Fakhri Fadzli
2.99K subscribers
250 photos
1 video
91 links
Pembaca. Penulis. Peminum Kopi.
Download Telegram
Alhamdulillah lebih 60 orang mendaftar sejak dibuka tadi. Jika anda berminat untuk sertai kelas ini, jemput daftar di sini ya: ezy.la/refleksikahfi.
Panggilan Akhir Untuk Daftar Dengan 50% Diskaun

Salam wbt semua.

Alhamdulillah semalam saya buka pendaftaran untuk Kelas La Raiba Fih 2.0.

Untuk siri kelas kali ini kita akan meneroka kisah-kisah dalam surah al-Kahfi sebanyak enam siri dengan mendalam.

Pagi ini berbaki 49 tempat sahaja lagi untuk 100 Live Terawal dan 200 Rakaman Terawal.

Jadi ini adalah panggilan akhir untuk anda mendaftar dengan 50% diskaun.

Kalau habis yang ini, maka promosi akan kembali kepada asal.

Supaya tak terlepas peluang ini, daftar sekarang ya:

ezy.la/daftarkahfi

Terima kasih.

Fakhri Fadzli
Tinggal lagi 20 tempat untuk rakaman dengan promosi. Live masa ada lagi.

Daftar di: ezy.la/daftarkahfi
Self-centred perspektif yang akhirnya menyakitkan diri kita sendiri.

Dalam kisah Pemilik Dua Kebun, Allah ada tegaskan satu hakikat tentang nikmat.

Allah menggunakan kata nama ‘kami’ ketika menyebutkan nikmat yang dimiliki oleh Pemilik Dua Kebun yang tidak beriman.

“Kami jadikan ...”

“Kami hamparkan ..”

“Kami alirkan ...”

Semua nikmat ini, Allah sandarkan kepada diri-Nya sebagai pemberi yang hakiki.

Namun apa yang Pemilik Dua Kebun itu lakukan?

Dia putuskan segala pengiktirafan nikmat ini daripada Allah dan sandarkan nikmat itu kepada dirinya sendiri.

“Aku lebih banyak harta dan lebih ramai anak.”

Tidak cukup dengan itu, dia menyangka pula bahawa segala kekayaannya akan kekal selama-lamanya.

Dia juga tertipu dengan menyangka oleh kerana Allah berikan nikmat kepada dirinya, dia akan dapat nikmat yang sama di Akhirat.

Akhirnya Allah tunjukkan kesementaraan harta yang dia miliki dengan menghancurkan kebun dan tanamannya.

Saya terfikir, hari ini berapa kerap kita sandarkan segala nikmat dan kejayaan yang kita peroleh kepada diri sendiri?

“Aku dapat ini sebab aku pandai”

“Aku berjaya kerana hard work aku.”

“Aku hebat kerana effort aku selama ini.”

Sebenarnya jika bukan kerana bantuan Allah, kita tidak akan mampu untuk capai apa-apa.

Dengan putuskan pengiktirafan kepada Allah, sebenarnya kita tidak menyakiti sesiapa pun melainkan diri sendiri.

Dalam kisah Pemilik Dua Kebun, Allah gambarkan perbuatan lelaki ini sebagai ظالم لنفسه (menzalimi dirinya sendiri).

Sebab Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji. Dia tidak berhajat kepada kita.

Dengan bersyukur dan mengakui nikmat Allah, kita berbuat baik kepada diri kita sendiri.

Kisah Pemilik Dua Kebun ini jadi satu peringatan kepada kita untuk sentiasa centre-kan Allah dalam segala nikmat yang kita dapat.

Aku berjaya hari ini kerana Allah izin.

Aku hebat kerana Allah kurnia.

Bukan highlight kepada diri kita yang tidak memiliki apa-apa.

Fakhri Fadzli
Dalam hidup ini kita sering terpedaya oleh ilusi.

Kita bayangkan dan impikan sesuatu, namun realitinya tidak sama seperti apa yang kita harapkan.

Salah satu ilusi yang sering tertanam dalam fikiran kita ialah ilusi tentang kestabilan hidup yang terbina atas harta.

