Dr. Ahmad Sanusi Azmi
45.9K subscribers
1.61K photos
87 videos
2 files
1.4K links
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Download Telegram
๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—จ๐—™๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—”๐—ค๐—ฆ๐—”

Lebih 200 hari berlalunya Taufan Al-Aqsa. Apakah yang menyebabkan Hamas melancarkan suatu operasi yang telah mengubah geopolitik Timur Tengah dan pandangan dunia terhadap perjuangan Palestin dan penjajahan Zionis?

Fahami naratif yang ingin disampaikan oleh Hamas melalui sesi webinar ini yang akan mengupas dokumen Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa dengan kajian perkembangan semasa di Palestin.

- Rakaman penuh webinar beserta
sesi soal jawab selama 2 jam
- E-sijil dan slide diberikan
- ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ e-book Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa (Bahasa Melayu).

๐——๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด.
Klik di sini: bit.ly/duniapalestin006

๐——๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—น๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ
t.me/duniapalestin
Zikrullah Itu Pencuci Hati
=======
1. Sesungguhnya manusia itu tidak terlepas dari kesilapan dan dosa . Setiap dosa yang kita lakukan, akan terbit titik hitam di hati kita. Sehingga terlalu banyak diselaputi dosa, hati manusia menjadi keras dan gelap. Rasulullah menjelaskan perkara ini di dalam sabdanya:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู’ู…ูุคู’ู…ูู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุฃูŽุฐู’ู†ูŽุจูŽ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ู†ููƒู’ุชูŽุฉูŒ ุณูŽูˆู’ุฏูŽุงุกู ูููŠ ู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ู ุŒ ููŽุฅูู†ู’ ุชูŽุงุจูŽ ูˆูŽู†ูŽุฒูŽุนูŽ ูˆูŽุงุณู’ุชูŽุบู’ููŽุฑูŽ ุตูู‚ูู„ูŽ ู‚ูŽู„ู’ุจูู‡ู ุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ุฒูŽุงุฏูŽ ุฒูŽุงุฏูŽุชู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุนู’ู„ููˆูŽ ู‚ูŽู„ู’ุจูŽู‡ู ุฐูŽุงูƒูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽูŠู’ู†ู

โ€œSesungguh seorang mukmin, apabila dia melakukan dosa, akan terbit bintik hitam di hatinya. Sekiranya dia bertaubat, meninggalkan dosa tersebut dan beristighfar, maka akan hilanglah titik hitam tersebut. Namun sekiranya dia menambah dosa tersebut, akan bertambahlah titik hitam itu lalu hatinya (gelap) diselaputi dosa.โ€ (HR Ibn Majah)

2. Lalu bagi membersihkan jiwa yang dicemari ini, kita digalakkan untuk melakukan amal soleh kerana amalan kebaikan akan menyucikan hati. Salah satu amalan yang berupaya membersihkan hati adalah dengan memperbanyakkan zikrullah.

3. Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Saidina Abu Darda yang menyebutkan:

ุฅูู†ู‘ูŽ ู„ููƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ุฌูู„ูŽุงุกู‹ุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุฌูู„ูŽุงุกูŽ ุงู„ู’ู‚ูู„ููˆุจู ุฐููƒู’ุฑู ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ

Sesungguhnya setiap sesuatu itu mempunyai pembersihnya. Dan yang membersihkan (mensucikan) hati itu adalah zikrullah. (Syu'ab al-Iman)

4. Oleh yang demikian, lazimi zikir yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi. Basahi lidah dengan zikrullah dan hayati setiap bilah perkataannya. Perbanyakkan juga beristighfar. Amalan-amalan ringan ini membantu menyucikan jiwa manusia.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Kesungguhan Salaf Menuntut Ilmu
=======
1. Ceritakan kepada anak-anak kita bahawa generasi salafussoleh terdahulu adalah contoh terbaik yang perlu dijadikan pedoman buat seorang Muslim dalam usaha menuntut ilmu.

