Aimi Rahayu AR | πŸ‘§, SexRepro Health
870 subscribers
177 photos
7 videos
13 files
100 links
Download Telegram
Kita melihat banyak kesan buruk akibat perang terhadap kesihatan masyarakat amnya dan khususnya di Palestin sekarang.

Lebih membimbangkan apabila kemudahan fasiliti kesihatan seperti hospital diledakkan, mengakibatkan bukan sahaja tempat teduhan mangsa perang musnah, ia juga menjejaskan perkhidmatan kesihatan seperti rawatan kecemasan, pembedahan dan sebagainya.

Kita lihat beberapa berita dan kajian lapangan berkaitan kesan perang terhadap kesihatan wanita (seksual dan reproduktif).

#AimiGYN
#MTMOnG
#sexreprohealth
@mysexedu
'Boleh saya tahu sudah berapa lama Puan berkahwin?'

'Lebih 4 tahun doktor. Belum pernah mengandung lagi. Belum pernah check lagi.'

Aku amati wajah wanita di sisi meja klinik, cuba menelah kata-katanya. Wajahnya polos, bersahaja, tiada riak.

Ada halangankah?

Tiada sokongan pasangankah?

Atau mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya harus dilakukan jika tidak hamil setelah sekian lama mendirikan rumahtangga?

'Boleh saya tahu mengapa Puan belum check lagi?'

'Rasanya tiada push factor buat kami.'

Mataku lirik ke layar komputer di hadapanku.

5 tahun menjelang 40, usianya kini semakin mencemburui, seusia 400 000 benih telur yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

'Puan, saya hormati keputusan yang Puan buat. Namun, kalau Puan izinkan saya, saya nak bagitahu, jika diamati situasi sekarang, usia Puan yang menjadi 'urgent push factor' untuk Puan memulakan rawatan kesuburan.'

'Maksudnya doktor?'

'Oh, usia dan kesuburan, kaitannya begini https://bit.ly/usiakesuburan.'

Wajahnya sukar untuk kutafsirkan.

Antara sesal dengan pemergian masa atau diri yang tidak mungkin berpatah balik usia.

Dan aku juga menumpang hiba kerna perananku masih belum mampu kulunaskan; janjiku pada wanita untuk menjaga jiwa raga dengan ilmu setia.

#AimiGYN
#MedTweetMY
#MTMOnG
5 minggu hamil? Apa nak buat?

Tahniah, anda hamil! Bayangkan ini yang kit kehamilan bagitahu instead of "2-3 weeks pregnant, 3-4 weeks pregnant" etc. Dialah orang pertama ucapkan tahniah.

Anda tengah TTC, kemudian period tak datang seperti selalu (orang yang period teratur boleh relate benda ni), jadi perkara pertama yang perlu dibuat ialah UPT (urine pregnancy test). Tapi perkara ke-2 yang anda kena buat bukan pergi scan untuk "confirmkan pregnancy", bukan scan.

Kenapa bukan scan? Sebenarnya misnomer je nak confirmkan pregnancy kena scan. Nak confirmkan pregnancy, buat UPT, khalas. Tu je. Scan ni ada beberapa sebab lain, dan scan pada 4-5 minggu kehamilan ni, kebanyakan masa akan nampak 1 bulatan hitam pada rahim, mungkin akan nampak 1 lagi bulatan dalam tu (yolk sac), kalau nasib baik nampak satu tompok putih (fetal pole). Ada yang nampak dinding rahim tebal je.

Saya selalu akan bagitahu awal apa expectation yang perlu ada bila nak scan awal ni, sebab banyak kali bila scan awal, daripada muka ceria, rasa ragu-ragu ke pregnant ke tak, kecewa tak nampak bayi, degup jantung awal-awal ni. Tu belum kira yang tarikh LMP tak ingat, period tak teratur jadi tarikh lari dsbnya.

So apa perkara ke-2 kena make sure buat bila UPT + kalau bukan scan?

Make sure sambung makan asid folik. Asid folik ni kena makan sebenarnya 3 bulan sebelum TTC lagi sambung sampai 12 minggu hamil. Tapi ramai yang bila mula hamil, tak makan lagi sebab tak tahu, atau sebab unplanned pregnancy. Apa-apapun, bila dah tahu hamil, mula makan ye.

Ada banyak thread pasal asid folik yang lepas. Boleh tengok sini :

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1360138394798411776?t=726qAJYo5ZY4XQGL-IQI6A&s=19

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1324904687649267714?t=6cbiYvgtWFeQ8McAdeLRYg&s=19

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1288634113772011521?t=F70dxHknm2UN4r6rztK2Mg&s=19

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1360138394798411776?t=-ZyctfwZNJh0PfBMeqPhqA&s=19

https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1360140943844757510?t=y3flGU6TeUQctF2_v1uF-g&s=19

Vitamin ke-2 yang disyorkan ambil ialah Vitamin D 400IU / 10mcg. Kepentingan vitamin ini untuk membantu fungsi kalsium dan fosfat dalam badan untuk kesihatan tulang, gigi dan otot. Mengikut kajian, wanita hamil, kurang terdedah kepada cahaya matahari dsbnya berisiko kurang vitamin D dalam badan.

Ada banyak lagi isu dan topik menarik yang boleh dikongsi pada awal kehamilan ini. Cuba komen di bawah topik yang anda nak tahu.

#AimiGYN
#hamil5minggu
#MTMOnG
SEBAB BUAT SCAN DI TRIMESTER PERTAMA (KEHAMILAN SEHINGGA MINGGU KE-13)

Selalu jumpa yang datang klinik untuk scan sebab nak 'confirmkan pregnancy'. Bukan sebab tu ya. Baca bebenang ni juga. https://twitter.com/aimirahayuAR/status/1741684852876030100?t=mNwvaKDbw9IdSIVDacBJ6w&s=19

Ada beberapa sebab kenapa scan dibuat di trimester pertama.

1. Nak sahkan 'viability'/degup jantung

2. Nak kira LMP dan ukur bayi bagi penentuan tarikh EDD yang tepat

3. Tentukan berapa bayi dikandung
4. Jika kehamilan berganda, nak tentukan berapa kantung (amnionicity) dan chorionicity

5. Spesifik untuk mereka yang ada sejarah kehamilan luar rahim, scan pada 6 minggu kehamilan untuk pastikan kandungan kali ini kehamilan dalam rahim.

6. Menentukan lokasi kandungan dalam atau luar rahim

7. Jika ada masalah seperti sakit abdomen, pendarahan dsbnya.

8. Menentukan kandungan mempunyai features yang normal dan bukan kandungan anggur (molar pregnancy) - especially kepada mereka yang ada simptom pendarahan atau muntah di awal kehamilan yang berlebihan.

Jika tiada sebarang masalah di awal kehamilan, boleh buat scan di trimester pertama ketika usia kehamilan 11m0h - 13m6h dan jika ada kepakaran, boleh buat nuchal translucency (NT) scan sekali.

#AimiGYN
#MTMOnG
#firstrimesterscan
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks bulan ini, saya nak mengajak semua wanita untuk cakna mengenai kanser ini dan langkah-langkah pencegahannya.

Sayang ya, kalau ada kanser yang wanita boleh cegah tapi kita tak tahu macam mana.

#AimiGYN
#MTMOnG
#CervicalCancer