Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
713 subscribers
570 photos
97 videos
1 file
253 links
Merealisasikan sebuah komuniti yang bersatupadu dan bersepakat untuk memartabatkan dan membudayakan industri eHailing Malaysia
Download Telegram
PROGRAM KOLABORASI DUCATI ALL MONSTERS (DAMers) & GABUNGAN EHAILING MALAYSIA (GEM)

16 September, 2023 (Sabtu)
Masjid Jamek Pt Banyumas, Kg Parit Banyumas, Pt Yaani, Yong Peng, 83710 Batu Pahat�

GEM ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak DAMers yang sudi menjemput kami untuk berkolaborasi dalam program ini.

Penghargaan khas kepada Puan Salwa, Setiausaha DAMers yang menjadi perantara dan jambatan, yang bekerja keras untuk memastikan kolaborasi ini berjalan lancar.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga dari kami untuk tetamu khas yang hadir seperti senarai di bawah:

● YB Mohd Hairi Mad Shah (Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi & Sumber Manusia Johor) (Larkin)
● YB Datuk Mohamad Najib Samuri (Pt Yaani)
●YB Puan Nor Rasyidah Ramli (Pt Raja)
●En. Hishamuddin, Presiden Ducati Malaysia
●Puan Gulab Jan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Akhir sekali, kepada para 30 Rider P-Hailing dari seluruh pelosok Johor yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk memeriahkan majlis. Kerjasama anda semua sangat kami hargai.

Kami sangat berbangga dengan usaha DAMers yang sudi membina jambatan ukhwah dan jalinan mesra bersama-sama dengan rider P-hailing yang lain. Insyaa Allah, GEM akan terus menyokong dan berkolaborasi dengan DAMers sekiranya diberi peluang.

Kepada rakan-rakan P-hailing, kita akan berterusan bekerjasama untuk pelbagai program. In syaa Allah dalam masa terdekat, akan ada program KHAS yang diatur untuk anda (upskilling)

Pstikan anda semua telah 'LIKE' Facebook Page kami di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0nPWigZTFoTDckqm8zXNQfEgG5nWAJ7Rm1rDPr9ki3bVNREcvVkyM9Qsx6gRAhscFl&id=100063545740670&mibextid=Nif5oz untuk mengetahui perkembangan terkini kami.

Dan jangan lupa telegram kami https://t.me/eHailingMalaysia untuk lebih gambar dan video.

#HariMalaysia #Bikers #ehailing #phailing