mempercepatkan hakisan atau karat pada motherboard seperti kes customer Fix & Go ini. Macam dalam gambar ini, tanda-tanda karat telah nampak pada bahagian sambungan dan ada discoloration pada motherboard.

Semoga jadi peringatan kepada semua, walaupun tidak terlibat dengan banjir jaga komputer kita dari terkena air.
1) Jangan letakkan gelas berisi air berdekatan dengan laptop terutama untuk orang yang cepat cuai. Sekiranya perlu gunakan cawan berpenutup atau flask.
2) Jangan tinggalkan gelas minuman pada komputer sekiranya ada anak kecil atau binatang peliharaan yang boleh menumpahkan air pada komputer,
2) Gunakan keyboard cover dari silikon atau plastik pada laptop
3) Jangan letakkan botol air dalam beg yang sama dengan laptop
4) Gunakan beg laptop kalis air untuk elak basah hujan.

**********************

Roger Fix & Go untuk servis repair dan upgrade komputer :
Hanya call atau Whatsapp kami :
03 3310 0007 atau klik linktr.ee/fixandgo

#techtips #computertips #computerinfo #motherboard #banjir2021 #banjirselangor #banjirpahang #computerrepair.
Sayangnya MacBook Air 2018 tenggelam banjir 😢

Kesian mangsa banjir. Air naik cepat, air lambat surut.

Apabila barang elektronik dibiarkan di dalam air dengan bateri masih terpasang akan berlakunya elektrolisis pada motherboard.

Cukup 3 komponen utama untuk adanya elektrolisis iaitu air (electrolytes), component motherboard (electrodes) dan bateri (power source) yang akhirnya menghasilkan karat (oxidation) pada motherboard.

Model MacBook ini pulak model T2 yang sukar dibaiki dan data juga pada SSD yang sedia soldered di motherboard maka sukar untuk dikeluarkan.

Takziah buat mangsa.

********

Info lanjut untuk servis repair dan upgrade komputer :
Hanya call atau Whatsapp kami :
03 3310 0007 atau klik linktr.ee/fixandgo

#techtips #computertips #computerinfo #motherboard #banjir2021 #banjirselangor #banjirpahang #computerrepair
DAH BERAPA LAMA PAKAI PASSWORD TU?

Antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh pengguna di atas talian
1) Tidak pernah menukar password 🤦‍♂️
2) Menggunakan password yang sama untuk pelbagai akaun online. 🤦‍♂️

Penggodam senyum sinis je kalau jumpa password ni. Jadi jangan buat!🙅‍♂️

Pakar IT mencadangkan pengguna sebaiknya menukar kata laluan (password) setiap 6-9 bulan bergantung kepada jenis akaun, berapa kerap akaun tersebut diakses, password anda lemah dan selepas situasi-situasi yang mencurigakan berlaku.

TUKAR PASSWORD APABILA ADA RED FLAG INI
❗️Anda mendapat notifikasi unauthorised access
❗️ Anda syak ada phishing atau malware pada komputer anda
❗️ Berlaku security breach pada platform tersebut

Semoga info ini bermanfaat

Kredit gambar : Kaspersky

#fixandgo #techtips #techtuesday
👍1