Tidak semua insan dipilih untuk menjadi pendakwah kerana ujian dakwah amatlah perit. Namun jika kita melihat akhirat sana, segala ujian dan cabaran dunia ini menjadi kecil. Dan jika hati kita sudah nekad ujian dan cabaran dakwah ini akan menjadikan kita sebagai hambaNya yang sentiasa bergantung harap kepada Allah Yang Maha Agung.
Dalam dakwah, perkara utama adalah sabar. Sebab tu dalam surah al-'Ashr, sesudah sebutkan "saling berpesan pada kebenaran" iaitu dakwah, disebut pula "saling berpesan pada kesabaran".
Sebab hakikat dakwah memerlukan kesabaran. Sama macam Luqman al-Hakim pesan pada anak beliau dalam surah Luqman, sesudah beliau pesan supaya menyuruh perkara makruf dan menegah perkara munkar (dakwah), beliau berikan satu lagi pesanan iaitu "dan bersabarlah terhadap apa menimpa kamu".
Sabarlah hati wahai pendakwah. Dunia ini hanya sementara sementara kita menunggu akhirat negara yang kekal abadi.
(ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ)
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
[Surat An-Nahl 125]
#admin
Page Ustaz Dr Rozaimi - Hadith

Mengapa jalan perjuangan menuju Tuhan ini sering ada ujian dan cabaran?
Supaya apabila menang dalam perjuangan ini ada sesuatu yang manis untuk dikenang. Ujian dalam dakwah, pedih ketika berada di dalamnya, manis ketika mengenangnya.
Dr Rozaimi Ramle

Benarkah terlarang berpuasa selepas 15 Sya'ban?
Terdapat beberapa hadis yang melarang berpuasa selepas 15 Sya'ban.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلاَ تَصُومُوا "
Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Apabila telah masuk separuh Sya'ban, janganlah kalian berpuasa.
[Sunan Abi Daud, Kitab al-Sawm, Bab Fi Karahiyah Dzalik, hadis no: 2337]
Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah, At-Tirmizi, dan Ahmad dengan lafaz yang sedikit berbeza tetapi maksudnya sama. Kesemuanya datang daripada jalan Al-'Ala' bin Abdul Rahman daripada ayahnya daripada Abu Hurairah.
Khilaf ulama hadis:
Ulama hadis berbeza pendapat dalam menilai hadis ini. Sebahagian mereka menyatakan hadis ini adalah sahih. Ini adalah pendapat At-Tirmizi, Ibnu Hibban, Al-Hakim, At-Tahawi, Ibn Abdil Barr, Al-Albani dan Al-Arnaouth.
Sebahagian ulama pula menolak hadis ini. Antara yang menolak ialah Imam Ahmad, Abu Zur'ah ar-Razi, Al-Atsram dan Ibn al-Uthaimin.
Apakah sebab ulama menolak hadis ini.
Jika dilihat pada zahir sanadnya, hadis ini sanadnya sahih. Al-'Ala yang merupakan madar/sumber pertemuan semua riwayat hadis ini merupakan salah seorang perawi Muslim.
Lalu apa hujahnya? Hadis ini ditolak kerana ia merupakan sebuah hadis munkar. Ia menyalahi hadis yang lebih sahih daripadanya.
Antara hadis-hadis yang membuktikan teks hadis ini salah ialah:
Abu Hurairah radiallahu 'anhu meriwayatkan Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ إِلاَّ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمًا فَلْيَصُمْهُ
Janganlah kalian mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari kecuali seseorang yang telah biasa berpuasa, maka dia boleh berpuasa.
[Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Tuqaddimu Ramadhan Bi Saum...., hadis no: 1082].
Hadis ini membuktikan bolehnya berpuasa selepas 15 Sya'ban.
Ia juga bertentangan dengan hadis berikut:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ ، حَتَّى نَقُولَ : لَا يُفْطِرُ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ : لَا يَصُومُ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ ”
’Aisyah radiallahu ‘anha berkata: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam biasa berpuasa hingga kami menyatakan baginda tidak pernah berbuka (maksudnya setiap hari berpuasa). Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam turut berbuka sehinggakan kami menyatakan bahawa baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat baginda berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.” [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Sawm, Bab Sawm al-Sya’ban, hadis no: 1969]
عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : ” كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ : قَدْ صَامَ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ : قَدْ أَفْطَرَ ، وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا ” .
Daripada Abu Salmah: Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu tentang puasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau menjawab: Baginda sering berpuasa sehingga kami menyatakan sesungguhnya dia berpuasa, dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami berkata: Baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat dia berpuasa melebihi jumlah puasanya di bulan Sya’ban. Baginda berpuasa di bulan Sya’ban keseluruhannya, baginda berpuasa di bulan Sya’ban kecuali sedikit sahaja (hari yang baginda tidak berpuasa) [Sahih Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam an-Nabiy Fi Ghairi Ramadhan.., hadis no: 1156].
Imam al-Syafie pula berhujah dengan hadis larangan puasa selepas 15 Sya'ban. Ini juga pendapat ulama mazhab Syafie dan sebahagian ulama

mazhab Hanbali. Mereka menyatakan yang terlarang dalam hadis ini ialah memulakan berpuasa sunat selepas 15 Sya'ban bagi sesiapa yang bukan kebiasaannya berpuasa sunat.
*Di atas adalah ringkasan daripada Lathoif al-Maarif susunan Al-Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali.
Imam at-Tahawi menyatakan bahawa hadis melarang puasa selepas 15 Sya'ban ini mansukh dan mendakwa bahawa ulama telah ijma' untuk tidak beramal dengan hadis ini. Akan tetapi dakwaan ijma' ini dibantah oleh Ibnu Rajab di dalam Syarah 'Ilal at-Tirmizi
Dr. Rozaimi Ramlee berkata: Dalam hal ini saya berpegang kepada pendapat ulama bahawa hadis ini adalah munkar kerana ia menyalahi banyak hadis yang sahih. Oleh itu seseorang tetap boleh berpuasa sunat selepas 15 Sya'ban kerana kita memang disunatkan berpuasa pada banyak hari dalam bulan Sya'ban sebagaimana dalam hadis-hadis sahih di atas dan hadis berikut:
Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ . قَالَ “ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ” .
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa. [Sunan an-Nasaie, Kitab al-Siyam, Bab Saumin Nabiy, hadis no: 2357].
Wallahua'lam.
-ADMIN-

SAHIHKAH HADIS FATIHAH ADALAH PENYEMBUH.
Fadhilat surah al-Fatihah di dalam gambar sebenarnya terdiri daripada dua riwayat yang berbeza.
Riwayat pertama:
أَخْبَرَنَا أَبُو نَصْرِ بْنُ قَتَادَةَ، أَخْبَرَنَا أَبُو مَنْصُورٍ النَّضْرَوِيُّ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ نَجْدَةَ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ، حَدَّثَنَا سَلَامٌ الطَّوِيلُ، عَنْ زَيْدٍ الْعَمِّيِّ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " فَاتِحَةُ الْكِتَابِ شِفَاءٌ مِنَ السُّمِّ "
Daripada Abu Sa'id al-Khudri radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Surah al-Fatihah adalah ubat daripada racun.
[Syu'ab al-Iman, Bab Dzikr Fatihatil Kitab, hadis no: 2153.
Dalam sanadnya terdapat 2 kecacatan.
سَلَامٌ الطَّوِيلُ Beliau ditohmah sebagai pemalsu hadis. متهم بالوضع
زَيْدٍ الْعَمِّيِّ Beliau seorang perawi dhaif.
Oleh itu Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam Al-Silsilah Ad-Dhaifah menyatakan riwayat ini palsu/maudhu.
Riwayat kedua:
2154 - أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللهِ الْحُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ فَنْجَوَيْهِ الدَّيْنَوَرِيُّ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ الْحَسَنِ بْنِ مَاجَةَ الْقَزْوِينِيُّ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَنْدَهْ، حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ حَفْصٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: " فَاتِحَةُ الْكِتَابِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ "
Fatihah adalah penyembuh daripada semua penyakit.
[Syu'ab al-Iman, Bab Dzikr Fatihatil Kitab, hadis no: 2154, Sunan ad-Darimi, Bab Fadhl Fatihatil Kitab, hadis no: 3370].
Ia merupakan sebuah riwayat dhaif kerana ia Mursal. (Mursal: Perawinya thiqah akan tetapi sanadnya terputus.)
Ini kerana 'Abdul Malik bin 'Umair bukanlah seorang sahabat. Oleh kerana itu Shaikh Husain Salim Asad dalam semakan kepada Sunan ad-Darimi menyatakan: Isnadnya sahih akan tetapi ia mursal.

Benar tidak semestinya hadis!
Ulama menilai sesuatu hadis adalah untuk memeriksa adakah perkataan itu benar-benar keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w atau tidak, benar-benar dilakukan nabi s.a.w atau tidak.
Semua perkataan nabi adalah benar, tetapi bukan semua yang benar itu datang daripada nabi s.a.w.
Saya orang Malaysia. Ia satu perkataan yang benar. Akan tetapi ia bukan kalam nabi s.a.w.
Oleh kerana itu, tidak hairan ada hadis yang palsu sekalipun akan tetapi faktanya benar. Ia tetap diharamkan untuk disebarkan kerana ia pemalsuan ke atas nama nabi s.a.w.

1 SUNNAH 100 KALI SYAHID
حَدَّثَنَا عَبد الله بن مُحَمد بن مسلم ، حَدَّثَنا الحسن بن إبراهيم البياضي ، حَدَّثَنا الحسن أبو علي المدائني ، حَدَّثَنا عَبد الخالق بن المنذر ، عنِ ابن أبي نجيح عن مجاهد ، عنِ ابن عباس رفعه قال من تمسك بسنتي عند فساد أمتي فله أجر مِئَة شهيد.
Daripada Ibnu Abbas secara marfu': Sesiapa yang berpegang dengan sunnah ku ketika rosaknya umat ku, baginya pahala 100 orang syahid.
Takhrij:
Ibnu 'Adiy dalam Al-Kamil Fi Dhu'afa' Al-Rijal.
Ibn Busyran dalam Amali Ibn Busyran.
Kesemuanya daripada jalan Al-Hasan bin Qutaibah daripada Abdul Khaliq bin Al-Munzir daripada Ibnu Abi Najih daripada Mujahid daripada Ibnu 'Abbas.
Masalah pada riwayat ini ialah pada perawi bernama Al-Hasan bin Qutaibah atau dikenali sebagai Abu 'Aliy al-Madaini.
1. Ibnu 'Adiy berkata:
La ba'sa bihi.
2. Ad-Daraquthni berkata:
Matruk al-Hadis.
3. Abu Hatim berkata: Dhaif.
4. Al-Azdi berkata:
Wahi al-Hadis
5. Al-Uqaili berkata:
Banyak waham.
Oleh kerana itu Shaikh al-Albani dalam Al-Silsilah Ad-Dhaifah menyatakan ia dhaif jiddan.

MENJAWAB KRITIKAL BUKU ASWAJA
Tersebar di whatsapp artikel yang mengkritik buku Dr Rozaimi Ramle. Di dalam tulisan yang tersebar itu mengatakan kononnya Dr Rozaimi sering menyalahi majoriti manhaj ulamak hadis, dalam tulisan itu juga menyebut Dr Rozaimi menyelisihi majoriti ulamak hadis kerana beliau menolak hadis dhaif secara mutlak.
Tulisan itu tidak tepat dan penulis agak tidak berhati-hati ketika menilai, pendapat Dr Rozaimi dalam isu hadis dhaif ialah beliau bersama pendapat yang mengatakan hadis dhaif boleh diamalkan tetapi ada syarat tertentu untuk beramal dengannya. Bukannya boleh diamalkan kesemua hadis dhaif secara pukul rata. Mungkin si pengkritik belum mendengar dari mulut Dr Rozaimi sendiri pendirian beliau mengenai isu ini. Sebab itulah bahaya jika kita hendak menilai seseorang berdasarkan pemerhatian dan cakap mulut orang lain. Antara syarat untuk beramal dengan hadis dhaif ialah:
أن يكون ضعفه غير شديد
Hadis itu tidak terlalu dhaif dan tidak terlalu lemah ataupun bukan dalam kategori dhaif jiddan. Hadis dhaif ada banyak peringkat, bukannya semua boleh diamalkan secara pukal dan pukul rata.
أن يكون في فضائل الأعمال فقط
Syarat seterusnya hadis tersebut hanya digunakan dalam bab fadhail amal iaitu galakan untuk beramal. Bukannya digunakan dalam bab hukum, fiqh, aqidah dan sebagainya. Hanya dalam fadhail amal. Ini pendapat Imam Ibn Hajar Asqalai yang agak muktadil. Bukannya mutasyaddid.Tetapi ulamak juga masih khilaf adakah boleh untuk menggunakan hadis dhaif dalam fadhail amal?
Dr Rozaimi bersama pendapat yang membenarkan,TAPI ADA SYARATNYA.
أن لا يشتهر ذلك لئلا يعمل الجهال فيظن أنه سنة ثابتة صحيحة قطعاً وهذا الشرط زاده أبن حجر
Syarat seterusnya hadis dhaif itu tidak boleh dikempenkan secara meluas kerana nanti orang jahil akan menganggap amalan dalam hadis dhaif itu ialah sunnah dan mereka akan menganggap ia memang datang dari rasulullah. Kerana hadis dhaif tidak boleh disandarkan kepada rasulullah,ia hanya untuk fadhail amal ataupun galakan beramal sahaja.
Masih terdapat banyak lagi syarat yang diletakkan oleh ulamak dalam hukum beramal hadis dhaif.
Kesimpulannya,sebelum hendak mengkritik seseorang, kita lihatlah dulu pendirian orang tersebut dalam isu ini, jangan hanya menilai dari cakap kosong orang lain.
Dr Rozaimi Ramle's Channel. 😊

LARANGAN MENGGUNAKAN TANGKAL
Ulama sepakat bahawa tangkal yang tertulis perkataan-perkataan yang tidak difahami maksud atau perkataan yang syirik adalah haram.
Mereka khilaf tentang tangkal yang mempunyai ayat al-Quran atau jampi yang meminta kepada Allah.
Ulama yang membenarkan berhujah dengan riwayat berikut:
Daripada 'Amru bin al-'As radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian berasa takut ketika tidur, hendaklah dia membaca:
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ وَشَرِّ عِبَادِهِ وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَنْ يَحْضُرُونِ .
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya, hukumanNya, kejahatan hamba-hambaNya, daripada bisikan syaitan dan daripada hadirnya (syaitan) kepada ku.
فَإِنَّهَا لَنْ تَضُرَّهُ " .
Sesungguhnya semua itu tidak akan dapat memudharatkannya.
قَالَ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو يُلَقِّنُهَا مَنْ بَلَغَ مِنْ وَلَدِهِ وَمَنْ لَمْ يَبْلُغْ مِنْهُمْ كَتَبَهَا فِي صَكٍّ ثُمَّ عَلَّقَهَا فِي عُنُقِهِ .
'Abdullah bin 'Amru mengajarkan bacaan ini kepada anaknya yang telah besar, dan untuk anaknya yang masih kecil, beliau menuliskan doa ini di atas kertas dan menggantungkannya di lehernya.
[Jami' at-Tirmizi, Kitab ad-Da'awat, hadis no: 3528, hasan gharib]
Ulama yang melarang pula berhujah dengan keumuman dalil-dalil melarang penggunaan tangkal seperti berikut:
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ أَنَّ أَبَا بَشِيرٍ الْأَنْصَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَخْبَرَهُ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ ، قَالَ عَبْدُ اللَّهِ : حَسِبْتُ أَنَّهُ ، قَالَ : وَالنَّاسُ فِي مَبِيتِهِمْ ، فَأَرْسَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَسُولًا " أَنْ لَا يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلَّا قُطِعَتْ " .
Daripada Abu Basyir al-Ansori radiallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahawa beliau pernah bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebahagian musafir baginda. -Abdullah (perawi hadis) berkata: Aku rasa Abu Basyir ada berkata: orang ramai ketika itu berada di tempat tidur mereka-. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menghantar utusan untuk memastikan tiada sebarang kalung di leher unta melainkan ia mesti dipotong.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad, hadis no: 2799]
عَنْ عِيسَى أَخِيهِ ، قَالَ : دَخَلْتُ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُكَيْمٍ أَبِي مَعْبَدِ الْجُهَنِيِّ أَعُودُهُ وَبِهِ حُمْرَةٌ ، فَقُلْنَا : أَلَا تُعَلِّقُ شَيْئًا ، قَالَ : الْمَوْتُ أَقْرَبُ مِنْ ذَلِكَ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ "
Isa bin Abdul Rahman berkata: Aku pernah menemui ‘Abdullah bin ‘Ukaim Abu Ma’bad al-Juhaniy untuk menziarahinya, dan dia menghidap penyakit Humrah. Aku pun berkata: Tidakkah sewajarnya engkau menggantungkan sesuatu? ‘Abdullah bin ‘Ukaim menjawab: Mati lebih baik daripada hal itu. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang menggantungkan sesuatu, dia akan diwakilkan kepadanya.
[Sunan at-Tirmizi, Kitab at-Tibb, hadis no: 1998 dan Musnad Ahmad, Hadis Abdullah bin ‘Ukaim, hadis no: 18401. Imam at-Tirmizi berkata: Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam walaupun dia hidup di zaman nabi. Shaikh Syu’aib al-Arnaouth berkata: Hasan Lighairihi dan Abdullah bin Ukaim tidak pernah mendengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam]
عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، قَالَ : مَنْ قَطَعَ تَمِيمَةً عَنْ إِنْسَانٍ كَانَ كَعِدْلِ رَقَبَةٍ.
Sa’id bin Jubair berkata: Sesiapa yang memotong tangkal daripada seseorang, seolah-olah dia membebaskan seorang hamba.
[Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Ta’liq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no : 23939]
عَنْ إِبْرَاهِيمَ ، قَالَ : كَانُوا يَكْرَهُونَ التَّمَائِمَ كُلَّهَا ، مِنَ الْقُرْآنِ وَغَيْرِ الْقُرْآنِ.
Ibrahim Nakhaie berkata: Mereka membenci kesemua jenis tangkal, tidak kira ia diperbuat daripada ayat al-Quran atau bukan al-Quran [Musannaf Ibn Abi Syaibah, Fi Ta’liq at-Tamaim wa ar-Ruqo, no: 23933].
Di da

lam Fathul Majid disebutkan:
اعلم أن العلماء من الصحابة والتابعين فمن بعدهم اختلفوا فى جواز تعليق التمائم التى من القرآن أسماء الله وصفاته فقالت طائفة يجوز ذلك وهو قول عبد الله بن عمرو بن العاص وهو ظاهر ما روى عن عائشة وبه قال أبو جعفر الباقر وأحمد فى رواية وحملوا الحديث على التمائم التى فيها شرك
Ketahuilah bahawa ulama di kalangan sahabat dan tabiin dan ulama-ulama selepas mereka berbeza pendapat tentang keharusan menggunakan tangkal daripada ayat al-Quran dan nama-nama Allah. Sekelompok ulama membenarkan perbuatan tersebut. Ini merupakan pendapat Abdullah bin Amr bin al-‘As. Ia juga merupakan apa yang tampak daripada riwayat ‘Aisyah, dan jua merupakan pendapat Abu Ja’far al-Baqir, dan Imam Ahmad dalam satu riwayat pendapatnya. Hadis yang melarang tangkal pula dimaksudkan dengan tangkal yang mempunyai unsur syirik.
وقالت طائفة لا يجوز ذلك وبه قال ابن مسعود وابن عباس وهو ظاهر قول حذيفة وعقبة بن عامر وابن عكيم وبه قال جماعة من التابعين منهم أصحاب ابن مسعود وأحمد فى رواية اختارها كثير من أصحابه وحزم بها المتأخرون واحتجوا بهذا الحديث وما فى معناه
Sekelompok ulama pula berkata: Tidak dibenarkan. Ini merupakan pendapat Ibn Mas’ud, Ibn Abbas, dan ini merupakan zahir pendapat Huzaifah, Uqbah bin ‘Amir, Ibn ‘Ukaim, dan ini juga pendapat sekelompok ulama tabiin seperti anak-anak murid Ibn Mas’ud, dan ini juga pendapat Imam Ahmad yang menjadi pilihan kebanyakan anak muridnya. Ia juga merupakan pendirian ulama terkemudian dan mereka berhujah dengan hadis yang melarang penggunaan tangkal.
قلت : هذا هو الصحيح لوجوه ثلاثة تظهر للمتأمل : الأول : عموم النهى ولا مخصص للعموم. الثانى : سد الذريعة فإنه يفضى إلى تعليق ما ليس كذلك .الثالث : أنه إذا علق فلابد أن يمتهنه المتعلق بحمله معه فى حال قضاء الحاجة والاستنجاء ونحو ذلك
Aku berkata: Pendapat yang melarang inilah yang benar berdasarkan tiga hujah: Pertama: Keumuman larangan tangkal dan tiada dalil mengkhususkan.
Kedua: Sebagai langkah menutup pintu kerosakan, kerana membenarkannya akan menyebabkan digantung tangkal-tangkal yang lain.
Ketiga: Apabila dipakai, pasti yang memakainya akan membawa tangkal itu ketika membuang air, bersuci dan sebagainya.
Kesimpulannya ialah:
Yang lebih selamat untuk akidah kita ialah tidak menggantungkan apa-apa sebagai tangkal termasuklah ayat al-Quran atau doa-doa.

InshaAllah Esok Rabu 25/2016
Kuliah Isyak 9:30pm
Ustaz Dr Muhamad Rozaimi
Al Manar Al Munif
Baitussalam, Bangunan MCOBA
Jln Syed Putra,KL
Jemput Hadir & Sebar-Sebarkan
Kuliah Isyak 9:30pm
Ustaz Dr Muhamad Rozaimi
Al Manar Al Munif
Baitussalam, Bangunan MCOBA
Jln Syed Putra,KL
Jemput Hadir & Sebar-Sebarkan
ADAKAH SUNAT MEMBACA DOA SELEPAS IQAMAH?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Ustaz, adakah kita disuruh membaca "doa selepas azan" , selepas iqomat?
Jawapan:
Doa selepas iqamah.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ،
Daripada Jabir bin 'Abdillah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca selepas mendengar seruan azan: Ya Allah, Tuhan kepada seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan. Berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w wasilah dan kelebihan daripada Mu. Tempatkan baginda di tempat terpuji yang telah Engkau janjikan.
حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ "
Maka syafaat ku akan diizinkan kepadanya pada hari kiamat.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab ad-Dua' 'Inda an-Nida', hadis no: 514].
Ulama bersepakat bahawa doa ini sunat dibaca selepas azan.
Akan tetapi mereka berbeza pendapat tentang dibaca selepas iqamah.
Ulama mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali menyatakan bahawa doa ini sunat dibaca selepas azan dan iqamah. Ini juga adalah fatwa Lajnah Daimah Arab Saudi dan Shaikh Al-Albani. Ini kerana azan dan iqamah kedua-duanya adalah sama . Bahkan dalam hadis lain menggunakan perkataan azan untuk iqamah dan azan.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم " بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاَةٌ ـ ثُمَّ قَالَ فِي الثَّالِثَةِ ـ لِمَنْ شَاءَ ".
Daripada 'Abdullah bin Mughaffal r.a, Nabi s.a.w bersabda: Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Antara dua azan (iaitu antara azan dan iqamah) terdapatnya solat. Kemudian pada kali ketiga baginda menyebutkan: Untuk sesiapa yang mahu (mendirikan solat tersebut).
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, Bab Bayna Kulli Azanain Solat Li Man Syaa, hadis no: 627].
Sebahagian ulama lain seperti Shaikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin,dan Shaikh Bakar Abu Zaid kerana di sisi mereka azan dan iqamah adalah dua benda yang berbeza.
Kesimpulan: Disunatkan membaca doa ini dan semua perkara yang sunnah ketika menjawab azan untuk dilakukan ketika menjawab iqamah.