Nota Dialek Mesir Khalif Rizal
6.49K subscribers
316 photos
125 videos
508 links
Blog Dialek Mesir πŸ‘‰ www.DialekMesir.com
IG πŸ‘‰ instagram.com/KhalifRizal

.
Ada persoalan? Hubungi saya di @KhalifRizal
Download Telegram
Bayangkan apa yang berlaku jika setiap hari selama 12 bulan kita libatkan diri dengan bahasa Arab?

Sebagai pelajar bahasa Arab, memang kita sedar kepentingan untuk tambah mufradaat dan uslub ayat.

Tapi kita selalu 'tewas' sebab terlalu banyak halangan.

Nak cari bahan yang macam mana?
Nak baca apa?
Mana nak cari penjelasan kalau tak faham?
Nak buat latihan macam mana?
Macam mana kalau lepas baca, tapi tak ingat?

Zaad Arabic ialah platform khas untuk semua pencinta bahasa Arab Fusha praktis bahasa yang mereka ada.

Jika sebelum ini kita hanya belajar teori. Di Zaad, kami ingin membawa peserta bersama-sama menjejakkan kedua-dua belah kaki ke dalam air lautan bahasa Arab. Bermula di persisiran cetek sebelum ke kawasan yang lebih dalam.

Zaad juga membantu pengguna untuk membina konsistensi dalam belajar.

Konten baharu dalam 3 bentuk yang berbeza diberikan secara bergilir-gilir setiap hari.

Ada hari diberikan pelajaran berbentuk teks + kuiz latihan + bait syair hafalan.

Di hari yang lain diberikan pelajaran berbentuk petikan video + latihan bina ayat berdasarkan transkripsi video.

Jika kita konsisten dengan aktiviti sebegini selama 12 bulan, pasti ini akan menjadi tabiat yang susah ditinggalkan.

Nantikan, Sabtu, 26 Julai 2025 ini.
Pendaftaran dibuka pada jam 11.00 pagi - 5 petang.

Sempena pelancaran ini juga, kami anjurkan webinar khas yang akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Ashafizrol Ab Hamid berkenaan Teknik Menguasai Kosa Kata dan Uslub Ayat Bahasa Arab.

βœ… Daftar di sini: zaad.my/webinar
9 hari lagi sebelum pendaftaran Zaad Arabic dibuka!

Zaad Arabic ni apa? Kelas bahasa Arab baru ke apa?

Bukan.

Ini bukan kelas.

Zaad Arabic ialah platform yang bertujuan untuk bantu pelajar bahasa Arab tingkatkan kosa kata dan uslub ayat bahasa Arab Fusha secara terbimbing.

Bahan pelajaran dalam 3 bentuk:

1. Teks Arab terpilih.
2. Bait syair / kata-kata hikmah terpilih.
3. Potongan video Arab terpilih.

Semuanya telah dipilih.
Semuanya dah sediakan penjelasan.
Semuanya ada latihan (kefahaman + binaan ayat).

Setiap hari selama 12 bulan peserta akan dapat konten baru.

Setiap hari, cuma perlu buka Zaad dan terus buat latihan.

Tak payah pening-pening cari bahan untuk buat latihan harian.

Tiada lagi isu susah nak tambah mufradaat dan uslub.
Zaad Arabic kan ada? 😊

Belajar 24 jam pada bila-bila masa melalui laman web yang boleh install menjadi app di telefon bimbit.

Ada soalan? Boleh terus tanya soalan melalui ruang Q&A di laman web.

Team Zaad akan all out untuk jadikan platform Zaad sebagai sebuah platform yang 'cukup' untuk pengguna bahasa Arab perkaya kosa kata dan uslub bahasa Arab. InsyaAllah.

Nantikan pendaftaran dibuka pada Sabtu, 26 Julai 2025 ini.

Yang daftar awal InsyaAllah ada surprise! 😊

Zaad Arabic, semua tentang kosa kata dan uslub!

βœ… Jangan lupa kunci jam. Sabtu, 26 Julai 2025 - 10 pagi.

Kita ada webinar yang akan disampaikan oleh Ustaz Ashafizrol Ab Hamid sebelum pendaftaran dibuka. 😊 InsyaAllah

Daftar di: www.zaad.my/webinar
Dua hari lagi pendaftaran Zaad Arabic dibuka! InsyaAllah.

Dah ready?

Untuk jadi 'pengguna' bahasa Arab dalam dunia sebenar, kita cuma perlu tahu aturan asas bahasa Arab sehingga melepasi tahap tertentu sahaja.

Selebihnya bergantung kepada penguasaan kosa kata dan uslub kita.

Tak perlu sampai tahu teori 'amil ma'mul, khilaf antara mazhab ulama Nahu apatah lagi lughaat untuk sesuatu perkataan klasik.

Untuk menguasai kosa kata dan uslub pula, bukan sekadar baca atau dengar; ada latihan yang perlu dilakukan.

Secara konsisten.

Dengan Zaad Arabic. Proses menambah kosa kata dan gaya bahasa ini akan menjadi lebih cepat.

Bahan sudah tersedia – tak perlu habiskan masa scroll cari bahan. Nanti distracted pula.

Penjelasan yang diperlukan tersedia – jimat masa cari jawapan untuk persoalan yang mungkin timbul.

Latihan juga sudah tersedia beserta semakan auto di platform – tak perlu fikir macam mana nak buat latihan dan cari jawapan.

Esok kami akan reveal fungsi-fungsi yang ada dalam platform Zaad Arabic untuk bantu kita capai objektif ini.

InsyaAllah.

Bagi ❀️ tanda ready! 😊
❀4
Jangan lupa temu janji kita esok! 😊

Kunci jam siap-siap. Buat reminder / alarm.

Bukan selalu ada webinar begini dengan Ustaz Ashafizrol ni! 😊

InsyaAllah dalam webinar esok, Ustaz Ashafizrol akan kongsikan langkah demi langkah cara untuk buat latihan sendiri di rumah bagi menguasai kosa kata dan uslub ayat bahawa Arab melalui apa sahaja sumber. πŸ˜‡

⏰ Tentatif kita esok:

10.00 pagi: Webinar Teknik Menguasai Kosa Kata dan Uslub Ayat Arab

11.00 pagi: Pendaftaran Zaad Arabic
❀1🀩1
πŸ“Œ Tentatif Pagi Ini:

⏰ 10.00 pagi – Webinar bersama Ustaz Ashafizrol Ab Hamid
⏰ 11.00 pagi – Pendaftaran dibuka untuk Zaad Arabic!

βΈ»

Zaad Arabic ni apa?

Zaad Arabic ialah one stop center untuk pelajar bahasa Arab yang dah ada asas, tapi nak upgrade kosa kata dan uslub ayat dengan lebih konsisten dan intensif.

Kalau kita rasa selama ni belajar Nahu Sorof tapi still rasa kekok untuk bercakap atau menulis dalam bahasa Arab Fusha, platform Zaad ialah solusinya.

Dengan latihan setiap hari selama 12 bulan, 1380 latihan binaan ayat sepanjang tahun, InsyaAllah akan ada peningkatan dalam diri kita!

βΈ»

πŸ“š Apa yang peserta Zaad akan dapat?

βœ… Bahan belajar setiap hari – tak payah pening kepala cari sendiri. Zaad sudah tolong tapis dan pilihkan.

βœ… Pelbagai bentuk bahan pembelajaran:
- 7 Pelajaran Teks setiap bulan
- 7 Pelajaran Hafalan (syair dan ayat pendek) setiap bulan
- 23 Pelajaran Video Penutur Asli setiap bulan
- 115 Latihan Binaan Ayat setiap bulan

βœ… Semua bahan disertakan penjelasan dan huraian uslub

βœ…Boleh tanya bila-bila masa

βœ…Akses platform 24 jam, di mana-mana saja

βΈ»

Bayangkan kalau kita tambah kosa kata dan uslub sikit demi sikit β€” hari demi hari β€” selama 12 bulan penuh.

Uslub makin hidup. Ayat makin natural. Dekat dengan penutur jati.

Kosa kata makin kaya. Semakin lancar nak bentuk ayat. Dah tak rasa berat.

πŸ’‘ Sebab hakikatnya:
Grammar penting… tapi kosa kata dan uslub tu yang buat kita boleh bercakap dan menulis dengan baik.

Zaad Arabic ialah pelengkap kepada ilmu tatabahasa yang telah dipelajari sebelum ini. InsyaAllah

Jumpa dalam Zaad! 😊

Daftar di: www.zaad.my/webinar
❀2
Sedang berlangsung...

"Mungkin kita pernah dengar orang kata: "Ada orang menguasai Nahu namun dia tidak menguasai kosa kata dan uslub ayat bahasa Arab", namun hakikatnya; mustahil untuk seseorang menguasai Nahu bahasa Arab dalam erti kata sebenar jika beliau tidak mempunyai kosa kata dan uslub ayat bahasa Arab."

- Ustaz Ashafizrol Ab Hamid, Webinar Teknik Menguasai Kosa Kata dan Uslub Ayat Bahasa Arab anjuran Zaad.
❀3
πŸ”₯ Masa tinggal 3 jam!

Pendaftaran akan ditutup pada jam 6 petang ini InsyaAllah.

Daftar sekarang di: www.zaad.my

βœ… Kenapa perlu daftar Zaad Arabic?

Zaad Arabic memudahkan progres anda menambah kosa kata dan uslub ayat bahasa Arab.

Tak perlu susah-susah cari bahan untuk belajar.

Zaad sediakan bahan pelajaran yang telah terpilih + huraian.

Sekurang-kurangnya untuk 1 tahun, anda telah ada konten untuk tambah kosa kata setiap hari.

Sebulan 30 hari.

7 hari belajar kosa kata daripada teks + hafalan bait syair.
23 hari pelajaran daripada video penutur jati.

Setiap pelajaran video disertakan dengan 5 latihan binaan ayat.

5 ayat x 23 hari = 115 ayat per bulan.

Ini bererti peserta akan berlatih membina sebanyak 1380 ayat secara berpandu sepanjang 12 bulan!

Target kita apabila sertai Zaad:

βœ… Buat latihan setiap hari selama 12 bulan.
βœ… Bina tabiat baru – tambah kosa kata + uslub ayat secara konsisten.
βœ… Biasakan diri dengan teks dan video berbahasa Arab yang dituturkan oleh penutur jati.

Bayangkan selama 12 bulan dah tak perlu fikir nak belajar di mana dan nak buat latihan macam mana? πŸ˜‡

Cuma buka Zaad dan buat latihan secara konsisten.

Selepas 12 bulan ini jika kita fokus dan buat dengan baik, insyaAllah akan ada penguasaan kosa kata dan uslub kita akan meningkat.

Daftar sekarang dan mulakan perjalanan menambah kosa kata hari ini! 😊

Jam 6.00 petang ini pendaftaran akan ditutup untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan menguruskan pendaftaran peserta.

βœ… Daftar di: www.zaad.my
Jangan salahkan ubat apabila kita yang makan ubat batuk untuk rawat gout!

Apabila seorang guru bahasa Arab berbangsa Arab bercakap tentang kemahiran mengarang (Ω…Ω‡Ψ§Ψ±Ψ© Ψ§Ω„Ψ₯Ω†Ψ΄Ψ§Ψ‘) selalunya yang dimaksudkan ialah berkenaan bagaimana seorang penutur bahasa Arab dapat meningkatkan mutu penulisan dari aspek susunan idea agar lebih lancar dibaca dan penggunaan gaya bahasa yang mempunyai nilai sastera dalam penulisan.

Ini dapat dilihat dengan jelas apabila kebanyakan nasihat yang diberikan berkisar tentang memperbanyak hafalan puisi (Ψ§Ω„Ψ΄ΨΉΨ±), prosa (Ψ§Ω„Ω†Ψ«Ψ±) dan membaca buku-buku sastera dan novel yang menggunakan laras bahasa yang puitis.

Sebaliknya, kemahiran al-Insha bagi bukan penutur jati bahasa Arab pula terlebih dahulu perlu diberi perhatian kepada menterjemah semua yang terbuku di hati ke bahasa Arab menggunakan perkataan dan struktur yang tepat, dalam laras bahasa paling mudah dan santai, tanpa mengurangkan sedikit pun makna yang diinginkan.

Ini bukan bermaksud nasihat yang diberikan oleh guru-guru berbangsa Arab tadi tidak baik.

Namun nasihat itu umpama ubat. Perlu diambil sesuai dengan penyakit yang ingin dirawat.

Jangan salahkan ubat apabila kita makan ubat batuk untuk hilangkan sakit kaki sebab gout misalnya. πŸ˜„
❀15πŸ‘1
Ikuti perkongsian santai dalam rancangan Hayya Bil Arabiah, IKIMfm setiap Isnin - Jumaat, jam 5 petang.

Tambah kosa kata, tambah uslub harian bahasa Arab.

Untuk dapatkan notifikasi episod terbaru dan bahan pembelajaran, sertai:

https://t.me/HayyaBilArabiah_UstazKhalifRizal
πŸ‘2❀1
"I hope you never go bald."

"Semoga traffic light selalu hijau."

Dalam dialek Mesir Ψ­Ω…Ψ§ΨͺΩƒ بِΨͺΩ’Ψ­ΩΨ¨Ω‘ΩŽΩƒ (Mertua awak sayangkan awak)

Ketiga-tiga ayat ini, walaupun mempunyai maknanya secara literal dalam budaya masyarakat mereka tetapi yang dimaksudkan oleh penutur bukanlah sekadar makna literal itu.

Ayat 1 dan 2 digunakan sebagai doa kebaikan untuk mereka yang telah buat baik kepada penutur.

Ayat 3 pula diucapkan kepada seseorang yang datang ke rumah atau tempat kita sedang duduk dan kebetulan kita sedang memasak atau memang sudah ada makanan tersedia. Apa kaitan dengan "mertua sayang". Kaitannya: Bila dia menantu yang baik -> mertua sayang -> mertua doakan -> murah rezeki. Begitulah kira-kiranya dalam buday mereka.

Terlintas nak tulis status ni pasal terjumpa komen di salah satu post berbahasa Inggeris, "I hope you never go bald. Thnxx budd".

Terasa sungguh dengan komen ni sebab minggu lepas barber tu cakap rambut dah tak berapa nak ramai dah ni kat bahagian atas. 🀣
❀7
Wajib buat macam ni kalau taknak menyesal belajar ammiyyah Mesir. 😊

https://vt.tiktok.com/ZS5m9VRHw/
❀6