Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
729 subscribers
567 photos
95 videos
1 file
251 links
Merealisasikan sebuah komuniti yang bersatupadu dan bersepakat untuk memartabatkan dan membudayakan industri eHailing Malaysia
Download Telegram
SEPARUH DARIPADA PEKERJA EKONOMI GIG DI UK MEMPEROLEH GAJI DI BAWAH PARAS GAJI MINIMUM!!!

* Gaji rendah, kerja berisiko, kebimbangan dan ketidakamanan pekerjaan yang dilaporkan oleh pekerja penghantaran, pengangkutan dan data yang terikat dengan platform digital

As reported by The Guardian:
https://www.theguardian.com/global-development/2023/may/11/half-of-uk-gig-economy-workers-earn-below-minimum-wage-study-reveals

#KAPITALIS #vs #gigworkers #ehailing #GrabDriver
Forwarded from PKEH (GEM PKEH)
*CARUMAN SKSPS PERCUMA UNTUK PEMANDU EHAILING*

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

“PERKESO Itu Prihatin, Prihatin Itu PERKESO”

*Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bahagian SPS* dengan kerjasama *Gabungan eHailing Malaysia (GEM)* ingin menjemput warga komuniti pemandu eHailing untuk menghadiri sesi taklimat kesedaran kepentingan caruman insurans *Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Tarikh - 5 September, 2023
Hari - Selasa
Masa - 2.30 Petang - 4.30 Petang
Lokasi - Dewan Kenanga, Tingkat 18, Wisma PERKESO Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Peserta program ini di khususkan kepada *pemandu eHailing yang masih belum mencarum* kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau yang *masih belum memperbaharui caruman* mereka adalah layak untuk menyertai program ini.

Sila daftar di link untuk pengesahan kehadiran:
https://surveyheart.com/form/6490ebc5cc0c8c4b486eb9f4

*Tertakluk kepada terma & syarat
#Tempat adalah terhad
#SKSPS #PERKESO #GEM #gig #ehailing #PERCUMA
PROGRAM KOLABORASI DUCATI ALL MONSTERS (DAMers) & GABUNGAN EHAILING MALAYSIA (GEM)

16 September, 2023 (Sabtu)
Masjid Jamek Pt Banyumas, Kg Parit Banyumas, Pt Yaani, Yong Peng, 83710 Batu Pahat�

GEM ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak DAMers yang sudi menjemput kami untuk berkolaborasi dalam program ini.

Penghargaan khas kepada Puan Salwa, Setiausaha DAMers yang menjadi perantara dan jambatan, yang bekerja keras untuk memastikan kolaborasi ini berjalan lancar.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dari kami untuk tetamu khas yang hadir seperti senarai di bawah:

● YB Mohd Hairi Mad Shah (Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Johor) (Larkin)
● YB Datuk Mohamad Najib Samuri (Pt Yaani)
●YB Puan Nor Rasyidah Ramli (Pt Raja)
●En. Hishamuddin, Presiden Ducati Malaysia
●Puan Gulab Jan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Akhir sekali, kepada para 30 Rider P-Hailing dari seluruh pelosok Johor yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk memeriahkan majlis. Kerjasama anda semua sangat kami hargai.

Kami sangat berbangga dengan usaha DAMers yang sudi membina jambatan ukhwah dan jalinan mesra bersama-sama dengan rider P-hailing yang lain. Insyaa Allah, GEM akan terus menyokong dan berkolaborasi dengan DAMers sekiranya diberi peluang.

Kepada rakan-rakan P-hailing, kita akan berterusan bekerjasama untuk pelbagai program. In syaa Allah dalam masa terdekat, akan ada program KHAS yang diatur untuk anda (upskilling)

Pstikan anda semua telah 'LIKE' Facebook Page kami di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0nPWigZTFoTDckqm8zXNQfEgG5nWAJ7Rm1rDPr9ki3bVNREcvVkyM9Qsx6gRAhscFl&id=100063545740670&mibextid=Nif5oz untuk mengetahui perkembangan terkini kami.

Dan jangan lupa telegram kami https://t.me/eHailingMalaysia untuk lebih gambar dan video.

