Ebit Lew Channel
18.2K subscribers
160 photos
2 videos
40 links
Download Telegram
Redha ialah tidak membenci apa yang diberikan oleh Allah melalui ketentuan-Nya.

Terima dengan tenang tanpa sedikitpun mempersoalkan.

Percaya dengan sepenuh hati aturan Allah lah yang paling baik.

Jangan pernah meminta siapa pun untuk memahami hatimu.

Cukuplah kamu tahu, bahawa Allah sangat memahami dirimu.

Senyum ketika gembira itu biasa,
Senyum ketika berduka itu luar biasa.

"Most of the times, let others think they are right; instead of trying to prove you are right, choose to be kind"

Jika mampu jadilah orang yang redha.
Jika tak mampu jadilah orang yang sabar.

Kerana ..
Orang yang redha itu lebih utama dari orang yang sabar.

Ucapkanlah..

Alhamdulillah

#elewschannel
❀59πŸ‘26
DOA memang tak boleh mengulangi sejarah.

DOA memang tak boleh mengubah apa yang telah berlaku.

DOA memang tak boleh mengembalikan yang telah pergi.

DOA tak dapat membaiki hati yang kesedihan.

DOA tak dapat menghilangkan kesakitan.

DOA tak dapat menyembuhkan rasa kehilangan.

NAMUN

DOA memberi ketenangan disaat kita sedih.

DOA memberi kekuatan disaat kita lemah.

DOA memberi harapan disaat kita kecewa.

HAKIKATNYA

DOA adalah sumber kekuatan.

DOA adalah sumber ketenangan hati.

DOA adalah sumber ibadah.

SESUNGGUHNYA

Hamba-Nya tetap berdoa dalam kehambaan pada-Nya walaupun doanya belum dikabulkan mahupun ditangguhkan.

"Berdoalah kepada-KU, nescaya akan-KU perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah KU akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".
~ Al Mu’min : 60

DIA ALLAHU YA RABB YA MUJIB. Maha Mengabulkan doa setiap hamba NYA.

Ucapkanlah

Alhamdulillah β™₯️

#elewschannel
❀84πŸ‘30πŸ₯°11
❀90πŸ‘21πŸ₯°4
❀73πŸ‘11
❀83πŸ‘15
Dengan rezeki yang berkat, Allah akan beri kesihatan yang baik.

Dengan rezeki yang berkat, Allah akan beri kebahagiaan dan ketenangan.

Dengan rezeki yang berkat, anak-anak akan taat ibu bapa, isteri akan taat suami, suami akan faham tanggungjawab.

Dengan rezeki yang berkat, Allah SWT akan tanamkan dalam jiwa kita untuk sayang semua makhluk.

Dengan rezeki yang berkat, setiap hari akan merindukan hajat ingin bersedekah.

Dengan rezeki yang berkat, Allah akan lembutkan hati pasangan kita.

Dengan rezeki yang berkat, Allah akan anugerahkan kesabaran yang tinggi.

Sahabatku kita ingkar, kita nakal, kita banyak dosa namun Allah tetap sayang kita, Allah tetap beri rezeki kepada kita.

Alhamdulillah 🀲

#elewschannel
❀89πŸ‘30πŸ₯°9πŸ‘1
πŸ‘39❀37πŸ”₯1
6 pesan Imam A-Ghazali.

1. Yang paling dekat didunia ialah KEMATIAN.
2. Yang paling jauh didunia ialah MASA LALU.
3. Yang paling berat didunia ialah AMANAH..
4. Yang paling besar didunia ialah NAFSU.
5. Yang paling ringan didunia ialah MENINGGALKAN SOLAT.
6. Yang paling tajam didunia ialah LIDAH MANUSIA.

Semoga kita mengambil ilmu darinya.

Aamiin...🌹

#elewschannel
πŸ‘70❀34
πŸ‘82❀36πŸ‘9
πŸ‘53❀48πŸ₯°36
❀124πŸ‘5
❀82πŸ‘49
πŸ₯°91❀55πŸ‘35
πŸ‘65❀31
❀94πŸ‘6πŸ₯°4
❀121πŸ₯°24πŸ‘21πŸ”₯9
πŸ‘133πŸ₯°59❀38
❀133πŸ‘37πŸ₯°22
❀136πŸ‘26πŸ₯°8
πŸ‘136❀60