Dr. Ahmad Sanusi Azmi
45.8K subscribers
1.6K photos
46 videos
2 files
1.39K links
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Download Telegram
SEDEKAH JUMAAT

KEMPEN KASIH RAMADHAN IGURU 2024M/ 1445H

Ayuh bersama bersedekah di bulan yang mulia ini.

Moga setiap sen yang kita belanjakan untuk keperluan anak-anak Asnaf dikira sebaik amalan disisiNya sebagai bekalan di akhirat nanti.

Firman Allah SWT:
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku — ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
(Al-Munafiquun : 10)

InsyaAllah baki beberapa hari lagi Ramadhan, Ikatan Guru Muslim Malaysia menyeru sumbangan infaq untuk Kempen Kasih Ramadan kepada 1000 orang penerima asnaf dan anak yatim di sekolah dan IPG terpilih dengan sasaran RM 50,000.

Hulurkan sumbangan anda serendah RM10 seperti berikut :

🌴 Tabung Kempen Kasih Ramadan 1445H
IGuru - Yayasan Ikhlas
🔸Maybank :5628 3463 6228
🔸Nota Transaksi: KKR IGURU Pusat
🔸Hantarkan bukti transaksi ke: wasap.my/60136467969/krigurupusat

Anda juga boleh terus menyumbang atas talian melalui pautan berikut:
👉 https://yikhlas.fund/KRIGURU

*Setiap sumbangan LAYAK mendapat pengecualian cukai
TOK ADI VERSI TOK NUSI DI MAK KITA RAYA KE❗️

Kisah Ajim yang mendapat firasat dan gerak hati hingga menimbulkan persoalan tentang "Kita Raya Ke?".

Gandingan lakonan Jay Iswazir sebagai watak utama bersama duta rasmi Yayasan Maghfirah, Prof Madya Dr Ahamd Sanusi dan staff YM bakal menghiburkan anda Ramadan dan Aidilfitri ini.

Istimewa tahun ini Tim Media Kreatif YM membawakan drama pendek bertajuk "MAK KITA RAYA KEyang dibintangi oleh

Jay Iswazir sebagai Ajim
Prof Madya Dr Ahamd Sanusi sebagai Tok Nusi
Ciktee sebagai Mak Senah

dan ramai lagi ❗️

Jom Subscribe Youtube Channel Yayasan Maghfirah Sekarang!!!
Klik: http://www.youtube.com/@YayasanMaghfirah

Jom Sedekah 🕌
RAIKAN RAMADAN
Klik: https://yayasanmaghfirah.org/sedekah-ym/

ATAU

Maybank: 562263552802
Sila tuliskan reference "ramadan03"

"Wadah Dakwah Anda"

#CabaranRaikanRamadan
#RaikanRamadan
#Ramadandoludolu
#MemoriRamadan
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM
Yang Kafir Digelar Kafir
=====
1. Dalam al-Quran, Allah memerintahkan Rasulullah agar memanggil kumpulan yang enggan beriman kepada Allah sebagai kafir. Perkara ini jelas dalam surah al-Kafirun apabila Allah berfirman:

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!” (Surah al-Kafirun: 1)

2. Menurut al-Imam Ibn Kathir, ayat ini ditujukan kepada seluruh orang kafir di atas mula bumi ini sekalipun konteks ayat ini ditujukan kepada musyrikin Mekah. Kata Ibn Kathir:

فقوله : ( قل يا أيها الكافرون ) شمل كل كافر على وجه الأرض

“Dan firman Allah (Qul Ya Ayyuhal Kafirun) ini merangkumi seluruh orang kafir di atas muka bumi ini. (Tafsir Ibn Kathir)

3. Manakala dalam Surah al-Anfal pula, Allah memerintahkan Rasulullah agar berdakwah kepada orang kafir supaya meninggalkan kekufuran mereka. Dalam konteks ini, Allah menyifatkan mereka dengan sifat kafir sesuai dengan keadaan mereka. Firman Allah:

قُل لِّلَّذِينَ كَفَرُوا إِن يَنتَهُوا يُغْفَرْ لَهُم مَّا قَدْ سَلَفَ

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu…” (Surah al-Anfal: 8)

4. Dalam erti kata yang lain, selagi mana terdapat ciri-ciri kekufuran yang jelas di dalam seseorang individu itu, maka adalah boleh untuk disifatkan kekufuran itu termasuklah dalam urusan berinteraksi hukum-hakam dengan mereka.

