neighborhoodies 🦋
146 subscribers
398 photos
35 videos
1 file
69 links
disclaimer ; a channel created by haniswrite on Wattpad special for my supporters.

💌 spoiler new update
💌 random giveaway
💌 random teka teki
💌 gambar ☁️

any inquiry;
@carathetic17
https://cahayaaksara.straw.page
Download Telegram
3/ Basbousa buat Ramadan #bbr

RIUH RENDAH suasana malam majlis berbuka puasa itu selepas selesai solat maghrib dan isya beserta tarawikh 8 rakaat berjemaah. Bukan berbuka puasa dah ni, ini moreh! Menu malam itu nasi hujan panas, pulut kuning, kari kambing, ayam masak merah, sayur dalca, kuih-muih tradisional dan bermacam manisan yang disediakan olehku. Termasuklah basbousa yang diminta oleh umi.

Makan dalam talam itu, aku makan bersama umi, Raihana, adik kepada Ramadan, dan juga Cik Nah, jiran sebelah kami yang selalu bertukar juadah dengan umi.

Hasil rewang sekampung, siaplah segala menu yang dirancang oleh umi dan ayah. Semuanya sedap-sedap belaka.

“Ni Kak Jeha yang buat kan?” soal Raihana ketika menikmati basbousa, air tanganku.

“Ha, betui la tu.” Aku menjawab, kemudian meneguk air. Dahaga sungguh la, panas betul cuaca dekat Kedah ni hatta hari sudahpun malam. Angin? Tak dak langsung! Segan betui angin nak lalu.

“Pandainya Kak Jeha buat! Tapi, Kak Jeha memang ambil order kuih raya kan?” soal Raihana lagi, budak yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STAM ini memang peramah. Cantik pun ya, yalah abangnya pun segak bukan main.

“Ya, betui. Ana nak tempah ka dengan akak? Ana suka kuih apa? Kak Jeha boleh buat.” Aku mempelawa. Lagi budak ni memuji aku, lagi sukalah aku.

“Wah, betul ke Kak Jeha?”

“Betui la!”

“Ana suka sangat sangat kuih Arab yang warna warni tu lepas tu Ana nak tart nanas juga boleh ke, Kak Jeha?” soal Raihana dengan teruja. Dia sudah terbayang-bayang rasa kuih-kuih itu di lidahnya.

Aku tergelak. Bersungguh betul budak ni.

“Boleh ja, senang ja tu. Esok Kak Jeha buat.”

“Okay, Kak Jeha! Nanti abang Ramadan bayarkan tau.” Raihana tersengih.

“Eish, untuk Ana, ambik ja la. Bukan susah pun.” Aku membalas. Yalah, orang berbudi, kita berbahasa. Raihana pun terlibat sama dengan rewang sejak kelmarin lagi. Cekap dan lincah budaknya.

Abangnya si Ramadan pun rajin membantu. Aku nampak lelaki itu melapah daging, memasang khemah, membuang sampah, dan banyak lagilah. Dia turuti saja arahan pakcik-pakcik di sini. Nampak tak kekok pun buat kerja. Mungkin dah biasa.

“Janganlah macam tu, Kak Jeha. Segan Ana nanti.” Raihana tersenyum manis.

“Tak payah seganlah, Ana oi. Anggap ja Kak Jeha ni macam kakak Ana.” Aku membalas. Aku pun bukannya ada adik perempuan.

Dulu, memang teringin sangatlah. Dah besar panjang ni, takkan nak mintak umi pula? Silap-silap, makan penumbuk sulung umi tu.

Atau, hang ada niat lain wahai Jehaada? Ada berniat nak jadi kakak ipar si Raihana ka? No komen!

“Wah, Ana pun teringin sangat nak ada kakak. Seronoklah macam ni!” Ana tersengih-sengih suka.

“Jeha, jangan dilayan sangat Ana tu. Nanti makin besar kepala.” Tiba-tiba, suara garau mencelah perbualanku dengan Raihana. Aku mengangkat wajah, ada Ramadan yang sedang mengutip gelas yang ditinggalkan oleh kanak-kanak riang tadi. Segak memakai kopiah beserta jubah hitam.

Aku tersenyum nipis.

“Tak dak la, saya yang pelawa Ana alang-alang memang saya duk open order kuih raya.” Aku membalas.

“Betul, betul! Abang Adan ni dengki eh dengan Ana? Abang Adan pun nak attention daripada Kak Jeha ke?” Raihana menjeling ke arah abangnya, mengusik dengan sengihan pula tu.

Aku menggelengkan kepala. Apa pulak dua beradik ni nak melibatkan aku yang tak bersalah. Raihana tersengih memandangku, mulutnya membentuk mengucap perkataan Sorry.

“Tak adanya abang nak dengki dengan Ana pun. By the way, Jeha, awak ke yang buat basbousa tu?” soal Ramadan pula, menoleh ke arahku.

Aku melihat telinga Ramadan bertukar merah. Ni dah kenapa pulak? Panas sangat kut Kedah ni!

