Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
714 subscribers
570 photos
97 videos
1 file
253 links
Merealisasikan sebuah komuniti yang bersatupadu dan bersepakat untuk memartabatkan dan membudayakan industri eHailing Malaysia
Download Telegram
Selama 2 hari berturut-turut bermula hari ini, Gabungan E hailing Malaysia (GEM) akan berada di *KARNIVAL HARI PRIHATIN RAKYAT PARLIMEN GOMBAK* . Maklumat lengkap seperti di bawah:

πŸ“ Dewan Beringin Taman Sri Gombak
πŸ“† 28 dan 29 Oktober 2023
πŸ•— 10 Pagi - 5 Petang

GEM terlibat sebagai penyelaras bagi program Taklimat Caruman PERKESO untuk P-hailing dan E-hailing di mana peserta yang telah mendaftar akan mendapat manfaat caruman SKSPS pelan ke 2. *Ahli Parlimen Gombak bermurah hati membiayai bayaran 20% iaitu sebanyak RM46.60* dan *baki 80% iaitu sebanyak RM186.20 di tanggung oleh kerajaan.*

GEM juga telah membuka meja pertanyaan untuk program *PENYELARAS KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH COORDINATOR)*. Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program ini, anda boleh datang terus berjumpa kami.

Selain itu, anda juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang karnival berlangsung seperti:

❀ Karnival Kerjaya MYFutureJobs
❀ Jualan Ehsan Rahmah (Ahad)
❀ Saringan Kesihatan Percuma (Sabtu)
❀ Pemeriksaan Jantung percuma (Sabtu) (dan pendaftaran untuk sesi November)
❀ Taklimat skim PERKESO untuk suri rumah.
❀ Aktiviti Mesra Rakyat (Sukan dan Permainan Rakyat)
❀ Pertandingan Mewarna kanak-kanak
❀ Edaran baucher SMUE dan pendaftaran skim YAWAS
❀ Pelbagai kaunter pameran dan rundingcara
❀ Serahan bantuan dan sumbangan kepada individu dan NGO
❀ Jualan asnaf

MAKA, JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MEMERIAHKAN *KARNIVAL HARI PRIHATIN RAKYAT PARLIMEN GOMBAK* dan bertemu kami di sana.

#EventAsalGombak
#MBSelangor
#SKSPS #PERKESO
#kerjayamadani #MYFutureJobs #perkeso #sijilkemahiranmalaysia #tvet #tvetmalaysia #kerjayamalaysia #mysheqa #oshc #safetymalaysia #jkkp #kerjakosongmalaysia
#GEM #MEDO #PKEH
#gig #ehailing #PERCUMA
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
πŸ“£JOM HADIR KE KARNIVAL KERJAYA PARLIMEN GOMBAK & SAVE A HEART DAY DAN TEMUI KAMI DI SANA πŸ“£

28 & 29 OKTOBER 2023 (SABTU & AHAD) @ DEWAN BERINGIN, TAMAN SRI GOMBAK

πŸ”ŠJUMPA DI SANAπŸ”Š @followers

#SaveAHeartDay #HariPrihatinRakyat
#MBSelangor
#BinaKerjayaMadani #MyFutureJobs
#GEM #MEDO #PKEH
#gig #ehailing #phailing

https://vt.tiktok.com/ZSNBeDh7n/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
23 November 2023 (Khamis)

KUNJUNGAN HORMAT, PERBINCANGAN DAN SERAHAN MEMORANDUM
SEKRETARIAT, GABUNGAN EHAILING MALAYSIA (GEM) KEPADA YANG
BERHORMAT TUAN V. SIVAKUMAR MENTERI SUMBER MANUSIA

#GEM #MEDO #PEHSP #PETA #memorandum #MOHR #ehailing #phailing #gigworkers

πŸ“Έ Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/CutxB7GvBvfKkh3A/?mibextid=WC7FNe
29 November 2023 (Rabu)

KUNJUNGAN HORMAT, PERBINCANGAN DAN SERAHAN PEMBENTANGAN CADANGAN SEKRETARIAT, GABUNGAN EHAILING MALAYSIA (GEM) KEPADA ENCIK SAZALIZA ZAINUDDIN, KETUA PEGAWAI OPERASI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

#GEM #MEDO #PEHSP #PETA #memorandum #KWSP #ehailing #phailing #gigworkers
https://www.facebook.com/61551662321937/posts/pfbid02hNjU6jhSK7yFtKGGg75NJ3g87k1RMx2C1FrqysKBc46jqkagUhachSNHhXVKLgC2l/

Seramai 24 peserta dari kalangan penggiat e-hailing dan juga p-hailing telah menghadiri kursus *PENYELARAS KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSH COORDINATOR)* bertempat di AME Academy Kelana Jaya.

