Dr Samhan (Official)
175K subscribers
1.85K photos
82 videos
13 files
2.12K links
Tip Perubatan dan Kesihatan

SSM: DR SAMHAN HEALTHCARE SDN. BHD. 202201016587 (1462284-K)
Download Telegram
“Kantoi melancap… isteri terus minta cerai.”

Dia muda. Baru 25 tahun. Datang sorang-sorang ke HIMWellness.
Badan sihat, nampak macam takde masalah. Tapi waktu dia duduk depan saya, dia terus tunduk.

“Doktor… saya rasa saya dah mati pucuk.”

Saya pandang dia. “Muda lagi ni… apa yang jadi sebenarnya?”

Lama dia diam, sebelum dia buka mulut.

“Saya ketagih onani sejak sekolah. Sekarang… saya langsung tak rasa apa-apa bila bersama isteri.”

Mula-mula isteri ingat dia penat kerja. Tapi makin lama, isteri makin sedih. Mereka cuba bersama zakar tak naik. Bila naik pun, tak lama. Kadang baru nak mulakan… dah lembik balik.
Isteri rasa kecewa. Macam tak diingini. Mereka mula bergaduh.

Yang menyedihkan si suami masih boleh ‘naik’ dan klimaks kalau guna tangan sendiri. Tapi bila dengan isteri, langsung tak berfungsi.

Dan lebih menyedihkan…

Dia kantoi melancap dalam gelap.
Isteri menangis, terkaku.
Esoknya, isteri keluar rumah.

“Kalau saya tak cukup untuk awak… kita cerai sajalah.”

Itu ayat paling pedih dia pernah dengar. Dia tak mampu jawab. Dia tahu dia salah.

Tapi… benda ni bukan sebab dia tak sayang isteri.

Masalahnya otak dan zakar dia dah rosak akibat onani bertahun-tahun.
Rangsangan biasa dah tak mampu aktifkan sistem zakar.

Inilah permulaan kepada mati pucuk kekal.

Saya beritahu dia, benda ni boleh dirawat. Tapi kena mula sekarang.
Lagi lama tangguh… lagi jauh dari sembuh.

Dia setuju mulakan rawatan.

Tapi saya kongsi kisah ni sebagai peringatan:

Kalau korang tengah struggle dengan tabiat melancap yang keterlaluan… tolong jangan diam.

Jangan tunggu sampai jadi macam kisah ni.
Jangan tunggu sampai zakar sendiri tak berfungsi.

Nak dapatkan rawatan? Boleh jumpa saya di HIMWellness, TTDI. Kalau malu nak jumpa depan-depan, boleh konsult secara online di www.forhimclinic.com.

-Dr Ahmad Samhan-
Doktor Kesihatan Lelaki, HIMWellness
124
63
99
Buli adalah perbuatan yang merosakkan, tidak hanya kepada fizikal tetapi juga kepada mental dan emosi mangsanya.

Boleh berakhir dengan luka yang tak nampak parut mental yang akan kekal sepanjang hayat.

Kes seperti Arwah Zulfarhan dan adik Zara mengingatkan kita betapa seriusnya kesan buli.

Mereka yang menjadi mangsa bukan hanya berdepan dengan kecederaan fizikal, tetapi juga trauma yang bertahun-tahun membelenggu kehidupan mereka.

Buli bukan kenakalan, tapi kezaliman.

Anak datang sekolah nak belajar, bukan trauma.

Jika kita biarkan, mereka yang disakiti mungkin tak dapat melupakan kesakitan itu seumur hidup.

Tindakan tegas bukan kejam. Itu tanda kita lindungi yang lemah, bukan bela yang zalim.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk memantau anak-anak dan melindungi mereka daripada terjebak dalam dunia buli?

1. Berbual dengan anak.

Tanyakan tentang hari mereka, kawan-kawan, atau apa yang berlaku di sekolah. Ini akan membuat mereka lebih terbuka.

2. Perhatikan perubahan.

Jika anak tiba-tiba pendiam atau tak mahu pergi sekolah, tanyakan dengan lembut dan cuba fahami masalah mereka.

3. Ajar anak hormat orang lain.

Didik mereka menghargai perasaan orang lain. Anak yang empati tidak akan terlibat dalam buli.

4. Ikut perkembangan di sekolah.

Luangkan masa hadir mesyuarat ibu bapa dan berbincang dengan guru untuk tahu lebih tentang hubungan mereka dengan kawan-kawan.

5. Jaga kesejahteraan emosi anak.

Bantu anak menguruskan emosi mereka supaya lebih tahan menghadapi tekanan di luar.

Buli ni bukan perkara yang boleh kita pandang remeh.

Tapi dengan sedikit perhatian dan langkah yang betul, kita boleh pastikan anak-anak kita jauh daripada masalah ini.

Marilah kita buat perubahan supaya mereka membesar dalam persekitaran yang lebih baik dan selamat.
247
109
RISIKO PENGAMBILAN
MAGNESIUM BERLEBIHAN


✴️ Cirit-birit

✴️ Tekanan darah terlalu rendah

✴️ Mual dan muntah

✴️ Lemah otot dan keletihan

✴️ Degupan jantung tidak sekata

✴️ Risiko kegagalan buah pinggang

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
111
100
83
🤰 BAHAYA BILA IBU HAMIL STRES 🤰

💢 Kelahiran bayi pramatang

💢 Risiko tekanan darah tinggi dan penyakit jantung

💢 Risiko bayi lahir dengan berat badan rendah

💢 Masalah pre-eklampsia

💢 Masalah pre-eklampsia dan jangkitan pada uterus

💢 Bayi terdedah risiko perkembangan fizikal dan mental

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
113
Tak semua suami pandai ucap “I love you.”

Tapi itu tak bermakna dia tak sayang.

Ada suami yang…

Tak pandai memujuk bila isteri menangis, tapi akan duduk di sisi dan genggam tangan erat-erat.

Tak pandai menulis ayat cinta, tapi sentiasa bertanya.

“Dah makan?”

“Penat ke hari ni?”

“Betul-betul okay ke?”

Ada cinta yang tidak datang dalam bentuk hadiah mahal,tapi hadir dalam bentuk perbuatan kecil:

- Menolong angkat kain tanpa diminta
- Menghulur air panas bila isteri datang haid
- Memandang isteri dengan penuh syukur sambil berkata, “Alhamdulillah… dapat isteri sebaik ini.”

Itulah cinta.

Cinta yang tidak kuat pada kata-kata, tetapi kukuh dalam tanggungjawab dan kehadiran.

Kadangkala… cinta paling ikhlas tidak perlu dihias dengan bunga, cukup sekadar bahu yang sedia dipinjam saat isteri hampir rebah.

Hargailah suami yang mencintai dalam diam.
346
62
76
Apakah Itu Rabun Tua Atau PRESBIOPIA

🚩 Masalah penurunan keupayaan mata untuk memfokus pada sesuatu objek akibat keanjalan kanta mata yang berkurangan seiring perubahan umur atau penuaan

👓 Sukar untuk memfokus tulisan atau objek yang kecil pada jarak dekat

👓 Eyestrain (ketegangan mata) terutama apabila membaca untuk jangka masa yang lama

👓 Perlu pencahayaan yang lebih terang

👓 Perlu memegang bahan bacaan lebih jauh dari jarak biasa

👓 Cepat berasa letih apabila melakukan kerja dekat

👓 Sakit kepala

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
121
235
28
Pelajar kolej dan dua rakan lelaki mengaku liwat, seks oral berkumpulan.

Mereka masih bujang. Tiada peguam.

Hanya merayu agar hukuman diringankan.

Tapi siapa akan ringankan kesan jangka panjang?

Siapa akan tanggung kalau mereka bawa virus HIV dalam badan?

Siapa akan lindungi pasangan mereka nanti? isteri yang suci tapi dapat penyakit dari suami yang ‘tersilap langkah’?

Seks dubur bukan perkara main-main.

➡️ 18 kali ganda risiko HIV berbanding seks biasa.
➡️ Dubur tiada pelinciran semula jadi, setiap tusukan berisiko koyak.
➡️ Dinding dubur nipis, salur darah padat, sekali luka, virus terus masuk.
➡️ Bila berlaku dalam ‘seks berkumpulan’? Risiko berganda.

Ini bukan soal suka sama suka.
Ini soal kesihatan awam, masa depan, dan bala Tuhan.

Anak muda tolong buka mata.

Keterbukaan zaman moden bukan lesen untuk langgar fitrah.

‘Rasa ingin cuba’ boleh membawa penyakit seumur hidup, dan dosa yang tak terpadam.

Jangan bangga langgar batas.
Jangan jadikan nafsu alasan ‘hak peribadi’.

Allah larang kerana Allah tahu.
Tubuh manusia dicipta ikut peraturan-Nya.

Bila kita lawan fitrah, kita sedang gali kubur sendiri perlahan-lahan tapi pasti.

“Dan kamu tinggalkan isteri-isteri kamu yang diciptakan Tuhan untuk kamu… bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas.”
(Surah al-Shu’ara: 166)

Saya kongsikan lebih banyak ilmu, kesedaran dan realiti kesihatan lelaki di www.forhimclinic.com.
337
192
145
Rawatan Awal
Sengatan Obor-Obor


Keluar dari air & bertenang

Jangan gosok kawasan
sengatan

Siram dengan cuka (vinegar)
selama 30 saat

Jangan guna air kencing

Jangan guna Coca Cola

Jangan guna alkohol

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
160
82
👨‍🦳 CEGAH SEMBELIT DALAM KALANGAN WARGA EMAS 👨‍🦳

Ambil makanan kaya probiotik dan prebiotik

Kurangkan makanan tinggi lemak

Lakukan senaman.
Hadkan aktiviti sedentari

Minum 6-8 gelas air kosong sehari

Tingkatkan pengambilan serat tidak larut air

Tingkatkan pengambilan cecair dari sumber makanan (sup/ jus buah)

Ikuti Telegram Dr Samhan untuk tips-tips kesihatan di http://t.me/drsamhan
125