CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
16/11
Catatan FB saya hari ini :

Saya tak pasti orang lain, namun saya mementingkan :

1) CTR utk setiap ads yang dijalankan.

2) Rekod leads yg masuk menerusi setiap ads yang dijalankan - ikut channel, keyword, sedetail yang boleh.

3) Berapa banyak order submitted bagi setiap leads dalam tempoh 24jam.

4) Jadual follow up untuk leads yang tidak responsif.

No 1 dan 2, memang biasa buat. No 3 dan 4 dalam proses enhance.

Ada sesetengah orang berpendapat, no 1 tidak penting. Selagi kita tau menggunakan leads.

Bagi CM, ia penting. CTR adalah indikator pertama untuk speed ads.

Kedua, ia memberitahu kami jika headline kami tidak responsif.

Ketiga, player kecil seperti kami memang perlu sukat 'effectiveness' duit yg dibakar.

Keempat, dalam industri fesyen, sehelai pattern tudung dijual lebih 100 player. Its a totally diff game.

Get ur ass in this field. Than you might wanna ammend certain thoughts of urs.
19/11
Catatan FB saya hari ini :

Biasa kita dengar, "Kau cuba fikir berapa besar market untuk produk ni. Semua orang ada GIGI. Berbillion weh manusia atas bumi ada GIGI. Kita patut jual ubat gigi yang ada flavor chocolate. Aku dah dapat pull cash 1juta dari 'Angah'. Jom design packaging dan kaya la kita lepas ni..."

Produknya ialah ubat gigi. Jual di Malaysia.

Nak langgar kapal siapa tu? Kapal Colgate. Ok takpe, kita flanking. Kita jual yang untuk niche market, kita cater Muslim je. Habis kapal Mukmin kau nak buang mana?

Ok macam tu kita buat ubat gigi khusus untuk orang yang gigi sensitif. Habis kapal Sensodyne nak buang mana?

Tapi ni kan industri berbillion, imagine kita dapat 1% saja. 1% saja!

Yeah. Rasanya Colgate, Mukmin, Sensodyne nak bagi je 1% pada kita sebab mereka ada pegangan yang lebih besar?

Habis tu nak buat apa weh? Eh kejap. Tadi kan nak buat ubat gigi flavor chocolate? Kids will be dying for that..

Mungkin ye, mungkin tidak. Yang pasti, ia item yang melanggar norma. Coklat dan gigi. Jika pun coklat tu tak merosakkan gigi, market perlu dididik. Here comes infomercial business. And how much money and time it will takes for you to educate the market.. belum kira nak tahu bila duit 1juta dari 'Angah' tadi dapat return semula.

Idk. You think. Saya tak nak jual ubat gigi.

Business ni subjektif. Pengalaman orang berbeza-beza. Belajar dari buku, dari pengalaman, dari orang lebih berjaya. Tapi jangan over excited dengan perkataan billion.

If its too good to be true....berhati-hatilah. :)
26/11

Saya sedang menanti tren di stesen LRT Masjid Jamek ketika menaip nota ini.

Hari hujan..

Pasti ramai di sini yang menggunakan FB Ads dalam bisnes masing-masing.

Berikut catatan FB saya semalam :

FB Ads
======
FB Ads adalah salah satu platform yang wujud di dunia ini bagi membolehkan kita reach market segment kita. Sama ada secara berkesan, atau pun secara tidak berkesan.

Selain dari FB Ads, kita juga boleh reach market segment. Jadi, tidak timbul isu tiada FB Ads, tak boleh berniaga.

Beberapa hari ini FB Ads menukar beberapa fungsi. Mind you, saya lembap terma. Saya cuba menerangkan sesuatu mengikut kefahaman..

Facebook adalah media sosial. Bukan yellowpages. Apa yang berlaku sebelum ini, FB ibaratnya Yellowpages. Kita masuk je FB, tu dia melambak iklan. Belum kira lagi copywriting 18SX. Mujur FB flag ads mereka kan? Baru aman mata kita..

Tapi banyak lagi FB perlu buat, bagi memberikan kita ruang enjoy experience di media sosial. Untuk memberikan kita ruang engage dengan kenalan kita. Selain daripada ads yang menganggu biji mata.