“Haah, saya yang buat.” Aku menjawab. Basbousa ni memang topik sensasi malam ni ka? Tadi, Raihana pun tanya. Makcik-makcik pun ada bertanya juga tadi. Tak pelik pun kerana manisan itu bukan makanan tradisi rakyat di sini.

“Oh, pandailah awak buat! Sedap sangat, rasa macam dekat Mesir dulu. Awak belajar sendiri ke?” soal Ramadan pula. Jangan dia nasihatkan aku berniaga di bazar ramadan pula nanti. Tak mahulah aku!

“Haah, saya tengok resipi ja.
3
Pernah makan di Mesir dulu.” Aku bercerita dengan ringkas.

“Nanti buatkan lagi untuk saya boleh?” pinta Ramadan pula membuatkan aku mengangkat kening.

“Eleh abang Adan pun mintak Kak Jeha buat. Lepastu, sibuk mengata Ana.” Nampaknya si Raihana masih tidak berpuas hati dengan abangnya.

“Isy, tak baiklah menyampuk cakap orang tua, Ana oi.” Balasan Ramadan buatkan Raihana menjeling tajam.

“Dah, dah. Boleh, Ramadan. Untuk Ana saya buat, untuk awak pun saya buat. Bahan-bahan pun ada lagi.” Aku bersuara, tak mahulah budak berdua ni bertengkar depan rezeki pula.

“Bahan-bahan kalau tak cukup, saya boleh belikan.” Ramadan mempelawa pula.

“Tak apa, tak apa. Jom, kita tolong depa kemas. Kalau dak, tidoq di sinilah kita malam ni.” Aku sudah sibuk mengangkat talam tadi.

Umi dengan Cik Nah awal-awal sudah pulang. Biasalah, orang tua. Manalah larat duduk lama-lama.

Ramadan tergelak. Dia membantu mengangkat talam itu pula. Sempat lagi si Raihana menumbuk manja abangnya. Ramadan reda, tak balas apa-apa. Mungkin sebab tangannya sudah penuh.

Apa-apa saja la!
2
moreh! 😋
https://vt.tiktok.com/ZSmVVsrho/

hellooo, did someone mentioned, right person, wrong time?
2
4/BBR #bbr

“ALONG! ALONG!” Aku menjerit, memanggil along yang baru sahaja pulang dari kandang. Bulan-bulan puasa pun Muhammad Jazlan sibuk membantu ayah di kandang.

“Ya, along kat depan ni!" Along menjawab, dia berada di pangkin.

Aku melangkah dari dapur dengan bekas di tangan. Macam biasa, aku sudah siap dengan baju kurung untuk menghantar kuih raya ke rumah pelanggan sebelum ke pekan untuk membeli sedikit bahan-bahan. Stok sudah habis, tahun ni rasanya tahun paling meriah dengan oder. Rasanya, orang pun dah malas nak membuat kuih.

Lagipun, aku pun menjual murah sahaja. Lebih kepada meniaga seronok-seronok.

“Awat, Jeha?” Along menyoal sambil mengibas dirinya dengan kain tuala. Panas sungguh Kedah ni, tak rilek! Rasa nak terbakar kulitnya, dah macam udang kena panggang.

“Sat lagi Along pi hantaq dekat rumah Ramadan boleh? Ni ada kuih dengan basbousa, dia dengan adik dia yang nak Jeha buat hari tu.” Aku meletakkan dua bekas di sebelah Along.

“Ha, boleh. Ni along tanya saja tau bukan along berkira, tapi awat Jeha tak pi hantaq? Jeha kan nak keluaq?” soal along pula.

Aku tergelak. Siap buat clarification!

“Rumah depa kan belah sana, Jeha nak pi belah sini. Jeha malas dah nak pusing belah sana.” Aku tersengih sambil tangan mencari kunci kereta Proton ayah di dalam kocek baju.

“Oh, yalah Jeha. Elok-elok.”

“Okay, along. Sat lagi ayah balik, along habaq Jeha pinjam kereta dia sat tau!” Aku memberitahu along sebelum terus saja memandu setelah memasukkan kuih-kuih ke dalam bonet.

Setelah menghantar kuih raya ke enam buah rumah, aku menerima tiga buah bekas dan tiga plastik dengan juadah yang berbeza-beza. Ya Allah, rezeki betul hidup bermasyarakat ni!

Puas menolak, tetap dapat juga. Mujurlah keluarga aku ni, jarang membeli di bazar. Yalah, sibuk bertukar juadah dengan jiran keliling rumah!

Aku masuk ke dalam kedai Kak Salina yang menjual bahan-bahan kuih-kuih dan juga kek. Ini saja satu-satunya kedai bahan-bahan kuih di pekan ini. Memang semua tala ke kedai ni sajalah. Lengkap semua! Kak Salina pun dah kenal sangat dah dengan aku.

Alah, kampung aku pun bukannya besaq mana, pusing paling jauh pun tetap jumpa muka yang sama.

“Kak Sal, macam biasa noh.” Aku mmeberitahu Kak Salina yang sedang menyusun tepung di rak.

“Ui, Jeha! Laku keraih nampaknya.” Kak Salina menyapa setelah selesai menyusun. Dia mencapai raga dan mengambil bahan-bahan yang aku perlukan.