Kita sering diberitahu bahawa harta akan memastikan hidup kita stabil dan terjamin.

Namun benarkah seperti itu?

Ini mengingatkan saya kepada surah al-Kahfi, khususnya kisah Pemilik Dua Kebun.

Dia ialah seorang lelaki yang Allah kurniakan nikmat dunia yang melimpah ruah dan jauh lebih besar daripada sahabatnya yang miskin tetapi beriman.

Namun lelaki itu kufur kepada Allah dan tidak mengakui bahawa segala nikmat itu berasal daripada-Nya.

Dia merasakan hartanya tidak akan musnah:

“Aku rasa kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya.”

Lelaki ini merasa selamat kerana hartanya.

Dia yakin bahawa segala kenikmatannya akan kekal.

Maka kerana itulah dia terperangkap dalam ilusi kestabilan hidup yang palsu.

Jika kita renungkan surah al-Kahfi secara keseluruhan, kita akan dapati Allah ulang perkataan zinah (perhiasan) sebanyak tiga kali di sepanjang surah ini.

Kali pertama pada ayat 7.

Kali kedua selepas kisah pemuda al-Kahfi dan sebelum kisah Pemilik Dua Kebun (ayat 8).

Kali ketiga selepas kisah Pemilik Dua kebun (ayat 46).

Sebelum Allah ceritakan kisah ini, dia memperingatkan bahawa dunia hanyalah zinah yang fana.

Selepas kisah ini, peringatan yang sama diberikan lagi.

Jadi apakah maksud sebenar zinah?

Menurut al-Raghib al-Asfahani, zinah merujuk kepada sesuatu yang menghiasi luaran, tetapi bukan bahagian penting perkara itu.

Misalnya cincin atau gelang yang menghiasi tangan, tetapi tangan kita tidak bergantung kepada perhiasan luaran tersebut untuk berfungsi.

Seperti kisah Pemilik Dua kebun, dia memiliki kemuncak zinah.

Namun semua kekayaannya lenyap dalam sekelip mata.

Betapa rapuh dan sementaranya zinah yang dia miliki.

Walaupun memiliki segala kemewahan dunia, namun hakikatnya hidupnya tidak stabil.

Pada akhir kisah yang tragis ini, Allah mengingatkan kita tentang hakikat sebenar kestabilan dan perlindungan yang kita perlu cari.

Sesuatu yang lebih baik dan abadi:

“Di sana, pertolongan itu hanya dari Allah yang Hak. Dia adalah sebaik-baik pemberi pahala dan sebaik-baik pemberi balasan.” (al-Kahfi: 44)

Hanya Allah yang dapat berikan perlindungan sebenar dan kestabilan yang hakiki.

Segala yang bersifat duniawi hanyalah sementara dan ilusi.
Dahulu jika sebut tentang doa, apa yang saya bayangkan ialah doa untuk permintaan.

Saya minta sesuatu kepada Allah dan Dia akan berikan apa yang saya minta.

Namun lama kelamaan saya rasa kemahuan saya seperti tidak dimakbulkan.

Bertahun-tahun saya menanti doa-doa itu dimakbulkan.

Saya mula rasa marah dan juga sedih.

Kenapa doa-doa saya seperti tidak dimakbulkan?

Akhirnya ada suatu perkara yang merubah cara pandang saya tentang doa.

Apabila saya merenungi doa-doa para Anbiya' di dalam al-Quran.

Melalui doa-doa mereka, saya sedar yang doa bukan hanya tentang permintaan.

Namun doa juga ia ialah tentang seruan dan munajat.

Seperti doa Zakariyya a.s yang Allah rakamkan dalan al-Quran.

Allah gambarkan cara baginda berdoa:

إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُۥ نِدَاۤءً خَفِیࣰّا

"Ketika dia menyeru Tuhannya dengan seruan yang perlahan." (Maryam: 3)

Menurut Syed Qutb, baginda bermunajat kepada Allah jauh daripada pandangan dan pendengaran manusia.

