Dr Samhan (Official)
175K subscribers
1.85K photos
82 videos
13 files
2.12K links
Tip Perubatan dan Kesihatan

SSM: DR SAMHAN HEALTHCARE SDN. BHD. 202201016587 (1462284-K)
Download Telegram
Pelajar kolej dan dua rakan lelaki mengaku liwat, seks oral berkumpulan.

Mereka masih bujang. Tiada peguam.

Hanya merayu agar hukuman diringankan.

Tapi siapa akan ringankan kesan jangka panjang?

Siapa akan tanggung kalau mereka bawa virus HIV dalam badan?

Siapa akan lindungi pasangan mereka nanti? isteri yang suci tapi dapat penyakit dari suami yang ‘tersilap langkah’?

Seks dubur bukan perkara main-main.

➡️ 18 kali ganda risiko HIV berbanding seks biasa.
➡️ Dubur tiada pelinciran semula jadi, setiap tusukan berisiko koyak.
➡️ Dinding dubur nipis, salur darah padat, sekali luka, virus terus masuk.
➡️ Bila berlaku dalam ‘seks berkumpulan’? Risiko berganda.

Ini bukan soal suka sama suka.
Ini soal kesihatan awam, masa depan, dan bala Tuhan.

Anak muda tolong buka mata.

Keterbukaan zaman moden bukan lesen untuk langgar fitrah.

‘Rasa ingin cuba’ boleh membawa penyakit seumur hidup, dan dosa yang tak terpadam.

Jangan bangga langgar batas.
Jangan jadikan nafsu alasan ‘hak peribadi’.

Allah larang kerana Allah tahu.
Tubuh manusia dicipta ikut peraturan-Nya.

Bila kita lawan fitrah, kita sedang gali kubur sendiri perlahan-lahan tapi pasti.

“Dan kamu tinggalkan isteri-isteri kamu yang diciptakan Tuhan untuk kamu… bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas.”
(Surah al-Shu’ara: 166)

Saya kongsikan lebih banyak ilmu, kesedaran dan realiti kesihatan lelaki di www.forhimclinic.com.
337
192
145
Rawatan Awal
Sengatan Obor-Obor


Keluar dari air & bertenang

Jangan gosok kawasan
sengatan

Siram dengan cuka (vinegar)
selama 30 saat

Jangan guna air kencing

Jangan guna Coca Cola

Jangan guna alkohol

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
160
82
👨‍🦳 CEGAH SEMBELIT DALAM KALANGAN WARGA EMAS 👨‍🦳

Ambil makanan kaya probiotik dan prebiotik

Kurangkan makanan tinggi lemak

Lakukan senaman.
Hadkan aktiviti sedentari

Minum 6-8 gelas air kosong sehari

Tingkatkan pengambilan serat tidak larut air

Tingkatkan pengambilan cecair dari sumber makanan (sup/ jus buah)

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
125
114
24
‘ 𝐌𝐚𝐭𝐢 𝐩𝐮𝐜𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐩 𝟑 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐫 ’

Umur 34 tahun, Kes mati pucuk tahap 3.

Puncanya sebab pakai gambir.
Dulu mula guna sebab nak tahan lama.

Sekali dua… okay.

Tapi lama-lama, otak dan zakar dia jadi bergantung.

Sampai tahap kalau tak ada gambir,
langsung tak boleh bersama isteri.

Tanpa dia sedar, saraf di hujung zakar dah rosak.
Rasa pun makin hilang.

Bila isteri sentuh… takde respon.

Mula-mula isteri faham.

Tapi makin lama, hubungan jadi renggang.

Dia mula elak bila isteri ajak bersama bukan sebab tak mahu,
tapi sebab takut isteri kecewa.

Sampailah satu hari, dia datang ke HIMWellness.
Ikhtiar, walaupun hati penuh rasa ragu.

Kami mulakan rawatan.


Lepas 6 sesi, semalam dia WhatsApp

“Doktor, saya dah boleh bersama isteri tanpa gambir. Rasa tu… dah kembali.”

Hari ni saya kongsi kisah ni sebab saya tahu ramai di luar sana sedang bergantung pada produk terlarang yang merosakkan.

Awal-awal mungkin rasa “power”.

Tapi akhirnya, boleh buat hilang kuasa selamanya.

Kalau rasa tanda-tanda tu dah mula ada dapatkan rawatan di tempat yang betul dan selamat.

Dr Samhan
- Doktor kesihatan lelaki
95
101
Perkara yang tidak di sangka menyebabkan perut buncit

📣 Tidur tak cukup

📣 Makan lewat malam

📣 Tekanan kronik

📣 Hormon berubah

📣 Postur badan membongkok

📣 Udara dari minuman berkarbonat

📣 Kerap duduk lama

📣 Jarang buang air besar

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
139
Ramai rasa air manis cuma buat gemuk.

Hakikatnya, kalau minum hari-hari, risiko kena diabetes boleh naik sampai 26%.

Masalahnya, diabetes ni bukan hanya gula tinggi.

Dia rosakkan salur darah halus dalam badan… termasuk yang bekalkan darah ke ‘enjin lelaki’.

Bila salur darah dah sempit, ereksi pun mula lemah. Mula-mula susah nak pacak lama, lama-lama langsung tak pacak.

Jangan tunggu hilang fungsi baru nak ubah. Ingat lelaki!

http://forhimclinic.com
120
Ramai anggap tak cukup tidur cuma buat letih. Hakikatnya, bila testosteron merosot:

- Nafsu menurun sebab otak kurang hantar isyarat untuk ereksi.

- Otot zakar lemah, aliran darah perlahan, ereksi tak tahan lama.

- Mood berubah, cepat stres, dan hilang keyakinan diri.

Kalau dibiarkan, masalah hormon dan salur darah ni perlahan-lahan boleh jadi punca awal mati pucuk, walaupun umur belum cecah 40.

Nasihat saya, cuba cukupkan tidsur 6-7 jam setiap malam. Kawal stres, bersenam, dan buat pemeriksaan kesihatan kalau mula rasa cepat letih, tak pacak pagi, atau nafsu makin kurang.

Nak dapatkan rawatan? Boleh jumpa saya di HIMWellness, TTDI. Kalau malu nak jumpa depan-depan, boleh konsult secara online di www.forhimclinic.com.
75
108
CARA HILANGKAN ULSER MULUT SEMULA JADI 👅

Minyak kelapa

Baking soda

Madu

Jus oren

Bawang putih

Cuka epal

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
141
" Punca Utama Pancut Awal “

Malam ni kita sembang tentang topik yang ramai nak tahu iaitu punca utama lelaki pancut awal. Jangan lupa join dan tanya soalan.

Butiran Live :-

Topik : Punca Utama Pancut Awal?
Tarikh : 16 August 2025
Hari : Sabtu
Waktu : 9.30 Malam

Platform :
▪️Telegram HIM WELLNESS (Official) https://t.me/himclinic

Jangan lupa, set reminder jam 9.30 malam ni ya!

Jumpa malam ni 💪🏼
73
62
KENAPA BAYI DALAM PERUT
KURANG BERGERAK


1️⃣ Ibu hamil sangat aktif

2️⃣ Baru melakukan seks

3️⃣ Saiz bayi yang kecil

4️⃣ Ruang semakin berkurangan

5️⃣ Bayi dalam kandungan sedang tidur

6️⃣ Kepala bayi sudah turun ke
pelvis

WASPADA JIKA :

⚠️ Air ketuban sedikit

⚠️ Terlalu banyak cecair ketuban

⚠️ Masalah pada janin

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
103
88
👨‍👧‍👦 PLAYTIME ANAK BERSAMA AYAH LEBIH BERKUALITI 👨‍👧‍👦

🔆 Cara ayah bermain yang sedikit kasar & lasak dalam permainan fizikal membuatkan anak rasa lebih puas dan lebih seronok bermain

MANFAAT PADA ANAK

 Kurang tantrum & kasar

 Mahir kawal emosi

 Kurang masalah kelakuan

Lebih penyayang

Akhlak lebih baik

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di
http://t.me/drsamhan
112
𝐏𝐞𝐥𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫.

Kadang, sebelum tidur, pelukan lebih penting dari kata “selamat malam”.

Pelukan yang lembut, penuh makna, yang buat kita rasa tak pernah sendirian.

Walaupun seharian penat, biarkan pelukan itu menjadi tempat kita bersandar.

Ia bukan sekadar fizikal, tapi penghubung hati, yang memberikan ketenangan.

Pelukan itu pengingat, cinta tetap ada walaupun hari-hari kita penuh dengan cabaran.

Sederhana, tapi cukup untuk memberikan rasa bahawa kita selalu ada untuk satu sama lain.

- Dr Samhan
334