“Alhamdulilah, kak.” Aku tersengih. Nak kata apa lagi? Syukur saja.

“Padanlah, hang pun buat kuih sedap, murah pulak tu!” Kak Salina memuji pula.

“Terima kasih, Kak Sal. Kak Sal tak mau oder ka dengan kami?” Aku menyoal, tersengih.

“Adik Kak Sal dah oder dah haritu, sekali dengan Kak Sal la tu. Tapi nanti, hari raya ketiga, Kak Sal nak tempah dessert dengan hang, bolehlah noh?” soal Kak Salina pula.

“Boleh aih, kak. Kak Sal buat open house ka?” soalku pula sambil melihat Kak Salina mengimbas kod bar bagi setiap barangan. Aku sudah bersedia dengan dua keping not bernilai RM50.

“Ya, mak mentua Kak Sal buat. Dia kan suka memasak, bagi orang makan.” Kak Salina menjawab.

“Okay, nanti Kak Sal habaq lain, takut Jeha lupa.” Aku membantunya memasukkan barang ke dalam plastik.

“Okay, Jeha. Semua ni 80 ringgit saja. Semoga murah rezeki Jeha, na.” Kak Salina siap mendoakan pula.

“Amiin, terima kasih kak!” Aku tersengih.

“Sama-sama, dik.” Dia tersenyum memandangku yang melangkah keluar dengan plastik.

Bonet dibuka dan aku meletakkan barangan di dalamnya sebelum masuk ke bahagian pemandu. Tiba-tiba, kereta tak berjaya dihidupkan. Aku menghela nafas, memandang pergelangan tangan bagi melihat jam. Pukul 6 petang.

Apalah nasib, padanlah hati berasa tak sedap saja!

“Call Along la sat.” Baru saja aku ingin menekan punat telefon pintar, telefon itu pula mati. Bateri kong dan aku lupa untuk mengecas akibat sibuk di dapur!

Aku sudah berpeluh. Ya Allah, panaihnya hati! Mujurlah cuaca sudah redup.

Aku membuka bonet hadapan kereta. Noh, rokiah! Berasap! Awat pulak dah ni? Kereta kesayanganku habis minyak dan aku malas hendak ke stesen minyak.
Padanlah hari ni ayah naik motor!

Baru saja aku hendak masuk ke dalam kedai Kak Salina untuk meminjam telefonnya, seorang lelaki menyapaku.

“Jeha?” Aku memalingkan wajah. Ada lelaki segak memakai t shirt kasual dengan seluar kelabu. Siapa ja lelaki muda yang segak dekat kampung ni kecuali Along kalau bukan...

“Ramadan, hai.” Aku tersenyum sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Senyum pun tak berapa manislah kawan!

“Awat ni, Jeha?” Ramadan tetap menyoal walaupun dia sudah jelas dengan situasi di depan matanya.

Jehaada, baju kurung merah jambu, tudung bawal ikat di hujung, wajah sudah menjeruk, muka pun sudah berpeluh akibat panas, duduk tersadai di tepi jalan.

”Kereta ayah ni, rosak pulak. Saya nak call along tapi bateri handset pulak mampuih.” Aku tersengih. Cuai sungguh hang ni, Jeha!

“Takpa, takpa. Saya call Abang Razif tu mai tengok kereta ni. Kalau dah sampai berasap ni, kita panggil orang bengkel saja la.” Ramadan menjawab, sebelum lelaki itu menghubungi Abang Razif.

Abang Razif pun sekampung kenal dengan dia. Dialah pemilik bengkel di hujung pekan. Memang dialah hero ala-ala Wonder Pets yang sentiasa membantu penduduk kampung.

“Kejap lagi Abang Razif datang.” Ramadan memberitahu. Dia pun dah jelaskan situasi kereta ayah Jeha.

"Terima kasih.” Aku menundukkan sedikit kepala.

“Small matter.” Ramadan tersenyum.

Tak sampai lima minit, abang Razif muncul dengan lori towing sekali. Dia ke mari dengan seorang pekerjanya. Ramadan bersalaman dengannya sebelum abang Razif memeriksa di bahagian enjin.

“Overheat ni, Jeha. Memang kena tow. Kalau ada barang nak pakai dalam kereta, bawak keluaq dulu.” Abang Razif memberitahu pula.

“Okay, okay. Sat na, bang.” Aku berlalu ke arah bonet. Ramadan turut membantu mengeluarkan barangan tadi.

“Jeha, awak balik dengan sayalah.” Ramadan mempelawa pula.

Aku sedikit tersentak. Alamak, seganlah!

“Betui tu, Jeha. Balik dulu, nanti abang habaq teruih kat ayah hang pasai kereta dia ni.” Abang Razif memyokong pula.

“Tak apalah, Adan. Saya panggil along saja mai ambik.” Aku menolak dengan lembut.

“Tak apalah, Jeha. Kita kan satu jalan saja. Lagipun, awak bukan orang lain pun dengan saya. Awak adik kawan baik saya. Apa salahnya saya tolong awak? Ana pun ada sekali cuma dia belum keluar dari kedai.” Panjang pulak bebelan Ramadan.

“Oh, Ana pun ada? Okaylah, terima kasih bang Razif. Apa-apa, habaq kat saya atau ayah saya.” kataku kepada abang Razif sebelum lelaki itu berlalu dengan pekerjanya.

“Eh, Kak Jeha?”

“Kereta ayah Kak Jeha Ana ni rosak, dah bawak pergi bengkel tadi. Abang Adan nampak Jeha dekat kedai Kak Sal tu, alang-alang pelawalah dia balik sekali.” Ramadan menjelaskan bagi pihak aku.

Eloklah, aku pun tak ada daya nak bercakap dah. Penat! Aku cuma tersenyum pada Ana.

“Oh, kesian Kak Jeha! Kak Jeha masuk ya?” Gadis itu siap bukakan pintu lagi di bahagian sebelah pemandu. Ikutkan hati, segan sebenarnya tapi daripada aku perlu berjalan kaki? Matilah nak! Rela tahan perasaan malu yang tak sampai 10 minit pun tu.
5
5/BBR #bbr

“KERETA ayah dah okay kan, long?” soalku, ketika duduk berdua dengan along di pangkin. Aku masih bertelekung manakala along berjubah hitam dengan kopiah menutup kepala. Masing-masing baru selesai bertarawih, aku pun bonceng along tadi.

“Dah okay. Pasai apa Jeha tak call along? Nasib ada Ramadan tu.” Along sudah membuka bebelan. Pandai jugak along ni membebel.

“Telefon Jeha mampoih, habih bateri.” Aku tersengih. Dah bersalah, tayang gigi ja la.

“Haih, Jeha ni. Minggu depan along dah start kerja kat maktab mahmud tu.” Along memberitahu. Aku nampak senyuman Along melebar. Bahagia nampak apabila berjaya mencapai cita-cita.

“Alhamdulilah, tahniah long. Nanti first gaji bolehlah belanja Jeha oven baru.” Aku tersengih sambil menepuk bahu Along yang bidang.

“Amboi, Jeha!” Along ketawa. Dia menarik pipiku yang gebu.

“Isy, sakitlah long!” Aku mencubit pinggangnya membuatkan along ketawa kerana geli.

“Minggu depan pun Ramadan start kerja di KL.” Along memberitahu info yang tak berapa penting itu. Jadi?

“Oh ya? Dia kerja apa, long? Dia belajaq apa pun Jeha tak tau.” soalku, ingin tahu. Bukan selalu boleh korek pasal Ramadan sebab lelaki itu selalu berada dalam radius yang berdekatan dengan along. Berkepit serupa gay dah!

Naudzubillah, bulan Ramadan ni!

Nak tanya depan-depan? Seganlah aku! Aku dengan kaum Adam yang tak berapa elok, taklah segan sangat. Ni pasai dia tak jatuh dalam kategori itu.

“Arkitek, Jeha. Dia tu ja budak course lain yang tersesat dalam kalangan budak Arab. Tapi disebabkan itulah, dia pun boleh cakap Arab.” Along tersenyum serupa bangga. Dialah cikgu si Ramadan tu gamaknya.

“Oh, hebat jugak noh dia. Jeha ingat dia belajaq Qurah Sunnah ka, Usul Fiqh ka?” Sebab muka Ramadan tu kan, umrah sangat.

“Bab tu pun dia pandai, cuma lebih minat nak jadi arkitek. Macam arwah abang dia.” Along menjawab pula. Memang dia dah kenai luaq dan dalam Ramadan nampaknya.

“Oh, hebat-hebat keluarga dia.” Aku memuji.

“Jeha ni takmau menikah ka?” soal along secara tiba-tiba membuatkan aku membuat wajah hairan. Apa along ni?

“Awat along tiba-tiba sangat ni? Along la menikah dulu. Nak masuk 27 dah tu. Master dah ada, duit dah ada, tanah pun ada.” Aku menjawab dengan laju.

Ayah bukannya makin muda, nanti ternakan tu semua akan diuruskan oleh along juga. Along urus, mungkin along akan dapat sebahagian untungnya juga. Tanah? Tanah ayah pun banyak di Jitra dan Perak.

“Jeha pun dah 24 kan? Kita adik beradik tak payahlah duk ikut langkah bendul tu. Jeha langkah ja along ni.” Along tersengih.

“Muda apa lagi tu? Meh along baring tang ni, mai Jeha langkah." Aku sudah menolak Along untuk berbaring di pangkin ini tapi along yang gagah mestilah mampu menepis.

Along ketawa mengekek. Suka betui!

“Ada yang tanya pasai Jeha dekat ayah dengan along.” Along memberitahu.

“Tanya apa? Awat tak tanya Jeha teruih?” soalku pula, tak menyabar.

“Isy, bab ni kenalah ada orang tengah. Tak eloklah teruih tanya tuan badan.” Along menampar bahuku lembut.

“Oh, macam tu eh?”

“Orang tu tanya apa? Siapa orang tu?” soalku lagi, sudah menggesa along.

