Gabungan Ehailing Malaysia (GEM)
715 subscribers
570 photos
97 videos
1 file
254 links
Merealisasikan sebuah komuniti yang bersatupadu dan bersepakat untuk memartabatkan dan membudayakan industri eHailing Malaysia
Download Telegram
Bismillahirrahmaanirrahim...

PENJELASAN BERKENAAN KENYATAAN MENGAPA CAMPURTANGAN KERAJAAN DI PERLUKAN DI DALAM PENETAPAN "KADAR TAMBANG/UPAH LANTAI" DALAM SEKTOR EHAILING MALAYSIA.

M.A.D.A.N.I

1. MEASUREABLE
Kos untung rugi pemandu adalah boleh di ukur.
2. ACCOUNTABLE
Kerajaan harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keterjaminan pemandu sektor eHailing
3. DAMAGE
Kerosakan ekosistem industri eHailing telah tercemar dengan kawal selia berlebihan
4. ASSIST
Kerajaan perlu membantu pemandu agar tidak terus di perhambakan di dalam arus kemodenan dunia eHailing.
5. NEGLECTED
AKTA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 715 telah di abaikan sejak pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat kepada hanya sebuah Agensi Pengangkutan Awam Darat di mana kuasa-kuasa penguatkuasaan Akta 715 terhapus sejak itu.
6. IRRESPONSIBLE
Adalah tidak bertanggungjawab jika terus menerus menafikan hak keadilan semata-mata untuk mengambil kesempatan daripada kesempitan keadaan rakyat marhaen di bawah. Perlu di ingat bahawa 100% pemandu eHailing ini adalah rakyat Malaysia dan kerajaan harus bertindak sewajarnya dan tuntas di dalam menangani isu-isu permasalahan berkaitan industri eHailing ini.

Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Sedarlah wahai sang penguasa, bertindak sebelum terlambat. Kami sentiasa memerhati dan mengawasi tindak tanduk sang penguasa.

JR
260423

#MalaysiaMADANI
#MOT
#APAD
#GrabDrivers
#eHailing
#GigWorkers

https://www.facebook.com/100070798391483/posts/pfbid025K1gf8ciGKSrWMsDhacq49FdMwfUFGSDuAoAhr9MxS92bfujZatck529o78Ufxfdl/?mibextid=Nif5oz
Isnin, 8 Mei 2022

Satu sesi libat urus dan diskusi dengan Rektor UiTM Cawangan Kedah (UiTM Merbok) YBhg. Prof. Dr. Roshima Hj. Said berkenaan isu-isu permasalahan pengoperasian pemandu eHailing di dalam kawasan UiTM Merbok telah dengan jayanya di adakan.

Segala aduan dari pihak pemandu-pemandu eHailing terutamanya yang beroperasi di kawasan berdekatan radius kampus telah berjaya di leraikan.  Makluman dan tindakan lanjut akan di laksanakan mengikut kepada persetujuan bersama.

Wassalam.

#Alhamdulillah #Syukur #ehailing #gigworkers #GrabDrivers

Berita penuh:
https://www.facebook.com/100070798391483/posts/pfbid0PpzXb9pAifRA6bTqor9UqVYgKA9CWxeZsUH7Vz4A3VHBw6hhNQikypLCT8LoFJR9l/?mibextid=Nif5oz