DausDK
13.8K subscribers
6.83K photos
32 videos
2 files
1.86K links
Daftar Moomoo (Free RM100 Guna Code "DAUSDK37" ) : https://j.moomoo.com/017Fln
Download Telegram
MACAM MANA APPLE BUAT DUIT?

Ringkasnya: bukan iPhone yang paling untung.

- iPhone = separuh jualan, tapi setiap RM100 barang cuma RM37 untung
- "Kedai tol" dia (App Store, iCloud, Apple Pay) = RM75 untung setiap RM100. Dua kali ganda
- Sampai Google pun bayar $20 bilion setahun nak duduk dalam pagar Apple
- Tapi kedai tol ni tengah kena serang kat mahkamah US + Eropah — risiko dia daus cerita sekali

Carousel penuh 16 slide ada kat atas ni. Angka semua daus semak sendiri dari laporan rasmi Apple.

Nak siasat syarikat macam ni sendiri, guna AI dalam Moomoo — tanya je, dia hadamkan. Berlesen SC Malaysia, duit boleh keluar bila-bila. Download dulu free: https://j.moomoo.com/017Fln

Bila dah yakin: kod DAUSDK37 + deposit RM1,000-RM40,000 dalam 30 hari lepas daftar → reward RM150 sehingga RM1,500. Reward terus nampak dalam My Rewards, unlock lepas hold deposit 60 hari. Daus bagitau awal supaya takde yang terkejut.

Lepas Apple, nak daus bedah syarikat apa? Reply kat sini.

Bahagian promo — daus dapat komisen rujukan bila kod digunakan. Bukan nasihat kewangan, pelaburan ada risiko. 18+. Kempen sampai 23 September 2026.
🔥2

🔥42
COFFEE BEAN BUKAN MILIK AMERIKA LAGI

Coffee Bean & Tea Leaf dah 29 tahun di Malaysia. Bermula di KL Plaza tahun 1997, bangunan yang sekarang dikenali sebagai Fahrenheit 88. Ramai ingat ia syarikat Amerika. Asalnya memang dari Los Angeles. Tapi sejak 2019 pemilik majoritinya duduk di Metro Manila. Jollibee Foods Corporation.

Dan permulaan Jollibee sendiri bukan restoran.

1975. Tony Tan Caktiong baru habis ijazah kejuruteraan kimia. Umur 22, guna simpanan keluarga, dia buka dua kedai aiskrim francais. Pelanggan mula minta makanan panas. Dia layan je. Beberapa tahun kemudian jadi jelas yang makanan panas jual lebih laku. Tahun 1978 keluarga tu batalkan francais aiskrim, tukar kedai yang sama jadi fast food, nama baru Jollibee.

1981 McDonald's masuk Filipina. Jollibee ada 10 kedai. Kawan-kawan cakap jangan lawan gergasi. Tony tak dengar. Dia belajar sistem operasi McDonald's, dan bertaruh pada satu benda yang dia ada tapi mereka takde, dia faham cita rasa lidah orang Filipina. Dia menang, dan sampai hari ni masih menang.

Lepas kuasai rumah sendiri, mereka mula beli jenama lain. Chowking 2000. Yonghe King 2004. Smashburger. Lepas tu 2019.

ANGKA DEAL YANG RAMAI SALAH FAHAM

24 Julai 2019, nilai transaksi US$350 juta, sekitar RM1.4 bilion, atas asas bebas hutang. Maksudnya sebahagian duit tu untuk langsaikan hutang Coffee Bean dulu. Duit baru Jollibee sendiri cuma US$100 juta untuk 80% ekuiti.

Masa dibeli, Coffee Bean tengah rugi US$21 juta, sekitar RM85 juta, atas hasil US$313 juta. Enam bulan kemudian 2020 sampai. Kumpulan tu rugi Php11.5 bilion, hampir RM1 bilion dalam setahun. Php7 bilion daripada tu mereka belanja sendiri untuk tutup kedai dan susun semula.

HARI NI

10,767 kedai. Jumlah aset Php283 bilion, hampir RM20 bilion. Tapi tolak semua liabiliti, ekuiti tinggal sekitar RM5.5 bilion. Coffee Bean sendiri naik semula ke 1,271 kedai September lepas, tiga bulan kemudian tinggal 1,079. Pemulihan tak pernah lurus.

Satu fakta yang Daus rasa paling underrated. Coffee Bean cipta Ice Blended pada 1987, lapan tahun sebelum Frappuccino Starbucks wujud. Jenama ni pun dah ada sejak 1963, lebih tua dari Starbucks.

Korang nampak apa lagi?
Kuota BUDI95 naik semula ke 300 liter sebulan, berkuat kuasa hari ni.

Tapi kenapa u-turn, sedangkan 5 bulan lepas kerajaan sendiri yang potong dari 300 ke 200?

Masa tu:
• Konflik Asia Barat push harga minyak mentah lepas USD100 setong
• Beban subsidi melonjak dari RM3 bilion ke anggaran RM4 bilion sebulan
• Kuota dipotong untuk kawal permintaan, tapi harga kekal RM1.99 seliter
• PM Anwar cakap potongan tu sementara je

Yang korang perlu tahu sekarang 👇
• Kuota diselaraskan automatik, tak payah mohon semula
• Pemilik pikap dan jip boleh dapat sampai 400 liter sebulan
• 100 liter tambahan tu kena mohon sendiri kat budimadani.gov.my

Tapi kenaikan ni bukan sebab harga minyak dah reda. RON95 tanpa subsidi baru naik 5 sen jadi RM3.82 seliter. Ni salah satu daripada enam ikhtiar segera dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, untuk ringankan kos sara hidup tanpa tunggu Belanjawan 2027.

Menariknya, majoriti takkan rasa apa-apa perubahan:
• Purata penggunaan sekitar 100 liter sebulan
• Hampir 90% pengguna guna kurang dari 200 liter

Dan sebab kuota ni pernah diselaraskan sekali, tak ada apa yang halang benda sama berulang. 📉
👍5🤡21