“Tanya Jeha ni dah berpunya ka dak lagi? Jeha dah ada calon ka? Jeha ni nak dekat orang yang macam mana.” Along memberitahu lagi.

“Jeha dah ada calon la.” Aku tersengih.

“Hah, siapa dia? Along dah habaq dah dekat orang tu yang Jeha ni takdak sapa pun lagi.”

“P' Thanapob la, long. Orang Thailand, segak!” Jawapan aku membuatkan along menjentik dahiku yang licin.

Aku tergelak sakan. Along ni percaya sangatlah dengan adik dia yang tiga suku ni.

“Hmm, siapalah yang tanya Jeha tu? Rabun gamaknya. Tak pun ada glukoma. Along jangan lupa suruh dia cek mata.” Aku berkata pula, berseloroh.

“Tak payah nak merendah diri sangatlah, Nur Jehaada. Hang tu ada degree, berpendidikan, bab agama pun baguih, lawa pun lawa jugak, tengok abang dia la segak tara mana? Harta? Adik along ni tokey kuih raya lepastu bapak dia pun tanah merata.” Melambung Along memuji tapi kalau tak selit diri sendiri, bukan dialah!

“Yalah, yalah long. Ni Jeha duk tanya dari tadi lagi.
1
Sapa orang tu, long?” soalku, sudah mendesak along.

“Nanti hang taulah, Jeha. Along takut kalau hang tau lani, tak boleh tidoq malam pulak.” Along tersengih. Ceh along ni, bikin suspens pulak!

“Awat dia takdak gigi ka, long? Botak tengah? Tak dak kening?” teka aku pulak, mengekor along masuk ke dalam rumah. Banyak nyamuklah kat luaq tu.

“Hang ni, Jeha! Pikiaq bukan-bukan. Dah, dah pi tidoq.” Along menolak aku masuk ke dalam bilik.

“Along ni!” jeritku perlahan. Terpaksa sebab ayah dan umi sudah pun lena. Along, hang sabaq sat nanti Jeha balas dendam!
2
6/BBR #bbr

“NAK GERAK dah ka?” Aku menyoal Ramadan yang sudah menyimpan bagasi miliknya di dalam bonet.

Kebetulan, tengah hari itu aku menghantar kuih raya dan baju raya yang dijahit oleh umi ke rumah banglo milik keluarga Ramadan. Jadinya, berkesempatan la untuk berjumpa dengan lelaki itu buat kali terakhir. Mungkin. Takkan mamat ni tak balik kampung dah kut?

“Haah, tunggu Ana kejap. Dia kata nak bagi bekal berbuka.” Ramadan tersenyum, ikhlas seperti biasa.

“Oh? Ni saya ada buatkan basbousa.” Aku menghulurkan bekas plastik berwarna biru itu.

Jemu? Tidaklah. Sehari lepas kenduri tu saja aku buatkan basbousa tu untuk Ramadan. Ni baru kali kedua sebenarnya. Tapi, tak taulah kut lelaki di hadapanku ini sudah jemu.

“Wah, terima kasih! Ingat juga awak dekat saya.” Ramadan tersengih suka. Dia memegang kemas bekas itu.

“Sama-sama. Apa pulak tak ingat? Awak banyak tolong saya.” Aku tersenyum segaris. Kereta ayah rosak, dia yang tolong telefon bengkel, dia jugak yang tolong ambik dan hantaq ke rumah.

Dekat masjid hari tu pun, dia banyak tolong juga.

“Kan saya dah cakap, awak bukan orang lain pun dengan saya. Bakal...” Kata-kata Ramadan dipotong.

“Eh, Kak Jeha!” Raihana memanggil namaku. Aku berpaling.

“Ya?”

“Ingatkan Kak Jeha dah balik. Ni mama bagi dekat Kak Jeha, ni pulak untuk Abang Adan. Mama cakap, bawak kereta tu elok-elok! Mama tengah solat.” Raihana pula menghulurkan bekas Tupperware berwarna merah jambu.

“Belum, akak sembang dengan abang Ana ni kejap. Cakap terima kasih dekat mama Ana tau. Kuih favorite akak ni.” Aku tersengih melihat seri muka.

Sebab kuih ni la muka aku jadi berseri-seri. Ceh, menipu sangat!

“Okay!”

“Awak nak cakap apa tadi, Ramadan? Bakal apa?” soalku, ingin tahu. Cakap jangan sekerat-kerat, nanti beranak, keluar anak sekerat-kerat. Orang la kata, bukan aku!

“Err.. Saya lupalah, Jeha! Tak apalah, saya nak pergi dah ni. Ha budak kecik, salam cepat!” Ramadan menghulurkan tangannya pada Raihana sebelum gadis itu menyambut.

Mereka berpelukan sesaat, sempat Ramadan berpesan pada adiknya untuk menjaga diri.

“Awak pun Jeha, jaga diri. Kalau apa-apa, saya datang dari KL selamatkan awak.” Ramadan tersengih.

Aku hanya tersenyum kelat. Ceit, apa cakap macam tu depan Raihana? Nanti budak tu salah faham. Raihana sudah tersengih-sengih.

“Cey, cey! Bajet hero Tamil la abang Adan ni!” Raihana mengejek membuatkan aku tertawa.

“Bye, Jeha, bye Ana! Weekend ni saya balik!” Sempat Ramadan berkata sebelum keretanya memecut laju meninggalkan perkarangan rumah.

“Kak, Ana rasa...”

“Ha, tak payah nak rasa-rasa sangatlah, Ana! Akak dah tau dah apa yang Jeha rasa tu, akak balik dulu eh?” Aku sudah ingin mengangkat kaki.

Sahih budak ni nak kenen aku dengan abang dia tu!

“Ala, akak! Dengarlah dulu.” Raihana sudah merayu sambil ketawa.

Aku gelengkan kepala. “Tak mau!” Basikal dikayuh laju sehinggalah sampai ke rumahku.
2
7/bbr #bbr

PAGI-PAGI lagi, umi dah ajak aku kalut bersama-sama dengannya. Bayangkan selepas subuh syafie tu, umi mengajak aku mengemas beg untuk bertolak ke Kuala Lumpur. Kelam-kabut aku jadinya!

Kes apa pulak kali ini? Kesnya, Kak Huda di Kuala Lumpur sana terberanak awal seminggu. Kak Huda pulak anak yatim piatu dan umi la yang selama ini banyak mengambil berat seolah anak sendiri. Kak Huda merupakan anak kepada arwah kakak umi yang banyak juga membantu umi dahulu.

Dan mujurlah ada tiket bas untuk ke Kuala Lumpur walaupun agak mahal. Along menghantar kami ke stesen bas yang terdekat.

Disebabkan minggu ni aku agak penat, COD ke sana sini, membuat tempahan kek dan sebagainya, memang sepanjang perjalanan itu aku tidur sahajalah. Tau-tau saja, dah sampai ke Kuala Lumpur! Umi sepanjang perjalanan, mendengar bacaan Al Quran dan berzikir saja.

“Bangun, Jeha! Dah sampai Kolumpo ni.” Umi menyentuh bahuku.

Aku terpisat-pisat, perlahan-lahan membuka mata. Malasnya! Penumpang yang lain sudah pun turun di Kuala Lumpur Sentral itu. Lama jugak aku tak sampai di Kolumpo ni. Kira-kira dalam lima tahun yang lalu. Masa tu, untuk kenduri Kak Huda dan suaminya, Isa.

“Kpj Damansara kan, umi?” soalku pada umi yang kelihatan cergas dan bertenaga. Umi ni memang, telan kacip fatimah kut.

“Ha ya ya, tak payah duk order menatang Grab tu, sat lagi bakai menantu umi sampai.” Umi tersenyum.

Aku mengangkat kening. Anak siapa pulak yang umi claim buat menantu ni? Bahaya, bahaya!

“Tudia, sapadia pulak menantu umi? Main claim ja umi ni.” Aku menggelengkan kepala. Umi ni pantang ada anak teruna yang memuji masakan dia, ataupun anak dara mana-mana saja la, pasti dia klaim tu bakal menantu.

“Tu sampai dah!” Umi memandang ke arah sebuah kereta, BMW M5 (G90).

Sat, ni macam kereta...

Pemilik kenderaan itu menurunkan cermin tingkapnya. Seorang lelaki berkaca mata hitam, kemas memakai kemeja kelabu mengangkat tangannya ke arah kami. Ya, Ramadan!

“Assalamualaikum, umi, Jeha.” Dia tersenyum ke arah kami sebelum membuka pintu dan mengangkat beg pakaian yang dibawa olehku. Selambanya, beg itu dimasukkan ke dalam bonet.

Dia membukakan pintu di sebelah pemandu. Umi menolakku. Adoi! “Jeha duk di depan, umi tak boleh, nanti umi pening kepala.” Umi laju saja duduk di belakang.

Aku menutup pintu kereta dengan perlahan. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Ramadan tak kerja ka? Kalau tak kerja, buat apa pakai baju kerja, ya dak?

“Maaflah susahkan awak pulak, Adan.” Aku tersenyum kelat. Umi di belakang sibuk memejam mata. Padahal aku tahu, umi mesti pasang telinga tu!

“Tak ada yang susah pun, saya memang duduk area sini, rumah mama dengan papa dulu. Lagipun, abang awak minta tolong. Dia risau dekat umi dengan Jeha.” Ramadan membalas dengan senyuman.

“Baiklah. Awak tak kerja harini?” soalku lagi, ingin tahu.

“Hari ni saya half day. Tadi saya dah pergi site.” Ramadan tersengih.

Aku dengar cerita daripada along yang Ramadan bekerja dengan syarikat keluarga dia juga. Tak silap, bapa saudaranya. Sebelum ni, Ramadan bekerja di syarikat arwah datuknya untuk menimba pengalaman.

Selepas tu, barulah dia sambung belajar master pula sebelum kembali bekerja. Along kata, Ramadan tak mahu pun bekerja di syarikat bapa saudaranya tu tapi dia terpaksa kerana terhutang budi. Silap-silap, Ramadan yang kena uruskan syarikat itu di kemudian hari.

“Oh ya.” Aku tersenyum sajalah. Jimat duit tambang. Along nak ikut juga tapi disebabkan dia baru saja mula kerja, dia seganlah nak mengambil cuti.

“KPJ Damansara kan?” soal Ramadan pula.

“Iya.”

“Melawat siapa?”

“Kakak sepupu saya. Dia baru bersalin. Anak menakan kesayangan umi tu. Itu yang sanggup sampai sini.” Aku tersengih, bercerita ringkas. Jujurnya rindukan juga Kak Huda, lama tak berjumpa.

“Oh ya? Alhamdulilah. Awak sihat, Jeha?” soal Ramadan pula, kejap-kejap memandangku. Dua minggu tak berjumpa, tengok si Ramadan ni macam kurus sedikit. Pergi gim gamaknya.

"Sihat alhamdulilah. Awak?” Aku berbasa-basi.

“Sihat cuma 2 minggu tak makan masakan awak, rasa nak demam pulak.
3
” Ramadan ketawa kecil.

Aku menggelengkan kepala. “Allah, melampaunya!” Ketawa halus disedekahkan.

“Betul, Jeha. Sampai termimpi-mimpi. Saya mimpi awak suruh saya balik kampung, katanya John, kambing along awak rindukan saya sampai tak nak makan.” Ramadan bersungguh-sungguh bercerita.

Aku ketawa. John pulak terbabit sama! Kesian John.

“Eh, mengadanya awak ni, Adan. Tidur tak basuh kaki la tu. Itulah awak ni.” Aku ketawa kecil lagi. Melihat muka bersungguh Ramadan, ibarat budak sekolah yang seronok bercerita.

“Eh, mana ada. Itu namanya angau. TIdur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang.” Ramadan tersengih-sengih.

“Merapu dah awak ni, Ramadan.”

“Angaukan siapa, Ramadan? Si Jeha ni? Ha, eloklah tu. Jom, kita singgah masjid dulu.” Umi pulak berseloroh.

“Eh, Adan ingat umi tidur.” Ramadan tersengih. Kantoi pulak!

Ramadan seronok ketawa, mengangkat keningnya kepadaku. Heh! Mangsanya siapa? Jehaada la!
4
heh ramadan ni, ingat pemalu rupanya memalukan 😊
8/bbr #bbr

“ASSALAMUALAIKUM, Kak Huda, Abang Isa.” Aku memberi salam kepada pasangan itu. Lega rasanya hati melihat wajah Kak Huda. Berbaju hospital dan bertudung sarung.

Nampak penat. Yalah, baru lepas bersalin. Berapa banyak darah yang mengalir? Berapa banyak tulang yang patah? Benarlah, wanita itu terlalu istimewa. Makhluk Tuhan yang sepatutnya disanjung tinggi. Lagi-lagi, seorang ibu. Mulianya mereka.

“Waalaikumussalam, ummi, Jeha.” Aku bersalaman dengan Kak Huda. Tangannya, aku sentuh dengan lembut.

Manakala Ramadan pun turut ada bersama kerana dia yang sukarela untuk melawat juga. Dia bersalaman dan berbual dengan suami Kak Huda.

“Alhamdulilah, syukur Huda selamat bersalin. Maaf ya umi lambat sikit.” Umi mencium kedua-dua belah pipi Kak Huda.

“Ini ada bubur, kami beli ja kat luaq tadi.” Aku meletakkan bubur di sisi katil.

“Terima kasih.” Kak Huda tersenyum.

“Siapa tu, ummi?” soal Kak Huda, merujuk kepada Ramadan yang sibuk berbual. Ramadan pula memang social butterfly gamaknya, ramah bebenor.

“Tu Ramadan, bakal menantu umi.” Umi tersenyum-senyum sambil mengurut tangan Kak Huda.

“Wah, sungguh la umi? Seronoklah umi nak dapat menantu. Jeha? Tak cakap pun Jeha dah nak kahwin? Sampai hati.” Kak Huda menarik pipiku lembut.

“Umi ni! Ha, Kak Huda percayalah sangat umi ni. Tu kawan baik Along, keluarga dia baru ja pindah dekat kampung sana. Dia pulak baru kerja di sini.” Aku menjelaskan salah faham itu.

“Oh macam tu, alah Jeha, kalau ya pun, apa salahnya? Kak Huda tengok dia macam baik saja, sesuailah dengan Jeha. Kau orang datang sini pun dengan dia kan?” Kak Huda meneka pulak.

Aku diam saja, hanya tersenyum. Nak membangkang pun tak boleh, ada mem besar tu kat sebelah!

“Ha, dengaq tu Jeha. Betui tu Huda, dia memang baik, ringan tulang, segak pun ya, mengaji pun pandai.” Umi memuji melambung-lambung.

“Ha, padan sangatlah dengan Jeha kita. Rajin jugak, cantik, pandai baking, mengaji pun tinggi jugak. Apa lagi Jeha? Kahwin tu seronok tau!” Kak Huda menokok tambah. Aku pula yang dipuji. Nak ambik hati la tu!

Kahwin tu seronok jika bersama dengan orang yang tepat saja. Macam Kak Huda dengan Abang Isa tu. Abang Isa tu kerja bagus jadi dia tak benarkan pun Kak Huda bekerja. Tapi, Kak Huda yang berdegil. Aku selalu juga melihat dia membantu Kak Huda membuat kerja rumah dan memasak. Pendek kata, suami mithali la.

Ramadan tak gitu ka, Jeha?

Erk, entah! Perkenalan tu pun tak sampai beberapa bulan lagi pun. Orang kata, kenal hati budi dululah. Aku ni pun, banyak perlu diperbaiki. Lompong sana sini.

“Umi, Jeha, saya nak pergi solat kejap dengan Ramadan. Kejap lagi kami datang balik ya? Sayang, apa-apa beritahu abang.” Sempat Abang Isa berpesan kepada Kak Huda.

Ramadan memandangku sekilas, dia tersenyum sebelum melangkah keluar.

PETANG itu, kami berbuka bersama-sama di sebuah restoran. Itu pun selepas umi memaksa jugalah Ramadan, puas lelaki itu menolak dengan alasan segan. Seganlah sangat! Kak Huda dan suaminya tak ikutlah kerana abang Isa nak menguruskan Kak Huda yang baru saja dibenarkan pulang.

Tadi aku dan umi singgah di rumah Kak Huda sekejap untuk mandi, rehat dan solat manakala Ramadan pulang ke rumahnya. Disebabkan tak mahu mengacau abang Isa dan Kak Huda maka kami memilih untuk berbuka di luar saja.

Kami berbuka di sebuah restoran yang dipilih Ramadan, menu disini berasaskan lauk pauk tradisional jadinya umi memang suka sangatlah.

“Sedap sungguh kedai ni, pandai Adan pilih.” Umi tersenyum-senyum menambah nasi. Hai umi, gula tu jangan lupa!

“Sedap kan umi? Nak tambah lauk lagi? Jeha? Nak tambah?” soal Ramadan sambil mencedok masak lemak cili api.

“Tak apalah, Adan. Umi baru ja tambah ni.” Umi menolak.

“Saya pun dah kenyang, Dan. Awak tambahlah.” Aku menyuruhnya pula.

“Saya pun dah kenyang juga ni. Tak apa, yang tak habis ni saya bungkus aje buat sahur ke.” Ramadan membalas dengan tenang.

“Baik.”

Selesai berbuka bersama-sama, Ramadan dengan baik hatinya menghantar kami pulang ke rumah Kak Huda. Dia nak ke masjid pula.
2
Tak lama pun kami di sini, esok dah pulang ke kampung semula. Umi ada juga tawarkan untuk menjaga Kak Huda di kampung tapi mereka menolak kerana tidak mahu menyusahkan umi dan mereka pun dah mengupah confinement lady.

Zaman dah moden. Semuanya di hujung jari saja.

“Terima kasih, Ramadan. Susahkan awak saja, maaf ya ganggu awak.” Aku menayang riak wajah bersalah.

Ramadan menarik nafas. Alamak, dia marah ka?

“Jehaada, tak susah pun. Setakat saya drive awak dengan umi je, jauh pun tak. Lagipun, bukan selalu.” Ramadan membalas pula.

“Tapi...”

“Tak ada tapi-tapi, Jeha. Hujung minggu ni saya balik kampung, awak jangan lupa datang masjid tau. Keluarga saya buat majlis berbuka. Nanti kita jumpa lagi dekat sana.” Lelaki itu sempat memesan pula.

“Oh, nasib awak ingatkan. Okay, nanti kalau nak minta tolong apa-apa, boleh beritahu ja saya.” Nak juga aku membalas budi lelaki ini.

“Alright, Jeha. Jaga diri. Nanti jumpa lagi, insya Allah. Saya gerak dulu.” Ramadan tersenyum. Dia menekan hon sebelum berlalu dan keretanya memecut laju.

Aku melambai ke arahnya. Senyum makin melebar tanpa aku sedar.
5
salam neighborhoodies!

kita dah masuk fasa pengampunan, jangan lupa berdoa banyak banyak ya!

maaf juga kalini sebab saya punya cerita ramadan macam tak bermanfaat + laghoo 😭 saya stop kejap dan sambung ketika raya nanti (sebab saya cuti panjang hihi)

im working on new manuskrip btw hihi dan hanis sangat berharap dapat maintain character hero sebab hero kalini lain sikit dari hero hero yang lalu 😆 genre pun lain jugak, hanis nak cuba cuba dulu harapnya jadilah seperti yang hanis draf.

semoga yang manis manis buat kita ramadan kali ini, selamat beribadah! semoga segala urusan kita semua dipermudahkan 💜🫶🏻
6
Zulu-Alpha-Hotel-Romeo-Alpha-November

can you catch the hint?
2
assalamualaikum semua, di bulan yang baik ini dan di 10 malam terakhir ini, saya nak minta semua sedekahkan al fatihah kepada arwah ibu kawan baik saya boleh?

al fatihah (dibaca)

terima kasih, sayang semua 🫶🏻
6