Dakwah Harian
2.62K subscribers
2.43K photos
624 videos
48 files
897 links
"Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman" [51:55]
Download Telegram
Forwarded from Kuasai Tajwid Quran Pro Academy
😔 “Aku takut aku ahli neraka…”

Itulah kata-kata Thabit bin Qais bila turun ayat:

"Jangan kamu angkat suara lebih tinggi daripada suara Nabi..."

(Surah Al-Hujurat, ayat 2)

Beliau rasa bersalah hanya kerana suara semula jadinya kuat – bukan marah, bukan kurang ajar. Tapi tetap rasa takut dimurkai Allah.

Tapi kita hari ini?

Tinggi suara dengan orang tua, guru, atau dalam majlis ilmu… tapi rasa biasa.

Thabit tak buat salah pun, tapi rasa hina diri di depan Allah.

Ayat ini ajar kita satu perkara besar:

Adab mendahului ilmu.

Rendah diri itu tanda hati yang hidup.

Nak hayati akhlak para sahabat yang Allah sendiri puji?

Semuanya ada dalam Healing Raya: Inspirasi Akhlak Dari Surah Al-Hujurat.

⬇️⬇️

https://quranproacademy.com/momentum-syawal
Semoga Allah Ya Rohim Ya Salaam masukkan kita dlm golongan yg sentiasa bertaubat & mndpt rahmat-Nya. InsyaaAllah ❤️
Forwarded from Kuasai Tajwid Quran Pro Academy
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
😔 Masuk Syawal, mula malas nak beribadah. Al-Quran pun berhabuk.

Dah masuk minggu kedua kita beraya. Tapi momentum ibadah semasa Ramadan dulu macam dah hilang.

Hmm. Tak best lah macam ni. Kalau boleh biarlah semangat tu kekal ada sampai bila-bila.

Jadi nak buat apa ni? Jom dengar pesanan Ukhti Syafiqah.
Forwarded from JAKIM
“Pemergian Seorang Negarawan Berjiwa Rabbani”

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ketua Pengarah dan seluruh warga JAKIM merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Ke-5 Malaysia, yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 April 2025 bersamaan 15 Syawal 1446H.

Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada negara. Allahyarham dikenang sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat,tenang, merendah diri, dan menjunjung tinggi prinsip Islam dalam tadbir urus negara melalui gagasan Islam Hadhari.

Allahyarham diingati sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan”, dengan pelbagai dasar diperkenalkan untuk memantapkan modal insan di Malaysia.

Di bawah pentadbiran Allahyarham, ekosistem industri Halal Malaysia diperkukuhkan, menjadikan negara sebagai peneraju global dalam sektor ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
𝗪𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗨𝗥𝗡𝗔
Daripada Sayyidina Utsman Bin Affan RA berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, “Tidaklah seorang lelaki Muslim itu apabila dia berwuduk dengan wuduk yang sempurna dan kemudiannya terus melakukan solat kecuali Allah SWT akan mengampunkan kesalahannya di antara solat itu dan solat yang kemudiannya.” (Riwayat Imam Muslim)

𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻:
Maksud wuduk yang sempurna itu adalah wuduk yang diambil dengan penuh sempurna dari segi syarat, rukun dan adabnya serta disempurnakan basuhan pada anggota-anggota wuduk. Maka perlu diingat bahawa kesempurnaan wuduk ini adalah kunci kepada satu-satu solat atau ibadah yang berkaitan itu diterima oleh Allah SWT. Kadang-kadang kita melihat terdapat sesetengah masyarakat yang mengambil wuduk dalam keadaan sambil lewa sahaja sehingga mengabaikan perkara syarat dan rukun di dalam ibadah ini. Jika ibadah kita tidak diterima oleh Allah SWT mana mungkin kelebihan wuduk yang disabdakan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم ini dapat kita kecapi. Sangat rugilah manusia yang letih dan bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadat tetapi kerana kurangnya ilmu dan perhatian menyebabkan ibadat itu tertolak dan sia-sia.

𝗞𝗼𝗻𝗴𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮
www.galeriilmu.com.my

#istiqomah #renungan #muslim #doapagi #sunnah #quotes #hijrah #dakwah #alkitab #motivasi #indonesia #berdoa #islam #malaysia #dzikir #muslimah #doa #islamic #quran #islamicquotes #galeriilmu #jomsolat #istiqomah
Forwarded from Ibnu Yusof 50178
#FAIDLOH_TIJANIYAH


#SHOLAWAT_FATIH

*بِسٔمِ اللّٰهِ الرَّحٔمٰنِ الرَّحِئمِ ،الْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩*

قَالَ الَادِيبُ سَيِّدي مُحَمَّدِ بْنُ عَبْدِ الصَّمَدِ كَنُونَ فِي فَضْلِ صَلَاةِ الْفَاتِحِ

Seorang sastrawan As Syekh Sidi Muhammad bin Abdusshomad Kannun menggubah syiir indah tentang sholawat fatih :

كَثر دَوَامًا مِنْ صَلَاةِ الْفَاتِحِ *
فَالْخَيْرُ يُلْفَى فِي صَلَاةِ الْفَاتِحِ

Teruslah memperbanyak membaca sholawat fatih#
Karena kebaikan ditemukan dalam sholawat fatih...

إِنَّ الصَّلَاةَ عَلَى الرَّسُولِ ثَوَابُهَا *
جْم وَتُعْجِبُنِي صَلَاةُ الْفَاتِحِ

Sesungguhnya sholawat pada Rosulullah saw pahalanya #
Besar dan sholawat fatih membuat aku kagum...

وَاظَب عَلَيْهَا فِي الصَّبَاحِ وَفِي الْمَسَّا *
فَالسِّرُّ يُوجَدُ فِي صَلَاةِ الْفَاتِحِ

Tekunilah sholawat fatih pagi sore #
Karena sir (rahasia) ada dalam sholawat fatih...

جمعَتْ فَأَوْعَتْ فَهِيَ خَيْرُ وَسِيلَةٍ *
كَمْ مِنْ فَضَائِلَ فِي صَلَاةِ الْفَاتِحِ

Sholawat fatih mengumpulkan dan menampung sir, ia adalah washilah terbaik...
Berapa banyak keutamaan-keutamaan ada dalam sholawat fatih...

مَا دُمْت حَيًّا كَثرن مِنْ ذِكْرِهَا *
فَالذِّكْرُ يَحْلُو فِي صَلَاةِ الْفَاتِحِ

Selama engkau hidup perbanyaklah membaca sholawat fatih...
Karena dzikir akan menjadi nikmat dengan sholawat fatih...

كَمْ مِنْ جَهُولٍ فِي الضَّلَالَةِ سَائِرٌ *
فتِحَتْ بَصِيرَتهُ صَلَاة الْفَاتِحِ

Berapa banyak orang bodoh yang berjalan dalam kesesatan...
Dibuka mata hatinya dengan sebab sholawat fatih...

مَنْ كَانَ فِي لَيْلِ الْجَهَالَةِنَائِمًا *
فَلَسَوْفَ تُوقِظُهُ صَلَاةُ الْفَاتِحِ

Barang siapa tidur di malam kebodohan...
Maka sholawat fatih akan membangunkannya...

صِيَغُ الصَّلَاةِعَلَى الرَّسُولِ عَدِيدَةٌ *
وَيلَذُّ لِي مِنْهَا صَلَاةُ الْفَاتِحِ

Bentuk sholawat atas Rosulullah saw banyak...
Dari sekian banyak sholawat, sholawat fatih yang enak bagiku...

وَأَجَلها الْمَرْوِيُّ عَنْ خَيْرِ الْوَرَى *
صدق وَبَالغ فِي صَلَاةِ الْفَاتِحِ

Sholawat yang paling agung yang telah diriwayatkan dari sebaik-baiknya makhluk...
Percayailah dan bersungguh-sungguhlah dalam membaca sholawat fatih...

فَاشْغَلْ بِهَا الْأَوْقَات تَظْفَرُ بِالْمِنَى *
إِنَّ السَّعَادَةَ فِي صَلَاةِ الْفَاتِحِ

Sibukkan waktumu untuk membaca sholawat fatih niscaya engkau akan meraih angan-anganmu...
Sesungguhnya kebahagiaan ada pada sholawat fatih...

صَلَوَاعِلَى شَمْسِ الضُّحَى صَلَّوا بِهَا *
نعم الصَّلَاةُ لَكُمْ صَلَاةُ الْفَاتِحِ

Bersholawatlah atas Rosulullah saw, bersholawatlah dengan sholawat fatih...
Sebaik-baik sholawat bagi kalian adalah sholawat fatih...

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الْوَرَى صَلُّوا بَهَا *
وَعَلَيْهِ زِيدُوا مِنْ ص