#HariMalaysia #Bikers #ehailing #phailing
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sesungguhnya…

Merubah orang bukan kerja kita. Yang Maha Kuasa berbuat demikian. Teladanilah mereka. Jadilah teladan yang baik dan tunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi. Bersabarlah, kerana #sabarituindah. Kemudian, serahkan kepada Yang Maha Esa. Ingatlah, Dialah Pemilik petunjuk. Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

#SUBHANALLAH #MashaAllah #Alhamdulillah #ehailing #phailing #gig #GEM #PEHSP

https://fb.watch/nr4-NfPb4C/?mibextid=cr9u03
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ZmiMM8CcDbfBHvMp1Eao4HeskiuAR1ooYS5FrCgdunCDdAFkH54rHE5dPQpeKAKHl&id=100063545740670&mibextid=Nif5oz


*KHUSUS KEPADA PENGUNDI PARLIMEN GOMBAK - CARUMAN SKSPS PERCUMA UNTUK PENGGIAT E-HAILING DAN P-HAILING*

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Sempena *Karnival Kerjaya Parlimen Gombak & Save A Heart Day*, *Pejabat Ahli Parlimen Gombak* dengan kerjasama *Gabungan eHailing Malaysia (GEM)* ingin menjemput warga komuniti penggiat E-hailing dan P-hailing untuk menghadiri sesi taklimat kesedaran kepentingan caruman insurans *Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Tarikh: 28 Oktober 2023
Hari: Sabtu
Masa: 12 Tghri - 3 Ptg
Lokasi: Dewan Beringin, Taman Sri Gombak

Peserta program ini di khususkan kepada *penggiat E-hailing dan P-hailing yang masih tidak mencarum* kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau yang *masih tidak memperbaharui caruman*. Maka anda adalah layak untuk menyertai program ini.

Kepada peserta yang menyertai sesi taklimat ini, anda akan mendapat manfaat SKSPS pelan ke 2 di mana *Ahli Parlimen Gombak bermurah hati membiayai bayaran 20% iaitu sebanyak RM46.60* dan *baki 80% iaitu sebanyak RM186.20 di tanggung oleh kerajaan.*

Maka jangan lepaskan peluang dengan mendaftarkan diri di pautan di bawah untuk pengesahan kehadiran

https://surveyheart.com/form/6530fa226683417e4751b1ec

*Tertakluk kepada terma & syarat
#Tempat adalah terhad
#SaveAHeartDay #SKSPS #PERKESO #GEM #gig #ehailing #PERCUMA
#MBSelangor
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0ZmiMM8CcDbfBHvMp1Eao4HeskiuAR1ooYS5FrCgdunCDdAFkH54rHE5dPQpeKAKHl&id=100063545740670&mibextid=Nif5oz


*KHUSUS KEPADA PENGUNDI PARLIMEN GOMBAK - CARUMAN SKSPS PERCUMA UNTUK PENGGIAT E-HAILING DAN P-HAILING*

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Sempena *Karnival Kerjaya Parlimen Gombak & Save A Heart Day*, *Pejabat Ahli Parlimen Gombak* dengan kerjasama *Gabungan eHailing Malaysia (GEM)* ingin menjemput warga komuniti penggiat E-hailing dan P-hailing untuk menghadiri sesi taklimat kesedaran kepentingan caruman insurans *Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Tarikh: 28 Oktober 2023
Hari: Sabtu
Masa: 12 Tghri - 3 Ptg
Lokasi: Dewan Beringin, Taman Sri Gombak

Peserta program ini di khususkan kepada *penggiat E-hailing dan P-hailing yang masih tidak mencarum* kepada Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) atau yang *masih tidak memperbaharui caruman*. Maka anda adalah layak untuk menyertai program ini.

Kepada peserta yang menyertai sesi taklimat ini, anda akan mendapat manfaat SKSPS pelan ke 2 di mana *Ahli Parlimen Gombak bermurah hati membiayai bayaran 20% iaitu sebanyak RM46.60* dan *baki 80% iaitu sebanyak RM186.20 di tanggung oleh kerajaan.*

Maka jangan lepaskan peluang dengan mendaftarkan diri di pautan di bawah untuk pengesahan kehadiran

https://surveyheart.com/form/6530fa226683417e4751b1ec

*Tertakluk kepada terma & syarat
#Tempat adalah terhad
#SaveAHeartDay #SKSPS #PERKESO #GEM #gig #ehailing #PERCUMA
#MBSelangor
Selama 2 hari berturut-turut bermula hari ini, Gabungan E hailing Malaysia (GEM) akan berada di *KARNIVAL HARI PRIHATIN RAKYAT PARLIMEN GOMBAK* . Maklumat lengkap seperti di bawah:

📍 Dewan Beringin Taman Sri Gombak
📆 28 dan 29 Oktober 2023
🕗 10 Pagi - 5 Petang

GEM terlibat sebagai penyelaras bagi program Taklimat Caruman PERKESO untuk P-hailing dan E-hailing di mana peserta yang telah mendaftar akan mendapat manfaat caruman SKSPS pelan ke 2. *Ahli Parlimen Gombak bermurah hati membiayai bayaran 20% iaitu sebanyak RM46.60* dan *baki 80% iaitu sebanyak RM186.20 di tanggung oleh kerajaan.*

GEM juga telah membuka meja pertanyaan untuk program *PENYELARAS KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH COORDINATOR)*. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program ini, anda boleh datang terus berjumpa kami.