2. al-Imam al-Bukhari meriwayatkan kisah Saidina Jabir bin Abdillah al-Ansari yang mengembara dari Madinah ke negeri Syam (yang jaraknya lebih kurang 1600 KM) selama sebulan semata-mata ingin mendengar satu hadis dari Abdullah bin Unais.

3. Begitu juga dengan kisah Umar bin Abdul Hakim al-Rawwasi, seorang perawi hadis yang mengembara dalam musim sejuk sehingga rosak jari-jemarinya. Kisah ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi yang menceritakan:

ุณู‚ุทุช ุฃุตุงุจุนู ุนูู…ูŽุฑ ุงู„ุฑู‘ูŽูˆู‘ูŽุงุณูŠู‘ ููŠ ุงู„ุฑุญู„ุฉ ู…ูู† ุงู„ุจุฑุฏ ุงู„ุดู‘ุฏูŠุฏ

โ€œ Telah gugur rosak jari-jemari beliau (Umar al-Rawwasi) ketika pengembaraan (menuntut ilmu) dalam musim yang sangat sejuk.โ€ (Tarikh al-Islami)

4. Malah Hisham bin Ammar menjelaskan bahawa ayahnya berkorban menjual rumah demi membolehkan dirinya menuntut ilmu. Kata Hisham:

ุจุงุน ุฃุจูŠ ุจูŠุชู‹ุง ู„ู‡ ุจุนุดุฑูŠู† ุฏูŠู†ุงุฑู‹ุง ูˆุฌู‡ุฒู†ูŠ ู„ุทู„ุจ ุงู„ุนู„ู… ูˆุงู„ุญุฌ

"Ayahku telah menjual rumahnya bagi mendapatakn 20 wang dinar emas untuk mempersiapkan aku untuk menuntut ilmu dan menunaikan haji."

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ก๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—จ๐—™๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐—”๐—ค๐—ฆ๐—”

Risalah Naratif Hamas dalam Taufan Al-Aqsa adalah e-book terjemahan Bahasa Melayu dokumen yang dikeluarkan Hamas bertajuk "Naratif Kami, Taufan Al-Aqsa" yang diterbitkan oleh Pejabat Media Hamas.

Dokumen naratif ini telah diterbitkan Hamas bagi menjelaskan hakikat perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut pembebasan tanah air mereka yang telah dijajah lebih 100 tahun serta sebab berlakunya Taufan Al-Aqsa.

Dapatkan e-book ini dengan RM1:
bit.ly/naratifhamas
Pemuda Kahfi Memerdekakan Aqidah
=============
1. Rasulullah berpesan kepada kita supaya membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat. Sabda Rasulullah:

ู…ู† ู‚ุฑุฃ ุณูˆุฑุฉ ุงู„ูƒู‡ู ูŠูˆู… ุงู„ุฌู…ุนุฉ ุฃุถุงุก ู„ู‡ ู…ู† ุงู„ู†ูˆุฑ ู…ุง ุจูŠู†ู‡ ูˆุจูŠู† ุงู„ุจูŠุช ุงู„ุนุชูŠู‚

โ€œBarangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari jumaat, Allah akan memberikannya cahaya yang meneranginya sehingga ke Baitil Atiq (dilangit). (HR al-Nasaโ€™i.) (Sebahagian hadith tentang perkara ini dinilai sebagai daif, namun terdapat riwayat yang sahih menceritakan amalan Ibn Umar yang konsisten membacanya setiap hari jumaat).

2. Surah al-Kahfi ini mengingatkan kita tentang perjuangan sekumpulan pemuda yang menyelamatkan iman mereka dari pemerintah yang zalim. Mereka yang berusaha untuk memerdekakan aqidah mereka akan dipelihara oleh Allah. Lihatlah bagaimana Allah mengekalkan jasad mereka dalam tempoh ratusan tahun, satu kemuliaan yang Allah kurniakan buat mereka.

