Bolehkah kita bangun semula dan berjaya, selepas kita jatuh berkali-kali dalam kehidupan?
.
Jawapan : BOLEH. Terutamanya bagi yang sudah melalui fasa kehilangan segalanya, hingga tidak berbaki satu apa pun - baik dari sudut kewangan, hubungan, pasukan, persahabatan.
.
Kita sudah kehilangan segalanya dan anda masih bertahan. Takkan Allah SWT biarkan sahaja kita selepas kita menempuh segalanya dan masih memilih bertahan dengan sabar walau badan penuh calar balar? Walau mental separuh gila, hingga kita tidak kenal upaya diri lagi?
.
Kita layak meraih kejayaan yang jauh lebih besar kerana kita sudah kerugian yang tidak calang besarnya.
.
Dahulu saya selalu kata, dalam bisnes kalau kau tak pernah kerugian 5 angka, kau janganlah mimpi nak mampu carry sales 6-7 angka. Begitu jugalah dalam kehidupan.
.
Takkan kita nak mendaki Everest dengan latihan brisk walk sehari 30 minit, 4 kali sebulan? Tidak sebanding kejayaan dengan proses yang kita tempuh.
.
Kalau masih ragu-ragu, follow saja akaun FB saya ini. Saya adalah orang yang jatuh bertimpa dan hilang segalanya, bahkan saya sudah menempuh zaman merosot mental yang sangat teruk. Dan kini saya sedang mendaki semula, saya sudah tidak takut apa-apa, saya hanya berusaha dengan semangat yang ada.
.
Sembuhkan jiwa, rawat emosi, jaga perut. InsyaALLAH kejelasan minda akan jadi milik kita.
.
Adakah itu maksudnya sepanjang jalan mendaki itu nanti kita mampu tepis segala cabaran?
.
Sayang, kita tak tepis cabaran. Masalah hidup bukan untuk ditepis. We dance in the rain. Itu saya ceritakan dalam entri lain.
.
Bagaimana kita menyelesaikan masalah tanpa menyelesaikan apa-apa masalah langsung. Kau tunggu jap, kakak kau sedang warm up.
.
This life.. MasyaAllah.. Macam-macam ada!
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
.
PS : Saya tidak pernah jangka, saya mampu mengharungi semua ujian bertahun-tahun ini. Tetapi, saya boleh mengharunginya kerana Allah SWT sentiasa ada.

Saya ada beberapa idea mahu dikongsikan :
.
1. Cari guru yang menyampaikan kita ilmu yang betul. Ini semua orang mudah melakukannya kerana banyak testimonial di media sosial zaman ini.
.
Ada satu lagi jenis guru yang kalian mesti cari dan follow mulai sekarang.
.
2. Cari guru yang sudah jatuh dalam hidup, kerugian yang banyak dan BELIAU SUDAH BANGUN SEMULA. Cari guru yang boleh pandu kalian apa perlu dibuat apabila kalian jatuh dalam hidup.
.
Guru yang ini, kalian mesti cari sebolehnya yang custom-made sesuai dengan situasi hidup kalian, seboleh mungkin. Sebab apa?
.
Sebab masa kita jatuh, emosi kita tinggi, logik kita rendah.
.
Kita tidak boleh dijinakkan sekali lagi oleh ilmu tinggi, ego kita akan menghalang diri kita menghadam pesan-pesan dari guru berilmu tinggi. Tetapi kita melentur mudah dengan guru yang punya empati. Cari guru yang ada empati dan simpati pada situasi kita.
.
Sedikit demi sedikit, pulihkan diri. Prosesnya boleh jadi lama. But i guarantee you, its worth the journey.
.
Guru yang saya maksudkan ini belum tentu seorang usahawan besar, ia boleh jadi orang biasa tetapi dengan kejatuhan luar biasa.
.
Cari guru ini.
.
Sebab belum ada dalam dunia, seorang manusia yang tidak merasa kejatuhan. Kalau kalian belum jatuh, ketahuilah sedikit masa lagi ia pasti akan hadir dalam hidup..
.
Hadirnya penuh hikmah. Hadirnya penuh emosi. InsyaAllah, berlalunya fasa itu nanti, kalian akan jauh lebih mengenali kekuatan dan personaliti diri sendiri.
.
Dont give up!
.
Healing takes time.

👍1
Dari masa ke sama saya suka memperkenalkan diri saya sekali lagi. Mungkin dengan itu ia menguat ingatan dan mudahan ada yang suka mendoakan dari jauh.
.
Nama saya Cik Mal, rakan-rakan lebih gemar memanggil saya dengan nama CM. Saya sudah tua. Walaupun sebahagian hati saya masih berasa muda, saya sentiasa sedar bahawasanya saya semakin tua. Dalam pada saya sibuk menjadi dewasa, mak ayah saya juga semakin menua.
.
Maka saya diberikan peluang dari Allah SWT untuk berada di rumah menjaga kebajikan kedua mak ayah saya. Dari masa ke masa, kalian pasti terbiasa membaca catatan-catatan kesihatan mak ayah saya, kisah saya keluar masuk hospital, mahu pun pengalaman naik ambulans.
.
Sungguh pun saya sibuk menguruskan mak ayah, berkhidmat buat keluarga dan anak-anak buah sekadar mampu saya; tidak sesekali saya melupai impian saya mempunyai bisnes yang stabil.
.
Saya melihat diri sendiri sebagai seorang wanita yang tidak mengenal putus asa, sentiasa menggunakan apa yang ada di tangan dan tetap cekal menyusun batu bata kejayaan walau datang apa juga halangan.
.
Beberapa tahun yang berlalu merupakan tahun-tahun kegelapan buat emosi saya - saya dibaluti keresahan luar biasa, kemarahan, kegelisahan, ketakutan, kekecewaan, grief dan adik beradiknya. Saya terpaksa akur kepada takdiran Tuhan hingga saya jatuh ke titik yang sungguh bawah hingga tidak tercapai di akal fikiran.
.
Perlahan-lahan saya membuka buku baru, belajar tentang kesihatan mental dan belajar mengenal diri sendiri sekali lagi. Dan sehingga detik ini pun saya masih belajar.
.
Saya seorang yang terlalu jelas ketika menadbir perasaan dan emosi. Jika saya marah, memang terlihat marah yang ada. Jika saya sedih, tidak sesekali saya menyorokkannya. Apabila saya takut, saya sukar ditenangkan. Saya begitu polos kepada sifat emosi sendiri, saya tidak suka berpura-pura kerana itu tidak pernah membahagiakan.
.
Makanya juga apabila keyakinan saya kembali, saya sukar digugat oleh apa pun kecuali takdiran Allah SWT. Apabila saya kenal kelemahan diri, orang tidak lagi boleh mengambil kesempatan ke atas diri saya. Dan pada waktu saya mahu berusaha, segunung tanggungjawab pun tidak berlama-lamaan memberikan saya rasa lelah.
.
Dalam fasa latihan mental yang Allah SWT takdirkan buat saya, saya belajar semula yang manusia ini mempunyai potensi luar biasa hanyalah kerana Allah SWT yang sentiasa ada bersama-sama. Maka selagi mana saya hidup, saya juga punya potensi luar biasa kerana Allah SWT sentiasa ada.
.
Saya mungkin antara watak tidak sempurna yang kalian temui saban hari di dunia ini.
.
Saya mungkin hanya seorang wanita yang tidak erti putus asa, walau saban hari bergulingan atas lantai mengesat air mata seperti anak kecil. Sebegitu degilnya saya demi mengangkat diri sendiri dan meletakkannya di tempat yang tinggi.
.
September menjadi bulan saya gembira menulis tentang diri sendiri. Menjelang hujung September tibalah ulangtahun kelahiran saya, anak yang tidak kenal erti putus asa. Sekadar memberikan sedikit kenangan, moga ramai yang sudi mendoakan dalam rahsia.
.
InsyaAllah, aturan Allah SWT itu terbaik untuk kita.
.
Sedikit pengenalan tentang CM. Yang lain berkaitan kerja, di lain hari pula. September masih panjang buat yang sudi membaca.
.
PS : Sekadar seorang anak yang masih belajar membahagiakan kedua orang tua dan keluarganya. Sekadar seorang wanita yang masih berusaha keras membangunkan kejayaannya. Seorang hamba yang suka berusaha.

Salah satu benda menarik yang saya pelajari tahun ini adalah berkenaan dengan mental model. Bagi saya sendiri, saya melihat ia sebagai prinsip diri atau parameter diri— parameter kehidupan masing-masing.
.
Kita mesti ada undang-undang kehidupan yang kita pilih sendiri untuk membolehkan kita menjalani hidup ini dengan lebih baik dan tenang.
.
Kita ada do's and don'ts orang terhadap kita. Kita juga ada do's and dont's kita terhadap orang lain.
.
This is things you can tolerate. This is how you react when something happened.
.
Kita mesti ada mekanisma, kita mesti ada sistem-sistem yang kecil-kecil ini supaya kita boleh hidup dengan normal, kita boleh hidup dengan waras.
.
Jika kita tidak ada sistem-sistem ini, maka sistem hidup orang lain akan dibenamkan dalam kehidupan kita secara tidak sedar. Dan sudahnya kita terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain, kita tidak ada prinsip.
.
Kita tidak ada prinsip— Itu bukanlah masalah utama. Masalah yang lebih besar ialah bila kita tak ada prinsip lama-lama kehidupan kita jadi haru biru. Kewangan kita jadi berterabur dan tunggang langgang, relationship kita dengan keluarga jadi bermasalah, dan keseluruhan hidup kita jadi caca merba. Itu masalahnya.
.
Maka bila kita ada mental model, kita jadi seseorang yang firm— berprinsip, tegas dan orang tidak mudah untuk ambil kesempatan ke atas kita dan kita pun tidak mudah ditipu orang.
.
Mental model is a good thing to learn. Kebanyakan orang yang berjaya sememangnya ada set of rules mereka sendiri dalam kepala.
.
Jika anda berminat nak baca lebih lagi tentang mental model, boleh buka Youtube, dan taipkan mental model. Salah satu mental model kegemaran saya ialah Inversion.
.
#pkcm 11/1000

Tempoh hari saya nampak buku ini di Book Xcess, saya belek pada mulanya kerana nama penulis dan judul pada kulit buku ini.
.
Menjadi kebiasaan saya akan membaca review di Google terlebih dahulu sebelum membeli buku. Jika buku itu keperluan buat masa ini, saya akan dahulukan. JIka tidak, kena fikir banyak kali. Kadang kita buat keputusan ikut nafsu buku, kadang kita buat keputusan ikut logik akal. Hee.
.
Bukan semua buku itu kritikal pada diri kita, walaupun buku itu sangat terkenal di seluruh dunia.
.
Kebanyakan review di Amazon menyifatkan buku ini sebagai buku yang memberi kita idea untuk berhati-hati dan jika boleh kurangkan mendengar berita, juga membaca berita kerana ada waktunya berita yang dilaporkan mengandungi perkara yang kita gelarkan ia sebagai unsettling point - fakta atau perkembangan semasa yang tidak lengkap.
.
Ada sesetengah berita yang dilaporkan itu adalah berita ongoing, ada berita yang tidak lengkap dan ada berita yang tidak ada nilai pun ke atas diri kita, apatah lagi cita-cita yang sedang kita usahakan.
.
Keseluruhannya, buku itu mencadangkan kita supaya berhati-hati kerana apa yang kita khatamkan itu ada kesan kepada fokus kita.
.
Saya melihat konteks berita ini juga teraplikasi kepada apa yang kita baca di media sosial. Kebanyakan hal yang dilaporkan di Facebook sebagai contoh bersifat separuh masak, penipuan, hype dan majoritinya tidak ada nilai kepada cita-cita yang kita sedang usahakan.
.
Maka, hati-hatilah ke atas apa yang kita masukkan ke dalam kepala kita.
.
Pada hujung hari, saya tidak membeli buku ini kerana saya berpuas hati dengan apa yang diterangkan secara ringkas oleh pembaca lain di Amazon.
.
Hati-hati. Banyak berita tidak ada nilainya kepada hidup kita.
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
#pckm 12/1000

Link video : https://fb.watch/fD-O1iikhn/
Pada tahun 2022 baru sedar Tuan Izwan Wahab bercerita tentang ekonomi. Masa tahun 2017, tidaklah saya faham dengan jelas hal ekonomi.
.
Kata kunci : Produktiviti, nilai (value), transaksi, inflasi, ekonomi. Apa pun terjadi, produktiviti perlu terus diusahakan..
.
Jika tidak ada produktiviti, kita ibarat menggali lubang untuk menanam diri sendiri.
Join grup Telegram Tuan Izwan di sini : https://t.me/+O9JNLjsfIQ9iKnBj

Telegram
#NBR
Nota Bisnes by Robotys
Hi 279! Hari ini ulangtahun kelahiran saya buat kesekian kalinya. Saya tidak ada banyak perkara yang mahu dicoretkan pada ulangtahun kelahiran tahun ini. Semoga saja saya semakin matang, kekal comel dan awet muda. Amin.
.
Sepanjang saya belajar bangun semula, saya melalui proses acknowledge. Menerima dan meredhai satu persatu ketentuan Tuhan. Kalian bayangkan jika kita ini ibaratnya jatuh ke lembah yang dalam, kemudian kini masanya kita memanjat semula ke atas satu persatu anak tangga.
.
Maka, kita akan melihat babak demi babak kejadian, merakam jelas dalam ingatan dan tidak lagi menangisi tiap satunya tetapi jadi lebih berhati-hati. Semakin tahu bila mahu berhenti, bila waktunya bertegas, dan pastinya bila untuk menutup pintu.
.
Semakin bertambah usia, semakin berani memilih dan membuat pilihan dengan jelas. Secara akarnya masih sama, mungkin gerak tindakan yang jadi berbeza.
.
Saya semakin dewasa dan kekal memilih kejujuran dalam dunia yang banyak tipu-tipu.
.
Kejujuran kita tidak perlu dihargai semua, tetapi ia pasti dihargai buat yang pandai menilai. Hidup tenang, hidup jujur, jangan bermuka-muka.
.
Semoga tahun mendepan saya menjadi CM yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya, tahun sebelumnya.
.
Akhir kata, jika kita lahir comel, kita tidak perlu sibuk jadi jelita. Pasti ada yang menghargai kecomelan kita seadanya. Saya selesa, bahagia dan akan sentiasa jadi diri saya.
.
Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Aaa gitu.
.
.
Happy Birthday CM! ❤️
.
PS : Anthem birthday tahun ini Blackpink - Shut Down. Each and every words. "When we pull up, you know it's a shutdown."

Assalamualaikum. Saya akan mengadakan jualan koleksi buku-buku saya secara tertutup di grup Whatsapp pada hari Selasa 13 Mac (esok).
.
InsyaAllah saya akan melepaskan majoriti koleksi buku saya bagi memfokuskan kepada buku-buku kritikal yang perlu saya tekuni tahun ini.
.
Hasil jualan kali ini akan saya gunakan bagi membina semula sistem sokongan kepada prioriti saya.
.
Besar harapan saya jika buku-buku ini dibeli oleh mereka yang menyokong saya selama ini.
.
Boleh klik link ini untuk join grup WhatsApp. Grup akan dibubarkan setelah jualan selesai.
.
Terima kasih.
.
https://chat.whatsapp.com/Kw4iJBvKiK57U8N97EA0EK

WhatsApp.com
WhatsApp Group Invite
Assalamualaikum wrt wbt.
Semoga Tuan/Puan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Alhamdulillah kita menemui Ramadan sekali lagi dengan izinNya.
Saya mengambil kesempatan memohon ampun maaf jika ada sebarang kekurangan selama berurusan dengan pihak Tuan/Puan terdahulunya.
Terima kasih Tuan/Puan atas kepercayaan kepada saya dalam apa jua bentuk projek serta jualan yang diadakan.
Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dan penuh keberkahan buat Tuan/Puan.
Marhaban Ya Ramadan.
Cik Mal
Ghostwriter/Content Writer
White Taffy Studio

Jika saya buka jualan buku-buku saya pada harga RM10 setiap buku, adakah yang berminat? Buku-buku yang sebelum ini saya jual pada harga RM25-RM30 juga akan diturunkan harga ke RM10 dalam jualan sehari ini.
.
Jualan saya akan buka dalam grup Whatsapp, jadi mohon join terlebih dahulu. Mohon share kepada rakan-rakan lain juga. Saya akan tutup akses grup esok pagi, insyaALLAH.
https://chat.whatsapp.com/BPIznQaMgFB4tSBdw5oeIy

Hakikatnya, sepanjang hidup ini :
1) Tiada sesiapa kisah pasal kita. Kalau hari ini kita meninggal, orang akan ingat buat beberapa hari sahaja, kehidupan pun diteruskan. Kita pun sudah lupa siapa yang pergi beberapa ketika yang lalu.
.
2) Tiada sesiapa akan susah payah nak membantu kita. Manusia begini bukan tidak wujud tetapi secara konsepnya memang orang tidak kisah. Kalau kita tangkap gambar dalam satu kumpulan orang, wajah siapa yang pertama sekali kita cari? Muka sendiri, betul kan? Mana kita kisah kawan sebelah awning tak OP pun.
.
3) Tidak ada sesiapa bertanggungjawab membantu kita. Hari ini mungkin dimulakan dengan orang membantu kita, tetapi sampai satu masa orang itu juga akan berlalu pergi. Bukan dia jahat, tapi siapa yang dapat bertahan dengan perangai kita yang pemalas dan nak makan suap?
.
Jika kita sedar hakikat itu, maka sedarlah. Perubahan yang kita tunggu tidak akan kunjung tiba. Perubahan bukan datang dari luar.
.
Tiada Superman akan datang menyelamatkan kita. Captain America pun tak ada.
.
Belajarlah bangun sendiri dengan susah payah. Bangun dan berdiri setinggi mana yang kita nak. Dan kalau sepanjang jalan itu kita kena berjalan sendiri, kita kena tikam belakang, orang cela kita, orang fitnah kita, sesakit apa pun kita, jatuh tergolek dalam longkang sekali pun...
.
Masih tiada sesiapa yang peduli.
.
Kau nak berjaya, maka usahalah. Usaha tanpa lelah. Hard work will never betray you.

🔥2👍1