CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
Ada dua ilmu yang kita mesti kuasai dalam bisnes. Jika kita ada nak join program orang lain sebagai stokis, ejen, atau nak jadi ejen dropship sekali pun; selain produk yang market-fit...
.
Carilah brand yang boleh mendidik kita dua jenis ilmu ini :
.
✅ Bina database prospek
✅ Bina database pelanggan
.
Ia boleh saja disebut dengan nama lain, tetapi konsepnya sama. Didik kita bina database prospek, supaya kita tidak keputusan leads.
.
Leads yang mencukupi akan menghasilkan jualan. Conversion. Pareto Law.
.
Daripada prospek yang ada, kita akan dapat pelanggan.
.
Jadi, mana-mana kem bisnes yang kita nak follow, jika dia boleh didik kita dua ilmu ini sampai siap, cuba stay di sana dan belajar sampai diri mahir.
.
Belajar sampailah kerja mendapatkan leads dan pelanggan jadi mudah pada kita. Bila kita MAHIR insyaAllah nak jual batu sekali pun kita boleh usahakan dengan mengunakan ilmu yang sama.
.
Kita tak mahu stay dalam kem bisnes yang mengajar kita secara menembak secara rambang. Hari ini diajar marketing, esok lusa diajarkan close sales. Tapi kita tidak diberikan fundamental, tiada PETA yang boleh kita pegang.
.
Mula-mula sekali kena faham apa? Next kena tahu apa? Yang ini perlu belajar sekarang ke nanti?
.
Bila tiada satu PETA yang boleh kita pegang, proses pembelajaran kita akan tergantung-gantung. Lambat dan susah nak khatam. Campur lagi faktor kehidupan seharian, kita akan pancit tengah jalan dan abaikan projek yang kita usahakan.
.
Kesannya kita cari pula brand lain sebab kita tak dapat hasil dalam projek terdahulu. Terus berlari dan mengharap datangnya seseorang untuk selamatkan kita.
.
Cuma kita kena faham dalam kem bisnes yang ajar fundamental, mereka memang akan bagi kita ilmu fundamental dan ilmu itu TEPAT mengikut PETA. Jadi tinggal pada diri kita sebenarnya untuk bekerja keras mengaplikasikan ilmu itu.
.
Sadly, stamina kerja keras itulah yang kita biasanya tak ada.
.
Sebab jiwa kita lemah. Diri kita lemah. Mindset kita lemah. Kita lemah.
.
Bila kita lemah, kita :
.
- Tak tahan kerja keras
- Tak boleh kerja fokus dalam projek
- Cepat koyak
- Tak sabar nak bina bisnes
- Nak cari escapism masalah
- Tak boleh terima hakikat terpaksa lay low for years supaya boleh funding bisnes yang kita bina
- Campur aduk personal problem dan business progress
- dan banyak lagi..
.
Jadi, selain dua ilmu di atas, cari juga program yang mentornya boleh sekolahkan diri kita yang lemah ini. Kena re-learn, unlearn dan itu kita perlukan seseorang untuk sekolahkan kita.
.
Carilah seseorang yang kita sudah nilaikan lama dia mampu guide kita.
.
Tadahkan telinga. Ego kita CONFIRM akan tercalar, didiklah diri untuk terima pandangan berbeza. Dont take things too personal, ambil ia sebagai satu tuning untuk jadikan kita seorang yang hebat.
.
Kita yang tak hebat takkan boleh carry marathon, kalau lari 100m pun setakat habis dan tak menang medal.
.
Kita perlu jadi hebat, FIT dari segi mental, jiwa, spiritual dan lain-lain, TO CARRY THE MARATHON.
.
Dan ketiga-tiga ilmu ini memerlukan HARD WORK. Jika kita malas, berfikir pun malas, buat kerja lagi malas, asyik nak melantun tuding jari sana sini semua orang salah..........
.
Janganlah join mana-mana program, Saya gerenti takkan dapat apa-apa. Bazir duit. Baik bawa duit tu pergi beli jajan.
.
HARD WORK.
.
Good luck everyone.
👍1
Ini mesej saya taip dalam grup Whatsapp saya - Nota Bacaan 2024. Saya share juga di sini kerana ia penting.
.
.
.