3. Menurut al-Imam al-Saโ€™di, Allah turut mempermudahkan urusan doa mereka. Allah memperkenankan doa pemuda kahfi ini. Firman Allah:

ุฅูุฐู’ ุฃูŽูˆูŽู‰ ุงู„ู’ููุชู’ูŠูŽุฉู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ูƒูŽู‡ู’ูู ููŽู‚ูŽุงู„ููˆุง ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุขุชูู†ูŽุง ู…ูู† ู„ู‘ูŽุฏูู†ูƒูŽ ุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู‹

โ€œDan ketika mana kumpulan pemuda itu memasuki gua itu, mereka berdoa, wahai Tuhan kami, berikanlah kami rahmat.โ€

4. Lihat bagaimana Allah mengurniakan Rahmah buat mereka yang sentiasa memelihara perihal akidah mereka. Ini bererti Rahmah akan diperolehi melalui kesungguhan menjaga akidah, bukan menggadaikan akidah kepada fahaman liberal dan plural.

5. Malah Allah menegaskan dalam ayat yang ke 13 bahawa dengan sebab keimanan merekalah, Allah menambah bimbingan buat mereka. Justeru, memelihara akidah dari pemahaman yang songsang seperti pemikiran liberal dan plural adalah satu kemestian.

6. Sempena hari jumaat yang mulia ini, marilah bersama menghidupkan sunnah bacaan Surah al-Kahfi. Hayati perjuangan kumpulan pemuda ini yang mempertahankan akidah mereka. Rahmah akan diperolehi buat mereka yang mempertahankan akidah Islam dan bukan mereka yang menggadaikan akidah umat.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Tidak Salah Menyokong Produk Muslim
=====
1. Antara tindakan terawal yang dilakukan oleh Rasulullah ๏ทบ dalam membangunkan Negara Islam Madinah adalah dengan membentuk rangkaian perniagaan bagi orang-orang Muslim. Ketika itu ekonomi Madinah dimonopoli oleh golongan Yahudi.

2. Pasar Yahudi Bani Qainuqaโ€™ telah menjadi tumpuan aktiviti perdagangan ketika itu. Namun, amalan perniagaan Yahudi tidak selari dengan prinsip Islam. Mereka terkenal dengan konsep riba yang dianjurkan dalam transaksi jual beli mereka sehingga hari ini. Malah di pasar inilah seorang wanita Muslimah telah diganggu kehormatannya.

3. Bagi memecahkan monopoli penguasaan Yahudi terhadap ekonomi Madinah, Rasulullah ๏ทบ membangunkan pasar buat muslim sebagai pusat perdagangan kaum Muslimin di Madinah. Tindakan Baginda๏ทบ ini menimbulkan kemarahan Yahudi lalu mereka menghantar Kaab Bin Asyraf, seorang pembesar Yahudi. Kaab datang lalu merobohkan khemah perniagaan yang dibangunkan oleh Baginda Nabi.

4. Bertegas dengan tindakan Kaab yang merobohkan khemah perdagangan pasar kaum Muslimin, Rasulullah ๏ทบmenegaskan:

ู„ุง ุฌุฑู… ู„ุฃู†ู‚ู„ู†ู‘ู‡ุง ุฅู„ู‰ ู…ูˆุถุน ู‡ูˆ ุฃุบูŠุธ ู„ู‡ ู…ู† ู‡ุฐุง
โ€œBaiklah, kita akan bina pasar yang lebih dimarahi (yang lebih dibimbangi oleh Yahudi) daripada ini!โ€ (al-Samhudi, Wafa al-Wafaโ€™, 2/257)

5. Menurut riwayat Ibn Usayd, seorang sahabat mencadangkan tapak yang lebih luas untuk pasar Muslim. Bahkan menurut riwayat Ibn Syabah, Rasulullah ๏ทบsendiri yang menyumbang ke arah pembangunan pusat perdagangan Muslim. Kata beliau:

ุฃู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ู… ุชุตุฏู‚ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ุจุฃุณูˆุงู‚ู‡ู…
โ€œSesungguhnya Rasulullah sendiri menyumbang (melaburkan wang kepada pembangunan) pasar-pasar perdagangan kaum Muslim.โ€ (al-Samhudi, Wafa al-Wafaโ€™, 2/257)

6. Tindakan Rasulullah ๏ทบini dilihat sebagai usaha bagi membantu ekonomi Muslim. Baginda bahkan menjalankan dasar-dasar baharu bagi menggalakkan kaum Muslimin supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan pertanian.

6. Saidina Uthman juga dikatakan melaburkan sejumlah wang yang banyak bagi membeli โ€œTelaga Rumah,โ€ iaitu salah satu telaga yang menjadi punca air di Madinah. Ini semua adalah bagi menjaga kepentingan sumber dan ekonomi orang Islam.

7. Kesannya, ekonomi Madinah yang sebelum itu dimonopoli oleh Yahudi berjaya dipecahkan. Kaum Muslim bersatu dalam membangun dan menyokong ekonomi orang Islam.

8. Begitulah juga keadaan pada hari ini. Kaum Muslim disarankan agar membantu dalam usahah membangunkan dan menyokong produk Muslim. Dalam masa yang sama, peniaga Muslim juga wajib menjaga kualiti produk mereka disamping mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
KELAS PENGAJIAN DAURAH KITAB PUSKOM YM
===============================

‎ุจูุณู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู…ู ุง๏ทฒูุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…
‎ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡ู

Pusat Komuniti Yayasan Maghfirah (PUSKOM YM) akan mengadakan Kelas Pengajian Daurah Kitab Puskom YM secara terbuka kepada semua!

Berikut adalah butiran maklumat tentang kelas pengajian pada bulan Mei ini:

TARIKH: 11 MEI 2024 (SABTU)
TAJUK: HADITH
KITAB: HADITH 40 DAKWAH DAN TARBIAH
MASA : 9.30 AM - 12.00 PM
TEMPAT: PUSAT KOMUNITI YAYASAN MAGHFIRAH, TAMAN PUTRA KAJANG, SELANGOR

ANTARA YANG MENARIK TENTANG KELAS PENGAJIAN PUSKOM INI ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

โœ… PENYERTAAN ADALAH PERCUMA
โœ… SESI Q&A BERSAMA TENAGA PENGAJAR
โœ… BERTALAQI DAN BELAJAR SECARA "HYBRID" IAITU BERSEMUKA DAN "ONLINE"
โœ… MENDERMA MELALUI TABUNG SUMBANGAN PUSKOM YM

JOM SEMUA MENUNTUT ILMU BERSAMA PUSKOM YMโ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ

Klik Link dibawah untuk mendaftar dan mengisi makluman kehadiran kelas ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://forms.gle/3GHJRpNkUsTC9tSa9

Sebarang pertanyaan dan makluman boleh hubungi: 019-7347633 (En. Badrul) I 014-5407665 (En. Irsyad)

"Wadah Dakwah Anda"

#daurahkitab
#hadith
#PuskomYM
#PusatKomuniti
#YayasanMaghfirah
Buku 40 Hadis Haji dan Umrah sangat sesuai untuk dijadikan bahan ulangkaji musim haji ini.
๐Ÿ‚JOM LAKSANA KORBAN DI KEMBOJA dan MINDANAO Anjuran i-GURU ๐Ÿ

๐Ÿ“ŒAKAN DIJALANKAN PADA HARI RAYA KORBAN 2024 M/ 1445 H๐Ÿ“Œ

๐Ÿ‚ 1 bahagian di Kemboja :
โžก๏ธ๐Ÿ’ฒRM 350๐Ÿ’ฒ

๐Ÿ‚ 1 bahagian di Mindanao :
โžก๏ธ ๐Ÿ’ฒRM 470 ๐Ÿ’ฒ

berminat sila hubungi:-
Pn Aziemah - +60136467969
Ustaz Mohd Shah-60193768682
Ustaz Mohd Fuad- 0197785295

Tak mampu buat satu bahagian korban? Tidak mengapa, kami bantu anda untuk bersedekah
๐Ÿ—’Sedekah korban RM30
๐Ÿ—’Sedekah korban RM50
๐Ÿ—’Sedekah korban RM70

Tarikh tutup penyertaan: 05 Jun 2024 (Rabu)

MACAM MANA NAK MENYERTAI โ‰๏ธโ‰๏ธ

1๏ธโƒฃ Untuk bayaran online, layari:
https://ezy.la/korbaniguru2024
dan sisipkan proof of payment di borang onpay

Hubungi pegawai khidmat kami :
โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+60136467969 Aziemah
โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+60193768682 Ust mohd shah
โ˜Ž๏ธ www.wasap.my/+60197785295 Ust Fuad

โ€ผ๏ธโ€ผ๏ธ SILA PASTIKAN NO H/P YANG DIBERI MUDAH DIHUBUNGI OLEH KAMI
Bahaya Mendedahkan Dosa Sendiri
========
1. Rasulullah mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:

ูƒูู„ู‘ู ุฃูู…ู‘ูŽุชููŠ ู…ูุนูŽุงูู‹ู‰ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู’ู…ูุฌูŽุงู‡ูุฑููŠู†ูŽ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ู…ูุฌูŽุงู‡ูŽุฑูŽุฉู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ู ุจูุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ุนูŽู…ูŽู„ู‹ุง ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูุตู’ุจูุญูŽ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุณูŽุชูŽุฑูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ูŽ ูŠูŽุง ููู„ูŽุงู†ู ุนูŽู…ูู„ู’ุชู ุงู„ู’ุจูŽุงุฑูุญูŽุฉูŽ ูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽูƒูŽุฐูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุจูŽุงุชูŽ ูŠูŽุณู’ุชูุฑูู‡ู ุฑูŽุจู‘ูู‡ู ูˆูŽูŠูุตู’ุจูุญู ูŠูŽูƒู’ุดููู ุณูุชู’ุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู

โ€œSetiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan โ€˜mujaharahโ€™ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.โ€

2. Hari ini umat ditimpa penyakit. Mereka merasa bangga dengan dosa. Bahkan mereka menayangkan pula gambar-gambar tidak menutup aurat, atau merakamkan pula pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosanya. Sabda Rasulullah:

"ุฅูุฐูŽุง ุณูŽุฑู‘ูŽุชูƒูŽ ุญูŽุณูŽู†ูŽุชููƒูŽ ูˆูŽุณูŽุงุกูŽุชูƒูŽ ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุชููƒูŽ ููŽุฃูŽู†ุชูŽ ู…ูุคู…ูู†ูŒ"

โ€œSekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.โ€ (HR Ahmad)

3. Bahkan seorang mukmin itu amat malu dan takut dengan dosanya. Mukmin menganggap dosa mereka seperti gunung yang akan menimpanya. Sabda Rasulullah:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู…ูุคู…ูู†ูŽ ูŠูŽุฑูŽู‰ ุฐูู†ููˆุจูŽู‡ู ูƒูŽุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู‚ูŽุงุนูุฏูŒ ุชูŽุญุชูŽ ุฌูŽุจูŽู„ู ูŠูŽุฎูŽุงูู ุฃูŽู† ูŠูŽู‚ูŽุนูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‡ูุŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ููŽุงุฌูุฑูŽ ูŠูŽุฑูŽู‰ ุฐูู†ููˆุจูŽู‡ู ูƒูŽุฐูุจูŽุงุจู ู…ูŽุฑู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ููู‡ู

โ€œSesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti dia sedang duduk di bawah bukit dan bimbang bukit (dosa) itu itu akan menimpanya sedangkan orang yang fajir (fasiq) itu melihat dosanya hanya seperti lalat di atas hidungnya.โ€ (HR al-Bukhari).

4. Hadith sangat jelas menunjukkan bahawa seorang mukmin itu sepatutnya sangat malu untuk menayangkan perlakuan dosa mereka. Sabda Rasulullah:

ูˆุงู„ุฅุซู… ู…ุง ุญุงูƒ ููŠ ู†ูุณูƒ ูˆูƒุฑู‡ุช ุฃู† ูŠุทู„ุน ุนู„ูŠู‡ ุงู„ู†ุงุณ

โ€œDosa itu adalah apa yang tidak enak dihatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia.โ€ (HR Muslim).

5. Hari ini sifat itu telah semakin pupus. Sehinggakan seorang muslim itu sudah tidak merasa malu lagi untuk berkongsi perlakuan dosa, malah menjadikannya tujuan atas kepentingan yang sukar difahami.

Moga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Tidak Mendedahkan Dosa Zina
=====
1. Rasulullah mendidik muslim agar tidak mendedahkan dosanya malah diperintahkan pula agar segera bertaubat kepada Allah. Dalam perihal zina, Rasulullah menasihatkan muslim agar menyembunyikan dosa tersebut. Sabda Rasulullah:

ุงุฌู’ุชูŽู†ูุจููˆุง ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ู’ู‚ูŽุงุฐููˆุฑูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ู†ูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุงุŒ ููŽู…ูŽู†ู’ ุฃูŽู„ูŽู…ู‘ูŽ ููŽู„ู’ูŠูŽุณู’ุชูŽุชูุฑู’ ุจูุณูุชู’ุฑู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู„ู’ูŠูŽุชูุจู’ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู

โ€œ(Wahai manusia) jauhilah dari kotoran (zina) ini yang telah ditegah oleh Allah. Barangsiapa yang menderita (terjebak) dengannya, maka hendaklah dia menyembunyikannya. (HR al-Hakim)

2. Menurut al-Imam Ibn Abd al-Barr, hadis ini menunjukkan bahawa mendiamkan diri dari mendedahkan dosa zina dengan bertaubat dan menyesal atas perbuatan tersebut adalah lebih baik dari dia mendedahkannya kepada pihak berkuasa yang boleh menyebabkan dia dihukum dengan hukum hudud. (al-Istizkar, 7/466)

3. Begitulah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah saat Maโ€™iz bin Malik al-Aslami datang dengan pengakuan terhadap dosa tersebut. Baginda Nabi memintanya pulang atau menarik pengakuannya takut-takut kalau dia tersalah dalam perkara itu. Tindakan yang sama berlaku ke atas wanita al-Ghamidiyyah.

4. Ketahuilah bahawa mereka yang sengaja mendedahkan dosa zinanya kepada khalayak ini seolah-olah memandang rendah terhadap perkara yang dilarang dan dikeji oleh Allah. Kata al-Imam Ibn Battal:

ูˆูู‰ ุงู„ู…ุฌุงู‡ุฑุฉ ุจุงู„ู…ุนุงุตู‰ ุงุณุชุฎูุงู ุจุญู‚ ุงู„ู„ู‡ ูˆุญู‚ ุฑุณูˆู„ู‡

โ€œDan dengan mendedahkan maksiat yang dilakukan, dia seakan-akan memandang ringan hak Allah (undang-undang yang telah ditetapkan olehNya) dan hak RasulNya.โ€ (Syarh Ibn Battal, 9/263)

5. Anehnya hari ini, manusia tidak merasa segan dengan dosa zina mereka. Dibincangkan pula secara terbuka, malah menjadi tatapan umum dalam media sosial. Sedangkan Allah membenci dosa besar ini dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang keji, jijik dan kotor.

6. Lebih menyedihkan lagi terdapat pula ahli masyarakat yang gemarkan cerita kotor dan jijik sebegini. Mereka yang sudah terbiasa dengan menjamah berita sampah yang kotor akan merasakan ia sesuatu yang biasa sedangkan kaum muslimin itu membenci perkara dosa.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
๐—ช๐—˜๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—ฅ ๐—ก๐—”๐—ž๐—•๐—”๐—›: ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ ๐—ญ๐—œ๐—ข๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—๐—”๐—› ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ก

15 Mei 1948 merupakan tarikh yang diingati sebagai Nakbah Palestin, suatu malapetaka dan tragedi yang menimpa dunia Islam apabila tanah Palestin telah dijajah secara rasmi oleh Zionis.

Penjajahan tersebut telah dirancang oleh gerakan Zionis sejak 50 tahun sebelumnya pada 1897, yang disempurnakan dengan pemberian majoriti tanah di Palestin kepada orang Yahudi oleh PBB pada 1947.

Apakah yang berlaku sepanjang 50 tahun tersebut? Bagaimanakah strategi yang dilaksanakan oleh Zionis untuk menjajah tanah Palestin yang ratusan tahun berada di bawah naungan Khilafah Islam?

Dapatkan jawapannya dalam webinar ini dengan pembentangan kajian beserta slide informatif menarik yang turut akan diberikan kepada peserta.

๐——๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ: bit.ly/duniapalestin007
Rasulullah Sangat Memuliakan Guru
==========
1. Al-Imam Ahmad meriwayatkan hadis mengenai bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat agar memberikan hak dan penghormatan kepada guru. Sabda Rasulullah:

ู„ูŠุณ ู…ู† ุฃู…ู‘ูŽุชูŠ ู…ู† ู„ู… ูŠูุฌู„ู‘ูŽ ูƒุจูŠุฑู†ุงุŒ ูˆูŠุฑุญู… ุตุบูŠุฑู†ุงุŒ ูˆูŠุนุฑู ู„ุนุงู„ู…ู†ุง

โ€œBukanlah dikalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak-anak kecil, dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami. (HR Ahmad)

2. Perhatikan bagaimana Rasulullah mendidik para sahabat agar saling menghormati di antara orang tua dan muda bahkan wajib memberikan penghormatan pada guru.

3. Para sahabat Nabi dahulu sangat memuliakan guru mereka. Urwah ibn Masโ€™ud menceritakan bagaimana para sahabat Nabi amat menghormati guru mereka iaitu Rasulullah ๏ทบ. Menurut beliau:

ูˆุฅุฐุง ุชูƒู„ู… ุฎูุถูˆุง ุฃุตูˆุงุชู‡ู… ุนู†ุฏู‡ุŒ ูˆู…ุง ูŠูุญูุฏู‘ููˆู† ุฅู„ูŠู‡ ุงู„ู†ุธุฑ ุชุนุธูŠู…ู‹ุง ู„ู‡

โ€œPara sahabat akan bercakap dengan suara yang rendah (sopan) ketika bertutur dengan Baginda ๏ทบ, serta tidak menajamkan pandangan mereka (merenung dengan tajam) kerana menghormati Rasulullah ๏ทบ.

4. Pertuturan dan memek muka adalah antara perkara yang amat dijaga oleh para sahabat. Mereka tidak meninggikan suara di sisi guru mereka dan mereka tidak menarik muka apabila berhadapan dengan guru.

5. Malah menurut Saidina Anas, para sahabat akan berhati-hati ketika datang untuk bertemu dengan Rasulullah ๏ทบ sehingga Anas menggambarkan bahawa:

ูƒุงู†ุช ุฃุจูˆุงุจ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุชู€ูู‚ู€ู’ุฑุนู ุจุงู„ุฃุธุงููŠุฑ

โ€œSesungguhnya pintu rumah Rasulullah ๏ทบ itu diketuk dengan kuku-kuku.โ€ Kenyataan ini menggambarkan bagaiman para sahabat bimbang untuk mengganggu Rasulullah sehingga mereka mengetuk pintu rumah Rasulullah dengan perlahan sekali.

6. al-Imam al-Ghazali mendidik perkara yang sama. Sehingga beliau menegaskan bahkan meletakkan kedudukan guru lebih mulia dari kedudukan ibubapa. Kata al-Imam al-Ghazali:

ูุฅู†ู‘ูŽ ุงู„ูˆุงู„ุฏ ุณุจุจู ุงู„ูˆุฌูˆุฏ ุงู„ุญุงุถุฑุŒ ูˆุงู„ุญูŠุงุฉ ุงู„ูุงู†ูŠุฉุŒ ูˆุงู„ู…ุนู„ู… ุณุจุจ ุงู„ุญูŠุงุฉ ุงู„ุจุงู‚ูŠุฉ

โ€œSesungguhnya ibubapa adalah sebab kewujudan seorang anak dimuka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru adalah sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya. (al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din)

7. Benar, guru adalah tidak maksum. Guru juga melakukan kesilapan. Namun kita sebagai ibu ayah perlu mendidik anak-anak agar menghormati dan memuliakan guru. Ia adalah sebahagian dari sunnah yang digariskan oleh Baginda Nabi. Selamat Hari Guru!

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi