Dr Rozaimi Ramle's Channel
10.7K subscribers
3.66K photos
96 videos
14 files
1.81K links
Saluran Informasi Terkini Kuliah dan Mesej dari Dr. Rozaimi Ramle
Download Telegram
Jom Berwakaf di Dana Wakaf Jamalullail Kolej Universiti Islam Perlis( KUIPs)
1. Antara yang menarik perhatian ketika Imam Masjidil Haram datang ke Malaysia adalah beliau menekankan tentang kepentingan tauhid 3 ketika memberi tausiyah di Masjid Shah Alam. Bahkan beliau juga membaca bismillah sirr (perlahan) ketika solat Maghrib.

2. Ketika solat Jumaat si Masjid Putra, beliau baca bismillah secara Jahr (kuat) mengikut mazhab setempat iaitu Mazhab Syafie, lalu video beliau dipotong dan disebarkan. Lantas disinis kepada pihak yang membaca bismillah secara sirr (perlahan). Aswaja bergembira seketika walaupun ia khilaf muktabar dalam fiqh.

3. Tiba-tiba, pada hari yang sama juga Syaikh baca bismillah sirr (perlahan) bertepatan dengan mazhab Hanbali ketika menjadi imam di Masjid Shah Alam. Bahkan Syaikh juga menekankan kepentingan Tauhid 3 dalam tausiyahnya di Masjid Shah Alam.

4. Isu bismillah sirr atau jahar adalah khilaf muktabar. Ia isu kecil sahaja. Adapun perkara penting dalam nasihat Syaikh adalah perihal menjaga akidah. Moga kita mantapkan akidah pegangan kita dengan menjauhi amalan syirik dan khurafat. Tauhid 3 juga merupakan pegangan dan yang diamalkan oleh Imam Masjidil Haram. Ini juga akidah kita diajar sejak dari sekolah dahulu.

5. Saya berharap Syaikh tidak dilabel sebagai wahhabi kerana mempromosikan tauhid 3 dan Syaikh juga mengatakan janganlah seseorang beristighathah (menyeru pertolongan) melainkan hanya pada Allah.

Jangan takut dengan tauhid 3, dahulu di sekolah juga kita pernah belajar.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/p/wcuj1PUMAj57BDJr/
Menyeru nama Habib maka terselamat dari luka?

Menyeru nama Habib ketika berdoa?

Inilah yang cuba disebarkan dan dipromosikan atas nama Asyairah dan Maturidiyah di rantau kita sekarang ini. Adakah ini sebab nak dimasukkan Asyairah dan Maturidiyah dalam RUU Mufti Wilayah? Menteri Agama tahu tak perbuatan sebegini diterima oleh asatizah aliran al-Ashairah di Malaysia?

Anda mahu bantah amalan dan ritual pelik sebegini? Persiapkanlah diri anda untuk digelar wahabi.

Syaikh Maher (Imam masjidil Haram) yang hadir tempoh hari juga menyebutkan bahawa istighathah kepada selain Allah adalah merupakan salah satu dosa dalam agama.

Bagi saya, tidak perlu seru mayat Habib atau sesiapa pun. Berdoalah terus kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hambanya.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/v/MT4jNUiautmwZPnC/
Mari saya terangkan sikit. Apabila LOD dihantar, pihak yang menerima LOD diberikan tempoh tertentu untuk menjawab LOD itu, membuat permohonan maaf dan memadam tulisan/ucapan fitnahnya.

Jika tidak ditarik balik dalam tempoh itu, maka pihak yang merasa dirinya difitnah akan mulakan proses saman di mahkamah.

Apabila saman sudah dimulakan maka peguam akan menghantar pula saman dan Penyata Tuntutan kepada pihak yang didakwa memfitnah supaya beliau boleh lantik peguam untuk mewakilinya sewaktu perbicaraan.

Setiap hujah dan bukti akan dibentangkan oleh peguam masing-masing untuk membuktikan kebenaran bagi pihaknya.

Soalannya, siapakah hamba Allah akauntan ini? Kenapa dia tidak turun untuk terima surat saman?

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/WbtfS8BD67fCVWF6/
[Nasihat Buat SS Mufti Pahang]

Saya membaca kenyataan SS Mufti Pahang berkaitan dengan Ibn Tumart dan Asyairah. Saya lihat sekarang ada pihak seolah-olah cuba berlepas diri dengan Ibn Tumart. Walaupun hakikatnya kitab akidah beliau diajar merata tempat.

Sebenarnya jika SS Mufti Pahang membaca lebih sikit akan jumpa bahawa sememangnya Ibn Tumart adalah tokoh dalam mazhab Asyairah. Nah, saya belanja Mufti Pahang 2 kitab yang kaitkan "Ibn Tumart yang paksa orang ikut akidah al-Asyairah" dengan akidah al-Asyairah.

Harap SS Mufti Pahang baca perlahan-lahan ya. Dr Ayman al-Akiti juga ada terjemah dan syarahkan buku akidah Ibn Tumart.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/100044448848804/posts/pfbid0FPorPjxMC32fssgVcDYHzgTEQBG8f5psqaRMQMS6RvmrvWELzLTtsL3ZJbepdBcfl/?
Ada beza pondok dan pondok-pondok. Biasanya budak-budak yang main pondok-pondok pakai duit daun pokok.

Paling ajaib ialah dia yang tak pernah dengar dan belajar, wahabi juga yang bebal.

Dr Rozaimi Ramle

https://www.facebook.com/share/vPZQNQvdqr45ztx4/
Jom berwakaf di Dana Wakaf Jamalullail (DWJ) KUIPs

#danawakafjamalullail #DisiniPencintaSunnahDilahirkan #drrozaimi #kuips