====
Korang nak tau kenapa saya decide untuk repeat certain books dan mulakan journey kali ini dengan buku berkenaan mindset?
.
Sebabnya saya baru perasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya langsung tidak sama dengan diri saya di tahun 2014-2015.
.
Mindset tak sama. Cara hadap masalah tak sama. Cara digest situation tak sama. Cara hidup tak sama.
.
Bila fikir balik, oh mestilah tak sama.
.
Masa tu saya tak baca buku yang saya baca dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Saya tak tonton filem yang sama saya tonton kebelakangan ini.
.
Bila input tak sama, output pun mesti tak sama.
.
.
So saya ambil keputusan untuk FEED diri saya benda-benda bagus yang saya feed diri saya dulu. Antaranya, apa yang saya consume : buku, lagu, filem, circle.
.
In order to gain back myself.
.
Saya tak boleh la nak harap kawan-kawan sedarkan, mentor sedarkan, etc etc. sendiri kena ada ability untuk SEDAR dan berfikir secara JELAS.
.
Ini bukan zaman sekolah, kau fail paper, kawan-kawan nak datang pujuk kau. Ini dunia orang dewasa, kau jatuh pepandai la bangun nak merengek salahkan orang buat apa?
.
Thats why, saya cari buku mindset.
.
Thats also why, all the other book become irrelevant to me.
.
Saya sold almost 150 books in the past 2 weeks. Koleksi peribadi.
.
Orang tengok saya gila.
.
Saya memang gila.
.
2014-2015 pun saya gila.
.
Dengan kegilaan tu, saya bina bisnes.
.
Orang cakap saya gila, saya hanya tau saya ada clarity.
.
Clarity is power.
.
Saya takkan hias surrounding saya dengan buku-buku yang irrelevant to me at the moment sebab saya nak protect fokus saya.
.
In the future, bila saya dah financially stable, boleh je nak collect semula buku-buku favorite. Apa masalahnya kan?
.
Buku tu hanya objek dunia.
.
Anytime nak, beli je. Asalkan pandai beranakkan duit, insya-Allah boleh kumpul semula.
.
So thats why, saya kumpul buku mindset semula.
.
In order to build a business.... Kalau saya nak masuk padang dan play along, first sekali, SAYA WAJIB HEBAT.
.
Kalau saya mindset pun cepat koyak, macam mana nak tahan sepak terajang dalam padang...
.
Takkan nak cengeng harap simpati orang? Bodoh hidup mengharap simpati orang.
.
Nobody cares.
.
Tambah lagi saya seorang wanita. Saya tak boleh keluar bersosial dengan jejaka-jejaka jiwa kental sesuka hati demi nak feed myself dengan correct mindset. Tapi saya kena jadi kental. Macam mana nak latih diri?
.
First, feed my mind, CORRECTLY. Itu sebab baca buku yang betul, bukan bagi kedai buku/penerbit tentukan buku apa kau kena baca.
.
Jangan juga bagi kawan-kawan kau determine buku apa nak baca.
.
Jangan bagi media sosial determine buku apa nak baca.
.
Kalau buku apa nak kena baca pun sendiri tak boleh buat keputusan, sila mereput di hujung katil. ><
.
.
Now, its time to go get my glory. 💪


===
Yup, saya ada buat 1 grup Whatsapp untuk share apa saya baca sepanjang tahun hadapan. Saya dah ada senarai 30 buah buku yang saya nak khatamkan.

Sekarang saya tengah baca buku kedua, Think and Grow Rich. Selepas ini saya akan baca buku Atomic Habits.

Saya buat sharing progress bacaan saya, apa saya belajar, dan saya refleks kehidupan saya.

Kalau minat nak baca, boleh join grup Whatsapp di sini :
https://chat.whatsapp.com/L0YGaOHTPkZKjBTjkr6v1F
Setakat pagi ini saya ada tiga grup Whatsapp :
.
1) Untuk jualan buku second hand. Discussion tutup. Hanya beroperasi bila saya ada koleksi buku hendak saya lepaskan. Bulan lepas saya sudah buka jualan hampir 150 buah buku dalam grup ini.
.
2) Untuk sharing nota dari bacaan buku sepanjang 2024. Discussion tutup, sekali sekala saja buka. Saya buat live documenting pembacaan saya. Apa yang saya faham dan life lesson. Hari ini saya akan mulakan bacaan buku ketiga - Atomic Habits, James Clear.
.
3) Untuk sharing tentang reset kesihatan semula. Sharing ilmu kesihatan, apa saya belajar, apa yang menarik perhatian. Discussion off. Saya adalah manusia yang ada interest pada naturopathy, juga controlled drugs. Jadi saya akan spend masa develop folder ini dalam otak saya.
.
Saya nak tambah satu lagi grup Whatsapp.
.
4) Untuk saya sharing thoughts random. Idea menarik. Apa sahaja yang positif, tapi bukan dari kategori tiga benda di atas. Maybe sharing bisnes, sharing meet up atau diskusi dengan orang lain. Lebih kepada pembinaan mindset. Saya suka pasal self improvement sebab satu-satunya benda saya boleh invest dan control adalah diri saya sendiri. Maybe sedikit tentang kerja saya sebagai ghostwriter/content writer buat masa ini.
.
Semua grup adalah free.
.
Saya selalu taip panjang. Sesiapa yang tak suka dengan teks panjang dan banyak, jangan join. Saya tak nak intipati sharing saya buat kalian stress dan lose focus.
.
Join, jika korang boleh control masa korang dengan baik. Control minda korang dengan baik. Dan jika dalam satu kerja merantau, nak mencari satu ayat yang boleh connect all dots in your mind.
.
Mungkin boleh jumpa dalam ayat saya, mana tahu kan?
.
Jika berminat, boleh join. Link setiap grup di ruangan komen.
.
PS : Macam mana nak handle 4 grup? Senang. Buat je apa mampu. Tak ada rules kata setiap 739406 minit, mesti post something. My gorup, my rules.
.
.
.
1) Grup sharing nota bacaan 2024 : https://chat.whatsapp.com/L0YGaOHTPkZKjBTjkr6v1F
Next saya akan baca buku Atomic Habits - James Clear
.
2) Grup Whatsapp jualan buku second hand : https://chat.whatsapp.com/JsgDZTgDZMp4p9V0ekFUDz
.
3) Grup sharing pasal kesihatan. Imma naturopath enthusiast, dan tak tolak controlled drugs.
https://chat.whatsapp.com/HPSxWsqVDVhI1bhuLLzCIX
.
4) Grup baru : Random sharing, writing, business, thinking :
https://chat.whatsapp.com/HU7qvLmn2f0KvVoopgPB8V
Boleh support saya? Pergi ke FB saya press like dan share. Saya cabar diri saya sebab saya tahu saya boleh je sebenarnya..
Tak tahulah apa nak jadi tahun ni kan, tapi setakat ini saya berada pada landasan yang betul.
.
Selepas banyak tahun berada di bawah radar, hidup keliru, banyak hal jadi; saya fikir tahun ini situasi akan mula jadi lebih baik.
.
Pertama sekali, sebab saya sekarang in control over my life.
.
Dulu, hidup rasa terapung. Ikutlah ke mana hanyut. Akibat memilih hidup dengan cara begitu, habislah semua segala followers yang dibangunkan, channel yang ada, networking yang ada, hilang dan sejuk begitu saja.
.
Nak mencapai satu tahap dulu, kerja bagai nak rak. Nak hilang, sekejap saja.
.
Been there done that.
.
Tapi..
.
Semua benda yang dah tak ada tu, dia nak tenggelam terus pun, biarkan je. Tak payah nak serabut menangis, batu belah batu bertangkup telanlah aku makanlah aku. Tak payah.
.
Bina semula semuanya dari bawah. Kalau dulu mula modal RM100, sekarang mula dengan tangan kosong.
.
Sebab kita faham sudah, nak jual sesuatu, mesti dapatkan ATTENTION.
.
Kalau nak dapat ATTENTION, kena kumpulkan FOLLOWERS.
.
Kalau nak dapat FOLLOWERS, kena share VALUE. Kena bawa keluar something untuk dapatkan trust orang semula.
.
Jadi saya pilih cara yang saya mahir dan boleh buat.
.
Sharing apa yang saya fahami dari buku yang saya baca setiap hari. Sasaran tahun ini hanya 30 buah buku non fiksyen.
.
Dengan 30 buah buku ini, saya akan tarik 10k followers. Mereka ini follow profil saya kelak sebab nak dengar saya cerita tentang apa yang saya pelajari.
.
Dengan trust yang mereka beri kepada saya, barulah saya offer mereka something in future.
.
Kerja saya buat ini, tak datang hasil cepat.
.
Ia juga bukan untuk semua orang.
.
Kalau ada modal, better terus cari customer avatar dan cari produk bantu mereka.
.
Tapi saya nak bangun semula dengan cara bina tapak dulu.
.
Tapak ini penting, sebab kita boleh jatuh bila-bila masa. Jadi bila kita jatuh, tapak ini akan menampung dan bantu kita bounce back.
.
Silap saya dulu, bila saya jatuh, saya tidak ada tapak yang kukuh. Kukuh maksud saya, tersusun, reachable, tak ada.
.
Jadi bila saya jatuh, i fall hard.
.
Tapi itu semua dah tak penting, itu semua cerita dulu kala. Lagi pun tak ada apa yang kekal dalam dunia ini.
.
Jadi kita mesti ready untuk lose all dan bina semula, anytime. Lain orang, lain game dia pilih.
.
Dengan situasi saya menjaga emak di rumah, cara ini paling relevan dan sesuai dengan situasi saya.
.
Saya pilih cara yang saya ada advantage.
.
Apa yang saya kena buat adalah baca buku setiap hari dan sharing kepada kawan-kawan.
.
Ready guys? Jom berjaya sama-sama tahun ini. 10k followers bukan banyak pun, tapi ia milestone yang realistik.
.
Fighting~
Alhamdulillah, buku ini sedang dalam cetakan dan bakal terbit. Saya terlibat dalam kerja belakang tabir menyusun kandungan buku ini.
.
Semasa penyusunan konten buku ini, Poknik Nik Ahmad Nik Hashim minta kami susun kandungannya dapat membangkitkan jiwa berjuang pada mereka yang sedang berhempas pulas berjuang. Fighter.
.
Buku ini pada saya sesuai jadi hand book dan good reading terutamanya bila kita menghadapi tough days. Saya sendiri pun telah dapatkan 1 copy. You should too. 🔥
.
Ada satu kisah dalam buku ini yang saya personally suka, kisah tentang kemalangan. Saya rasa ramai orang boleh ambil iktibar pada kisah tersebut nanti. Relevan pada semua orang di zaman ini.
.
Pada waktu ini, tempahan awal buku ini sudah dibuka dan dijangka penghantaran buku akan dibuat seawal 21 Mac ini. Harga sempena tempahan awal ini hanyalah RM21 sahaja.
.
Boleh dapatkan menerusi link yang saya sertakan di ruangan komen. Jom. Saya rekemen buku ini. 💪
.
Insya-Allah lebih banyak buku-buku Poknik akan dihasilkan selepas ini. Sementara itu, boleh grab buku ini terlebih dahulu.

Order buku di sini

https://hi.larvanet.com/order/form/BPRE/orderbuku
Dalam dunia realiti, kita takkan dapat capai 100% performance mengikut schedule yang kita buat. Tetapi kalau pun kita dapat capai 80%, ia dah bagi perbezaan yang besar untuk masa depan. Kuncinya, mesti ada schedule supaya masa kita tak dicuri orang sewenang-wenangnya. Kena ada schedule supaya jika pun kita terpaksa bagi masa kita pada orang, kita buat dalam keadaan jelas dan sedar, bukan semberono macam orang tak ada hala tuju hidup.

Baca lebih lagi dalam FB saya : https://www.facebook.com/share/Wo7KptCNC77GSvex/?mibextid=xfxF2i
👆👆👆👆👆

Kita boleh pilih untuk paksa diri kita semai habit baru. Jika gagal, usaha lagi. Kebanyakan orang pilih jalan ini. Sampai satu masa, kita burnout. Kita akan ada self-doubt. Kita akan was-was dengan diri sendiri. Kita persoalkan diri kita. Dan sebagai satu mekanisma defensif, kita akan shut down. Dan cycle ini akan berulang...
.
Bila kita capai burnout, masa itu kita cenderung jadi idle atau give up. Bukan ada orang akan bantu kita bila hal ini terjadi sebab semua orang sibuk dengan kehidupan masing-masing.
.
Manusia sekeliling kita kekal berada bersama kita selagi mana kita ada benefit pada mereka. This is how the world works, tak kisah kita setuju atau tidak. Kita pun begini juga HAHAHAHA. Its life.
.
Sebagai seorang dewasa, kita boleh ambil tanggungjawab menyeluruh pada kehidupan kita sendiri.
.
Kita wajib fight untuk diri kita sendiri. Kita buat untuk diri kita.

Baca sepenuhnya dalam FB saya : https://www.facebook.com/share/p/cuoAu8nyDk7YN4hU/?mibextid=qi2Omg
Hari ni saya nak share tentang buku yang saya sedang baca, The Courage to Be Disliked. Setakat yang saya dah baca, buku ni memang best gila! 📚 Buku ni explore banyak konsep menarik dari ahli falsafah Alfred Adler.
.
Salah satu benda yang saya suka sangat dalam buku ni adalah tentang kehidupan yang bebas tanpa perlu risau sangat tentang apa yang orang lain fikir. Tapi sebagai Muslim mestilah kena ikut syariat kan bukan semberono ikut suka kita je.
.
Kadang-kadang kita terlalu risau pasal pandangan orang, kan? Jangan tipu, kita semua pernah rasa tu. HAHA.
.
Buku ni ajar kita untuk berani jadi diri sendiri dan fokus pada hidup kita sendiri.
.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang buku ni dan macam mana konsep-konsep ni boleh apply dalam hidup korang, stay tuned sebab saya akan share lebih banyak lagi setiap hari.
.
Dan kalau korang minat buku-buku macam ni, jom join WhatsApp group Nota Bacaan saya! Banyak lagi perbincangan menarik menanti. 📖
.
Sharing nak disambung semula. Sebelum ni terhenti sebab nak biasakan diri dengan jadual baru kehidupan.. Biasalah tu.
.
Link join grup seperti berikut ya : https://chat.whatsapp.com/L0YGaOHTPkZKjBTjkr6v1F
INI ILMU PASAL PAID ADS. SAYA NAK CERITA PASAL PAID ADS.
.
Setahun yang lepas, mak saya mula sakit lutut. Sakitnya mak masa itu sampai tak boleh nak bergerak banyak. Nak naik tangga ke bilik tidur tiap malam, Tuhan saja yang tahu sakitnya..
.
Masa itu kami belum bawa mak pergi klinik lagi. Tapi sebab masalah ni makin menekan kepala kami siang malam, saya mula cari info pasal sakit lutut orang tua.
.
Bila saya suka search kat TikTok dan FB pasal sakit lutut, saya mula dibanjiri dengan iklan produk sakit lutut. Algo FB punya kerja.
.
Masa tu, marketer dah 'tangkap' saya dan masalah saya.
.
[Si polan nak mak dia tengah sakit lutut. Gitu konsepnya...]
.
Dalam banyak-banyak produk yang muncul melalui ads, ada tiga produk yang paling menyerlah dan terus "follow" saya siang malam.
.
Akhirnya saya cuba dua produk.
.
1) Produk pertama: Krim sapu guna herba tempatan. Ads dia asyik provoke masalah saya – tunjuk macam mana orang lain dah cuba dan berjaya atasi sakit lutut.
.
2) Produk kedua: Juga krim sapu, tapi USP dia menggunakan herba tradisional Cina. Ads juga fokus pada masalah saya.
.
.
Asbab semua konten menjual dan konten awareness yang bersifat educational tu, saya akhirnya beli produk pertama tersebut.
.
Berapa banyak saya beli?
.
Banyak.
.
Hampir RM1,000 untuk repeat purchase sebelum saya stop. Siap bagi adik beradik, makcik. HAHAHA.
.
The rest is history.
.
=====
SO, NAK CERITA PASAL ADS…
Kalau buat ads, memang tak boleh lari daripada buat dua jenis ads..

sambung bacaan di sini : https://www.facebook.com/photo?fbid=8813883298680697&set=a.1111167462285691
KENAPA KITA KENA ADA STRENGTH OF CHARACTER?
.
1. Sebab kita hanya ada diri kita. Semua orang akan come and go, hanya kita yang akan stay.
.
2. Suka atau tidak, kita mesti mampu kekal bertahan dan kuat, walau ketika kita sedang sedih.
.
3. Bukan kita tak sedih, tapi kita in control dengan perkara yang berlaku. Aware, tahu bila nak move on. Dan just move on.
.
4. Bayangkan apa jadi kalau kita tak ada strength of character?
.
5. Bila datang masalah dan situasi dalam hidup, automatik rasa stuck dan tak boleh bergerak ke mana-mana.
.
6. Apa kita plan nak buat pun, semua tak boleh nak execute. Sebab kita tak ada kuasa untuk control diri, maka automatik orang lain akan menguasai kita. We just do it blindly,
.
7. Orang yang tak ada strength of character, mudah ditolak ke kanan dan kiri. Kita dikawal oleh game orang lain, tak kisah kita suka atau tak, sedar atau tak.
.
8. Memanglah bila kita ada karakter, ramai orang tak suka kita. Ramai orang akan put label on us. Orang boleh kata kita degil, ego, poyo, sampai satu tahap orang boleh cakap kita narsistik.
.
9. Itu semua berlaku bila mana kita tidak lagi serve their purpose, dan hanya fokus pada diri kita.
.
10. Its very normal.
.
11. Bila kita lemah, kita follow dan jayakan kehendak hidup orang lain, memang ramai orang suka pada kita. Kita jadi likeable 24-7.
.
12. Tapi setiap kali itu jugalah kita sedang berkata NO pada diri sendiri.
.
13. Kalau kita asyik cakap NO pada diri sendiri, bila kita nak ada masa untuk build something significant dalam hidup sendiri?
.
14. You can only be happy when you respect yourself. And you will respect yourself when you are strong in character.
.
15. Kena ada kekuatan jiwa, kekuatan karakter, baru ada kekuatan emosi.
❤1
https://www.facebook.com/profile.php?id=61577167760600

Jemput LIKE page baru saya. Tak ada apa-apa lagi pun. Nanti ada rezeki team buat sharing kat sana.. Share share ilmu yaa..
Orang kata bisnes kena hijrah ke TikTok. Betul ke?
.
Ikut kau la bang.. kakak nak share sedikit kefahaman kakak.
.
Reach abundance yang TT pernah dan masih bagi, serupa je macam reach yang FB pernah bagi, Friendster pernah bagi, MySpace juga pernah bagi zaman kita hari-hari edit profile kita letak lagu galau.
.
Sama je.
.
Tapi sampai satu peringkat, media sosial akan letak rules, sebab itu sudah sampai masa untuk dia make profit. Dia akan cekik juga reach tu.. adat menumpang rumah orang. Tak payah la sendu bila dikenakan caj itu ini, dikenakan sekatan reach. Nak lebih, kena spend. Biasalah tu..
,
Mana ada orang buat platform sebab nak buat amal jariah.
.
Either you adapt to the charges, or move out.
.
So, kau nak pindah TT ke, nak stay FB ke, konsep dia sama je, fundamental bisnes kena clear. Masuk TT untuk apa? Nak stay FB untuk apa? Audiens kita tu lagi penting - dia duduk mana? Ini audiens duduk Instagram, meraban dekat FB, marah pada Tiktok. Apa benda ni..
.
Lepas tu sign up class 5k yang lalu dalam FYP. Punah. ><
.
Daripada pening nak pindah ke tidak, lebih baik cari ilmu fundamental yang betul. Cari kelas ABC bisnes, dari cikgu yang legit.
.
So that when the wind changes, you can adjust easily.
.
Apa benda yang fundamental tu?
.
Ha, fikirlah, apa sebenarnya masalah bisnes kau yang sampai nak pindah randah ni. Bocor kat mana, baru fikir nak tampal guna apa. Ini fikir masalah kat mana pun tak pernah, membuta tuli je buat keputusan. Acano.
.
Kenapa tak boleh survive TT? Sebab caj mahal. Kenapa caj mahal, tampung je la tak boleh ke? Tak boleh, profit tercekik. Kenapa profit kau nipis sangat? Sebab tak pandai jual mahal. Kenapa kau tak jual mahal? Tak yakin boleh jual mahal. Tak ada kena mengena yakin tak yakin dengan jual mahal. Mungkin daripada isu sales, sebenarnya isu kau ialah delivarable package produk yang memustahilkan produk itu dijual pada harga yang profit lebih tebal.
.
Bila profit nipis, cashflow tercekik. Tak boleh bernafas panjang. Semput. Pesaing steady tekan minyak, kau baru 3 lap F1 Sepang, dah pancit habis resource.
.
So isu dia nak pindah rumah ke, nak uruskan deliverable value product?
.
Memang jatuh ke mulut buaya kalau tak sharp fundamental. Masa tu kami mampu tengok je la, sambil berkata - dia dulu baik orangnya.
.
Sekian, esok kakak sambung membebel. Kakak cuba sharing dalam bahasa marhaen, sebab kitonyo memang macam ni sejak dulu. Kitonyo nak tolong je, sambil sekali sekala jual ebook sendiri. Sekian, jujur.
Dah sampai tahun 2025 pun masih tak penuh album ni ya. Hahaha. Tapi ada la ilmu dalam ni, bolehlah share kalau sudi. Kalau tak sudi, share juga.

https://www.facebook.com/share/199U3rW7K7/