Watch Khayr's Dr.Rozaime Ramlee Hafizahullah | Syarah Al Manar Al Munif on https://livestream.com/accounts/6053025/events/7531252
(Abu Talhah : Mohon Doakan Kesembuhan Buat Ayah saya. Terima Kasih)

Livestream
Dr.Rozaime Ramlee Hafizahullah | Syarah Al Manar Al Munif
On Livestream
Golongan yang memerlukan tetapi sering dilupakan iaitu golongan OKU. Alhamdulillah dengan dana yang berjaya dikumpulkan IQ Malaysia memperuntukkan sedikit sumbangan kepada ORKIDS yang merupakan Pusat Pendidikan Kanak-kanak Down Syndrome.
IQ Malaysia mengharapkan agar ORKIDS terus maju mendidik kanak-kanak istimewa ini. Mereka adalah anak-anak kita.
Dr Rozaimi Ramle
Presiden Pertubuhan Kebajikan al-Qayyim Malaysia (IQ)

[Status Hadis Solat Sunat Kaffarah Solat]
Saya ditanya tentang hadis di bawah ini:
🌿🌹 Shalat kafarah Bersabda Rasulullah SAW : " Barangsiapa selama hidupnya pernah meninggalkan sholat tetapi tak dapat menghitung jumlahnya, maka sholatlah di hari Jum'at terakhir bulan Ramadhan sebanyak 4 rakaat dengan 1x tasyahud (tasyahud akhir saja, tanpa tasyahud awal), tiap rakaat membaca 1 kali Fatihah kemudian surat Al-Qadar 15 X dan surat Al-Kautsar 15 X .
Niatnya: ” Nawaitu Usholli arba’a raka’atin kafaratan limaa faatanii minash-shalati lillaahi ta’alaa”
Sayidina Abu Bakar ra. berkata
"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, "Sholat tersebut sebagai kafaroh (pengganti) sholat 400 tahun dan menurut Sayidina Ali ra. sholat tersebut sebagai kafaroh 1000 tahun. Maka bertanyalah sahabat : umur manusia itu hanya 60 tahun atau 100 tahun, lalu untuk siapa kelebihannya ?". Rasulullah SAW menjawab, "Untuk kedua orangtuanya, untuk istrinya, untuk anaknya dan untuk sanak familinya serta orang-orang yang didekatnya/ lingkungannya."
Setelah selesai Sholat membaca Istigfar 10 x :
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعِظِيْمِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ وَ أتُبُوْا إِلَيْكَ
Kemudian baca sholawat 100 x :
اللَّهُمَّ صَلِّّ عَلَى سَيِّدِنَا محمّد
Kemudian menbaca basmalah, hamdalah dan syahadat
Kemudian membaca Doa kafaroh 3x :
اَللَّهُمَّ يَا مَنْ لاَ تَنْفَعُكَ طَاعَتِيْ وَلاَ تَضُرُّكَ مَعْصِيَتِيْ تَقَبَّلْ مِنِّيْ مَا لاَ تَنْفَعُكَ وَاغْفِرْ لِيْ مَا وَلاَ تَضُرُّكَ يَا مَنْ إِذَا وَعَدَ وَفَا وَ إِذَا تَوَعِدُ تَجَاوَزَ وَعَفَا اِغْفِرْ لِيْ لِعَبْدٍ ظَلَمَ نَفْسَهُ وَأَسْأَلُكَ اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ بَطْرِ اْلغِنَى وَجَهْدِ اْلفَقْرِ إِلَهِيْخَلَقْتَنِيْ وَلَمْ أَكُنْ شَيْئًاً وَرَزَقْتَنِيْ وَلَمْ اَكُنْ شَيْئاً وَارْتَكَبْتُ اْلمَعَاصِيْ فَإِنِّيْ مُقِرٌّ لَكَ بِذُنُوبِيْ فَإِنْ عَفََوْتَ عَنِّيْ فَلاَ يَنْقُصُ مِنْ مُلْكِكَ شَيْئاً وَإِنْ عَذَبْتَنِيْ فَلاَ يَزِدُ فِيْ سُلْطَاِنكَ شيئاً اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَجِدُ مَنْ تُعَذِّبُهُ غَيْرِي لَكِنِّيْ لاَ أَجِدُ مَنْ يَرْحَمْنِيْسِوَاكَ فَاغْفِرْ لِيْ مَا بَيْنِيْ وَبَيْنَكَ وَمَا بَيْنَ خَلْقِكَ اِرْحَمْنِيْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَيَا رَجَاءَ السّائِلِيْنَ وَيَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ إِرْحَمْنِيْ بِِرَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةَ أَنْتَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ يَا رَبَّ الْعَاَلمِيْنَ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ِللْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَاْلمُسْلِمَاتِ وَتَابِعِ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ بِالْخَيْرَاتِ ربّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَ أَنْتَ خَيْرُالرَّاحِمِيْنَ وصل الله على سيّدنا محمّد وعلى ألِهِ وصحبه وسلّم تسليمًا كثيرًا والحمد لله ربّ العالمين. أمين.
Diambil dari kitab “Majmu’atul Mubarakah”, susunan Syekh Muhammad Shodiq Al-Qahhawi.
(oleh: Habib Munzir al-Musawa dan dari berbagai sumber lain.)
Waktu : Yaitu, shalat sunnah kafarat yang hanya kesempatannya di hari Jumat akhir Ramadhan batasnya antara waktu dhuha dan Ashar.
Jawapan:
Saya ditanya tentang status hadis di dalam gambar ini. Maka saya kata ia PALSU DAN DUSTA. Ia tidak diriwayatkan dalam kitab hadis. Ulama hadis juga menghukum palsu ke atas hadis yang hampir sama dengan hadis ini. Berikut keterangannya:
1. Kata al-Syaukani:
حديث من صلى في آخر جمعة من رمضان الخمس الصلوات المفروضة في اليوم والليلة قضت عنه ما أخل به من صلاة سنته هذا موضوع لا إشكال فيه ولم أجده في شيء من الكتب التي جمع مصنفوها فيها الأحاديث الموضوعة ولكنه اشتهر عند جماعة من المتفقهة بمدينة صنعاء في عصرنا هذا وصار كثير منهم يفعلون ذلك ولا أدري من وضعه لهم فقبح الله الكذابين
Maksudnya: Hadis: "sesiapa yang solat lima waktu pada Jumaat terakhir di bulan Ramadhan sehari semalam maka telah sempurnalah solatnya yang tidak sempurna sempanjang tahun". Ini hadis palsu tidak ada kekeliruan padanya dan saya tidak menjumpainya dalam mana-mana kitab yang penulisnya mengumpulkan hadis palsu tetapi ia masyhur dalam kalangan kumpulan pelajar fiqh di bandar San'aa (Yaman) di zaman kita ini dan ramai antara mereka yang melakukannya. Saya tidak tahu siapa yang mereka cipta hadis ini untuk mereka. (Semoga) Allah memburukkan orang-orang yang berdusta. (al-Fawaid al-Majmu'ah, hlm. 54)
2. Kata

Abdul Hayy al-Laknawi:
حديث من قضى صلوات من الفرائض في أخر جمعة من رمضان كان ذلك جابرا لكل صلاة فائتة من عمره إلى سبعين سنة قال علي القاري في موضوعاته الصغرى والكبرى باطل قطعيا لأنه مناقض للإجماع على أن شيئا من العبادات لا يقوم مقام فائتة سنوات ثم لا عبرة بنقل صاحب النهاية ولا بقية شراح الهداية لأنهم ليسوا من المحدثين ولا أسندوا الحديث إلى أحد من المخرجين
Maksudnya: Hadis: "sesiapa yang mengqadha' solat fardhu pada Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan maka ia menjadi penampung bagi solat yang ditinggalkan sepanjang 70 tahun dari umurnya". Kata Ali al-Qari dalam (kitab) Maudhu'atnya: (Hadis ini) BATIL SECARA PASTI KERANA IA BERCANGGAH DENGAN IJMA' YANG MENYATAKAN BAHAWA SETIAP SESUATU DARIPADA IBADAT TIDAK BOLEH MENGGANTIKAN IBADAT LAIN YANG DITINGGALKAN BEBERAPA TAHUN. Tidak diambil kira nukilan pengarang kitab al-Nihayah dan beberapa pengarah kitab-kitab syarah bagi kitab al-Hidayah kerana mereka bukanlah muhaddithin (ahli hadis) dan mereka tidak membawa sanad bagi hadis ini dari kitab-kitab (muhaddithin) yang meriwayatkan hadis dengan sanad. (al-Athaar al-Marfu'ah fi al-Akhbar al-Maudhu'ah, hlm. 85)
Jika kita lihat alasan yang diberikan oleh Syeikh Mulla Ali al-Qari, maka kita dapat simpulkan bahawa hadis dalam gambar ini juga mempunyai ciri yang sama iaitu solat sunat boleh menggantikan qadha' solat fardhu selama 400 tahun. Tambahan pula ia tidak diriwayatkan dalam kitab hadis bersanad. Maka saya katakan hadis ini palsu. Jadikanlah bulan Ramadhan ini sebagai titik mula untuk kita bersihkan lidah dan jari kita kita bercakap atau menulis sesuatu yang merupakan pendustaan terhadap Nabi sallallah 'alaih wasallam. Wallahua'lam.
Dr Rozaimi Ramle.
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

[Jawapan Kepada Syeikh Berserban Berkaitan Isu Hadis dan Kritikannya Kepada Pemegang PHD Hadis]
Beberapa orang sahabat mengirimkan kepada saya potongan klip video ini. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=244739759375421&id=100015181966051
Zahir dari kata-kata syeikh ini beliau menghentam seseorang yang berkelulusan PHD Hadith.
Saya tidak tahu siapakah yang beliau maksudkan. Bahkan itu juga tidak penting bagi saya. Namun, ada beberapa perkara yang beliau sebut perlukan kepada penilaian akademik. Berikut ulasan saya:
1. Bermula pada minit 0:40: Beliau menyebut tentang ratusan ribu hadis yang dihafal imam-imam hadis seperti Bukhari yang menghafal 100 ribu hadis sahih dan memilih beberapa ribu dari 600 ribu hadis untuk dimuatkan dalam sahihnya. Imam Ahmad menghafal 1 juta hadis. Imam Suyuti menghafal 200 ribu hadis.
Syeikh ini menyimpulkan bahawa hafalan seorang imam terhadap hadis lebih banyak dari apa yang ditulis. Dapat disimpulkan bahawa ada hadis bahkan banyak hadis yang tidak dikumpulkan dalam kitab hadis sekarang ini.
Ulasan saya:
- Ratusan ribu hadis yang dihafal oleh Imam-Imam hadis terdahulu itu telah pun ditafsir oleh ulama silam. Ini kerana ulama silam juga pelik dengan jumlah yang begitu banyak, tetapi tidak dimuatkan dalam kitab hadis muktabar. Al-Zarkasyi (al-Nukat, jil. 1, hal.179) membawakan 2 tafsiran bagi kalam Bukhari yang menghafal 100 ribu hadis sahih ini dengan berkata:
أحدهما أنه أراد به تعدد الطرق والأسانيد
والثاني أن مراده بالأحاديث ما هو أعم من المرفوع والموقوف وأقاويل السلف
Maksudnya: salah satu tafsirannya ialah Imam Bukhari maksudkan hadis berserta jalur dan sanad-sanadnya yang pelbagai. Kedua, maksud Bukhari dengan hadis itu ialah sesuatu yang lebih umum iaitu meliputi hadis Nabi, kata-kata sahabat dan kata-kata salaf.
Ini bermakna 100 ribu hadis sahih yang dihafal Bukhari tersebut adalah hadis dengan sanad-sanad yang berbeza. Mungkin 1 matan (teks) yang sama mempunyai 10 sanad, maka ia dianggap 10 hadis. Jika dicampur dengan tafsiran kedua iaitu hadis Nabi dicampur dengan kata-kata sahabat dan para salaf maka tidak hairanlah jika bilangan hadis mencapai banyak itu. Tafsiran ini juga dibangkitkan oleh al-Iraqi dan al-Suyuti. (Lihat: Tadrib al-Rawi, jil. 1, hal. 100)
Ini tidak bermakna terlalu banyak hadis sahih dengan teks berbeza yang tidak dimuatkan dalam kitab-kitab hadis. Maka dakwaan Syeikh Serban bahawa terlalu banyak hadis tidak dimuatkan dalam kitab hadis adalah tidak tepat.
- Ingin saya ingatkan kepada tuan Syeikh, penilaian hadis yang terdapat dalam kitab fiqh mazhab dilakukan oleh ulama hadis yang bertaraf hafiz. Ibn Hajar umpamanya menilai hadis-hadis dalam kitab Syarah al-Wajiz al-Kabir karya Al-Rafie. Al-Zailaie umpamanya menilai hadis-hadis yang terdapat dalam kitab al-Hidayah. Kerja penilaian terhadap hadis dilakukan juga terhadap kitab yang masyhur seperti usaha al-Iraqi terhadap kitab Ihya' Ulumiddin karya al-Ghazzali. Apa yang menghairankan mengapa mereka yang bertaraf “hafiz” dalam hadis ini susah-susah mencari asal dan sanad bagi setiap hadis yang wujud dalam kitab fiqh? Mengapa tidak hanya berpada dengan alasan yang Syeikh Berserban ini bagi iaitu “tidak perlu cari hadisnya, kerana dalam kepala mereka terdapat banyak lagi hadis yang tidak dibukukan”? Saya menjadi keliru.
- Benar, kebarangkalian untuk hadis sahih yang tidak sampai kepada kita tetap ada. Namun, kebarangkalian kekal kebarangkalian yang memerlukan kepada bukti untuk menjadikan ia valid sebagai dalil. Tiada dalil yang Syeikh Berserban berikan di sini. Hanya sangka- sangka.
- Alasan Syeikh Berserban bahawa pandangan faqih pasti ada hadisnya walaupun tiada dalam kitab hadis muktabar sangat berbahaya. Beliau cuba membuka pintu kerosakan yang lebih besar hanya kerana nak menyelamatkan beberapa hadis yang kebarangkalian ada dan kebarangkalian juga tidak ada. Jika benar alasan ini “valid” maka setiap mazhab akan gunakan alasan yang sama untuk mempertahankan mazhab masing-masing. Bahkan pendusta juga akan mendakwa perkara yang sama untuk mempertahankan hadis

palsu mereka. Syiah juga akan mendakwa hadis yang menyokong mazhab mereka menggunakan alasan yang sama. Akhirnya rosaklah keaslian agama.
- Ulama hadis silam yang Syeikh Berserban iktiraf sebagai al-Hafiz semisal al-Suyuti menutup pintu ini dengan menyatakan perkara berikut:
وأما الآن فالعمدة على الكتب المدونة، فمن جاء بحديث غير موجود فيها فهو رد عليه ، وإن كان من أتقى المتقين.
Maksudnya: Adapun sekarang ini, sandarannya hanyalah kepada kitab-kitab yang ditulis. Barangsiapa yang membawa hadis yang tidak terdapat dalam kitab-kitab tersebut maka ia tertolak ke atasnya walaupun dia dari kalangan orang yang paling bertaqwa. (al-Fawaid al-Maudhu’ah, hal. 69)
Kata Ibn al-Jauzi pula:
ما أحسن قول القائل: إذا رأيت الحديث يباين المعقول أو يخالف المنقول أو يناقض الأصول فاعلم أنه موضوع. قال: ومعنى مناقضته للأصول: أن يكون خارجا عن دواوين الإسلام من المسانيد والكتب المشهورة
Maksudnya: Alangkah baiknya orang yang berkata: Apabila engkau melihat hadis yang bercanggah dengan akal, menyanggahi sesuatu yang dinukilkan, mencabut usul maka ketahuilah ia palsu. Katanya lagi: makna "mencabut usul" itu ialah apabila hadis tersebut di luar (tidak ada) dari kitab-kitab Islam dari al-Masanid dan kitab-kitab masyhur. (Lihat: Tadrib al-Rawi, jil. 1, hal. 327)
- Adakah Syeikh Berserban lebih cerdas dan cerdik dari al-Hafiz Ibn al-Jauzi dan al-Hafiz al-Suyuti sehingga membuka pintu kerosakan ini?
2. Syeikh ini juga menyatakan kehebatan Imam Syafie dan sumbangan al-Baihaqi dalam mempertahankan Imam Syafie dan pandangannya.
Ulasan saya:
- Kita bersepakat bahawa Imam Syafie adalah tokoh.
- Namun kita kena bezakan antara tidak bersetuju dengan pandangan Imam Syafie dan mengikut mazhab lain dalam sesuatu isu dengan menghina Imam Syafie. Jika ada yang menghina Imam Syafie memang kita juga akan marah dan emosi seperti Syeikh Berserban ini. Namun, jika seseorang memilih pandangan ulama lain di mana pula yang dia menghina Imam Syafie?
- Jika tidak bersetuju dianggap menghina, bagaimana pula Syeikh Berserban yang bersetuju dengan mazhab Syafie? Adakah ia menghina mazhab lain? Jika tidak, begitu juga orang lain.
- Imam al-Baihaqi yang Syeikh Berserban ini anggap sebagai pembela mazhab Syafie juga kadangkala berbeza pandangan dengan Imam Syafie. Lihat saja dalam al-Sunan al-Kubra. Ada saja isu yang Imam al-Baihaqi berbeza pandangan dengan pandangan masyhur dalam mazhab Syafie seperti isu bilangan sapuan kepala ketika berwuduk. Salahkah bagi orang yang membaca kitab al-Baihaqi untuk bersetuju dengan Imam al-Baihaqi dalam isu ini? Adakah itu dikira menghina Imam Syafie? Jika begitu, adakah Imam al-Baihaqi juga kurang asam? Atau Syeikh Berserban yang terlebih asam?
3. Jika pandangan al-Syafie itu kesemuanya bersandarkan kepada hadis walaupun beliau tidak sebutnya dan tidak ada dalam kitab di sisi kita, beberapa persoalan perlu kita perhatikan:
- Adakah semua pandangan imam Syafie betul dan tepat? Sehingga tidak boleh ditolak langsung? Sehingga dilabel "kurang asam" apabila ada orang mengambil pandangan ulama lain selain Imam Syafie?
- Bagaimana dengan imam-imam mazhab lain? Pengikut mereka juga ada hak juga untuk kata setiap pandangan imam mazhab mereka bersumberkan hadis? Jika tiada hak, mengapa tuan syeikh saja berhak untuk berkata demikian?
- Jika alasan ini diterima, maka masalah khilaf akan lebih parah kerana masing-masing boleh mendakwa imam mazhab mereka bersumberkan hadis (walaupun kita tidak tahu) dan akan menganggap mazhab yang berbeza dengan mereka sebagai menyalahi hadis. Bagaimana tuan syeikh mahu respon dengan isu ini?
4. Saya melihat Syeikh Berserban agak emosi bila mendengar orang tidak memilih mazhab Syafie dalam isu fiqh. Mengapa marah? Anggap sajalah mazhab lain dalam isu itu ada hadis di sisi imam mazhabnya yang tuan Syeikh tidak tahu. Bukankah itu alasan tuan Syeikh Berserban? Tiba-tiba emosi dah kenapa?
5. Syeikh Berserban berkata lagi pada minit 5:30, bahawa pensahihan hadis itu menurut ulama mustalah hadis. Penyusunan ilmu mustalah hadis setelah imam Syafie kata Syeikh Berserban lagi. Al

-Ramahurmuzi yang pertama mengarang kitab Mustalah hadis. Syeikh Berserban berkata lagi ulama sebelum penulisan mustalah hadis mempunyai mustalah sendiri dalam pensahihan sahih.
Ulasan saya:
- Saya ingin perincikan apa yang disebutkan oleh Syeikh Berserban bahawa al-Ramahurmuzi walaupun dianggap orang pertama memulakan penulisan mustalah hadis. Tetapi bukanlah bermakna sebelum itu tiada ilmu tersebut. Bahkan Imam Syafie dalam al-Risalah, Imam Muslim dalam muqaddimah sahihnya, Imam al-Tirmizi dalam al-‘Ilal al-Saghir telah pun menulis tentang kaedah periwayatan dan syarat-syaratnya. Al-Ramahurmuzi hanya memulakan penulisan mustalah dalam kitab yang khusus kerana ulama sebelumnya hanya menulis secara sisipan atau secara tidak sempurna.
- Dakwaan ulama sebelum penulisan mustalah mempunyai mustalah sendiri juga perlu diperincikan lagi. Apakah makna “mustalah sendiri” yang Syeikh Berserban maksudkan? Adakah maksudnya istilah yang berbeza atau kanun periwayatan berbeza dari ulama hadis terkemudian? Jika istilah hadis berbeza, benar memang ada sedikit beza antara ulama mutaqaddimin (awal) dengan ulama mutaakhirin (terkemudian). Namun, tidaklah perbezaan itu banyak sehingga kita boleh merendahkan ilmu mustalah.
- Jika maksud “mustalah sendiri” yang Syeikh Berserban maksudkan ialah kanun periwayatan, maka saya katakan bahawa ilmu mustalah hadis disusun mengikut kaedah yang dipraktikkan oleh ulama silam sebelum, sezaman dan selepas zaman Imam Syafie. Lihat sahaja kitab ‘Ilal al-Hadith. Perbincangan pensahihan dan pendaifan hadis dilakukan oleh Syu’bah bin al-Hajjaj, Sufyan al-Tsauri, Ibn ‘Uyaynah, Ibn Main, Imam Ahmad, Abu Hatim, Abu Zur’ah, Imam Bukhari, Muslim, al-Tirmizi dan ramai lagi. Mereka ini sebelum zaman Imam Syafie dan ada juga yang satu kurun dengan Imam Syafie. Fakta ini diketahui oleh penuntut ijazah di universiti lagi. Tidak perlu PhD untuk mengetahuinya. Maka saya tertanya-tanya apakah maksud “mustalah sendiri” yang Tuan Syeikh maksudkan?
6. Akhirnya berkaitan dengan phd khitan nabi. Walaupun ITU BUKAN TAJUK THESIS PHD SAYA, saya katakan boleh saja ia menjadi thesis PHD jika perbahasannya mendalam dan dilakukan kajian perbandingan dengan teks agama lain dan budaya jahiliah sebelum Islam dengan permasalahan kajian yang kukuh. Mungkin tuan syeikh tidak pernah mengambil phd tetapi itulah keistimewaan Phd. Kajiannya berfokus dan mendalam dalam satu isu. Bukan maon semberono menulis. Jika tuan syeikh yang keliru dalam sistem Phd, maka patutlah tuan syeikh merendahkan sijil PhD orang. Nasihat saya, kurangkan sikap merendahkan peribadi orang. Fokus pada isu. Patutlah anak muda dah mula pertikai sijil orang, mereka ada contoh dari generasi tua rupanya. Insaflah kerana kesombongan tidak dapat diatasi dengan kesombongan.
Terima kasih.
#puashati?
Dr Rozaimi Ramle
Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Saya pelik dengan orang yang mengatakan saya biadap apabila menyebut Syeikh Berserban kepada seorang insan yang menggelarkan orang yang berbeza dengannya sebagai "Dr Kurang Asam".
Serban itu sunnah yang berpahala jika dipakai dengan niat nak ikut Nabi sallallah alaih wasallam.
Syeikh Berserban = Syeikh Mengamalkan Sunnah.
Di mana biadapnya? Bahkan saya mengiktiraf beliau sebagai pemakai pakaian sunnah. Jika rasa terhina, adakah serban itu hina pada anda? Jika begitu saya tidak boleh buat apa-apa lagi.
Jika merujuk kepada serban dianggap biadap, bagaimana menggelarkan orang dengan "Dr Kurang Asam" dan "PhD Cedok Sana, Cedok Sini"?
Anda nilai sendiri.

ANTARA ADAB MENGETUK PINTU RUMAH ORANG.
Hadith tersebut dinilai shahih oleh Syeikh al-Arnauth dan rakan-rakan, juz 7 m/s 484-485, hadith no 5186. Cetakan pertama, tahun 1430 H/2009 M. Muassasah al-Risalah, Beirut.
Dalam hadith tu ada penambahan
"Demikian kerana rumah-rumah pada zaman/waktu tersebut tidak mempunyai tirai/penutup."
Wallahua'lam.
Page Dr Ustaz Rozaimi - Hadith

BERISTIQAMAH WALAUPUN RAMADHAN BERLALU PERGI.
Syawal menjelma dan segala apa yang kita lakukan tika dibulan Ramadhan boleh kita teruskan. Jangan terhenti di akhir Ramadhan.
Kita boleh bermula berpuasa sunat dibulan Syawal sebagai menyambung puasa kita dan dibulan-bulan yang lain. Sebagai contohnya puasa 6 dibulan Syawal.
Dari Abu Ayyub Al-Anshory bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang siapa berpuasa Ramadhan, kemudian melanjutkan dengan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal, maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” (HR. Muslim)
Begitu juga, genap sebulan kita solat berjemaah Maghrib dan Isyak di masjid, maka apa salahnya kita teruskan jua dibulan-bulan yang lain. Bukan sekadar dibulan Ramadhan kita berusaha ke masjid dan berjemaah namun tidak dibulan-bulan yang lain. Sabda Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bermaksud: “Solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian 27 kali ganda” (HR Bukhari dan HR Muslim)
Tangan kita begitu "cepat" memberi ketika dibulan Ramadhan dan apa kata kita teruskan memberi walaupun sedikit dibulan-bulan yang lain. Kerana tangan yang diatas lebih baik dari tangan dibawah.
Dari Hakim bin Hizam Radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Dan mulailah dari orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-sebaik sedekah adalah yang dikeluarkan dari orang yang tidak membutuhkannya. Barangsiapa menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaganya dan barangsiapa yang merasa cukup maka Allah akan memberikan kecukupan kepadanya.” (HR Bukhari dan HR Muslim)
Teruskan amalan-amalan yang baik kita lakukan dibulan Ramadhan. Jangan kita terasa penat dan terhenti ditengah jalan. Didiklah diri kita untuk terus beristiqamah.
Allah Ta’ala berfirman:
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maka tetaplah kamu (pada jalan yang benar), sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat bersama kamu. Dan janganlah kalian melampaui batas. Sesungguhnya DIA Maha melihat apa yang kalian kerjakan [QS Hûd/11: 112]
Ingatlah peringatan Allah kepada kita.
فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya DIA akan melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kesesatannya, niscaya Allah akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit [QS al-An’âm/6:125]
Wallahua'lam.
#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Antara puasa enam dan jamuan raya?
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى الله قَالَ : ” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Abu Ayub al-Ansori radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, hadis no: 1991]
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata:
قَالَ أَصْحَابُنَا : يُسْتَحَبُّ صَوْمُ سِتَّةِ أَيَّامٍ مِنْ شَوَّالٍ ، لِهَذَا الْحَدِيثِ قَالُوا : وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يَصُومَهَا مُتَتَابِعَةً فِي أَوَّلِ شَوَّالٍ فَإِنْ فَرَّقَهَا أَوْ أَخَّرَهَا عَنْ شَوَّالٍ جَازَ
Ulama-ulama Syafiiyyah berkata: Disunatkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Berdasarkan hadis ini (hadis Abu Ayyub al-Ansari) mereka berkata: Disunatkan melaksanakan puasa tersebut berturut-turut pada awal Syawal. Seandainya seseorang melakukannya secara berasingan (tidak berturut-turut) atau melewatkannya ke akhir Syawal, maka ia tetap dibenarkan. [al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab]
Akan tetapi timbul persoalan, adakah afdhal kita menyegerakan berpuasa enam, sedangkan dalam budaya masyakarat kita, pada hari-hari awal raya ini kita akan menghabiskan masa bersama keluarga, ziarah menziarahi.
Kita lihat hadis-hadis berikut:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وقَالَ زُهَيْرٌ : عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى طَعَامٍ وَهُوَ صَائِمٌ ، فَلْيَقُلْ إِنِّي صَائِمٌ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput untuk makan sedangkan dia berpuasa, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab al-Soim Yud’a Littho’am, hadis no: 1947]
Kata Imam an-Nawawi dalam Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim:
قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِيمَا إِذَا دُعِيَ وَهُوَ صَائِم : ( فَلْيَقُلْ : إِنِّي صَائِم ) مَحْمُولٌ عَلَى أَنَّهُ يَقُول لَهُ اِعْتِذَارًا لَهُ وَإِعْلَامًا بِحَالِهِ ، فَإِنْ سَمَحَ لَهُ وَلَمْ يُطَالِبْهُ بِالْحُضُورِ سَقَطَ عَنْهُ الْحُضُور ، إِنْ لَمْ يَسْمَح وَطَالَبَهُ بِالْحُضُورِ لَزِمَهُ الْحُضُور ، وَلَيْسَ الصَّوْم عُذْرًا فِي إِجَابَة الدَّعْوَة ، وَلَكِنْ إِذَا حَضَرَ لَا يَلْزَمهُ الْأَكْل وَيَكُون الصَّوْم عُذْرًا فِي تَرْكِ الْأَكْلِ ، بِخِلَافِ الْمُفْطِر فَإِنَّهُ يَلْزَمهُ الْأَكْل عَلَى أَصَحّ الْوَجْهَيْنِ عِنْدَنَا
Arahan berkata: Sesungguhnya aku berpuasa bertujuan untuk dia memohon keuzuran (daripada yang menjemput) dan untuk memaklumkan hal keadaannya (yang sedang berpuasa). Jika si penjemput memberikan keuzuran dan tidak menuntutnya untuk hadir, maka dia tidak perlu hadir. Jika si penjemput tidak memberikan keuzuran dan tetap menuntutnya untuk hadir, maka wajib untuk dia hadir. Puasa bukanlah satu keuzuran untuk tidak memenuhi jemputan. Akan tetapi apabila dia hadir ke majlis itu, dia tidak wajib untuk makan, dan puasanya itu menjadi sebab keuzuran untuk dia tidak makan. Ini berbeza dengan orang yang tidak berpuasa, dia wajib untuk makan. Ini merupakan pendapat yang kuat daripada dua pendapat mazhab kami (mazhab Syafie).
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ ، فَلْيُجِبْ فَإِنْ كَانَ صَائِمًا ، فَلْيُصَلِّ ، وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا ، فَلْيَطْعَمْ
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian dijemput, hendaklah dia memenuhi jemputan itu. Jika dia berpuasa, hendaklah dia berdoa, jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan.
[Sahih Muslim, Kitab al-Nikah, Bab al-Amr bi Ijabati ad-Da’I ila Da’wah, hadis no: 2493]
Kata Imam Nawawi:
اِخْتَلَفُوا فِي مَعْنَى ( فَلْيُصَلِّ ) قَالَ الْجُمْهُور : مَعْنَاهُ فَلْيَدْعُ لِأَهْلِ الطَّعَام بِالْمَغْفِرَةِ وَالْبَرَكَة وَنَحْو ذَلِكَ ، وَأَصْل الصَّلَاة فِي اللُّغَة ا