Jadi, dari masa ke masa FB merubah beberapa perkara, saya percaya bagi memanjangkan jangka hayat FB sendiri sebagai salah satu media sosial.

Zaman MySpace, menyampah betul kita dengan ability boleh edit MySpace acc ikut cita rasa kita. Habislah berkelip-kelip macam pasang lampu kelip-kelip. Mujur FB tak ada begitu, kan?

Tapi FB ada ads yang memualkan...

Justeru dalam merangka plan marketing, jangan lupa bina plan win-win dgn platform provider.

Dont try to outsmart a big team. Play along with em. :)
28/11
Pagi ini saya berada di Menara PGRM. Hadir atas tiket percuma student Elite Sifu Jamal.

Setiap kali kita hadir program begini, beri komitmen.

Biasa saya melihat, apabila Sifu Jamal berbicara di depan, beliau minta audiens berdiri..beliau menceritakan kisah hidupnya, ramai yg DUDUK.

Dulu, saya pun begini.

Sehingga pada 1 hari, saya diberi pedoman. Jika saya tidak hormat cikgu, mana berkatnya ilmu ini.

Kedua, jika berdiri 20minit pun susah, memang tak layak nak handle 1juta or 1billion.

Sebab kita tidak ada kapasiti pun untuk berdisiplin dalam kes menuntut ilmu.

Sedikit perbuatan yg besar impaknya dalam kehidupan.

Berdiri, hormat cikgu, jadi reciever yg baik :) hargai masa beliau, baru orang hargai masa kita.

Jgn tanya mengapa orang tak hormat kita, pelanggan kita teruk. Dah kita pun tak hormat cikgu? Kau rasa?
30/11
Catatan Tuan Fauzan Ghazi di Job Escape Plan baru-baru ini. Dikongsikan beliau kpd ahli grup tertutup kami, grup MBN.

FB : Fauzan Ghazi

========

Intipati berhijrah dari makan gaji ke memulakan bisnes.

Puan Ainon menegaskan beberapa perkara :
- Ubah lifestyle, ubah mindset, tukar networking

- Dorong diri sendiri, bukan tunggu didorong boss macam ketika makan gaji

- SOP & KPI diri sendiri kena jelas, sebab ramai yang dari makan gaji, bila terjun dunia bisnes, sebulan dua bulan termangu tak tahu nak buat apa.

- Cabaran daripada orang sekeliling lagi dasyat daripada cabaran bisnes, terutama pasangan yang tidak ada DNA bisnesman, akan timbul masalah bila kita kena jual kereta, atau no more astro, atau no more bibik!

- Sekolah bisnes lain kebanyakannya tiup semangat, di ABS kita bagi ilmu bisnes yang betul. Bukannya sekadar Hype.

- Bila nak masuk dunia bisnes, EXIT PLAN wajib ada! Jangan masuk rat race dunia bisnes pula.

- Dunia bisnes, ramai bercerita yang indah, tak ramai yang cerita jatuh bangun dalam bisnes.

-Tujuan bisnes kena tahu!-

- Bisnes kecil, boleh subsidiary under ABS.

- MENGOPI wajib dalam berbisnes!

- Learn how to be a leader from a successful leader. Which is Puan Ainon selalu tekankan BERKULI.

- Dalam berbisnes, sentiasa terima pendapat orang. Katanya terima kekalahan 10 kali, untuk menang 1 kali.
3/12
Malam ini saya nak jawab soalan pertama di grup Tanya CM.
Soalan di bawah ini : 👇👇👇👇👇👇👇
3/12
Jika kita mahu pilih satu jalan yg paling betul di antara banyak jalan yg ada, maka kita tak akan berjumpa jawapannya.

KERANA TIADA JAWAPAN YG PALING BETUL. Dan tiada jawapan yg salah. Yg membezakannya ialah tahap pengalaman org yg bertanya soalan..

Begitu pun seringkali saya dengar ada orang akan mencadangkan baca buku dulu, beli ebook, pergi seminar, attend workshop kecil, pergi buat loan, redah je dinding dan 1001 cara lagi untuk bermula.

Saya berguru dari jalanan. Sewaktu saya mula berjinak-jinak dalam dunia bisnes, saya tiada wang untuk pergi belajar. Saya tiada wang untuk beli buku atau ebook.

Apa yang saya buat?

Waktu itu saya seorang pelajar lagi. Pelajar part time, kelas hari Sabtu bermula jam 2 petang tapi seawal jam 830 pagi saya sudah berada di perpustakaan. Kita yang terawal dalam perpustakaan yg permai tu.

Di situ, saya membaca buku dan kadang meminjam beberapa judul buku yg menarik perhatian. Memikul 10 buah buku pulang, dengan turun naik tren...itu sudah normal bagi saya.

Tapi saya tahu, bila saya membaca, pengetahuan saya bertambah. Saya belajar benda baru, saya tahu sesuatu lebih daripada orang lain.

Yer lah nak attend kelas berbayar, tak ada duit.

Kadang, saya akan singgah di Kinokuniya KLCC hanya untuk membaca buku, sambil berdiri. Sikit-sikit saya baca.

Jadi itulah cadangan saya selepas beberapa tahun dalam dunia bisnes : MULAKAN DGN MEMBACA..

Walaupun masih terkapai-kapai dalam bisnes, saya suka mencadangkan beberapa tajuk utama yang perlu kalian baca, jika kalian mahu mula berbisnes.

1) Memulakan Bisnes Sendiri - Ainon Mohd
2) Cashflow Quadrant - Robert Kiyosaki
3) EMyth Revisited - Michael E. Gerber

Mengapa tiga buku ini?

Buku pertama akan memberitahu anda, dunia bisnes ni ada dark side juga. Jangan hanya alert dan dengar cerita bisnes juta-juta, ketahui juga dark side business. Tau asam garam dan possibility yg mungkin ditempuh oleh kalian kelak.

Buku kedua memberitahu anda, di mana anda berada, dan ke mana anda mahu pergi. Kotak mana satu? Dan apa mindset bagi setiap kotak tersebut. Orang berbisnes, kadang dia ingat buat duit tu, dah bisnes. Bagi saya, tidak.

Buku ketiga memberitahu anda, perjalanan sebuah bisnes kecil. Dan membantu anda membezakan seorang yg bekerja sendiri dan berbisnes. :) Jangan ingat, kita ada kedai, kiranya kita sudah ada bisnes. Kalau tiba-tiba kita sakit, bisnes pun tak jalan. Adakah ini yg kita namakan BISNES?

Carilah buku-buku ini.

Dapatkan gambar besar apa itu bisnes sebenarnya.

Selepas itu, barulah fikir... mahu masuk niche bisnes apa? Makanan? Pakaian? Kecantikan etc.. Baru fikir siapa market segment, apa produknya, apa platform marketingnya, apa bentuk pengurusan kewangannya. Baru sibuk nak hadir seminar semangat dan sebagainya.

Jangan rembat semua peluang dan kelas depan mata, jika kita tak tau pun bisnes ni serupa apa sebenarnya. Dapatkan pandangan keseluruhan secara kasar. Baru kita pilih, apa topik seterusnya yg perlu kita pelajari.

Semoga bermanfaat. :)
18/12
Assalamualaikum,

Salam Jumaat.

Lama tak update. Saya pun agak sibuk dan ada sedikit ujian kesihatan. Didoakan semua kenalan dalam channe ni sentiasa dalam kesihatan yang tip top. Amin.

Hari ini insyaALLAH nak jawab soalan di bawah ini :
Saya ada buat 1 supergroup untuk orang bertanya soalan

RULES group : Tanya soalan bisnes sahaja, tiada berbual dalam ni. Saya akan pilih dan jawab menerusi channel CM ni, time to time apabila saya ada kelapangan.

Sepatutnya supergroup boleh tampung lebih 200 orang, jadi mohon join untuk saya confirmkan yang group ni memang boleh tampung over 200 people.

Klik sini : https://telegram.me/joinchat/AxIcazwp_Nmx7yjyjazZUg
23/12
Assalamualaikum,

Saya dalam proses mengalihkan catatan bisnes saya dalam satu album FB. Boleh baca di sini : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153722046212557.1073741828.671947556&type=1&l=f55a493951

FB saya tertutup kepada kenalan rapat. Jadi, satu cara bagi dapat saya menyampaikan content kepada public adalah menerusi album nota ini.

Boleh share ke FB masing-masing untuk reference jangka masa panjang. Saya akan add lagi memandangkan proses mencari post lama pun mengambil masa.

Klik sini ya : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153722046212557.1073741828.671947556&type=1&l=f55a493951

Terima kasih.
Forwarded from CM
28/12
Bagaimana nak buat zero kos marketing yg berkesan untuk online dan offline?

======================
Pertamanya, saya tidaklah pakar. Bisnes pun masih merangkak. Sementelahan tekanan ekonomi, bisnes lagi berantakan. Namun, saya gembira berkongsi sedikit pengetahuan yang saya teladani dari orang-orang di sekeliling saya, khususnya guru-guru bisnes saya.

Apabila kita katakan zero cost marketing, izinkan saya perjelaskan dahulu : Tidak ada zero cost marketing.

Saya gembira untuk menjelaskan hal ini.

Zero cost marketing yang difahami kebanyakan orang bisnes ialah pemasaran tanpa mengeluarkan duit. Namun, hendaklah difahami, kita mengeluarkan banyak masa. Dan masa kita itu, kita bayar dalam bentuk gaji bulanan - tak kisahlah walaupun kita belum ada gaji waktu ini. Hendaklah kita jelas, bahawa kita menggunakan aset yang paling mahal, yakni masa.

Kembali kepada soalan, zero cost marketing ini membawa maksud nak buat pemasaran dengan bajet yang rendah. Kalau boleh hanya guna masa, dan tidak ada kos tambahan yang lain.

Yang ini, saya boleh kongsikan serba sedikit. Saya pilih yang saya fikirkan benefit untuk long run sahaja.

=======================

1. Untuk peniaga online, pada satu ketika dulu, orang kata jom join group iklan. Nanti, mesti ramai orang yang beli barang dengan kita. Saya juga pernah buat. Tapi conversion yang saya perolehi teruk. Mungkin tidak semua produk sesuai diiklankan di group iklan.

2. Ada juga orang yang kata post gambar, tag kawan-kawan FB. Ini kategori SPAM. Ia sangat annoying, mohon jangan buat.

3. Ada juga orang kata, dekat FB page pesaing, ada posting yang ada banyak nombor telefon. Pergi Whatsapp satu persatu, ini kiranya curi prospek orang. Tak payah buat. Kalau orang buat begini dengan kita, marah kan? Jadi jangan buat kat orang. Simple. :)

4. Ada juga orang kata, inbox FB prospek. Ini pun kategori SPAM. Kita hanya inbox orang, bila dia nak kita inbox dia. Permission granted, baru kita inbox mereka.

Habis tu? Apa nak buat sebenarnya?

5. Buat konten yang bermanfaat kepada ramai orang. I know, ia kedengaran leceh lagi tak cool. Ia bukan digunakan untuk generate sale on the spot. Tapi, konten yang relevan tetap dicari orang dalam tempoh masa yang lama. Dihujung sharing itu kita tarik LIKERS. Jika sharing kita itu berkaitan dengan produk kita, boleh juga cuba buat CTA (Call to action) di penghujung sharing.

6. Selepas 2 tahun berjualan online dan berguru dengan orang lain, saya dapati adalah lebih bagus jika kita tarik LIKERS terlebih dahulu. Galakkan mereka LIKE page kita.

7. Dari sini, kita bina post-post lain yang bertujuan untuk kekal ENGAGE dengan mereka di Page masing-masing. Sekali sekala, kita boleh buat post bertujuan menjual terus kepada LIKERS page kita.

8. Yang lebih penting ingin saya sampaikan di sini. Tiada jalan magis untuk membina satu kumpulan prospek dan satu kumpulan pelanggan yang setia. Ia memerlukan seni menyentuh hati dan perhatian mereka secara halus.

9. Kita boleh memilih untuk mengedarkan flyers, pasang FB Ads dengan kos ribuan ringgit. Namun, seperti juga yg saya alami, kami perlu sentiasa pasang ads untuk meraih pelanggan baru .Sedangkan, itu bukan satu-satunya cara untuk meraih pelanggan. Ada cara lain yang hanya menggunakan kos masa dan sedikit kerja-kerja menulis. Dan ia berkos rendah.

Pilihan di tangan anda. :)

PS : Nota ini saya mula tulis pada 18hb. Kemudiannya saya pun sibuk, hari ini baru dapat habiskan. Semoga bermanfaat.

Seperti biasanya, saya tidak suka beri jawapan direct. Ia tidak membantu kita berfikir jauh ke hadapan. Hari ini kalau orang kata fB Ads tu terbaik pun, hendaklah kita nilai semula bersesuaian dengan skala bisnes kita. Mencuba tidak salah, tapi buat penilaian sebelum buat percubaan demi percubaan.
Tidak perlu fokus profit, fokus pada growth
—---------------------

Saya repost dari tahun lalu dengan sedikit penambahan selepas setahun berlalu.

Kata sesetengah orang, tutup mata je pada profit. Fikir growth untuk jangka masa panjang. Growth lagi penting daripada profit.

Betul ke?

Saya berani tulis di sini. Tak betul. Apa pun soalan yang datang pada kita, again kena semak skala bisnes sendiri.

Sekiranya syarikat kita itu, ada payung atas dia (ada holding company), atau syarikat tu ada capital yang strong, di sini memang tak perlu risau untuk profit. Profit sikit, atau breakeven lambat pun tak pening.

Walau sale kau tak ada 2-3 bulan, atau terlampau LOW, tetap kau boleh bernafas.

Bagi syarikat kecil yang bermula dengan modal di tangan? Yang jenis modal secupak, dah habis rolling beku pula bawah katil? Ini nak bernafas ke depan macam mana ni?

Untuk syarikat kecil, profit itself closely related to growth.

Jadi jangan nak seram sangat bila orang kata mesti fikir Growth. Padahal kampeni baru register minggu lepas.

Major thing in start up is cashflow. Kami dah dua tahun pun masih kelam kabut cashflow. Masih tune dan belajar. Give time untuk belajar.

Apabila kita project gross profit, bukan sebab kita ni buta growth. Tapi apa kita buat dengan profit lepas tu yang penting.

Kalau nett bulan tu 20k, kau ambil 15k tu jadi so called GAJI, maka kat sini la sesia profit tu.

Profit mesti diuruskan dengan baik. Barulah profit tu membantu GROWTH.

Cikgu saya ada mencadangkan 1 cara yang ringkas untuk bermula. Dari tahap paling bawah. Dari yang saya lihat, memangnya beliau menekankan pentingnya tidak boros dalam setiap sen profit yang terhasil.

Barulah boleh profit itu membawa kepada growth!

Dah kalau profit tu sengaja nipiskan, dengan tak ada strategi, sebab orang suruh nipiskan kononnya profit tak penting, celah mana nak datang growth?

Ingat, kita ni tak ada payung. Tak ada funding Pa Ma. Tak ada semua tu ok? Kita sendiri kena payung diri sendiri.

Jadi bila dengar nasihat orang tu kan, cuba semak. Dia tu, siapa yang payung? Dia beri pandangan dari skala dia. Tak salah tu. yang salah kita, sebab tak tengok skala sendiri.

Sekian.
Time to time boleh baca nota-nota saya yang lain di sini : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153722046212557.1073741828.671947556&type=1&l=f55a493951

Bila ada terjumpa post lama, saya akan repost dalam album ni.

Dan saya juga menutup FB saya hanya untuk peribadi. Saya menulis solely for sharing. Dont expect much. But cherish every lil thing u have.

Have a nice weekend peeps!
CM, [02.01.16 21:21]
2/1/2016
Kos marketing sepatutnya berapa %?

Ada orang kata 10%
Ada orang kata 3 kali ganda kos modal
Ada orang kata itu ini
Ada orang ikut berapa je dia mampu

Apa yang pasti, selepas beberapa ketika bisnes berjalan. pesan cikgu saya..

Kos marketing itu perlu menurun sejajar dengan perkembangan bisnes kita.

Contohnya, jika kos tahun pertama 50k menghasilkan jualan 200k, kos tahun ketiga sewajarnya kurang daripada itu bagi jumlah jualan yang jauh lebih besar.
Berapa banyak kurang?

CONTOH :
Tahun 1 Marketing cost 50k, sale 200k (25% of sale)
Tahun 2 Marketing cost 50k, sale 300k (16.67% of sale)
Tahun 3 Marketing cost 50k, sale 400k (12.5% of sale)

Bergantung kepada berapa banyak effort yang kita letakkan dalam membina engagement bersama customer sedia ada.

Duit marketing jangan digunakan semata-mata untuk acquire new customer. Duit marketing sepatutnya juga digunakan untuk engage dengan existing customer.

Barangkali kita boleh juga buat percentage budget allocation kepada pecahan customer baru dan customer lama. Berapa persen pergi kepada aktiviti acquire customer baru, berapa persen pergi kepada retain customer lama.

Maybe.

Yang pasti, apabila bisnes makan tahun, jualan meningkat, peratusan cost marketing itu wajar menurun. Itulah target kita sehingga ia mencecah pada kadar 5%-7% daripada sale.

Bagaimana nak dapat peratusan serendah itu? Disinilah pentingnya BRANDING (7 elemen branding, bukan branding dengan buat logo + color corporate).

Saya belum ada pengalaman menguruskan customer yang ramai.. Tapi bila cikgu ajar, kita dengarlah. Kita susun baik-baik kefahamannya.
Assalamualaikum

Jom join channel Tn Aqif Azizan : https://telegram.me/wtwofficial
25/1/2016
EXPERIENCE PATH
—---------------
Selepas 2 tahun dalam industri tudung, kami dapat merasa turun naik jualan. Penekanan diberikan kepada produk yang bagus, produk yang in trend, produk yang diperlukan orang ramai dan lain-lain.

Sedia maklum, industri tudung adalah sangat pantas. Hayat item pendek, laut merah, lambakan produk.

Apa yang kami pelajari selepas 2 tahun?

1. Bagi mencapai rangkaian pelanggan baru secara teorinya kami perlu meleburkan banyak duit. Taktik ini adalah pilihan kebanyakan brand besar dalam industri ini.

Kami pula perlu menggunakan bajet secara efektif. Duit tidak boleh dibakar semborono.

2. Kami berdepan kenaikan kos pemasaran apabila kami cuba mewujudkan item-item yang menyelesaikan masalah pelanggan secara on surface.

Apa contoh isu on surface? Tudung pakai pergi kerja, tudung pakai pergi kenduri, tudung yang tak panas, tudung yang tak payah pin, tudung yang material tak melekap dan lain-lain.

3. Data kasar kami mendapati, kebanyakan para pelanggan yang berpuas hati dengan produk kami akan tetap kembali kepada kami bagi mendapatkan produk yang sama, dan juga produk baru yang lain.

Walaupun mereka boleh mendapatkan produk itu pada harga lebih rendah daripada orang lain.

4. Kami cuba memahami tabiat pelanggan yang membeli secara berulang. Sebenarnya adakah masalah yang perlu kami tackle itu masalah on surface, atau ada masalah lain sebenarnya? :)

Dalam urusniaga online, kami berpegang kepada ucapan Jack Ma, "People dont know each other. I dont know you, I send products to you. You dont know me, you wire the money to me."

Kesimpulan kami pada waktu ini.....

- Dalam mengenali pelanggan kami secara lebih tepat, kami perlu meluangkan masa untuk membina experience path bersama mereka.

- Kami melihat experience path ini penting sebagai bahagian masalah yang lebih utama berbanding masalah on surface (produk).

- Objektif experience path pada pandangan kami adalah untuk membuatkan pelanggan menanamkan nama kami dalam minda mereka. Apabila mereka mahu cari tudung, mereka hubungi kami.

- Dalam membina experience path inilah letaknya customer service. Di dalam customer service pula letaknya elemen-elemen lain.

- Kami mendapati apabila kami berjaya membina experience path yang bermakna bersama pelanggan, kami bebas memberikan kepada mereka tawaran yang lebih pelbagai di masa hadapan.

- Kami juga mendapati pelanggan berulang adalah tulang belakang jualan dalam tempoh 2 tahun beroperasi.

Idea ini terbuka kepada penambahbaikan dari masa ke masa.

Baca nota-nota lain di sini : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10153722046212557.1073741828.671947556&type=1&l=f55a493951