Selain itu, anda juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti:

Karnival Kerjaya MYFutureJobs
Jualan Ehsan Rahmah (Ahad)
Saringan Kesihatan Percuma (Sabtu)
Pemeriksaan Jantung percuma (Sabtu) (dan pendaftaran untuk sesi November)
Taklimat skim PERKESO untuk suri rumah.
Aktiviti Mesra Rakyat (Sukan dan Permainan Rakyat)
Pertandingan Mewarna kanak-kanak
Edaran baucher SMUE dan pendaftaran skim YAWAS
Pelbagai kaunter pameran dan rundingcara
Serahan bantuan dan sumbangan kepada individu dan NGO
Jualan asnaf

MAKA, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMERIAHKAN *KARNIVAL HARI PRIHATIN RAKYAT PARLIMEN GOMBAK* dan bertemu kami di sana.

#EventAsalGombak
#MBSelangor
#SKSPS #PERKESO
#kerjayamadani #MYFutureJobs #perkeso #sijilkemahiranmalaysia #tvet #tvetmalaysia #kerjayamalaysia #mysheqa #oshc #safetymalaysia #jkkp #kerjakosongmalaysia
#GEM #MEDO #PKEH
#gig #ehailing #PERCUMA
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
📣JOM HADIR KE KARNIVAL KERJAYA PARLIMEN GOMBAK & SAVE A HEART DAY DAN TEMUI KAMI DI SANA 📣

28 & 29 OKTOBER 2023 (SABTU & AHAD) @ DEWAN BERINGIN, TAMAN SRI GOMBAK

🔊JUMPA DI SANA🔊 @followers

#SaveAHeartDay #HariPrihatinRakyat
#MBSelangor
#BinaKerjayaMadani #MyFutureJobs
#GEM #MEDO #PKEH
#gig #ehailing #phailing

https://vt.tiktok.com/ZSNBeDh7n/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
23 November 2023 (Khamis)

KUNJUNGAN HORMAT, PERBINCANGAN DAN SERAHAN MEMORANDUM
SEKRETARIAT, GABUNGAN EHAILING MALAYSIA (GEM) KEPADA YANG
BERHORMAT TUAN V. SIVAKUMAR MENTERI SUMBER MANUSIA

#GEM #MEDO #PEHSP #PETA #memorandum #MOHR #ehailing #phailing #gigworkers

📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/CutxB7GvBvfKkh3A/?mibextid=WC7FNe
29 November 2023 (Rabu)

KUNJUNGAN HORMAT, PERBINCANGAN DAN SERAHAN PEMBENTANGAN CADANGAN SEKRETARIAT, GABUNGAN EHAILING MALAYSIA (GEM) KEPADA ENCIK SAZALIZA ZAINUDDIN, KETUA PEGAWAI OPERASI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

#GEM #MEDO #PEHSP #PETA #memorandum #KWSP #ehailing #phailing #gigworkers
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Memperingati Peristiwa Agung
Israk dan Mikraj
8 Februari 2024 / 27 Rejab 1445H

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Isra : ayat 1)

#GEM #MEDO #MyGIGCOOP #uwa #ehailing #phailing #gig
5 Mac 2024 @ Hotel Sunway, Georgetown Pulau Pinang.

Sesi sumbang saran & perkongsian berkaitan permasalahan dan cabaran penggiat eHailing & pHailing Wilayah Utara yang di Pengerusikan oleh Dato’ Hasnal Rezua Merican, bersama 3 lagi Pesuruhjaya SUHAKAM.

Terima kasih #SUHAKAM

ADUAN SUHAKAM:
EMEL complaints@suhakam.org.my
ATAU
MELALUI LAMAN SESAWANG SISTEM ADUAN SUHAKAM IAITU http://aduan.suhakam.org.my/eApps/system/index.do

#GEM #PEHSP #PKEH #MEDO #MyGIGCOOP
#ehailing #phailing #gigworkers
#BETUL KE #SALAH?

Bertalu-talu ADUAN keresahan dari pemandu ehailing terutama #GRAB berkaitan kenaikan kadar insurans #ehailing

Hal ini sudah berlaku sejak 2020 di mana pemandu-pemandu ehailing di regulasikan dengan undang-undang berat sebelah / dua darjat.

Libat urus bersama pihak #banknegaramalaysia telah di laksanakan namun tiada jawapan dan penyelesaian tuntas untuk menangani isu ini.
Sila rujuk link:

https://www.facebook.com/share/GGcpG6keuovHCKwn/?mibextid=WC7FNe

Bebanan pada pemandu ehailing semakin tinggi dengan kos-kos perkhidmatan yang terpaksa di tanggung tapi YB Anthony Loke Siew Fook kata (Rujuk kenyataan media Pak Menteri ni)
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mot-seboleh-bolehnya-tidak-mahu-campur-tangan-isu-kadar-tambang-lantai-e-hailing-415019?amp=1

#Menteri - Menteri buat #Apa

Kredit informasi JB GRAB COMMUNITY ( SENTIP TEAM )
Bro Yem & Team GEM Wilayah Selatan

https://www.facebook.com/share/p/raRFv6AXz87kngDV/?mibextid=WC7FNe
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selasa, 26 Mac 2024

Menghadiri sesi rewang bubur lambuk anjuran ahli bersekutu Gabungan Ehailing Malaysia / PERSATUAN EHAILING SUNGAI PETANI(PEHSP ) yang di ketuai oleh Pengerusi PEHSP Mohd Sham dan melaksanakan penyerahan Fidyah berupa barangan keperluan asas kepada beberapa ahli PEHSP.

Tahniah kepada kepimpinan PEHSP dan ahli-ahli yang menjayakannya. Teruskan usaha murni ini.

#GEM #PEHSP #ehailing #gigworkers #phailing #WilayahUtara
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
“PROGRAM SINERGI PERKESO”

EDARAN PERCUMA MOREH UNTUK DRIVER EHAILING DI LANDSIDE KLIA

JUMAAT, 29 MAC 2024
11.45 MALAM

- BUBUR LAMBUK
- POTATO BREAD
- AIR MINERAL

#jazakallahkhair #Alhamdulillah #TerusMelangkah #GEM #JoseRizal #eHailing #gigworkers
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM RAIKAN SEMUA & PENDAFTARAN PENEMPATAN PEKERJAAN MYFUTUREJOBS PERKESO

Anda adalah pekerja gig / bekerja sendiri yang nak beralih ke pekerjaan formal?

Anda 'WAJIB' hadir ke program ini!

Jemputan khas buat semua pencari kerja atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang ingin transisi ke pekerjaan formal amat digalakkan menyertai Program Raikan Semua & Pendaftaran Penempatan Pekerjaan MYFutureJobs. Tatkala kita berusaha maju dalam mengejar kerjaya, jangan kita lupakan keutamaan meraih keberkatan dalam bulan Ramadan ini dengan meraikan semua.

Butiran program adalah seperti berikut :

Tarikh : 31 Mac 2024 (Ahad)
Masa : 4:00 petang - 8:00 malam
Tempat : Masjid Bandar Seri Putra, Kajang

Jangan lepaskan peluang ini!

#PERKESO #GEM #Ehailing #gigworkers #JoseRizal #terusmelangkah #Alhamdulillah #JazakAllahKhair
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Di kongsikan gambar dan suasana sekitar “Program Sinergi #PERKESO” pada Jumaat, 29 Mac 2024 (11.30 Malam) bersama
- PPZ MAIWP
- KINGZMG Harley Davidson
- Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
- KOGIRAN / MEHL & BUTTER

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya.

#kalianluarbiasa
Farit Shahudin
MaYa Mohamed Wfhm

#Alhamdulillah #JazakAllahKhair #moreh #GEM #JoseRizal #ehailing #klia #landside
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selasa, 2 April 2024 @ Grand Hyatt KL

MENGHADIRI MAJLIS IFTAR PERKESO KESUMA 2024
&
PELANCARAN VIDEO PENDEK “PESAN AYAH”
🫰🫶🇲🇾🤝🤲

Klik link untuk menonton:
https://www.youtube.com/watch?v=Xsqtof-Urq4

PERKESO itu Prihatin, Prihatin itu PERKESO ​

#PERKESOPrihatin #PERKESOMembawaSenyuman #PERKESO2024 #PesanAyah #PesanAyahPERKESO #RayaPERKESO #Raya2024 #HariRaya
#GEM #JoseRizal #eHailing #gigworker #iftar2024
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rabu, 3 April 2024

Sesi perkongsian dan perbincangan santai
bersama Encik Adrian Pereira, Dr. Asha Rathina Pandi dan En Aaron.

Intipati perbincangan bersetuju dengan 3 perkara asas iaitu mendokong perjuangan Gabungan eHailing Malaysia (GEM), kolaborasi dan perkongsian maklumat dan jaringan.

Nantikan naskah aspirasi perjuangan Gabungan eHailing Malaysia (GEM) dalam masa terdekat.

InshaAllah 🤲🇲🇾🤝

Turut serta Mr V

#GEM #gigwork #JoseRizal #eHailing #pHailing