5. Perkara ini dapat difahami dari kenyataan Sheikh al-Qardawi sendir ketika memberikan komentar terhadap pandangan Sheikh Mustafa al-Zarqa berhubung status ahli kitab. Kata beliau:

رأيي والله تعالى أعلم، أن جميع من لم يؤمن برسالة محمد صلى الله عليه وسلم فهو كافر بالنظر لأحكام الدنيا، فلا يجوز للمسلمة أن تتزوجه

“Pada pandangan saya wallahua’lam, setiap manusia yang tidak beriman dengan risalah Nabi Muhammad SAW maka dia adalah kafir dari sudut pandang hukum dunia, maka tidak boleh seorang Muslimah itu mengahwininya.”

6. Al-Qardawi tetap memanggil kumpulan yang tidak beriman ini sebagai kafir sekalipun ada dalam kalangan kita yang enggan menyifatkan sedemikian. Namun dalam urusan dakwah, keadaannya berbeza.

7. Dalam perihal dakwah, seorang muslim digalakkan untuk berurusan dengan mereka dengan panggilan yang baik bagi memastikan ia tidak mendatangkan fitnah kepada Islam itu sendiri. Rasulullah menyantuni kaum musyrikin dan dalam masa yang sama bertegas atas kekufuran mereka.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Rasulullah Suka Meminta Pandangan
Sahabat Bersegera Mengejar Syurga
Menangis Kerana Tidak Dapat Menyertai Badar
Pengajaran Dari Perang Badar
=====
Perang Badar merupakan pertempuran yang berlaku dalam bulan Ramadan. Kejadian tersebut direkodkan di dalam al-Quran dan banyak pengajaran yang menarik yang boleh diperolehi darinya. Antaranya ialah:

1. Sifat Rasulullah yang suka meminta pandangan. Ia boleh juga dinamakan sebagai syura iaitu Rasulullah berbincang dengan para sahabat sebelum menentukan sesuatu keputusan. Dalam Perang Badar, sekurang-kurangnya terdapat empat insiden yang menunjukkan Rasulullah bertanya dan mendengar pandangan sahabat iaitu:

(a) Sebelum keluar mengejar Kafilah dagangan Abu Sufyan, Baginda dikatakan meminta pandangan para sahabat dahulu. Ketika itu kaum Muhajirin sangat bersemangat sedangkan kaum Ansar tiada yang memberikan respon. Lalu Saad bin Ubadah memberikan pandangannya mewakili kaum Ansar.

(b) Setelah kafilah dagangan Abu Sufyan terlepas, Rasulullah sekali lagi meminta pandangan para sahabat. Kali ini dikatakan Saad bin Muaz pula menyatakan pandangannya mewakili kaum Ansar.

(c) Ketika menentukan lokasi terbaik peperangan, Rasulullah mendengar pandangan al-Habbab (al-Hubbab) bin al-Munzir.

(d) Dalam penentuan status tawanan perang juga Rasulullah meminta pandangan para sahabat.

2. Begitulah sikap pemimpin yang baik yang sentiasa meminta dan mendengar pandangan dari mereka yang dipimpinnya.

3. Perang Badar juga mengingatkan kita bagaimana para sahabat itu bersungguh mengejar syurga. Sebelum berlaku pertempuran, Rasulullah memberikan motivasi kepada para sahabat sehingga menjadikan Umair bin al-Hammam merasakan terlalu lewat untuk dihabiskan tamarnya semata-mata untuk mengejar syurga.

4. Pada hakikatnya, memakan beberapa biji buah tamar sebelum pergi berperang itu hanyalah memakan masa beberapa minit sahaja. Tetapi Umair tidak berlengah untuk mengejar syurga. Dicampakkan tamarnya dan terus meluru ke medan jihad sehingga beliau syahid.

5. Rasulullah turut mendidik para sahabat agar menepati janji. Sebelum berlaku pertempuran Badar, Saidina Huzaifah dan Abu Husail telah berselisih dengan orang kafir. Lalu mereka berkata, kami bukan pergi untuk membantu Muhammad, kami hanya ingin ke Madinah sahaja. Lalu mereka berjanji kepada orang kafir untuk tidak membantu Rasulullah.

6. Apabila sampai di Madinah, Huzaifah menceritakan perkara tersebut. Rasulullah lantas meminta mereka menepati janji mereka dengan beredar dari menyertai perang Badar.

7. Kesungguhan sahabat mengejar syurga dapat diperhatikan juga dari sikap Umair bin Abi Waqas yang menangis apabila ditolak daripada menyertai perang Badar.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
FILEM PENDEK RAYA YM RAIH 24 RIBU TONTONAN DALAM MASA 1 HARI

Alhamdulillah, filem pendek raya YM bertajuk "Mak Kita Raya Ke? raih 24 Ribu tontonan dalam tempon satu hari.

"Terbaik..d mulai dengan riang² , pastu sodihhhhh , ending gumbiraaaaa Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024 kawan²"
- @mamycabaiANNUR90

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudah menonton dan menyokong filem pendek Mak Kita Raya Ke?.

Bagi yang belum tonton jangan lupa pergi ke youtube channel Yayasan Maghfirah sekarang!

Nak tonton sekarang?
Klik: https://youtu.be/Rr64eeKCwdE?si=wmSl4Z25WbnsLPKl

Jom Sedekah 🕌
RAIKAN RAMADAN
Klik: sedekahym.my

ATAU

Maybank: 562263552802
Sila tuliskan reference "ramadan03"

"Wadah Dakwah Anda"

#CabaranRaikanRamadan
#RaikanRamadan
#Ramadandoludolu
#MemoriRamadan
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
Hentikan Video Jijik Hari Raya
=====
1. Hari Raya merupakan salah satu hari kebesaran dalam Islam. Rasulullah menjelaskan bahawa hari raya merupakan anugerah Allah kepada umat Islam menggantikan perayaan dalam tradisi jahiliah. Sabda Rasulullah:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu hari yang lebih baik dari (perayaan jahiliah terdahulu) iaitu Hari Adha dan Hari Raya Aidil Fitri.” (HR Abu Daud)

2. Sungguh malang buat umat ini apabila hari kebesaran dalam mengingati Allah ini dicemari dengan video raya yang jijik lagi memualkan. Malah video tersebut seakan mengembalikan semula elemen jahiliah setelah Allah kurniakan keindahan Islam buat kita.

3. Lebih malang lagi yang mempersembahkannya pula seakan-akan orang Islam itu sendiri. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya sensitif dengan perkara kemungkaran. Rasulullah pernah memberikan indikator yang mudah tentang kerosakan hati manusia. Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ:

مَا الْإِيمَانُ؟ قَالَ: إِذَا سَرَّتْكَ حَسَنَتُكَ، وَسَاءَتْكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنْتَ مُؤْمِنٌ

Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan iman? Rasulullah ﷺ menjawab: Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal solehmu dan engkau tidak selesa (sensitif) dengan kemungkaran yang kamu lakukan, maka sesungguhnya kamu adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad dan Nasai’e)

4. Hadis ini menggambarkan bahawa salah satu ciri orang yang beriman adalah mereka sensitif dengan kemungkaran yang berlaku. Apabila mereka melihat kemungkaran, hati dan jiwa seorang mukmin seharusnya berasa tidak tenang.

5. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya membenci perkara-perkara yang menjijikkan seperti ini. Jauhi dari memberikan perhatian yang salah terhadap mereka yang mencarinya. Barangkali sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap video-video yang mencemar kesucian agama ini.

Semoga Allah membimbing umat ini.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Mengapa Dinamakan Lailatul Qadar?
============
1. Barangkali ada yang tertanya-tanya, mengapa dipanggil malam tersebut sebagai malam Lailatul Qadar? Dalam tafsir, Sheikh Dr. Sayyid al-Tantawi, menjelaskan bahawa perkataan al-Qadar membawa maksud kemuliaan. Kata Sheihk al-Azhar ini:

والقدر الذي أضيفت إليه الليلة، بمعنى الشرف والعظمة، مأخوذ من قولهم: لفلان قدر عند فلان، أى: له منزلة رفيعة

“Dan perkataan al-Qadar apabila disandarkan kepada perkataan Malam ia membawa maksud malam yang penuh kemuliaan dan keagungan. Seseorang itu dipanggil sebagai “memiliki Qadar” iaitu memiliki kemuliaan.

2. Manakala sebahagian sarjana yang lain pula berpandangan bahawa al-Qadar membawa maksud sempit. Ini selari dengan penggunaanya di dalam al-Quran apabila Allah berfirman:

وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ

“dan apabila dia diuji dan rezekinya telah disempitkan.” (Surah al-Fajr)

3. Seakan-akan bumi pada malam tersebut menjadi sempit kerana dipenuhi dengan malaikat yang turun mengaminkan doa hamba-hambanya yang berdoa pada malam tersebut. Oleh yang demikian kita hendaklah memperbanyakkan berdoa seperti yang dianjurkan oleh Baginda Nabi sendiri.

4. Manakala menurut Sheikh al-Syanqiti pula, dinamakan malam Lailatul Qadar kerana pada malam tersebut ditentukan qadar atau ketetapan Qada Qadar manusia. Kata beliau:

أَنَّهَا سُمِّيَتْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ; لِأَنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَدِّرُ فِيهَا وَقَائِعَ السَّنَةِ،

“Dinamakan sebagai lailatul Qadar kerana Allah menentukan ketentuan qadar yang akan berlaku pada tahun tersebut.”

5. Apa pun hikmah penamaan malam ini, kita hendaklah memperbanyakkan ibadah, pada malam yang penuh dengan kemuliaan, yang dihadiri oleh para malaikat dalam keadaan ketentuan manusia sedang ditentukan oleh Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Apakah Maksud Salam Sehingga Fajar?
========
1. Di penghujung Surah al-Qadar, Allah mengungkapkan salam kesejahteraan buat mereka yang menghdupkan malan tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan salam kesejahteraan ini?

2. Menurut al-Sya’bi, perkataan salam tersebut adalah ucapan para malaikat (doa mereka) ke atas ahli masjid yang menghidupkan malam tersebut. Kata beliau:

هو تسليم الملائكة ليلة القدر على أهل المساجد من حيث تغيب الشمس إلى أن يطلع الفجر

“Salam tersebut adalah ucapan malaikat pada malam al-Qadar ke atas ahli masjid, bermula dari lenyapnya matahari (masuk maghrib), sehinggalah terbitnya fajar.” (Tafsir al-Baghawi)

3. Oleh yang demikian, rugilah buat mereka yang tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir ini. Ini kerana ada dalam kalangan kita yang telah meninggalkan masjid. Ada dalam kalangan kita sekadar melakukan Lailatul Kamdar (bershoping di Kamdar) atau Lailatul Kandar (melepak di restoran nasi kandar)

4. Menurut al-Dahhak pula, pada malam tersebut, Allah menentukan Qadar (taqdir) segala kebaikan buat manusia. Ini kerana pada malam al-Qadar, ketentuan manusia ditulis pada malam tersebut. Mereka yang memperbanyakkan berdoa pada malam itu, Allah akan mencatatkan ketentuan yang sejahtera buat mereka. Kata al-Dahhak:

لا يقدر الله في تلك الليلة إلا السلامة

“Allah tidak menentukan segala ketentuan melainkan dicatatkan ketentuan yang baik dan sejahtera sahaja pada malam tersebut.” (Tafsir al-Qurtubi)

5. Oleh yang demikian, perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah ini. Mudah-mudahan Allah menulis segala kebaikan dan kesejahteraan sahaja buat diri kita dan memadamkan segala ketentuan yang tidak baik.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
🛑MELIPATGANDAKAN INFAK DI 10 TERAKHIR RAMADAN 🛑

Dalam satu hadis Nabi SAW pernah ditanya apakah sedekah yang paling afdal, maka dijawab baginda SAW “ sedekah di bulan Ramadan”.

Kini kita berada Jumaat terakhir Ramadan serta diberi peluang berada di 10 terakhir Ramadan dan sudah tentu kita tidak tahu samada kita akan dapat mengakhirinya atau tidak.

Justeru marilah kita manfaatkan baki waktu sedia ada untuk BERINFAK pada Kempen Kasih Ramadan dan Tabung Pendidikan Ramadan ini.
Sila klik di link berikut :

https://yikhlas.fund/KRIGURU

http://toyyibpay.com/InfaqRamadanIGURU

Atau terus akaun tertera di poster berikut.Semoga Allah mengganjari pahala kita semua saat kita menghampiri waktu berbuka puasa .

👉No Akaun Maybank iGuru
5551 0832 1077 ( Ruj Pendidikan)

👉No Akaun Maybank KKR
Maybank :5628 3463 6228
🔸Nota Transaksi: KKR IGURU Pusat
🔸Hantarkan bukti transaksi ke: wasap.my/60136467969/krigurupusat
Kenapa Jibril Dinamakan Sebagai Ruh?
=====
1. Di dalam Surah al-Qadar, Allah menyebutkan tentang penurunan malaikat pada malam al-Qadar yang diketuai Jibril yang disebut sebagai Ruh. Firman Allah:

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ

“Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara.”

2. Para ulama tafsir memberikan pandangan yang berbeza mengenai mengapa Jibril digelar sebagai Ruh di dalam al-Quran. Antaranya:

(a) al-Jayyani menyebutkan bahawa sifat Jibril adalah seperti ruh yang menghidupkan jiwa. Sesuatu tubuh itu tidak hidup tanpa Ruh.

(b) al-Razi pula berpandangan bahawa secara fizikalnya, Jibril itu dijadikan daripada Ruh.

(c) Manakala al-Imam Ibn Asyur pula berpandangan bahawa beliau dinamakan sebagai Ruh kerana hadir daripada alam rohani. Kata Ibn Asyur:

سمي روحاً لأن الملائكة من عالم الروحانيات

“Beliau namakan Ruh kerana malaikat di datangkan dari alam ruhaniyyat.”

3. Penurunan malaikat pada malam al-Qadar menggambarkan kebesarannya sehingga menyempitkan ruang-ruang di setiap pelosok di muka bumi. Ia seumpama sebuah hari kebesaranyang dihadiri oleh orang-orang pembesar kenamaan. Begitulah pada malam al-Qadar, kemuliaan dan rahmat yang turun diiringi oleh kehadiran para malaikat.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Menjauhkan Diri Dari Ruang Tohmahan
=====
1. Di dalam kitab Ihya Ulumuddin, al-Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa seorang muslim seharusnya menjaga dirinya dari berada di ruang yang boleh membawa tohmahan buat dirinya. Atas sebab itu Saidina Zaid bin Thabit pernah menegaskan:

إِنِّي لَأَكْرَهُ أَنْ أُرَى فِي مَكَانٍ يُسَاءُ بِيَ الظَّنُّ

“Aku benci untuk duduk ditempat yang kalau manusia melihatku, mereka akan berburuk sangka terhadapku.” (Syu’ab al-Iman, no: 6383)

2. Malah atas sebab itulah Saidina Umar menegaskan bahawa andai sekiranya kita sendiri yang membuka ruang tohmahan tersebut, maka kita tidak boleh menyalahkan manusia yang memandang buruk terhadap diri kita. Kata Umar:

مَنْ أَقَامَ نَفْسَهُ مَقَامَ التُّهَمِ فَلَا يَلُومَنَّ مَنْ أَسَاءَ بِهِ الظَّنَّ

“Barang siapa yang berada di kawasan yang menyebabkan dia ditohmah (dituduh, dipandang rendah), maka janganlah dia mencerca orang yang berburuk sangka kepadanya.” (Abu Daud, Kitab al-Zuhd)

3. Dan salah satu tempat yang mendedahkan seorang muslim kepada tohmahan adalah majlis hiburan dan nyanyian. Pernah suatu ketika Saidina Abdullah bin Umar berjalan bersama dengan Nafi’. Lalu beliau terdengar siulan pengembala kambing lantas beliau berpaling dari laluan tersebut. Kata Nafi:

سمع بن عمر صوت زمارة راعي قَالَ فَجَعَلَ إِصْبَعَيْهِ فِي أُذُنَيْهِ وَعَدَلَ عَنِ الطَّرِيقِ

“Ibn Umar terdengar siulan (seruling berlagu) seorang pengembala, lantas beliau menutup telinga dengan tangannya dan berpaling dari jalan tersebut.” (Sahih Ibn Hibban).

4. Tindakan menjauhkan diri dari unsur hiburan tersebut adalah langkah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Perkara ini difahami dari penjelasan Ibn Umar kepada Nafi yang menyebutkan:

هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يفعله

“Beginilah yang aku perhatikan bagaimana Rasulullah melakukan sedemikian.” (Sahih Ibn Hibban)

5. Kaum muslimin yang memelihara diri mereka dari unsur hiburan yang melalaikan ini akan mendapat kedudukan yang Istimewa di sisi Allah. Abu Nuaim meriwayatkan:

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُنَزِّهُونَ أَنْفُسَهُمْ وَأَسْمَاعَهُمْ عَنِ اللهْوِ وَمَزَامِيرِ الشَّيْطَانِ؟ أَدْخِلُوهُمْ فِي رِيَاضِ الْجَنَّةِ

Sesungguhnya Allah akan menyeru pada hari kiamat: Di manakah mereka yang menyucikan dirinya dan pendengarannya dari perkara yang sia-sia dan seruling-seruling syaitan? Masukkan mereka ke dalam taman-taman syurga.” (Hilya al-Auliya, 3/151)

6. Menurut Ibn Battal, al-Imam Malik sangat bertegas dalam perkara hiburan yang melalaikan manusia. Ketegasan tersebut adalah bagi menutup pintu kerosakan yang lebih besar. Kata Ibn Battal:

فإن ذلك من باب قطع الذرائع، وخشية التطرق إلى كثرة الشغل عن طاعة الله

“Seseungguhnya (ketegasan itu) adalah pada bab menutup ruang-ruang (yang membawa kerosakan). Ini kerana kebimbangan akan membuka kesibukan (kelalaian) yang menjauhkan manusia dari mentaati Allah. (Syarah Sahih al-Bukhari, 9/72)

7. Oleh yang demikian, setiap muslim hendaklah memelihara dirinya dari membuka ruang yang membawa tohmahan dan fitnah kepada dirinya sendiri. Kita tidak mahu kelonggaran yang sedikit menjadi dalil buat mereka yang melihatnya di kemudian hari.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi