Dr. Ahmad Sanusi Azmi
45.7K subscribers
1.63K photos
46 videos
2 files
1.41K links
Telegram rasmi Dr. Ahmad Sanusi Azmi.
Download Telegram
Menyesal Tidak Melakukan Kebaikan
========
1. Dalam al-Quran, Allah memberikan bayangan kepada kita tentang golongan kafir yang dimasukkan ke dalam neraka. Mereka merayu kepada Allah agar diberikan peluang kedua untuk melakukan kebaikan.

2. Ayat ini memberikan kepada kita satu peringatan agar tidak bertanggguh dalam melakukan kebaikan. Kita bimbang andai sekiranya kita terlepas satu amal soleh yang sepatutnya boleh kita lakukan, namun disebabkan sifat bertangguh, kita terlepas dari melakukannya.

3. Ayat ini juga mengingatkan kita agar memanfaatkan usia yang dikurniakan kepada kita. Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! أَيُّ النَّاسِ خَيْرٌ؟ قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ" قَالَ: "فَأَيُّ النَّاسِ شَرٌّ؟" قَالَ: "مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ"

“Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling baik? Rasulullah lalu menjawab: Mereka yang dipanjangkan umur dan (semakin) baik amal (soleh) mereka. Lalu lelaki itu bertanya lagi: Siapa pula manusia yang teruk? Rasulullah menjawab: Mereka yang dipanjangkan usianya, (tetapi semakin) buruk amalan mereka. (Sunan al-Tirmizi, dinilai Hasan Sahih)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE

1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024!

2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin.

3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna.

4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832
ULUM HADITH RESEARCH CENTER.

5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia!

Pendaftaran boleh isi form di bawah :
https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A

Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi
Lagi buat Maksiat, Lagi Kaya
=======
1. Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana sebahagian manusia diuji dengan kemewahan. Apabila mereka lupa akan peringatan yang telah disampaikan kepada mereka, Allah memberikan kepada mereka kemewahan yang lebih sehingga mereka lalai. Lalu dikenakan azab kepada mereka, firman Allah:

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).”

2. al-Imam Ibn Kathir menjelaskan fenomena ini sebagai istidraj iaitu kemewahan yang dilimpahkan kepada mereka sekalipun mereka berpaling dari perintah Allah. Kata Ibn Kathir:

فتحنا عليهم أبواب الرزق من كل ما يختارون ، وهذا استدراج منه تعالى

“Iaitu kami limpahkan kemewahan kepada mereka dengan pelbagai pintu rezeki yang mereka pilih, dan ini ialah istidraj dari Allah.”

3. Dengan sebab itu Rasulullah pernah mengingatkan:

إذا رأيت الله يعطي العبد من الدنيا على معاصيه ما يحب ، فإنما هو استدراج

“Sekiranya engkau melihat sekiranya Allah memberikan seorang hambanya itu segala nikmat dari dunia dengan maksiat yang dia lakukan, maka sesungguhnya itu adalah istidraj.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE

1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024!

2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin.

3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna.

4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832
ULUM HADITH RESEARCH CENTER.

5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia!

Pendaftaran boleh isi form di bawah :
https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A

Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi
Adab Bertamu ke Rumah Orang
=====
1. Dalam hadis, terdapat beberapa panduan untuk kita yang menziarah rumah saudara-mara ketika berhari raya ini. Antaranya ialah:
a. Meminta izin sebelum masuk ke rumah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah mengingatkan bahawa andai sekiranya seseorang itu telah meminta izin, namun tidak dijawab oleh Tuan Rumah, maka hendaklah dia pulang. Sabda Rasulullah:

إِذَا اسْتَأْذَنَ أَحَدُكُمْ ثَلاَثًا فَلَمْ يُؤْذَنْ لَهُ فَلْيَرْجِعْ

Barangsiapa yang meminta izin sebanyak tiga kali, kemudian tidak dibenarkan, maka hendaklah dia pulang. (HR al-Bukhari)

b. Memilih Waktu Yang Sesuai. Ketika ingin menziarahi seseorang, kita hendaklah memilih waktu yang sesuai agar tidak menyusahkan Tuan Rumah. Kata al-Imam al-Nawawi:

وينبغي أن تكون زيارته لهم على وجه لا يكرهونه، وفي وقت يرتضونه

dan hendaklah ziarah tersebut dengan tujuan yang baik yang bukan mereka tidak suka, pada waktu yang mereka reda dengannya.. (al-Nawawi, Kitab al-Azkar)

c. Tidak Mengintai dan Menjaga Pandangan. Rasulullah mendidik para sahabat agar menjaga pandangan ketika melakukan ziarah. Baginda akan berdiri di sisi sudut pintu bagi menjaga pandangan agar tidak ternampak sesuautu yang tidak disukai oleh Tuan Rumah. Saidina Abdullah bin Busr menceritakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ إِذَا أَتَى بَابَ قَوْمٍ لَمْ يَسْتَقْبِلِ الْبَابَ مِنْ تِلْقَاءِ وَجْهِهِ، وَلَكِنْ مِنْ رُكْنِهِ الْأَيْمَنِ، أَوِ الْأَيْسَرِ،

Sesungguhnya Rasulullah itu, apabila Baginda datang kepada pintu rumah seseorang, maka Baginda tidak berdiri menghadap pintu (secara terus), tetapi Baginda berdiri di bahagian sudut kanan atau kiri pintu.

d. Tidak Merosakkan Barang Tuan Rumah. Perkara ini ditekankan oleh Sheikh Muhammad Soleh al-Munajjid yang menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk memastikan anak-anak mereka tidak merosakkan barangan Tuan Rumah. Kata beliau:

ولا تترك أولادها يعبثون في بيت صاحبتها، ويخربون في الزيارة.

Dan janganlah dibiarkan anak-anak membuat rosak (sepah, sia-sia) di rumah pemiliknya yang mana mereka akan meruntuhkan (tujuan) ziarah itu.

Semoga Allah membimbing kita

Dr Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
DAURAH RIYADUS SALIHIN FASA 5 ANJURAN ULUM HADITH RESEARCH CENTRE

1.📅 Jangan lepaskan peluang unik untuk menyertai Daurah Riyadus Salihin 2024-2025 yang bermula pada 2 Mei 2024!

2.💼 Pendaftaran terbuka selama 10 bulan, dari Mei 2024 hingga Februari 2025, memberikan anda peluang untuk mempelajari kitab Riyadus Salihin.

3.🕘 Setiap minggu, pada malam Khamis malam Jumaat, jam 9.15 hingga 10.15 malam, sedia untuk merentas pengalaman pembelajaran yang unik dan bermakna.

4.💰 Yuran pendaftaran yang fleksibel: Hanya RM 50 sebulan, atau nikmati diskaun istimewa RM 100 dengan bayaran sekaligus RM 400 untuk 10 bulan. Pembayaran boleh dibuat di akaun Bank Islam 05058010028832
ULUM HADITH RESEARCH CENTER.

5.🌐 Akses pembelajaran yang mudah melalui platform Zoom, membolehkan anda menyertainya di keselesaan rumah anda sendiri. Sertai kami dalam perjalanan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman anda dalam kehidupan rohani dimulakan dengan bab kelebihan zuhud terhadap dunia!

Pendaftaran boleh isi form di bawah :
https://forms.gle/PaZ6CtRCWpruRiP7A

Sebarang persoalan boleh hubungi 0182309851 - Ibn Ramzi
𝐒𝐋𝐎𝐓 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐁𝐔𝐊𝐀 !!!

Kini nak berkorban dah mudah, boleh buat online.
Yayasan Maghfirah memberi peluang untuk tuan/puan menunaikan ibadah korban dengan jumlah:

🇲🇾RM 850 bahagian lembu 🐄
🇲🇾RM 1200 untuk 1 ekor kambing 🐐
🇲🇼 RM 430 : Afrika (Malawi)/ 1 bahagian lembu🐄
🇰🇭 RM 420 : Kemboja/ 1 bahagian lembu🐄
🕋 RM 570 : Mekah/ 1 bahagian kambing 🐐

Setiap peserta yang menyertai korban layak mendapat :
Sijil Penghargaan
Cenderahati
Gambar & Video sembelihan

😢MASIH TIDAK BERKEMAMPUAN LAGI?😢

Jangan risau, YM menawarkan bayaran secara ansuran!

0% faedah
100% Patuh Syariah

Jom daftar korban sekarang dengan klik pautan di bawah:
https://daftarkorbanummah.com
https://daftarkorbanummah.com
https://daftarkorbanummah.com

#KorbanUmmah2024
#JomBuatKorban
#KorbanBersamaYM
#YayasanMaghfirah
#WadahDakwahAnda
#YM
Tidak Mengendahkan Dosa Sendiri
=====
1. Dalam Surah al-Kahfi, Allah mengingatkan bahawa terdapat dua ciri hamba yang paling zalim iaitu mereka yang berpaling dari peringatan ayat-ayat Allah dan mereka melupakan dosa yang telah mereka lakukan sendiri. Firman Allah:

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ

“Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.”

2. Kedua sifat ini telah menyebabkan Allah menutup pintu hari mereka disebabkan mereka tidak mengendahkan peringatan Allah malah mereka memandang kecil dosa-dosa mereka. Firman Allah lagi dalam ayat seterusnya:

إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ

“sesungguhnya (disebabkan sifat mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak).

3. Oleh yang demikian, ambil perhatian terhadap peringatan yang telah Allah berikan di dalam al-Quran serta jangan memandang kecil dosa yang telah kita lakukan. Dosa menyebabkan pintu hati seseorang tertutup.

4. Rasulullah mendidik muslim melihat dosa dengan pandangan dosa. Sabda Baginda:
“Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di bawah gunung, dan dia takut sekiranya gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang fajir (selalu melakukan dosa) melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya lalu ia terbang.” (HR al-Bukhari)

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Salam Jumaat yang penuh berkat.

" Kami memerlukan bantuan dana kewangan dari Tuan Puan untuk menampung kos perjalanan kelas mengaji kami untuk anak-anak B40 dapat menikmati pendidikan agama ini dengan kos yang tidak membebankan keluarga mereka.

Kos setiap bulan kami yang hampir mencecah lapan ribu ringgit ( RM8,000 ) dengan pelajar di dalam senarai kami sudah melebihi seratus orang, kami memerlukan bantuan dari kos pembayaran sewa bangunan, elektrik, air, kos operasi dan lain lain semata-mata untuk memberi khidmat pendidikan Al Quran secara sangat murah kepada golongan yang kurang kemampuan ini.

Semoga Allah SWT mengganjari Tuan Puan dengan pahala yang besar dan berganda diatas infaq dan sedekah di hari Jumaat ini 😌

Pertubuhan Pusat Komuniti Anjung Hikmah

5551 0833 8452

Maybank



Tel: +6 010 343 2515 - Pegawai Dakwah Anjung Hikmah

Lokasi kami : https://waze.com/ul/hw22ruws3h
Suka Bercakap Tentang Orang Lain
=====
1. Dalam sebuah dialog yang panjang, Rasulullah pernah berpesan kepada Saidina Abu Zar beberapa perkara yang penting yang boleh kita praktikkan pada hari ini. Antaranya Rasulullah berpesan kepada Abu Zar:

عَلَيْكَ بِالصَّمْتِ إِلَّا مِنْ خَيْرٍ، فَإِنَّهُ مَطْرَدَةٌ لِلشَّيْطَانِ عَنْكَ، وَعَوْنٌ لَكَ عَلَى أَمْرِ دِينِكَ

“Hendaklah kamu banyak berdiam melainkan pada perkara kebaikan. Sesungguhnya ia menjauhkan syaitan darimu dan pembantu buat agamamu.” (Sahih Ibn Hibban)

2. Kemudian, Abu Zar bertanya lagi kepada Rasulullah. “Tambahkan lagi nasihatmu kepadaku wahai Rasulullah.” Lalu Baginda antara lain berpesan kepada Abu Zar:

لِيَرُدَّكَ عَنِ النَّاسِ مَا تَعْرِفُ مِنْ نَفْسِكَ

“Hendaklah kamu menjauhi dari manusia apa yang engkau ketahui (tentang keaiban) berkenaan dirimu.” (Sahih Ibn Hibban)

3. Menurut Sheikh Taha al-Afifi, perkataan Rasulullah ini bermaksud agar kita tidak banyak membicarakan tentang keaiban orang lain malah fokus kepada keperluan diri sendiri sahaja. Kata beliau:

ثم كن مشغولا بعيوبك لا بعيوب الناس

“Kemudian hendaklah kamu sibuk dengan keaiban yang ada pada dirimu dan tidak disibukkan dengan keaiban orang lain.” (Wasaya al-Rasul)

4. Rasulullah juga menegur sikap sebahagian manusia yang suka melihat aib orang lain. Mereka suka mengutuk, mendedahkan aib orang lain sehingga terlupa tentang dirinya sendiri. Sabda Rasulullah:

يُبْصِرُ أَحَدُكُمْ القذَى فِي عَيْنِ أَخِيْهِ وَيَنْسَى الْجِذْعَ فِيْ عَيْنِهِ

"Salah seorang dari kamu mampu untuk melihat kotoran kecil yang menempel di kelopak mata temannya, tapi lupa dengan batang kayu besar yang menutupi matanya sendiri" (HR Ibn Hibban)

5. Melalui hadis ini Rasulullah memberikan kita bimbingan agar sentiasa memperbaiki diri dan tidak terlalu sibuk bercakap tentang keaiban orang lain. Mereka seronok bersembang mengenai keaiban manusia sehingga terlupa akan kekurangan dirinya sendiri.

6. Al-A'masyh, seorang Tabi'i yang popular pernah berpesan, bahawa dia mendengar Ibrahim berkata:

إني لأرى الشيء أكرهه، فما يمنعني أن أتكلّم فيه إلا مخافة أن أُبتلى بمثله

"Aku melihat banyak perkara yang aku tidak suka (yang ada pada manusia), namun tidak ada yang menghalangku untuk bercakap mengenai perkara tersebut melainkan kerana takut aku akan diuji seperti orang yang ditimpanya."

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi