Dakwah Attakwa
928 subscribers
1.22K photos
371 videos
71 links
وَٱلْعَصْرِ 
Demi Masa! Sesungguhnya seluruh manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan kesabaran.

"Barakallahu Fiikum"🕊
Download Telegram
Forwarded from The Garden of Al-Quran
Antara hikmah besar dari musibah yang Allah berikan kepada kita adalah fokus dalam berdoa.

Mungkin ketika tiada ujian, kita berdoa tanpa hati yang fokus dan kesungguhan. Tetapi apabila adanya ujian, kita sangat fokus dan merintih apabila berdoa.

Nabi ‎ﷺ bersabda :

ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالْإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لَاهٍ

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu meyakini doa itu akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak memustajabkan doa dari hati yang lalai lagi alpa”

(HR Tirmidhi : 465)

#FawaidHadith
Puasa, tapi menipu, mengumpat, bercakap lucah & memfitnah.

Puasanya masih sah, tetapi pahalanya berkurang bahkan boleh jadi hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. [Rujuk Umdah al-Qari 10/276]

#FawaidPuasa
#FawaidHadith

@Dakwahattakwa
Nabi ﷺ pesan jika ada orang buat provokasi ketika kita sedang berpuasa, maka katakan “aku sedang berpuasa”. (HR Muslim)

‎Difahami dari kalam Nabi ﷺ, kita jangan lawan balik. Jangan mulakan atau sertai pergaduhan, lebih-lebih lagi ketika berpuasa.

#FawaidHadith

@Dakwahattakwa
Doa yang Nabi ﷺ ajar kepada Sy Aisyah RA untuk malam al-Qadr sangat mendalam maknanya.

اللهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّي

“Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan amat suka akan keampunan, maka berikanlah keampunan kepadaku”

Nabi ﷺ gunakan lafaz العفو untuk "kemaafan", walhal ada  kalimah الغفران (ghufran) atau مغفرة (maghfirah) yang juga bermakna kemaafan.

Rupanya kemaafan yang Nabi ﷺ ajar iaitu al-'Afw (العفو) itu berbentuk menghilangkan terus dari rekod kehidupan kita.

Seumpama seorang yang pernah melanggar peraturan tetapi rekod kesalahannya dipadam terus.

Itulah hebatnya doa Nabi ﷺ ajarkan.

Rujuk Tafsir al-Raghib al-Asfahani 1/600.

#FawaidHadith
Solat pada awal waktu, insya Allah semuanya melegakan dan melapangkan waktu kita. Nabi ﷺ pernah ditanya apakah amal yang paling dicintai Allah, Nabi ﷺ menjawab :

‎الصلاة على وقتها

“Solat pada waktunya” (HR Bukhari)

Ayuh solat pada awal waktu.

#FawaidHadith

@Dakwahattakwa