Kursus selama 5 hari yang bermula dari 4 hingga 8 Disember 2023 adalah julung kali diadakan melibatkan kerjasama antara MySYEQA Group Sdn Bhd selaku penyedia kursus, dan Malaysia Ehailing & Delivery Organization (MEDO) selaku rakan strategik.

Kursus ini adalah platform terbaik kepada para penggiat yang ingin kembali ke sektor formal memandangkan pasaran kerja dan keperluan penjawatan untuk OSH Coordinator dijangka meningkat bermula tahun hadapan.

Peserta yang telah menyertai kursus ini bukan sahaja mendapat sijil yang diiktiraf oleh Department of Occupational Health & Safety (DOSH), malah nama peserta juga telah berada dalam pengkalan data DOSH yang diiktiraf seluruh Malaysia dan seterusnya meningkatkan peluang peserta mendapatkan pekerjaan.

Dan paling istimewa buat peserta yang mendaftarkan diri di bawah MEDO, mereka akan mendapat elaun tamat kursus sebanyak *RM500* asalkan memenuhi syarat dan kelayakan.

Maka, jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi kursus seterusnya.

Layari πŸ“ https://whatsform.com/medo-ehailing untuk pra-pendaftaran kursus.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. V. di no. 019 995 1058

#GEM #PKEH #MEDO #PERKESO
#kerjayamadani #MYFutureJobs #perkeso #sijilkemahiranmalaysia #tvet #tvetmalaysia #kerjayamalaysia #mysheqa #oshc #safetymalaysia #jkkp #kerjakosongmalaysia
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat Memperingati Peristiwa Agung
Israk dan Mikraj
8 Februari 2024 / 27 Rejab 1445H

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Isra : ayat 1)

#GEM #MEDO #MyGIGCOOP #uwa #ehailing #phailing #gig
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Gong Xi Fa Cai, Xin Nian Kuai Le!

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2024 kepada semua yang meraikannya.

Semoga Tahun Naga kali ini, memberikan Kekuatan, Keberanian, Kebahagiaan serta Kejayaan Besar buat anda semua.

#TahunBaharuCina2024
#GEM #MEDO #MyGIGCOOP
5 Mac 2024 @ Hotel Sunway, Georgetown Pulau Pinang.

Sesi sumbang saran & perkongsian berkaitan permasalahan dan cabaran penggiat eHailing & pHailing Wilayah Utara yang di Pengerusikan oleh Dato’ Hasnal Rezua Merican, bersama 3 lagi Pesuruhjaya SUHAKAM.

Terima kasih #SUHAKAM

ADUAN SUHAKAM:
EMEL complaints@suhakam.org.my
ATAU
MELALUI LAMAN SESAWANG SISTEM ADUAN SUHAKAM IAITU http://aduan.suhakam.org.my/eApps/system/index.do

#GEM #PEHSP #PKEH #MEDO #MyGIGCOOP
#ehailing #phailing #gigworkers
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
20 Jun 2024 (Khamis)

Berkesempatan mendengar dan berkongsi keluh kesah driver ehailing Perak.

Terima kasih kepada Mr Nedu, Presiden Persatuan E-Hailing Perak dan Ahli-ahli Jawatankusa, kepada Sdr Rizwan, Leow, Wan & Lan *Adhoc Committee GEM Perak yang mengaturkan pertemuan ini.

#United #Solidarity #terusmelangkah #GEM #PEP #MEDO #MyGIGCOOP #LTL #M2EMS #EndModernSlavery

https://vt.tiktok.com/ZSYPBUU45/