Aimi Rahayu AR | πŸ‘§, SexRepro Health
891 subscribers
176 photos
7 videos
13 files
99 links
Download Telegram
Teka-teki teka-tekuk.

Cuba teka apa dia?
Our upcoming masterclass.

Come and join us...

Kindly click

https://nak.info/nontubalectopic

#AimiGYN
Salam semua!

Sementara menunggu PBAKL, jom dapatkan Baucar Buku Semarak Membaca di Shopee.

Dapat diskaun RM10 untuk pembelian di kedai Kata-Pilar hanya dengan pembelian minimum RM20.

Sayang kalau tak digunakan, ini insentif bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya 😁

Boleh pakat kongsi pada kawan2 dan kenalan.

Link kedai: https://shope.ee/AJw9gB9cjT

Terima kasih semua! 😊 😁

#katapilar
#AimiGYN
https://fb.watch/djazKW_maq/

Jom lihat ni sekarang. Boleh tanya soalan.
Tentang lelah (asthma)
Pasangan ke-2 kutemui hari ini, di klinik kesuburan.

Masuk mereka berdua dengan perlahan dan duduk di hadapan meja, isteri di tepi dan sang suami di hadapanku.

Mereka mengalami masalah kesuburan kerana masih lagi tidak hamil secara sendiri setelah dua tahun berkahwin. Aku amati sejarah kesihatan kedua-duanya. Sang isteri, ini perkahwinan keduanya dengan suami yang baru. Sebelum itu sudah ada dua anak dengan kandungan dan kelahiran normal. Sang suami pula baru berkahwin pertama kali dan tidak mengadu sebarang masalah yang boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Penglihatanku terhenti pada sejarah hubungan seksual pasangan di mana berlakunya masalah ejakulasi semasa berhubungan. Ereksi zakar jug tidak berlaku, tidak memungkinkan berlakunya perpindahan air mani ke faraj wanita. Ting! Inilah isu yang aku perlu tanya dengan lebih mendalam lagi.

Kali ini, temujanji ke-2 pasangan ini, di awalnya mereka sudah menjalani ujian analisis sperma, aku amati keputusan ujiannya.

β€œKeputusan ujian analisis sperma Tuan normal ya.”

Aku menerangkan satu-persatu kriteria ujian sperma; 'morphology', 'motility', jumlah isipadu air mani dan sebagainya. Kulihat senyuman terukir di wajah sang suami daripada cahaya di matanya. Pastinya ini salah satu berita gembiranya buat mereka. (Ada satu video menarik mengenai ujian sperma, boleh dilihat di sini --> https://youtu.be/1a_tOrqvtnQ )

Pertemuan ke-2 ke klinik kesuburan kebiasaannya akan berlakunya pengamatan keputusan ujian analisis sperma lelaki, ujian darah hormon wanita yang diambil pada dua hari berbeza. Sekali lagi berita gembira aku titipkan buat mereka kerana hasil ujian darah sang isteri juga normal.

Setelah selesai perbincangan keputusan ujian yang dilakukan mereka, aku memulakan soalan yang lebih sensitif tentang isu ejakulasi dan ereksi. Bukan mudah sebenarnya untuk soalan sebegini ditanya, namun kerana tanggungjawab dan perananku sebagai doktor yang menemui mereka di klinik, aku cuba bertanya dengan baik.

Jawapan yang diutarakan sang suami tidak mengejutkanku. Inilah permasalahan sebenar kemungkinan sukarnya sang isteri untuk hamil. Perlu diingat, hubungan seksual suami isteri ada dua natijahnya; satu rumahtangga, satu lagi berhasilnya kehamilan secara semulajadi (jika tiada masalah kesuburan yang dapat dikesan).

Aku lihat sang suami sudah mula menunjukkan ketidakselesaan duduk di hadapanku.

β€œSaya ingin merujuk Tuan dan isteri ke kaunseling psiko-seksual untuk isu ini. Kerana pada pendapat saya, ini isu yang agak menonjol sebagai masalah seksual lelaki dan isu ketidaksuburan mungkin juga berpunca daripada ini juga. Kemungkinan besar jika masalah ini dapat diatasi, boleh membantu dua perkara; hubungan seksual dan ketidaksuburan.”

β€œSaya rasa doktor terus lakukan IUI untuk isteri saya, nanti lebih lama masa diperlukan untuk menjalani kaunseling, bertahun-tahun tidak selesai. Kami dah dua tahun berkahwin, keluarga pun selalu bertanya-tanya pasal anak. Saya datang ni pun nak pastikan ujian sperma saya normal, nak tunjuk pada isteri saya sperma saya tidak ada masalah!”

Bentak sang suami, membuatkan isterinya terus mengalihkan pandangan kepadanya dengan laju. Aku mula merasakan ketegangan suasana di klinik, mengatasi rasa laparku sendiri kerana hanya mengalas perut dengan karipap kecil pagi tadi.

Dapat aku rasakan, ego sang suami sedikit tercalar kerana aku dapat mengesan isu permasalahan seksualnya itu. Tidak sedikit pasangan yang datang berjumpa kami di klinik, mengalami pelbagai masalah ketidaksuburan, berpunca daripada wanita, lelaki dan gabungan kedua-duanya. Namun, jika isu lelaki menjadi punca, boleh menyebabkan tentangan emosi sebegini berlaku dan aku tidak terkejut jika mereka tidak datang lagi temujanji selepas ini.

Mereka beriringan keluar dari klinik namun sempat kudengar suara kuat sang suami yang menyesal kerana datang ke klinik hari ini. Aku hanya berharap mereka dapat berjumpa dengan kaunselor sebelum kembali ke klinik dua bulan lagi.
Tidak sesekali kami ingin melambatkan atau menghalang apa-apa, cuma penilaian klinikal kami para doktor perlu dibuat sebaik mungkin kepada semua pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan. Bukan sewenang-wenangnya terus melakukan prosedur untuk hamil – IUI dan sebagainya sebagai langkah mudah untuk hamil tanpa mengira isu lain yang lebih menonjol dan penting.

Yang penting kerjasama pasangan dengan doktor yang merawat yang baik sedikit sebanyak memudahkan urusan rawatan ini.

(Penulis mempunyai β€˜special interest’ dalam bidang kesihatan seksual dan reproduktif – permasalahan sebegini adalah salah satu aspek yang mendapat penekanan dalam bidang tersebut).

#AimiGYN
#MedTweetMY
(Perhatikan di sini, berlakunya masturbasi, tidak ejakulasi semasa berhubungan seksual)
Hujung minggu ini ada rancangan ke mana-mana ke?

Apa kata jemput bertandang ke PBAKL yang telah bermula hari ini!

3 hingga 12 Jun 2022 ini, akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di WTC, Kuala Lumpur.

Dan yang bestnya, esok ada sesi medical checkup dan sesi Temu & Tegur penulis Buku Pink 3.0 Kata-Pilar Books!

Tarikh: 4 Jun 2022
Waktu: 12 pm - 1 pm.

Jom kome...

#AimiGYN
#Katapilar
Bidang O&G (Kehamilan dan Kesihatan Wanita) memang berhadapan dengan wanita secara majoritinya.

Namun, peranan lelaki sebagai pasangan/suami memang besar.

Jika perlu datang untuk temujanji klinik, datanglah, temanlah pasangan anda.

Ada soalan, andalah yg ada jawapannya.

#AimiGYN