Baginda berada dalam kesendirian yang tulus kepada Tuhannya.

Pada waktu itu baginda zahirkan sisi kelemahan dirinya kepada-Nya dan mencurahkan segala isi hatinya.

Dalam rasa dekat dan perhubungan dengan-Nya.

Apakah doa baginda?

"Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku - wahai Tuhanku - tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepada-Mu." (Maryam: 4)

Menurut Syed Qutb, baginda berdoa tanpa sebarang perantaraan.

Bahkan tanpa ada seruan Ya (Wahai).

Hanya sebutan Rabbi (Tuhanku).

Tidak ada lagi yang halang aku daripada-Mu.

Hatta 'wahai' yang menjarakkanku dengan 'Tuhanku' juga aku tidak mahu.

Begitu dalamnya doa baginda a.s.

Apa yang baginda mohon kepada Allah?

Baginda mengadu kepada Tuhan dua perkara

Pertama lemahnya tulang belulangnya. Ini adalah petanda kepada kemuncak kelemahan seseorang.

Apabila tulang yang menjadi tempat anggota badan tertegak menjadi lemah, bermaksud seluruh anggota badan lain lebih lemah.

Kedua kepalanya yang telah beruban. Petanda bahawa dirinya sudah berada di penghujung usia.

Selepas itu baginda mengenangkan doa-doa yang Allah pernah kabulkan kepadanya.

Ini adalah untuk bersyukur dan bersangka baik kepada-Nya.

Selama aku hidup ini, aku tak pernah rugi dengan berdoa kepada-Mu.

Andai engkau makbulkan, aku mendapat apa yang aku inginkan.

Jika tidak, aku mendapat pahala kerana merendah diri dan berharap kepada-Mu.

Walau apa sahaja keadaan hidupku, aku tidak akan pernah rugi dengan berdoa.

Setelah merintih, merayu, merendah diri dan bersangka baik, barulah baginda memohon hajatnya iaitu inginkan anak sebagai penerus legasi kenabian.

Apabila saya renungkan doa Nabi Zakaria a.s, saya sedar doa bukan sekadar untuk meminta apa yang saya inginkan.

Doa juga ialah seruan untuk saya merasa dekat dengan-Nya.

Juga untuk saya rasa didengari dan ruang untuk saya merasa tenang.

Walau apa sahaja yang berlaku dalam hidup ini, saya akan tetap berada dalam kebaikan selagi mana saya berdoa.

#akuberdoa #akandatang
Al-Quran banyak peringatkan kita untuk mengenang nikmat-nikmat Allah.

Selain untuk menyeru kita supaya bersyukur, ingatan terhadap nikmat-nikmat yang lalu akan jadikan kita bersangka baik kepada Allah ketika kita berdoa.

Dalam satu munajatnya, kata Qatadah:

‎كنت تعرفني الإجابة في ما مضى

“Engkau telah memperkenalkanku dengan pengabulan pada masa yang lalu.” (Tafsir Abdul Razaq al-San’ani)

Kata-kata ini terbit daripada hati yang penuh sedar bahawa Allah tidak akan biarkan hamba-Nya tanpa penjagaan.

Pada setiap pengabulan ada tanda sayang-Nya. Pada setiap penghalangan, ada kebaikan yang tersembunyi.

Ingatlah kembali doa-doa yang kita pernah panjatkan ketika kesedihan dan kesusahan.

Bukankah sudah ada yang Allah makbulkan?

Boleh jadi sekarang kita sendiri sudah lupa dengan doa-doa yang pernah kita pohonkan dulu.

Ketika kita mula sedar bahawa Allah sudah makbulkan doa-doa kita pada masa lalu, kita akan mula rasa tenang dalam setiap munajat.

Sebab kita tahu jika tidak sekarang atau hari ini, Allah pasti akan kabulkan doa kita pada suatu hari nanti.

Berdoa bukanlah tentang mendapatkan apa yang kita mahu dengan segera, tetapi juga tentang membina hubungan kepercayaan sepenuhnya kepada Allah.

Fakhri Fadzli

#akuberdoa #akandatang