(Bantahan ini) dijawab dengan hadis yang boleh dijadikan sokongan itu telah masuk dalam bahagian hadis yang maqbul (diterima) kerana ia termasuk dalam kategori hadis hasan li ghairih walaupun jika dilihat pada dirinya sendiri ia berada pada martabat daif tertinggi. (Tadrib al-Rawi, jil. 1, hal. 59)
Jelas juga di sini al-Suyuti mengatakan hadis mardud bukan hanya hadis palsu yang disepakati sahaja. Bahkan hadis daif ringan juga termasuk. Cuma al-Suyuti mengeluarkan hadis hasan li ghairih dari daerah mardud kerana ia termasuk dalam kategori hadis maqbul dengan sokongan setelah dinaiktaraf walaupun asalnya ia hadis daif. Maksudnya ia bukan lagi daif maka perlu dikeluarkan dari daerah hadis mardud.
iii. Syeikh Mahmud Tahhan berkata:
لقد قسم العلماء الخبر المردود إلى أقسام كثيرة، وأطلقوا على كثير من تلك الأقسام أسماء خاصة بها، ومنها ما لم يطلقوا عليها اسما خاصا بها، بل سموها باسم عام، هو "الضعيف"
Maksudnya: Sesungguhnya Ulama telah mengkategorikan khabar (hadis) mardud kepada kategori yang banyak. Mereka meletakkan nama khas bagi kebanyakan kategori itu. Ada di antara kategorinya yang mereka tidak letakkan nama khas baginya bahkan mereka namakannya dengan nama umum iaitu daif. (Taysir Mustalah al-Hadith, hal. 77)
Nukilan ini juga jelas menunjukkan bahawa hadis mardud tidak hanya berkisar kepada hadis palsu sahaja seperti dakwaan Saudara Iqbal.
iv. Syeikh Nuruddin ‘Itr berkata:
وكانت كلها تنقسم إلى قسمين:
1. المقبول: وهو الذي سمي فيما بعد بالصحيح والحسن.
2. المردود: وسمي بعد ذلك الضعيف وأقسامه كثيرة
Maksudnya: Dan kesemuanya (hadis-hadis) terbahagi kepada dua:
A. Maqbul: Ia dinamakan selepas ini dengan nama sahih dan hasan.
B. Mardud: Ia dinamakan selepas itu dengan daif dan kategorinya banyak. (Manhaj al-Naqd fi ‘Ulum al-Hadith, hal. 57)
5. Dengan kesemua nukilan yang saya bawakan menunjukkan bahawa penulis artikel yang menganalisis rancangan 30 Minit Ustaz Don telah menggunakan kriteria yang betul. Tulisan mereka ilmiah dari sudut meletakkan kategori hadis mardud.
6. Manakala dakwaan Saudara Iqbal bahawa hadis mardud hanya merangkumi hadis palsu sahaja saya tidak tahu ia datang dari mana dan beliau perlu membawakan bukti dari kitab ulama muktabar untuk membuktikannya.
Moga bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/HQ6n9RpnG61TK7uz/?mibextid=oFDknk

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
[Ulasan Kedua Kepada Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari Berkenaan Hadis Daif]
Saya telah pun membaca respon Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari terhadap ulasan awal saya berkenaan isu hadis maqbul dan mardud. Tulisan beliau agak panjang. Tetapi tidak bermakna tulisan yang panjang ini telah merungkaikan kekeliruan beliau dalam ilmu hadis. Saya cuba rungkaikan beberapa isi penting dari tulisan beliau. Berikut ulasan lanjut saya:
1. Ustaz Iqbal Zain bersetuju dengan saya berkenaan dengan pembahagian maqbul dan mardud. Alhamdulillah. Ini jelas menunjukkan bahawa sememangnya dalam kitab-kitab muktabar, hadis daif termasuk dalam kategori hadis mardud. Alhamdulillah akhirnya beliau akui bahawa hadis daif termasuk dalam kategori hadis mardud.
2. Dalam artikel awal saya, saya memohon dari beliau bawakan kitab muktabar yang menyatakan dengan jelas hadis daif termasuk dalam kategori hadis maqbul. Jelas dalam tulisan terbaru beliau tidak bawakan. Bahkan beliau pusing kepada isu amalan dengan hadis daif.
3. Ustaz Iqbal mengatakan bahawa ulasan saya di luar konteks kerana respon awal beliau terhadap artikel itu adalah dari sudut pengamalan dan penyebaran bukan dari sudut status. Saya menjadi keliru di sini. Ustaz Iqbal baca atau tidak artikel tersebut? Sesiapa yang membaca artikel tersebut akan mengetahui bahawa sememangnya penulis berkenaan ingin membincangkan tentang status hadis yang dibacakan oleh Ustaz Don dalam rancangannya dari sudut kehujahan. Jangan dibawa ke isu amal atau sebaran.
4. Ustaz Iqbal Zain cuba membawa isu beramal dengan hadis daif pula dalam respon beliau kepada saya. Saya katakan bahawa isu pengamalan hadis daif tidak sesekali mengubah kategorinya yang pada asalnya mardud. Mengapa begitu? Ini kerana hadis daif yang dibenarkan oleh ulama untuk beramal dengannya diletakkan syarat. Berikut syarat yang diletakkan oleh ulama:
i. Kedaifannya ringan dan tidak kuat.
ii. Ia termasuk dalam kaedah umum atau mempunyai asal yang diamalkan.
iii. Seseorang yang beramal dengannya tidak mempercayai kesahihannya bahkan dia beramal kerana berhati-hati. (Tadrib al-Rawi, jil 1, hal. 351)
5. Jika dilihat dari syarat yang dinyatakan di atas ini pastinya seseorang akan bertanya, apakah hukum asal bagi hadis daif? Maka jawapannya sudah pasti ia ditolak. Adakah ia boleh diterima? Ia diterima dengan syarat. Maksudnya jika tidak ada satu sahaja dari syarat itu maka ia tidak boleh diamalkan.
6. Perlu juga disedari bahawa terdapat hadis daif yang memang akan kekal sebagai mardud jika tidak mencukupi syarat yang telah digariskan.
7. Persoalan berikutnya ialah adakah apabila dibenarkan beramal dengan hadis daif dengan syarat itu telah menyebabkan hadis itu diterima sehingga ia boleh dimasukkan dalam kategori maqbul? Jawapannya tidak. Ini kerana syarat yang diletakkan itu telah jelaskan bahawa asas amalan bagi hadis itu hanyalah sekadar berhati-hati. Itu pun hanya jika hadis daif ringan mempunyai asas atau kaedah umum dalam agama. Maksudnya amalan itu muncul bukan kerana hadis daif itu semata-mata tetapi juga kerana kaedah yang membelakangi hadis itu. Ibn al-Mulaqqin sl-Syafie menjelaskan syarat beramal dengan hadis daif yang diletakkan oleh Taqiyuddin al-Qusyairi:
وَحَاصِل مَا ذكره أَن الْعَمَل يكون بِتِلْكَ الْقَاعِدَة أَو الْعُمُوم وَهَذَا مقو مُرَجّح
Hasil bagi apa yang dia (al-Qusyairi) sebutkan ialah amalan (bagi hadis daif) adalah dengan kaedah tersebut atau keumuman (amalan). Ini adalah penguat yang merajihkan. (al-Muqni’, jil 1, hal. 104)
8. Dengan alasan yang sama juga al-Suyuti menganjurkan beramal dengan hadis daif walaupun dalam hukum-hakam jika ada unsur berhati-hati. (Tadrib al-Rawi, jil 1, hal. 351) Anjuran pengamalan ini bukan kerana hadis daif diterima sehingga boleh kita katakan ia termasuk dalam hadis maqbul. Ia sekadar diamalkan sahaja dalam kes tertentu.

9. Apa yang saya sebutkan ini telah ada dalam teks Nuruddin ‘Itr. Tetapi saya agak kecewa dengan Ustaz Iqbal Zain kerana tidak menukilkan habis teks Syeikh Nuruddin ‘Itr ini. Saya nukilkan teks Nuruddin ‘Itr yang menekankan isu pengamalan hadis daif bukan kerana penerimaan terhadap hadis daif tetapi kerana ingin berhati-hati dan ditambah dengan kaedah yang menyokong hadis tersebut. Syeikh Nuruddin ‘Itr menjelaskan:
أما زعم المعارضين أن العمل بالضعيف في الفضائل اختراع عبادة وتشريع في الدين لما لم يأذن به الله تعالى. فقد أجاب عنه العلماء بأن هذا الاستحباب معلوم من القواعد الشرعية الدالة على استحباب الاحتياط في أمر الدين، والعمل بالحديث الضعيف من هذا القبيل، فليس ثمة إثبات شيء من الشرع بالحديث الضعيف.
وفي رأيي أن الناظر في شروط العمل بالحديث الضعيف يجد فيها ما ينفي الزعم بأنه إثبات شرع جديد، وذلك أنهم اشترطوا أن يكون مضمونه مندرجا تحت أصل شرعي عام من أصول الشريعة الثابتة، فأصل الشريعة ثابت بالأصل الشرعي العام، وجاء هذا الخبر الضعيف موافقا له
Maksudnya: Adapun dakwaan pembantah bahawa beramal dengan hadis daif dalam fadhail adalah penciptaan ibadat dan pensyariatan dalam agama bagi sesuatu yang Allah tidak izinkan. Ulama telah pun menjawab bahawa sesungguhnya hukum galakan (istihbab) diketahui daripada kaedah-kaedah syarak yang menunjukkan galakan berhati-hati dalam urusan agama. Maka beramal dengan hadis daif adalah dari sudut ini. TIDAK ADA DI SANA PENETAPAN SESUATU YANG BARU DARIPADA SYARAK DENGAN HADIS DAIF. Pada pandangan saya (Syeikh Nuruddin ‘Itr), orang yang melihat syarat-syarat beramal dengan hadis daif akan mendapati apa yang menafikan dakwaan bahawa ia membawa kepada penetapan syariat baru. Ini kerana mereka (ulama) meletakkan syarat kandungan hadis daif itu termasuk di bawah asal syarie yang umum daripada asal syarat yang telah tetap. Asal syariah telah sabit dengan asal syarie yang umum. Khabar (daif) ini hanya datang bersepakat dengannya. (Manhaj al-Naqd, hal. 294)
Jelas dari nukilan di atas, Syeikh Nuruddin ‘Itr mengatakan pengamalan terhadap hadis daif bukan kerana ia diterima pada asalnya tetapi kerana ada faktor luaran yang menganjurkan kita beramal dengannya.
10. Tidak cukup dengan kekeliruan berkenaan isu maqbul dan mardud, Ustaz Iqbal Zain bawakan pula isu talaqqi bil qabul. Sebenarnya isu ini sudah berbeza. Isu talaqqi bil qabul sememangnya menjadikan hadis daif dinaik taraf menjadi maqbul. Ibn ‘Abd al-Barr menyatakan bahawa hadis seperti ini menyamai hadis mutawatir. Jangan campur adukkan istilah wahai Ustaz Iqbal.
Sekian terima kasih.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/uSxqNKvtGKEcM6jW/?mibextid=oFDknk

Anda kenal pakcik ini? Senang saja dia label wahabi pada orang kan? Dahsyat betul.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/v/CXmqU87EwKghNCAt/?mibextid=oFDknk
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/v/CXmqU87EwKghNCAt/?mibextid=oFDknk
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Buku Buku Prof Madya Dr Muhamad Rozaimi Ramle
1. Metodologi Memahami Hadis
Rm 30
https://shopee.com.my/product/7098455/14829827357?smtt=0.7099747-1658152027.9
2. Israk Dan Mikraj Peristiwa Yang Diabadikan Dalam Al Quran Oleh Prof Madya Dr Rozaimi Ramle
Rm 35
https://s.shopee.com.my/20aDST5MDT
3. 40 Amalan Mudah Menurut Sunnah
Rm 20
https://shopee.com.my/product/7098455/1964704965?smtt=0.7099747-1658152064.9
4. Tadabbur Hikmah Hadis 40 Imam Nawawi
Rm 25
https://shopee.com.my/product/7098455/15388427241?smtt=0.7099747-1658152045.9
5. Q & A Solat Mudah Lagi Sunnah
Rm 25
https://shopee.com.my/product/7098455/4521902345?smtt=0.7099747-1659141504.9
6. Bersedia Untuk Mati Oleh Dr. Rozaimi Ramle
Rm 10
https://s.shopee.com.my/8zjxnSbTeh
7. Peperangan Badar Bantuan Allah Untuk Umat Islam Oleh Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle
Rm 37
https://s.shopee.com.my/6APmQIGBWw
Dapatkan di Link Shopee diatas sementara stok masih ada :)
Atau Hubungi 0124543696 untuk pertanyaan

shopee.com.my
Metodologi Memahami Hadis Oleh Prof Madya Dr Rozaimi Ramle | Shopee Malaysia
1. Hari ini kita sedih melihat sebahagian orang menyebarkan hadis palsu tanpa menyatakan ia palsu.
2. Hari ini kita juga kita sedih melihat sebahagian orang yang mendakwa diri mereka golongan makrifat dan liberal mentafsirkan hadis tanpa mengikut disiplin…

Pengalaman berharga untuk saya. Setelah selesai umrah semalam, DYMM Tuanku Pemangku Raja Perlis berkenan memotong rambut saya untuk bertahallul. Gerun pada mulanya. Namun, inilah pemimpin kami di Perlis. Rendah diri dan mesra keoada rakyat.
Menjunjung kasih Tuanku.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/2KS9WSXfYDDmSCyN/?mibextid=oFDknk
Menjunjung kasih Tuanku.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/2KS9WSXfYDDmSCyN/?mibextid=oFDknk
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Untuk tabayyun saya perlu tanya, ulama mana dan kitab mana yang sebut fadhilat begini?
Saya hanya bertanya. Katanya ini siaran RTM.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/v/1Yvu9p8WpY6qms8t/?mibextid=oFDknk
Saya hanya bertanya. Katanya ini siaran RTM.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/v/1Yvu9p8WpY6qms8t/?mibextid=oFDknk
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
[Saudara Don Dan Ketua Pengarah RTM: Siapa Perlu Direhatkan?]
Sengaja saya minta nama kitab bagi riwayat yang Saudara Don bacakan dalam rancangan RTM dalam hantaran saya semalam.
Saya sudah menjangka pastinya Saudara Don akan memberikan nama kitab Lubab al-Hadith dan Tanqih al-Qaul al-Hathith.
Dengan rujukan yang diberikan ini jelas Saudara Don sememangnya percaya ia ini adalah hadis. Justeru, saya katakan hadis yang dia baca ini tidak ditemui asalnya. Tidak diketahui sanadnya.
Bahkan kitab Lubab al-Hadith juga diragui adakah benar ia ditulis oleh Imam al-Suyuti. Rujuk tesis PhD Prof Dr Mustaqim dan hantaran Dr Khafidz Soroni yang meragui penisbahan kitab ini kepada al-Suyuti.
Manakala Tanqih al-Qaul pula ada syarah kepada Lubab al-Hadith. Manakala al-Durrah al-Yatimah juga bukanlah kitab hadis primer kerana tidak menyatakan sanad bagi hadis ini. Kesemua kitab yang Saudara Don berikan ini tidak menunjukkan hadis ini ada asalnya.
Dengan kes penyebaran hadis tidak diketahui asal ini jelaslah bahawa Saudara Don sememangnya tidak berhati-hati ketika menukil riwayat.
Mungkin ramai mendesak Saudara Don direhatkan. Saya melihat Ketua Pengarah RTM bernama Suhaimi Sulaiman juga wajar direhatkan sekali.
Terima kasih.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/p/f3jzMPvMp2y6hQ2N/?mibextid=oFDknk

[𝐉𝐚𝐰𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐌𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐤𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥 𝐙𝐚𝐢𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐢𝐭𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐬] (𝐏𝐚𝐫𝐭 𝟏)
Apabila membaca respon terbaru Ustaz Iqbal Alhamdulillah, sepatutnya telah selesai isu awal saya bahaskan dan tegur beliau di mana Ustaz Iqbal berkata:
“𝑆𝑎𝑦𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑠𝑒𝑡𝑢𝑗𝑢 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 ℎ𝑎𝑑𝑖𝑡ℎ 𝑑𝑎’𝑖𝑓 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑟𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘 𝑘𝑎𝑡𝑒𝑔𝑜𝑟𝑖 𝑚𝑎𝑟𝑑𝑢𝑑 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑝𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑛𝑎𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑘𝑒ℎ𝑢𝑗𝑎ℎ𝑎𝑛..”
Malangnya, dalam artikel beliau, beliau terus meleret panjang akan beberapa isu dan akhirnya jatuh dalam kekeliruan yang fatal yang sangat banyak. Saya juga mendapati ada beberapa tempat berlaku ketidakjujuran dan juga tidak menukilkan secara penuh pandangan ulamak hadith. Saya ada sertakan nukilan penuh tersebut dalam tulisan ini.
Maka, dalam tulisan yang panjang ini, saya akan menjawab beberapa kekeliruan dan penyelewengan yang beliau lakukan serta saya akan sajikan satu soalan kuiz di akhir tulisan kepada pembaca yang budiman. Mari kita mulakan:
1. Kemusykilan Pertama: [𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥 𝐌𝐞𝐦𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐮𝐤𝐢𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐚𝐢𝐤𝐡 𝐍𝐮𝐫𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 '𝐈𝐭𝐫 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡]
Ayuh kita lihat pada nukilan penuh Syeikh Nuruddin ‘Itr yang sebelum itu dipotong oleh Ustaz Iqbal dalam artikel beliau tidak habis dan tidak penuh. Ini nukilan penuh teks tersebut:
وذلك أننا إذا تأملنا الشروط التي وضعها العلماء للعمل بالحديث الضعيف، فإننا نلاحظ أن الضعيف الذي نبحث فيه لم يحكم بكذبه، لكن لم يترجح فيه جانب الإصابة، إنما بقي محتملا، وهذا الاحتمال قد تقوى بعدم وجود معارض له وبانضوائه ضمن أصل شرعي معمول به، مما يجعل العمل به مستحبا ومقبولا، رعاية لذلك
أما زعم المعارضين أن العمل بالضعيف في الفضائل اختراع عبادة وتشريع في الدين لما لم يأذن به الله تعالى. فقد أجاب عنه العلماء بأن هذا الاستحباب معلوم من القواعد الشرعية الدالة على استحباب الاحتياط في أمر الدين، والعمل بالحديث الضعيف من هذا القبيل، فليس ثمة إثبات شيء من الشرع بالحديث الضعيف
وفي رأيي أن الناظر في شروط العمل بالحديث الضعيف يجد فيها ما ينفي الزعم بأنه إثبات شرع جديد، وذلك أنهم اشترطوا أن يكون مضمونه مندرجا تحت أصل شرعي عام من أصول الشريعة الثابتة، فأصل الشريعة ثابت بالأصل الشرعي العام، وجاء هذا الخبر الضعيف موافقا له
Maksudnya: “Demikian itu, apabila kami memerhatikan syarat-syarat yang para ulama letakkan untuk beramal dengan hadis daif, kami mendapati bahawa hadis daif yang dibahaskan dalam bab beramal tidak dihukum sebagai dusta, namun dalam masa yang sama ia tidak mempunyai kebarangkalian benar yang besar. Tetapi, kebarangkalian hadis tersebut boleh jadi benar masih kekal. 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐰𝐮𝐣𝐮𝐝 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡𝐢 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐮𝐬𝐮𝐥 (𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡) 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧. 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐩𝐚𝐭𝐢 𝐜𝐚𝐫𝐚-𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐠𝐚𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭
Adapun, sangkaan pihak lawan bahawa beramal dengan hadis daif dalam bab fadhail merupakan mereka-reka ibadah dan pensyariatan dalam agama yang Allah tidak izinkan. Para ulama telah menjawab sangkaan ini dengan mengatakan bahawa 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐡𝐛𝐚𝐛 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡-𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐡𝐛𝐚𝐛 𝐛𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢-𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚. Beramal dengan hadis daif termasuk dalam sudut ini. 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟.

Pada pandangan saya, 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐥𝐢𝐭𝐢 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐥𝐞𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟, 𝐝𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐟𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐫𝐮. Ini kerana para ulama telah meletakkan syarat agar intipati hadis daif terkandung bawah usul syarak yang umum daripada usul agama yang telah sabit. Usul agama telah sabit dengan usul syarak yang umum. Lalu, hadis daif yang datang hanya datang selari dengan usul syarak yang umum tersebut”. (Manhaj al-Naqd, hal. 294)
Jika dibaca nukilan ini secara keseluruhan ini, ia jelas menunjukkan bahawa 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟 ini disebabkan oleh 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐚𝐬𝐚𝐥 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐮𝐦𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧. Kemudian barulah Syeikh Nuruddin membawakan huraian tentang konsep beramal dengan hadis daif adalah disebabkan ihtiyat (berhati-hati) sepertimana saya telah huraikan dalam artikel saya sebelum ini.
Kenapa Ustaz Iqbal potong teks ini? Adakah kerana teks penuh ini tidak menyokong pendiriannya? Saya tidak tahu.
Inilah juga manhaj al-Nawawi. Beliau menyebut:
وإنما أباح العلماء العمل بالضعيف في القصص وفضائل الأعمال التي ليست فيها مخالفة لما تقرر في أصول الشرع مثل فضل التسبيح، وسائر الأذكار، والحث على مكارم الأخلاق، والزهد في الدنيا وغير ذلك مما أصوله معلومة مقررة.
Maksudnya: “Para ulama hanya mengharuskan pengamalan hadis daif dalam bab qasas (kisah-kisah) dan fadhail a’mal yang 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐡𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐭𝐮𝐛 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐮𝐬𝐮𝐥 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤. Contohnya seperti pahala tasbih serta zikir-zikir lain, gesaan untuk berakhlak mulia, bersikap zuhud di dunia dan perkara-perkara lain yang 𝐮𝐬𝐮𝐥𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐭𝐮𝐛”. (Khulasah Ihkam, hal. 59-60)
Jika difahami ini dengan baik, maka terjawablah semua nukilan ulama yang membolehkan pengunaan hadis daif yang dibawa oleh Ustaz Iqbal. Syarat-syarat yang diletakkan oleh ulama adalah untuk membenarkan amalan dengannya. Jika tidak cukup syaratnya maka ia tidak boleh diamalkan. Saya tidak pasti kenapa Ustaz Iqbal sukar untuk memahaminya.
2. Kemusykilan Kedua: [𝐓𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐣𝐮𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐮𝐤𝐢𝐥𝐚𝐧]
Ustaz Iqbal berhujah amalan menyapu tengkuk ketika wudhu’ yang didakwa sepakat para ulama boleh diamalkan sebagai fadilat amal. Ustaz Iqbal berkata:
“𝑀𝑢𝑙𝑙𝑎 𝐴𝑙𝑖 𝑄𝑎𝑟𝑖 (𝑟𝑎ℎ) 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑎𝑙-𝑀𝑎𝑤𝑑𝑢’𝑎𝑡 𝑎𝑙-𝐾𝑢𝑏𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝑤𝑎𝑙𝑎𝑢𝑝𝑢𝑛 ℎ𝑎𝑑𝑖𝑡ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑒𝑏𝑢𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 “𝑀𝑒𝑛𝑦𝑎𝑝𝑢 𝑡𝑒𝑛𝑔𝑘𝑢𝑘 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑖𝑟 𝑤𝑢𝑑𝑢’ 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑛𝑔𝑘𝑢𝑘𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑏𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢 𝑎𝑧𝑎𝑏 𝑑𝑖 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑎𝑡” 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑒𝑟𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘 ℎ𝑎𝑑𝑖𝑡ℎ 𝑑𝑎’𝑖𝑓, 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑘𝑎𝑡 𝑝𝑎𝑟𝑎 𝑢𝑙𝑎𝑚𝑎 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 𝑖𝑎 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑑𝑖𝑎𝑚𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑔𝑎𝑖 𝑓𝑎𝑑𝑖𝑙𝑎𝑡 𝑎𝑚𝑎𝑙, 𝑝𝑎𝑟𝑎 𝐼𝑚𝑎𝑚-𝐼𝑚𝑎𝑚 𝑡𝑒𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 ℎ𝑢𝑘𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑝𝑢 𝑎𝑖𝑟 𝑤𝑢𝑑𝑢’ 𝑑𝑖 𝑡𝑒𝑛𝑔𝑘𝑢𝑘 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑈𝑆𝑇𝐴𝐻𝐴𝐵”
Menilai secara kritis nukilan Ustaz Iqbal ini, saya dapati ada 2 isu utama:
i. 𝐓𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐲𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐠𝐚𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩𝐮 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐰𝐮𝐝𝐡𝐮’. Sebenarnya, frasa يُعْمَلُ بِهِ فِي فَضَائِلِ الْأَعْمَالِ اتِّفَاقًا merujuk kepada 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐟𝐚𝐝𝐡𝐚𝐢𝐥 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐠𝐚𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩𝐮

𝐭𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮𝐤. Mari rujuk kepada teks asal yang sebenar berikut:
وَالْحَدِيثُ مَوْقُوفٌ إِلَّا أَنَّهُ فِي الْحُكْمِ مَرْفُوعٌ لِأَنَّ مِثْلَهُ لَا يُقَالُ بِالرَّأْيِ وَيُقَوِّيهِ مَا رُوِيَ مَرْفُوعًا مِنْ مُسْنَدِ الْفُرْدَوْسِ مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ لَكِنَّ بِسَنَدٍ ضَعِيفٍ وَالضَّعِيفُ يُعْمَلُ بِهِ فِي فَضَائِلِ الْأَعْمَالِ اتِّفَاقًا وَلَذَا قَالَ أَئِمَّتُنَا إِنَّ مَسْحَ الرَّقَبَةِ مُسْتَحَبٌّ أَوْ سُنَّةٌ
Maksudnya: “Hadis ini mawquf. Namun, hadis sapu tengkuk ini dihukum sebagai marfu’ kerana hadis seperti ini tidak boleh disampaikan dengan cara ijtihad. Hadis ini dikuatkan pula oleh hadis yang diriwayatkan secara marfu’ dalam Musnad al-Firdaus daripada Ibn Umar dengan sanad yang daif. 𝐍𝐚𝐦𝐮𝐧, 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐛 𝐟𝐚𝐝𝐡𝐚𝐢𝐥 𝐚’𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭. Atas sebab ini, para imam mazhab kami berpendapat bahawa menyapu tengkuk itu sunnah atau mustahab”. (al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Mawdu’ah, hal. 315)
Tidak benar Ustaz Iqbal menyatakan bahawa isu sapu tengkuk ini isu sepakat. Sedangkan, Ibn Hajar al-Haitami mengatakan:
وفي مسح الرقبة خلاف والراجح عدم ندبه واعترض بأن حديثه يعمل به في الفضائل. ويرد بما مر آنفا كما يشير إليه قول المصنف أن خبرهما موضوع فبتقدير سلامته من الوضع هو شديد الضعف فلا يعمل به
Maksudnya: “𝐓𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐡𝐢𝐥𝐚𝐟 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐩𝐮 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮𝐤 𝐢𝐧𝐢. Pendapat yang rajih adalah tidak sunat untuk menyapu tengkuk. Namun, pendapat yang mengatakan tidak sunat ini mendapat bantahan bahawa hadis sapu tengkuk ini boleh diamalkan dalam bab fadhail.
𝐍𝐚𝐦𝐮𝐧, 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐢𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐭𝐚𝐝𝐢, sebagaimana penulis (al-Nawawi) telah mengisyaratkan bahawa hadis tentang sapu tengkuk ini palsu. 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐢𝐧𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐚’𝐢𝐟. 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧”. (Tuhfah al-Muhtaj fi Sharh al-Minhaj, jil. 1, hal. 241)
ii. Ustaz Iqbal tidak menukil penuh kalam Mulla Ali al-Qari. Saya mohon agar kita semua jujur untuk menukil secara penuh mengikut agar pembaca tahu isu yang ingin dibahas dan pendirian ulama tentangnya. Saya bawakan kalam penuh yang tidak dinukil oleh Ustaz Iqbal:
مَسْحُ الرَّقَبَةِ أَمَانٌ مِنَ الْغُلِّ
قَالَ النَّوَوِيُّ فِي شَرْحِ الْمُهَذَّبِ إِنَّهُ مَوْضُوعٌ
قُلْتُ لَكِنْ رَوَاهُ أَبُو عُبَيْدِ الْقَاسِمِ عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ مُوسَى بْنِ طَلْحَةَ قَالَ مَنْ مَسَحَ قَفَاهُ مَعَ رَأْسِهِ وُقِيَ مِنَ الْغُلِّ

Maksudnya: "Hadis: ‘Sapu tengkuk keamanan dari belenggu (azab di akhirat)’.
𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐢𝐭𝐚𝐛 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐡 𝐚𝐥-𝐌𝐮𝐡𝐚𝐳𝐳𝐚𝐛, 𝐚𝐥-𝐍𝐚𝐰𝐚𝐰𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: 𝐢𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮.
Saya - Mulla Ali al-Qari- katakan: Tetapi, Abu Ubayd al-Qasim meriwayatkan hadis ini daripada al-Qasim Ibn Abd al-Rahman daripada Musa Ibn Talhah, bahawa beliau berkata: Sesiapa menyapu tengkuknya bersama kepalanya, maka dia akan diselamatkan dari belenggu.
Hadis ini mawquf. Namun, hadis sapu tengkuk ini dihukum sebagai marfu’ kerana hadis seperti ini tidak boleh disampaikan dengan cara ijtihad. Hadis ini dikuatkan pula oleh hadis yang diriwayatkan secara marfu’ dalam Musnad al-Firdaus daripada Ibn Umar dengan sanad yang daif. 𝐍𝐚𝐦𝐮𝐧, 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐛 𝐟𝐚𝐝𝐡𝐚𝐢𝐥 𝐚’𝐦𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭. Atas sebab ini, para imam mazhab kami berpendapat bahawa menyapu tengkuk itu sunnah atau mustahab”.

(al-Asrar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Mawdu’ah, hal. 315)
Cuba lihat teks ini secara penuh. Jelas di awal nukilan ini Mulla Ali al-Qari ada menyatakan khilaf ulama tentang isu sapuan tengkuk. Mengapa Ustaz Iqbal tidak menukilnya? Mengapa hanya nukil pandangan yang menerima hadis ini kemudian menterjemahkannya dengan makna seolah-olah tidak ada khilaf dalam isu ini? Saya tidak tahu.
Masih banyak lagi hujah-hujah terhadap Ustaz Iqbal. Ini baru dua hujah yang saya kemukakan. Sekarang saya berada di Arafah, jadi sukar untuk akses memberikan tumpuan pada laman sosial.
3. Kemusykilan Ketiga: [𝐊𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐇𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐀𝐬𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐬]
Dalam artikel awal beliau, beliau jelas gagal dalam memahami perkara asas dalam ilmu hadis tentang pembahagian maqbul dan mardud. Sehinggakan artikel awal beliau menghukum artikel penilaian hadis 30 minit Ustaz Don sebagai tidak ilmiah kerana penulis memasukkan hadis daif dalam kategori hadis mardud.
Kemudian dipusingnya pula dengan berkata:
“𝑁𝑎𝑚𝑢𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑏𝑖𝑙𝑎 𝐷𝑟 𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡 𝑝𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑎𝑎𝑛 “ℎ𝑢𝑘𝑢𝑚”, 𝑖𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑠𝑒𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑏𝑒𝑧𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑡𝑒𝑔𝑜𝑟𝑖 (انواع الحديث). 𝑃𝑒𝑚𝑏𝑎ℎ𝑎𝑔𝑖𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑡𝑒𝑔𝑜𝑟𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑡𝑢𝑡𝑛𝑦𝑎 𝑑𝑖𝑐𝑎𝑚𝑝𝑢𝑟 𝑎𝑑𝑢𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 ℎ𝑢𝑘𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑑𝑖𝑡ℎ 𝑑𝑎’𝑖𝑓 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑎𝑏-𝑏𝑎𝑏 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑏𝑒𝑛𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑟𝑢𝑡 𝑢𝑙𝑎𝑚𝑎 𝑚𝑢𝑘𝑡𝑎𝑏𝑎𝑟 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑖𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑎𝑠𝑖𝑛𝑔-𝑚𝑎𝑠𝑖𝑛𝑔”
Yang mencampur adukkan adalah Ustaz Iqbal sendiri. Apabila disebut hukum asal hadis, kita merujuk kepada hukum asal mengamalkan hadis. Mudah saja perkara ini untuk faham. Sebaliknya Ustaz Iqbal mencampur adukkan hukum asal hadis dan syarat pengamalan hadis. Pada asalnya hadis daif itu tertolak namun ada sebahagian hadis daif diamalkan apabila memenuhi syarat yang digariskan oleh ulama. Selagi syarat itu tidak mencukupi maka hukum asal hadis daif itu dikekalkan iaitu tidak diamalkan.
Tetapi kerana Ustaz Iqbal sudah meleret, maka saya akan jawab pada tempat yang perlu.
Daripada sudut hukum pengamalan, Ustaz Iqbal membantah apabila saya mengatakan bahawa beramal dengan hadis daif adalah atas dasar ihtiyat (berhati-hati). Malangnya, ia bukan kata-kata saya. Ia adalah kata Nuruddin ‘Itr. Dengan mudah Ustaz Iqbal menuduh saya menukilkan di luar konteks. Isunya tetap sama iaitu Syeikh Nuruddin tetap mengatakan amalan hadis daif atas dasar berhati-hati apabila ada kaedah umum yang membelakanginya. Jadi, Ustaz Iqbal sebenarnya yang keliru setelah terbukti menukil hanya separuh kalam Syeikh Nuruddin ‘Itr dalam artikel sebelum ini.
4. Kemusykilan Keempat: [𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐢𝐟 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐡𝐚𝐛 𝐝𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐪𝐛𝐮𝐥 𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚𝐮 𝐒𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐀𝐤𝐮𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐚𝐛 𝐇𝐮𝐤𝐮𝐦-𝐡𝐚𝐤𝐚𝐦 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐃𝐚𝐢𝐟 𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐬𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐔𝐥𝐚𝐦𝐚]
Ustaz Iqbal berkata:
“𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝 𝑘𝑖𝑡𝑎 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑝𝑎𝑘𝑎𝑡 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑤𝑎 ℎ𝑢𝑘𝑢𝑚 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑚𝑎𝑙𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑑𝑖𝑠 𝑑𝑎𝑖𝑓 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑢𝑠𝑡𝑎ℎ𝑎𝑏 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑎𝑞𝑏𝑢𝑙, 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 ℎ𝑢𝑘𝑢𝑚𝑛𝑦𝑎 𝑡𝑒𝑟𝑡𝑜𝑙𝑎𝑘”
Saya katakan: Bagaimana boleh dikatakan hukum hadis daif adalah mustahab dan maqbul 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐛 𝐚𝐪𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦, 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧? Ustaz sendiri telah menukil kalam imam al-Nawawi sebelum ini yang menjelaskan hadis daif hanya boleh diamalkan dalam bab qasas dan fadhail amal.
Jadi bagaimana saya ingin sepakat dengan ustaz apabila ustaz sendiri kontradik dalam pendirian.
Jika ustaz kata, yang dimaksudkan dalam fadhail, saya katakan 𝐡𝐚𝐭𝐭𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐛 𝐟𝐚𝐝𝐡𝐚𝐢𝐥 𝐩𝐮𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧..
al-Laknawi menyebutkan:

وأما العمل بالضعيف في فضائل الأعمال فدعوى الاتفاق فيه باطلة . نعم هو مذهب الجمهور لكنه مشروط بأن لا يكون الحديث ضعيفاً شديد الضعف ، فإذا كان كذلك لم يقبل في الفضائل أيضا
Maksudnya: “𝐀𝐝𝐚𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐩𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐢𝐬𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐛 𝐟𝐚𝐝𝐡𝐚𝐢𝐥 𝐚’𝐦𝐚𝐥, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐭𝐢𝐥. Benar, ia merupakan mazhab majoriti. Namun, mazhab majoriti ini juga mensyaratkan hadis daif tersebut tidak daif berat. Jika hadis berat (terlalu daif), maka ia tidak boleh diterima dalam bab fadhail a’mal juga”. (al-Athar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Mawdu’ah, hal. 81)
Demikianlah juga kalam al-Zahabi yang dinukilkan Ustaz Iqbal sebelum ini. 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐈𝐪𝐛𝐚𝐥 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐬𝐨𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐥-𝐙𝐚𝐡𝐚𝐛𝐢 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛. Kalam al-Zahabi ini jelas menunjukkan pendirian umum al-Zahabi dalam 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟. 𝐚𝐥-𝐙𝐚𝐡𝐚𝐛𝐢 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐟 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚. al-Zahabi berkata:
وينبغي التثبت في الأحاديث الضعيفة ، فلا يبالغ الشخص في ردها مطلقاً ، ولا في استعمالها والأخذ بها مطلقاً ، بخلاف الأحاديث الساقطة والموضوعة فلا يجوز العمل بها أصلاً
Maksudnya: Hendaklah menyelidiki hadis-hadis daif. Janganlah seseorang terlalu melampau dalam menolaknya secara mutlak 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐋𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐈𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐍𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐔𝐓𝐋𝐀𝐊. Berbeza dengan hadis yang saqit (gugur) dan palsu maka tidak boleh beramal dengannya secara mutlak”
al-Zahabi berkeras kepada mereka yang menggunakan hadis daif berat sehinggakan sampai ke tahap 𝐚𝐥-𝐙𝐚𝐡𝐚𝐛𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡, 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐤𝐡𝐢𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐍𝐲𝐚!! al-Zahabi berkata:
لهذا أكثر الأئمة على التشديد في أحاديث الأحكام، والترخيص قليلا، لا كل الترخص في الفضائل والرقائق، فيقبلون في ذلك ما ضعف إسناده، لا ما اتهم رواته، فإن الأحاديث الموضوعة، والأحاديث الشديدة الوهن لا يلتفتون إليها، بل يروونها للتحذير منها، والهتك لحالها، فمن دلسها أو غطى تبيانها، فهو جان على السنة، خائن لله ورسوله. فإن كان يجهل ذلك، فقد يعذر بالجهل، ولكن سلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Maksudnya: “Oleh kerana inilah, majoriti ulama berkeras terhadap hadis-hadis hukum, meringankan sedikit dan bukannya terlalu ringan sangat dalam bab fadhail dan penyucian jiwa. Mereka terima hadis fadhail yang daif sanadnya. Namun, mereka tidak pula menerima hadis fadhail yang perawinya dituduh berdusta. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠. 𝐁𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧, 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐰𝐚𝐲𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐚𝐭) 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚. 𝐒𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐲𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬-𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐞𝐧𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐬𝐮𝐧𝐧𝐚𝐡, 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐤𝐡𝐢𝐚𝐧𝐚𝐭 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐍𝐲𝐚. Jika dia jahil terhadap tanggungjawab ini, maka dia diberi uzur atas kejahilannya. Tetapi bertanyalah ahli bidang hadis jika kamu tidak tahu”. (Siyar A’lam al-Nubala’, jil. 8, hal.520)
Jika Ustaz Iqbal berhujah dengan al-Zahabi pada zamannya, agaknya apa gelaran ustaz ketika itu? Adakah al-Zahabi juga dianggap tidak ilmiah?
Ini tulisan ringkas untuk bahagian pertama yang hanya mengemukakan 4 kritikan balas sahaja. Masih ada lagi berbaki catatan dan jawapan balas lain pada artikel yang kedua. Bahagian kedua akan menyusul 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐪𝐮𝐢𝐳 𝐦𝐢𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 insyaAllah..
WaAllahu a’lam. Moga bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
Arafah, Arab Saudi (2024)
https://www.facebook.com/share/p/SFa1vJNGj23q9WoX/?mibextid=oFDknk

Isu hangat melibatkan Saudara Don Baniyal baru-baru ini adalah kerana beliau membaca hadis yang bermasalah. Kebanyakan asatizah menegur menasihati beliau agar lebih berhati-hati apabila menukilkan hadis. Kan itu baik untuk Islam.
Takkan musuh dakwah Islam boleh cadang sesuatu yang baik untuk Islam? Susah saya nak hadam logik tulisan ini.
Satu lagi, imbuhan "di" didekatkan jika merujuk kepada perbuatan. Contohnya:
"Suki terselamat walaupun pernah dipanah petir".
Moga bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/9gfB3i1PPuz1qddp/?mibextid=oFDknk
Takkan musuh dakwah Islam boleh cadang sesuatu yang baik untuk Islam? Susah saya nak hadam logik tulisan ini.
Satu lagi, imbuhan "di" didekatkan jika merujuk kepada perbuatan. Contohnya:
"Suki terselamat walaupun pernah dipanah petir".
Moga bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
https://www.facebook.com/share/9gfB3i1PPuz1qddp/?mibextid=oFDknk
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Saya telah selesai menulis hampir 20 halaman jawapan balas kepada Ustaz Iqbal Zain. Sekarang dalam proses semakan dan suntingan akhir. Saya dapati ada berlaku ketidakjujuran dalam menukilkan pandangan ulamak hadis. Terdapat juga perkataan ulamak hadis yang dipotong. Saya telah jelaskan dalam artikel tersebut. Sekarang saya berada di Makkah untuk tunaikan ibadah haji. Moga dipermudah segalanya. Nantikan artikel tersebut insyaAllah.
Dr Rozaimi Ramle
9 Pagi, Arafah.
https://www.facebook.com/share/p/hYZwrLbg2KaoNd62/?mibextid=oFDknk

Alhamdulillah, panas di sini hilang seketika apabila hujan mula membasahi bumi Aziziah dan Mina.
اللهم صيبا نافعا
Ya Allah, jadikan ia hujan yang bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
Aziziah, Arab Saudi.
https://www.facebook.com/share/v/kGn9rnzuJ87VqmBy/?mibextid=oFDknk
اللهم صيبا نافعا
Ya Allah, jadikan ia hujan yang bermanfaat.
Dr Rozaimi Ramle
Aziziah, Arab Saudi.
https://www.facebook.com/share/v/kGn9rnzuJ87VqmBy/?mibextid=oFDknk
Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Sampai pula video ini pada saya. Jelas daripada video ini seorang Ustaz mengatakan tidak boleh berpuasa pada har Aidil Adha pertama, pada hari raya kedua, ketiga dan keempat boleh.
Saya katakan apa yang difahami ia adalah hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah dan dinamakan hari Tasyriq. Imam al-Nawawi mengatakan bahawa ulama mazhab Syafie melarang berpuasa pada hari Tasyriq. Cuma ada sedikit perbincangan pada puasa hari Tasyriq bagi orang yang melakukan haji Tamattu' dan Qiran dan tidak mempunyai hady (haiwan sembelihan). Sebahagian ulama mazhab Syafie membenarkan seperti Imam al-Nawawi walaupun beliau menyatakan Qaul Jadid Imam al-Syafie mengatakan tidak dibenarkan walaupun untuk orang yang melakukan haji. (Al-Majmu', jil. 6, hal. 484)
Ini kerana terdapat hadis berikut:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ
Maksudnya: Hari Tasyriq adalah hari makan, minum dan berzikir kepada Allah (HR Muslim)
لا تَصُومُوا هَذِهِ الأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksudnya: Jangan berpuasa pada hari-hari ini (tasyriq) kerana ia hari makan dan minum. (HR Ahmad, hadis sahih)
Ibn Qudamah menyatakan bahawa zahirnya sebahagian golongan salaf yang berpuasa pada hari Tasyriq hadis larangan ini tidak sampai kepada mereka. (Al-Mughni, jil. 3, hal. 52)
Maka jelaslah bahawa puasa hari Tasyriq selain dari orang buat haji tamattu' dan qiran adalah tidak disyariatkan bahkan diharamkan.
Saya tidak tahu adakah ustaz ini tidak ambil subjek fiqh masa diploma dahulu atau pun juga beliau ambil tetapi pensyarah beliau tidak habis silibus atau bab ini tidak masuk dalam soalan spot exam. Saya tidak tahu.
Tetapi saya tetap nak maafkan semua orang ;)
Nasihat saya kepada netizen, bolehlah mula tinggalkan Suria.FM apabila ada slot yang mengelirukan begini.
Terima kasih.
Dr Rozaimi Ramle
Mina, Arab Saudi
https://www.facebook.com/share/v/nGDyNvc1URbsJw3d/?mibextid=oFDknk