Dr. Ahmad Sanusi Azmi
45.9K subscribers
1.61K photos
87 videos
2 files
1.39K links
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Download Telegram
๐Ÿ‚JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA dan MINDANAO Anjuran i-GURU ๐Ÿ

๐Ÿ“ŒAKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2024 M/ 1445 H๐Ÿ“Œ

๐Ÿ‚ 1 bahagian di Kemboja :
โžก๏ธ๐Ÿ’ฒRM 350๐Ÿ’ฒ

๐Ÿ‚ 1 bahagian di Mindanao :
โžก๏ธ ๐Ÿ’ฒRM 470 ๐Ÿ’ฒ

berminat sila hubungi:-
Pn Aziemah - +60136467969
Ustaz Mohd Shah-60193768682
Ustaz Mohd Fuad- 0197785295

Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
๐Ÿ—’Sedekah korban RM30
๐Ÿ—’Sedekah korban RM50
๐Ÿ—’Sedekah korban RM70

Tarikh tutup penyertaan: 05 Jun 2024 (Rabu)

MACAM MANA NAK MENYERTAI โ‰๏ธโ‰๏ธ

1๏ธโƒฃ Untuk bayaran online, layari:
https://ezy.la/korbaniguru2024
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

Hubungi pegawai khidmat kami :
โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+60136467969 Aziemah
โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+60193768682 Ust mohd shah
โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+60197785295 Ust Fuad

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI
Bahaya Mendedahkan Dosa Sendiri
========
1. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

ูƒูู„ู‘ู ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ู…ูุนูŽุงูู‹ู‰ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ู…ูุฌูŽุงู‡ูุฑููŠู†ูŽ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู…ูุฌูŽุงู‡ูŽุฑูŽุฉู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ุจูุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ุนูŽู…ูŽู„ู‹ุง ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูุตู’ุจูุญูŽ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุณูŽุชูŽุฑูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ูŽ ูŠูŽุง ููู„ูŽุงู†ู ุนูŽู…ูู„ู’ุชู ุงู„ู’ุจูŽุงุฑูุญูŽุฉูŽ ูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุจูŽุงุชูŽ ูŠูŽุณู’ุชูุฑูู‡ู ุฑูŽุจู‘ูู‡ู ูˆูŽูŠูุตู’ุจูุญู ูŠูŽูƒู’ุดููู ุณูุชู’ุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู

โ€œSetiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan โ€˜mujaharahโ€™ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.โ€

2. Hari ini umat ditimpa penyakit. Mereka merasa bangga dengan dosa. Bahkan mereka menayangkan pula gambar-gambar tidak menutup aurat, atau merakamkan pula pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosanya. Sabda Rasulullah:

"ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑู‘ูŽุชูƒูŽ ุญูŽุณูŽู†ูŽุชููƒูŽ ูˆูŽุณูŽุงุกูŽุชูƒูŽ ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุชููƒูŽ ููŽุฃูŽู†ุชูŽ ู…ูุคู…ูู†ูŒ"

โ€œSekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.โ€ (HR Ahmad)

3. Bahkan seorang mukmin itu amat malu dan takut dengan dosanya. Mukmin menganggap dosa mereka seperti gunung yang akan menimpanya. Sabda Rasulullah:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู…ูุคู…ูู†ูŽ ูŠูŽุฑูŽู‰ ุฐูู†ููˆุจูŽู‡ู ูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงุนูุฏูŒ ุชูŽุญุชูŽ ุฌูŽุจูŽู„ู ูŠูŽุฎูŽุงูู ุฃูŽู† ูŠูŽู‚ูŽุนูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ููŽุงุฌูุฑูŽ ูŠูŽุฑูŽู‰ ุฐูู†ููˆุจูŽู‡ู ูƒูŽุฐูุจูŽุงุจู ู…ูŽุฑู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ููู‡ู

โ€œSesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti dia sedang duduk di bawah bukit dan bimbang bukit (dosa) itu itu akan menimpanya sedangkan orang yang fajir (fasiq) itu melihat dosanya hanya seperti lalat di atas hidungnya.โ€ (HR al-Bukhari).

4. Hadith sangat jelas menunjukkan bahawa seorang mukmin itu sepatutnya sangat malu untuk menayangkan perlakuan dosa mereka. Sabda Rasulullah:

ูˆุงู„ุฅุซู… ู…ุง ุญุงูƒ ููŠ ู†ูุณูƒ ูˆูƒุฑู‡ุช ุฃู† ูŠุทู„ุน ุนู„ูŠู‡ ุงู„ู†ุงุณ

โ€œDosa itu adalah apa yang tidak enak dihatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia.โ€ (HR Muslim).

5. Hari ini sifat itu telah semakin pupus. Sehinggakan seorang muslim itu sudah tidak merasa malu lagi untuk berkongsi perlakuan dosa, malah menjadikannya tujuan atas kepentingan yang sukar difahami.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Tidak Mendedahkan Dosa Zina
=====
1. Rasulullah mendidik muslim agar tidak mendedahkan dosanya malah diperintahkan pula agar segera bertaubat kepada Allah. Dalam perihal zina, Rasulullah menasihatkan muslim agar menyembunyikan dosa tersebut. Sabda Rasulullah:

ุงุฌู’ุชูŽู†ูุจููˆุง ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ู‚ูŽุงุฐููˆุฑูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŒ ููŽู…ูŽู†ู’ ุฃูŽู„ูŽู…ู‘ูŽ ููŽู„ู’ูŠูŽุณู’ุชูŽุชูุฑู’ ุจูุณูุชู’ุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ู’ูŠูŽุชูุจู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู

โ€œ(Wahai manusia) jauhilah dari kotoran (zina) ini yang telah ditegah oleh Allah. Barangsiapa yang menderita (terjebak) dengannya, maka hendaklah dia menyembunyikannya. (HR al-Hakim)

2. Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadis ini menunjukkan bahawa mendiamkan diri dari mendedahkan dosa zina dengan bertaubat dan menyesal atas perbuatan tersebut adalah lebih baik dari dia mendedahkannya kepada pihak berkuasa yang boleh menyebabkan dia dihukum dengan hukum hudud. (al-Istizkar, 7/466)

3. Begitulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saat Maโ€™iz bin Malik al-Aslami datang dengan pengakuan terhadap dosa tersebut. Baginda Nabi memintanya pulang atau menarik pengakuannya takut-takut kalau dia tersalah dalam perkara itu. Tindakan yang sama berlaku ke atas wanita al-Ghamidiyyah.

4. Ketahuilah bahawa mereka yang sengaja mendedahkan dosa zinanya kepada khalayak ini seolah-olah memandang rendah terhadap perkara yang dilarang dan dikeji oleh Allah. Kata al-Imam Ibn Battal:

ูˆูู‰ ุงู„ู…ุฌุงู‡ุฑุฉ ุจุงู„ู…ุนุงุตู‰ ุงุณุชุฎูุงู ุจุญู‚ ุงู„ู„ู‡ ูˆุญู‚ ุฑุณูˆู„ู‡

โ€œDan dengan mendedahkan maksiat yang dilakukan, dia seakan-akan memandang ringan hak Allah (undang-undang yang telah ditetapkan olehNya) dan hak RasulNya.โ€ (Syarh Ibn Battal, 9/263)

5. Anehnya hari ini, manusia tidak merasa segan dengan dosa zina mereka. Dibincangkan pula secara terbuka, malah menjadi tatapan umum dalam media sosial. Sedangkan Allah membenci dosa besar ini dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang keji, jijik dan kotor.

6. Lebih menyedihkan lagi terdapat pula ahli masyarakat yang gemarkan cerita kotor dan jijik sebegini. Mereka yang sudah terbiasa dengan menjamah berita sampah yang kotor akan merasakan ia sesuatu yang biasa sedangkan kaum muslimin itu membenci perkara dosa.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
๐—ช๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ก๐—”๐—ž๐—•๐—”๐—›: ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ ๐—ญ๐—œ๐—ข๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก

15 Mei 1948 merupakan tarikh yang diingati sebagai Nakbah Palestin, suatu malapetaka dan tragedi yang menimpa dunia Islam apabila tanah Palestin telah dijajah secara rasmi oleh Zionis.

Penjajahan tersebut telah dirancang oleh gerakan Zionis sejak 50 tahun sebelumnya pada 1897, yang disempurnakan dengan pemberian majoriti tanah di Palestin kepada orang Yahudi oleh PBB pada 1947.

Apakah yang berlaku sepanjang 50 tahun tersebut? Bagaimanakah strategi yang dilaksanakan oleh Zionis untuk menjajah tanah Palestin yang ratusan tahun berada di bawah naungan Khilafah Islam?

Dapatkan jawapannya dalam webinar ini dengan pembentangan kajian beserta slide informatif menarik yang turut akan diberikan kepada peserta.

๐——๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ: bit.ly/duniapalestin007
Rasulullah Sangat Memuliakan Guru
==========
1. Al-Imam Ahmad meriwayatkan hadis mengenai bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat agar memberikan hak dan penghormatan kepada guru. Sabda Rasulullah:

ู„ูŠุณ ู…ู† ุฃู…ู‘ูŽุชูŠ ู…ู† ู„ู… ูŠูุฌู„ู‘ูŽ ูƒุจูŠุฑู†ุงุŒ ูˆูŠุฑุญู… ุตุบูŠุฑู†ุงุŒ ูˆูŠุนุฑู ู„ุนุงู„ู…ู†ุง

โ€œBukanlah dikalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak-anak kecil, dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami. (HR Ahmad)

2. Perhatikan bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat agar saling menghormati di antara orang tua dan muda bahkan wajib memberikan penghormatan pada guru.

3. Para sahabat Nabi dahulu sangat memuliakan guru mereka. Urwah ibn Masโ€™ud menceritakan bagaimana para sahabat Nabi amat menghormati guru mereka iaitu Rasulullah ๏ทบ. Menurut beliau:

ูˆุฅุฐุง ุชูƒู„ู… ุฎูุถูˆุง ุฃุตูˆุงุชู‡ู… ุนู†ุฏู‡ุŒ ูˆู…ุง ูŠูุญูุฏู‘ููˆู† ุฅู„ูŠู‡ ุงู„ู†ุธุฑ ุชุนุธูŠู…ู‹ุง ู„ู‡

โ€œPara sahabat akan bercakap dengan suara yang rendah (sopan) ketika bertutur dengan Baginda ๏ทบ, serta tidak menajamkan pandangan mereka (merenung dengan tajam) kerana menghormati Rasulullah ๏ทบ.

4. Pertuturan dan memek muka adalah antara perkara yang amat dijaga oleh para sahabat. Mereka tidak meninggikan suara di sisi guru mereka dan mereka tidak menarik muka apabila berhadapan dengan guru.

5. Malah menurut Saidina Anas, para sahabat akan berhati-hati ketika datang untuk bertemu dengan Rasulullah ๏ทบ sehingga Anas menggambarkan bahawa:

ูƒุงู†ุช ุฃุจูˆุงุจ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุชู€ูู‚ู€ู’ุฑุนู ุจุงู„ุฃุธุงููŠุฑ

โ€œSesungguhnya pintu rumah Rasulullah ๏ทบ itu diketuk dengan kuku-kuku.โ€ Kenyataan ini menggambarkan bagaiman para sahabat bimbang untuk mengganggu Rasulullah sehingga mereka mengetuk pintu rumah Rasulullah dengan perlahan sekali.

6. al-Imam al-Ghazali mendidik perkara yang sama. Sehingga beliau menegaskan bahkan meletakkan kedudukan guru lebih mulia dari kedudukan ibubapa. Kata al-Imam al-Ghazali:

ูุฅู†ู‘ูŽ ุงู„ูˆุงู„ุฏ ุณุจุจู ุงู„ูˆุฌูˆุฏ ุงู„ุญุงุถุฑุŒ ูˆุงู„ุญูŠุงุฉ ุงู„ูุงู†ูŠุฉุŒ ูˆุงู„ู…ุนู„ู… ุณุจุจ ุงู„ุญูŠุงุฉ ุงู„ุจุงู‚ูŠุฉ

โ€œSesungguhnya ibubapa adalah sebab kewujudan seorang anak dimuka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru adalah sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya. (al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din)

7. Benar, guru adalah tidak maksum. Guru juga melakukan kesilapan. Namun kita sebagai ibu ayah perlu mendidik anak-anak agar menghormati dan memuliakan guru. Ia adalah sebahagian dari sunnah yang digariskan oleh Baginda Nabi. Selamat Hari Guru!

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Menandatangani buku terbaru yang telah ditempah oleh para jemaah haji & umrah. buku ini mengupas hadisยฒ terpilih berkaitan haji & umrah. Dapatkan di:

https://taybah.my/product/40-hadis-tentang-haji-umrah/
Salam Jumaat yang penuh berkat.

" Kami memerlukan bantuan dana kewangan dari Tuan Puan untuk menampung kos perjalanan kelas mengaji kami untuk anak-anak B40 dapat menikmati pendidikan agama ini dengan kos yang tidak membebankan keluarga mereka.

Kos setiap bulan kami yang hampir mencecah lapan ribu ringgit ( RM8,000 ) dengan pelajar di dalam senarai kami sudah melebihi seratus orang, kami memerlukan bantuan dari kos pembayaran sewa bangunan, elektrik, air, kos operasi dan lain lain semata-mata untuk memberi khidmat pendidikan Al Quran secara sangat murah kepada golongan yang kurang kemampuan ini.

Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang besar dan berganda diatas infaq dan sedekah di hari Jumaat ini ๐Ÿ˜Œ

Pertubuhan Pusat Komuniti Anjung Hikmah

5551 0833 8452

Maybank



Tel: +6 010 343 2515 - Pegawai Dakwah Anjung Hikmah

Lokasi kami : https://waze.com/ul/hw22ruws3h
HIKMAH IBADAH KORBAN
========================

1. Diriwayatkan oleh Aisyah radhiallahu anha, Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya;
โ€œTidak ada amalan anak Adam daripada amal di hari Raya Udhiyah yang lebih disukai oleh Allah daripada mengalirkan darah binatang korban. Sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan rambutnya serta kuku-kukunya dan sesungguhnya darah korban akan diterima oleh Allah sebelum daripada menitisnya darah korban di bumi.โ€
(Diriwayatkan oleh At Tarmidzi)

2. Sebagai tanda bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat yang telah diberikan

3. Dapat membantu golongan yang memerlukan kerana mereka juga dapat merasai daging korban

4. Dapat menyucikan harta dengan berkorban.

Jom berkorban dengan Yayasan Maghfirah! dengan hanya RM 850 sahaja anda dapat berkorban di Malaysia

Apa tunggu lagi?
Jom klik pautan di bawah:
https://www.korbanummah.com/daftar/korban
https://www.korbanummah.com/daftar/korban
https://www.korbanummah.com/daftar/korban


#KorbanUmmah2024
#JomBuatKorban
#KorbanBersamaYM
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM
Temui kami di reruai nombor 3149 dan 3150
Keseronokan Membaca Buku
============
1. al-Imam Ibn al-Jauzi menceritakan keseronokan beliau dalam membaca buku. Kata beliau:

โ€Œ‏ ู…ุง ุฃุดุจุน ู…ู† ู…ุทุงู„ุนุฉ ุงู„ูƒุชุจ ูˆุฅุฐุง ุฑุฃูŠุช ูƒุชุงุจุงู‹ ู„ู… ุฃุฑู‡ ููƒุฃู†ูŠ ูˆู‚ุนุช ุนู„ู‰ ูƒู†ุฒ

โ€œAku tidak pernah merasa kenyang (puas) dalam membaca buku. Sekiranya aku melihat buku, seolah aku berada disekeliling khazanah harta (yang tidak ternilai).โ€

2. Membaca bukan sekadar menyebut isi kandung dengan lidah tetapi merenung panjang mutiara yang terpendam di dalam setiap penulisan karya tersebut. Dengan sebab itu apabila al-Imam al-Bukhari ditanya tentang penawar atau rahsia bagi kekuatan ingatan, beliau menjawab:

ุฅุฏู…ุงู† ุงู„ู†ุธุฑ ููŠ ุงู„ูƒุชุจ

โ€œMerenung atau mengulangi bacaan terhadap buku.โ€

3. Merenung isi kandung atau mengulangi bacaan membantu dalam memperkasa daya ingatan dan mengasak kekuatan berfikir. Maka tidak hairanlah apabila al-Rabiโ€™ al-Muzani, salah seorang anak murid kepada al-Imam al-Syafiโ€™i pernah menyebutkan:

: ุฃู†ุง ุฃู†ุธุฑ ููŠ ูƒุชุงุจ ุงู„ุฑุณุงู„ุฉ ู…ู†ุฐ ุฎู…ุณูŠู† ุณู†ุฉ ุŒ ู…ุง ุฃุนู„ู… ุฃู†ูŠ ู†ุธุฑุช ููŠู‡ ู…ุฑุฉ ุฅู„ุง ูˆุฃู†ุง ุงุณุชููŠุฏ ุดูŠุฆุงู‹ ู„ู… ุฃูƒู† ุนุฑูุชู‡ "

โ€œAku telah mengulang kaji Kitab al-Risalah karang al-Imam al-Syafiโ€™i selama 50 tahun. Setiap kali aku mengulanginya, aku akan menjumpai ilmu atau penemuan yang baharu yang tidak aku ketahui sebelum itu.

4. Allah mendidik Muslim menjadi hamba yang rajin membaca melalui ayat pertama al-Quran itu diturunkan. Moga tradisi membaca ini dapat diterapkan kepada generasi muda hari ini dalam era yang sangat mencabar ini.

5. Temui kami di reruai nombor 3149 dan 3150 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Hari ini inshaAllah.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi