DapurKu πŸ₯¬πŸ₯¬
687 subscribers
1.13K photos
11 videos
72 links
Himpunan resepi beserta bahan-bahan dapur & idea deko dapur untuk rujukan anda πŸ˜‰

Beli barang dapur murah & jimat di Shopee. FREE VOUCHER Shopee akan dikemaskini sentiasa. PIN Channel ini ya 😍

*Telegram Channel ini hak milik laman rasmi resepi.me
Download Telegram
Forwarded from Cendol Cheese πŸ•πŸ•
Try buat sendiri corn ribs .... sedap jugak...resepi dari Google ja πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ‘πŸŒ½

Bahan-bahan:
1. Jagung
2. Butter
3. Bawang putih
4. Bawang merah
5. Serbuk cili
6. Susu pekat
7. Susu segar
8. Cheese
9. Cili flakes
10. Parsley
11. Garam

Cara penyediaan:
1) Potong jagung dan rebus
2) Cairkan butter
3) Masukkan bawang putih dan bawang merah, tumis
4) Masukan serbuk cili
5) Masukan susu pekat, susu segar, dan 2 keping cheese
6) Masukan jagung yang dah direbus tadi, gaul sebati
7) Masukan cili flakes, parsley dan garam

Kredit Mimi Mahmud
Buat Sendiri Cheese Paratha Ala Hot & Roll 😱

Bahan-bahan yang diperlukan✨
Roti paratha (empunya resipi guna jenama Kawan. Lebih nipis, sedap dan rapuh)
Sosej cocktail (hiris nipis)
1/2 biji bawang holland (cincang halus)
Cheese slice
Mayonis
Serbuk cili (optional)
Blackpepper (optional)

Langkah-langkah penyediaannya✨
1. Panaskan pan. Letak sekeping paratha dan buka api kecil. Terbalik-balikkan agar garing sekata.
2. Susun sosej, cheese slice dan tabur rata bawang holland. Tutup pan dan biar selama 5 minit.
3. Pastikan guna api yang betul-betul kecil. Biarkan masak sehingga permukaan bawah menjadi garing.
4. Tabur rata serbuk cili dan blackpepper jika suka. Kemudian, drizzle mayonis.
5. Lipat kepada 2, kemudian lipat 2 lagi.
6. Sedia untuk menjamu selera. Sedap makan panas-panas. Selamat mencuba!

Sumber: Nur Fakhira Mohd Rosli
πŸ‘5
RESEPI BENDI CELUR ALA CHICKEN RICE SHOP

Bahan-bahan dan cara-cara :
Bendi celur sekejap. Angkat terus masuk dalam rendaman air ais sejuk sekejap. Toskan.
Kemudian 10 ulas bawang putih dan udang kering sikit cincang gunakan chopper. Tumis garing, masukkan cili paste yg sedia untuk masak. Atau gantikan cili dgn chili flakes pun boleh. Masuk kicap cair sikit. Lepas garing siram atas bendi.

Credit : Nurhidayah Bt Sahak
πŸ‘1
Mee Kari
.
BahanΒ² untuk kuah:
πŸ₯˜Ayam @ daging
πŸ₯˜Tauhu pelampung (goreng sekejap)
πŸ₯˜2biji bawang merah besar *
πŸ₯˜3biji bawang putih*
πŸ₯˜2s/b udang kering*
πŸ₯˜10tangkai cili kering*
πŸ₯˜1batang serai (ketuk)
πŸ₯˜4s/b serbuk kari√
πŸ₯˜2s/b serbuk cili√ (nak skip pn bole)
πŸ₯˜1kotak kecik santan
πŸ₯˜1cwn air
πŸ₯˜1pc kiub pati ayam
*Kisar*
√bancuh degan sedikit air√
.
Cara:
πŸ‘‰Panaskn minyak... Masuk serai.. masuk bahan kisar * dan √... Tumis sampai pecah minyak... Masuk ayam@dging.. bia bagi masak sekejap ya... Lepastu bru masuk santan dan air serta kiub pati ayam....kepekatn kuah agakΒ² je ya.. jagan cair@pekat sangat.. Perasakan garam... gula dan perasa... Biar mendidih... Baru masuk tauhu tadi.. siap...
.
Bahan lain:
πŸ”ΈMee kuning (celur sekejap)
πŸ”ΈFishball (goreng&hiris)
πŸ”ΈFishcake (goreng&hiris)
πŸ”ΈTauge
πŸ”ΈDaun sup (hiris)
πŸ”ΈLada merah/hijau (hiris)
πŸ”Έbawang goreng
πŸ”ΈLimau kasturi
πŸ”ΈTelur rebus belah dua
🌱Nak tambah kerang/udang pun bole🌱
.
Selamat mencuba🧑 @ Felda Bukit Besar, Kulai Johor.

Sumber : Bunga Jua
❀4
UDANG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

Udang 1/2 kilo
Cili api 4 biji
serai 2 batang
bawang merah 4 biji
kunyit sebesar jari kelingking
asam gelugur 2 keping
santan secawan
Garam setengah sudu teh

Cara-cara:

- ketuk serai dgn lesung batu. masukkan dalam periuk.
- bawang, kunyit, dan cili api dikisar bersama sedikit air. kemudian tuangkan dalam periuk bersama asam gelugur
- masukkan secawan air ke dalam periuk. masukkan santan dan garam. kacau dengan api sederhana supaya teksturnya halus lebih kurang 10 minit.
- siap! hidangkan dan hiaskan secantik mungkin buat santapan orang tersayang
❀4
Resepi Semperit Simple ❀️ guna dapur gas dan 3 bahan sahaja (dgn syarat jgn derhaka resepi πŸ˜‡)

Bahan-bahan semperit:
βœ…1 paket tepung jagung brand 350 gram,
βœ…1/2 cawan susu pekat
βœ…1 cawan planta

Cara-cara membuat adunan semperit:
1. Kacau planta dengan susu pekat. Kemudian masukkan tepung jagung dan uli manja menggunakan tangan sahaja.

2. Jika adunan masih lembik, tambah tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak keras dan tidak terlalu lembik.

Cara bakar guna dapur gas:
1. Ambil kuali atau periuk bertutup. Alas pelapik besi untuk sokong alas dulang serta dapur gas. Pastikan penutup kuali ada aliran udara supaya biskut naik cantik dan masak sekata.

2. Tak perlu letak air dalam kuali kerana sudah ada pelapik besi sebagai sokongan untuk dulang biskut.
3. Sebelum mula membakar, panaskan sekejap kuali dan alas pelapik besi dalam 10 minit. Kemudian barulah letak dulang untuk membakar biskut.
❀6
4. Tidak perlu sapu minyak pada dulang biskut. Gunakan api paling kecil sepanjang proses membakar.

5. Masa membakar mengikut jenis biskut. Contohnya biskut semperit ambil masa 15 minit sehingga kekuningan.

Selamat Mencuba 😘

Daripada Noriza Awang Hamat
Moga Sama2 Dapat Manfaat ❀️ Dunia Akhirat
❀4