Kamus Dialek Saudi اللغة الماليزية
3.74K subscribers
668 photos
46 videos
23 files
89 links
نستخدم الفعل على طريقة لهجة اهل الرياض
Dialek Riyadh ✅ — main focus
Slang Najdi & Hijazi ✅
Ada la selit sikit dialek Khaleeji 😂
Hubungi kami di sini:
https://t.me/dialeksaudi?direct
Download Telegram
🇸🇦 يالفهاوة
🇲🇾 bongok la / sengal

Perkataan ni boleh jadi rude kalau guna dekat orang yg kita tak rapat, tapi lebih lembut daripada غبي (bodoh).
🔥9❤1
🇸🇦 على راسه ريشة
🇲🇾 Seseorang yang rasa dia lagi baik dan istimewa drpd orang lain dan juga dia rasa dia patut diberi layanan VIP

Makna literal: ada bulu burung atas kepala dia 🪶
❤5🔥4
🇸🇦 بعيد الشر عنك
🇲🇾 mintak jauh la

Contoh situasi:
1. Uqasha: Kalau aku jadi apa2 kat aku nanti, بعيد الشر عني, korang jangan lupa aku tau.

2. Fazura: wei korang, tetiba ada biji kat kulit badan aku, takut kanser je.
Misha: بعيد الشر عنك (mintak jauh la)
❤5🔥5
🇸🇦 شكله يشهي
🇲🇾 nampak menyelerakan

Contoh situasi:
*kawan post gambar² makanan yg sedap2*
Kamu komen: شكله يشهي بالعافيه
(Nampak menyelerakan la, selamat menjamu selera)
❤6🔥5
🇸🇦 كلنا بالهوا سوا
🇲🇾 nasib kita sama

Contoh situasi:
Kamal: "aku gagal ujian lesen memandu harini"
Adli: "Kulna bil hawa sawa (sama la kita!). Aku pun gagal jugak. Susah betul nak dapat lesen kereta."
❤6🔥6
🇸🇦 اذا كذا
🇲🇾 kalau macam tu / jika begitu

🇸🇦 كذا مرة
🇲🇾 banyak kali / beberapa kali
🔥10❤3
🇸🇦 وجه النحس
🇲🇾 pembawa sial , punca betul dia ni

Digunakan sbg ejekan/hinaan kpd seseorang yg dianggap membawa nasib buruk atau punca sesuatu urusan gagal bila dia muncul.

🇸🇦 هين لين
🇲🇾 Orang yg lembut dan senang bawak bincang / urusan yang mudah dan berjalan lancar / super easy

Contoh situasi:
1. Mak: Macam mana exam harini?
Syafiq: Hayyin layyin! Kacang je!

2. Hilmi seorang yang hayyin layyin, senang bawak bincang.
🔥8❤5
🇸🇦 نص نص
🇲🇾 boleh la , biasa2 je.

🇸🇦 مو معقول
🇲🇾 takkanlah, tak masuk akal, tak mungkin lah
🇺🇸 no way, unbelievable, impossible, nonsense
❤8🔥6
🇸🇦 يا ويلك
🇲🇾 siaplah kau, nahaslah kau

Ungkapan yang digunakan untuk menyampaikan amaran atau ancaman, yang menunjukkan bahawa seseorang berada dalam situasi yang berisiko.

Contoh:
Mak: ya welak kalau hang pukui adik hang lagi
Safwan: okay2 wan tak pukui dia

‎ ‎
🇸🇦 يا ويلي
🇲🇾 alamak, pergh, fuh, adoi/aduh , omg

Ungkapan yang digunakan apabila kamu takut akan sesuatu atau melihat sesuatu yang mengejutkan atau dalam masalah
🔥25❤9
🇸🇦 Hijazi Dialect — Word of the Day

📌 لا تِنَاحَلْنِي (La tināḥalni)

Meaning: Don’t argue with me / Don’t keep bickering with me

🗣️ Example:

1️⃣ أقولك بكلمة: خلاص، لا تناحلني!
👉 I’m telling you, I’ll tell him: “Don’t argue with me!”

🇸🇦 بالعربي:
«لا تناحلني» يعني لا تجادلني ولا تواصل النقاش معايا. وتُقال لما تبغى الشخص يوقف الجدال أو يترك الموضوع.

🇬🇧 In English:
“Don’t argue with me” or “Stop bickering with me.” It’s used when you want someone to stop arguing or going back and forth with you.

✍️ Admin A from Makkah 🕋
❤20🔥17
🇸🇦 beituti بيتوتي
🇲🇾 Orang yang suka duduk rumah
🇺🇸 homebody
🔥19❤17
126. Saya pergi ke Riyadh pastu balik dalam 2 hari lepas
= ana safart arriyad wu riji3t awwal ams
انا سفرت الرياض ورجعت اول امس

127. Awak buat apa minggu lepas?
= wesh sawwet al-usbu' illi fat?
وش سويت الأسبوع اللي فات
Nota: 'sawweti' jika perempuan

128. Saya payah nak bangun awal
= Sa'ab inni as'ha badri
صعب اني اصحى بدري

129. Dengar-dengar wedding dia minggu depan
= simi3t innu zawaju al-usbu' aljai
سمعت ان زواجه الأسبوع الجاي

130. Pegi basuh muka sebelum keluar
= ghassil wajhak gabilma tikhruj
غسل وجهك قبل ما تخرج
Nota: jika perempuan tukar ke ghassili, wajhik, tikhruji
❤1
🇸🇦 الزبدة
🇲🇾 kesimpulannya / secara ringkasnya
Makna harfiah: mentega 🧈
❤1
🇸🇦 تستهبل انت؟
🇲🇾 Biar betul? Kau gurau ke?
❤1