Baru-baru ni saya belajar dari seorang usahawan besar katanya ada banyak cara untuk kita menghasilkan keuntungan menerusi media sosial.
.
Antara lain apa yang trainer ini cadangkan adalah kita menggunakan followers kita di media sosial bagi menghasilkan jualan kerana kita sememangnya setiap hari berada di media sosial.
.
Caranya, bina konten untuk pembaca samada menambah ilmu mereka atau menghiburkan mereka secara konsisten.
.
Cara ini akan membolehkan kita membesarkan jumlah followers di media sosial.
.
Konsistensi kita itu akan membuahkan kepercayaan followers kepada kita. Seperti kita maklum, transaksi di internet akan berlangsung atas tiket kepercayaan.
.
Insyaallah akan sampai pada satu ketika nilai baik yang kita sampaikan kepada audien secara berterusan itu akan menjana hasil yang tersendiri.
.
Pada waktu itu kelak mungkin kita mahu menjual buah kurma, pen 10 warna, tudung atau telekung; kita pasti boleh jual kerana kita sudah dikelilingi ramai orang yang percaya kepada batang tubuh kita.
.
Mungkin bagi sesetengah orang, mereka tidak mahu bina bisnes yang bersandarkan kepada batang tubuh sendiri.
.
Tetapi konsep yang saya sampaikan ini hanyalah pada fasa permulaan - menggunakan followers untuk menjana modal.
.
Modal itu kelak dapat kita alihkan kepada bisnes lain yang tidak bersandarkan pada diri kita.
.
Dua entiti bisnes yang berbeza.
.
Cara ini sesuai digunakan oleh mereka yang sama seperti saya. Seorang usahawan yang tidak ada nama besar, tiada kabel besar. Kita ubahsuai cara kita bekerja supaya kita mendapat hasil yang kita sasarkan.
.
Follow saya di Facebook : https://www.facebook.com/mal.miamia
.
#pkcm 4/1000

Haritu saya ke Book Xcess MyTown, saya terjumpa satu buku mengenai bagaimana kita dapat memperbaiki kehidupan setiap hari dengan cara hanya secure satu jam setiap hari.
.
Buku ini saya tidak beli. Saya hanya membelek dan membaca ulasan di Amazon.
.
Cara untuk secure 1 jam tersebut adalah bangun awal satu jam setiap hari dan gunakan satu jam tersebut untuk pembangunan diri sendiri.
.
Sebagai contoh, kita boleh membaca buku, mengaji Quran ataupun solat. Terpulang kepada kita apa yang mahu dilakukan dalam tempoh satu jam tersebut, tetapi mulakannya lebih awal daripada jadual biasa.
.
Konsistensi daripada satu jam tersebut akan menghasilkan perubahan yang dramatik dalam kehidupan. Itulah konsep yang disampaikan melalui buku tersebut.
.
Jadi saya teringat juga kepada beberapa usahawan berjaya yang saya kenali. Mereka melakukan perkara yang sama dan ada antara mereka yang mahu tekad mengutamakan 5 hingga 6 jam sehari untuk pembangunan bisnes mereka sendiri.
.
Hasil tindakan luar biasa mereka ini amat saya kagumi. Saya juga kalau boleh mahu meluangkan masa sebanyak itu. Tetapi tuntutan peribadi tidak memungkinkan saya mampu melakukannya.
.
Jadi dalam proses bangun semula dari kejatuhan, saya bermula dengan cara lebih kurang sama seperti disarankan buku ini.
.
Fokus kepada 1 jam.
.
Kadang-kadang kita ini suka membelai ego berlebihan, kita mahu secure 7 hingga 8 jam sehari kerana percayakan konsep "Aku hardworking. Aku nak kerja kaw kaw. Aku nak hustle."
.
Tetapi tidak mengukur kapasiti dan kemampuan diri. Tidak semak tanggungjawab pada keluarga. Sudahnya kerja berjam-jam pun tak dapat, hubungan dengan keluarga jadi terjejas.
.
Apa kata kita hustle pada satu jam sahaja sebetul-betulnya. Jangan biar sesiapa pun ganggu kita sepanjang satu jam tersebut?
.
Insyaallah dengan berkat waktu pagi itu, satu jam akan membawa hasil jauh berbeza berbanding impian kerja berjam-jam sepanjang hari sampai terabai tanggungjawab yang lain.
.
Cuba secure satu jam sehari dan perhatikan kesannya dalam tempoh sebulan. Lihat ke mana arah perubahan dalam kehidupan kita.
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
.
#pkcm 5/1000

Memetik kepada cara membina jualan menerusi followers yang pernah saya kongsikan dalam post sebelum ini, saya bersetuju bahawasanya kaedah ini menggunakan masa yang panjang sebelum kita dapat menuai hasil.
.
Saya sangat bersetuju,
.
Dan saya juga mahu menekankan bahawasanya kaedah itu sesuai buat mereka yang bermula dari bawah. Katakan kita tidak ada modal, dan hanya mempunyai modal masa - tidak kisah modal masa yang banyak atau sedikit.
.
Apa yang kita ada hanya kesungguhan bagi memastikan diri dapat membina satu legasi bisnes.
.
Maka kaedah ini boleh digunapakai dan insyaAllah sesuai dilaksanakan.
,
Pada zaman ini memang setiap hari kita akan melaburkan masa di media sosial. Daripada kita buang masa dan tidak dapat apa-apa hasil, apa kata kita bina konten dan tuai hasil beberapa tahun mendatang?
.
Itu pun jika makan tahun. Jika kita konsisten dan komited, mungkin ia hanya menjangkau masa makan bulan sahaja.
.
Hasil kerja penulisan saya di Facebook ini dari tahun 2015 hingga 2022 ini menghasilkan sekumpulan manusia yang setia menyokong saya dalam setiap turun naik saya dalam bisnes dan kehidupan. Mereka juga kekal di sisi saya pada waktu emosi saya turun naik seadanya.
.
Sokongan tanpa belah bagi mereka menjadi kekuatan kepada saya.
.
Mereka ini juga kategori followers yang sama setia menyokong jika saya ada menjalankan apa-apa aktiviti, diskusi mahupun jualan sebarang produk/servis.
.
Ada klien saya juga yang asalnya datang daripada kelompok yang sama.
.
Menggunakan prinsip yang sama, anda juga boleh bermula walaupun anda tidak ada modal besar, tidak ada kabel, pengalaman mahupun masa yang banyak.
.
Apa yang kita perlukan adalah konten yang berterusan supaya dalam satu dua tahun lagi kita boleh tuai hasilnya.
.
Konsisten dan komited. Fighting!
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
.
#pkcm 6/1000

Kalau ada buku yang boleh saya rekemenkan untuk rakan-rakan baca...
.
=====
Disclaimer: Tak ada buku yang lebih bagus daripada satu sama lain. Buku yang paling bagus untuk seseorang adalah buku mampu membantu dirinya menyelesaikan masalah dirinya pada waktu itu,
=====
.
Begitu pun jika saya dapat rekemenkan sesuatu, saya nak minta kalian semua untuk membaca buku dalam bidang Ekonomi.
.
Cari ruang masa dalam hidup ini untuk belajar berkenaan ekonomi.
.
Ini kerana kita hidup di atas dunia dan dunia ini ada sistem ekonominya tersendiri. Bila kita tahu bagaimana ekonomi berfungsi, kita akan tahu bila air pasang surut dalam ekonomi ini.
.
Kita jadi maklum bila waktunya masalah-masalah berulang akan tiba dalam kehidupan seharian. Kita akan tahu kesan satu-satu perkara yang terjadi dalam dunia. Kita tahu apa tindakan yang perlu kita ambil untuk diri, keluarga dan bisnes.
.
Apabila kita tahu apa yang mahu kita lakukan, kita lebih mahir untuk play along the game. Kita tahu di mana mahu letak duit, simpan duit dan lain-lain. Kita tahu apa yang wajar kita lakukan, apa yang tidak wajar kita lakukan.
.
Selepas kita faham bagaimana dunia ini berlangsung secara ekonominya, kita akan faham pula bagaimana manusia bereaksi terhadap sistem ekonomi - kita akan terbuka kepada ilmu psikologi.
.
Apabila kita ada sedikit ilmu psikologi, kita lebih jelas dengan nilai diri sendiri, mampu menghormati perbezaan pendapat dan tidak mudah ditipu orang.
.
Dengan itu juga kita dapat menjalani hidup dengan lebih tenang dan tidak terlalu panik seperti sebelum kita tahu apa-apa berkenaan ekonomi (dan psikologi manusia).
.
Bila kita tidak tahu apa-apa, kita mudah berasa panik dan mengikut telunjuk orang. Sampailah kita mudah ditipu orang lain.
.
Jadi, kalau boleh saya cadangkan bacalah buku-buku yang mengajar kita tentang asas ekonomi. Memadai buat kita menjalani hidup dengan tenang.
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
.
#pkcm 7/1000

Baru-baru ini saya chat dalam grup kelolaan salah seorang guru saya, beliau meminta kami menceritakan masalah masing-masing, supaya beliau dapat memberikan pandangan dan panduan jika perlu.
.
Saya pun ambil ruang menceritakan masalah saya yang mudah kecewa bila prestasi harian saya tidak mencapai 100% seperti apa saya rancangkan dalam timeline kerja saya.
.
Katakanlah hari ini saya sasarkan untuk membaca sekian jumlah muka surat dan hari ini saya capai sasaran, tetapi esoknya saya gagal capai sasaran sepenuhnya.
.
Katakan hari ini saya membaca 20 muka surat, besok saya hanya dapat baca 8 muka surat sahaja.
.
Bila saya baca 8 muka surat sahaja, saya rasa sedih dan kecewa. Saya rasa macam, "Alah aku fail".
.
Dalam masa sama saya sedar 8 muka surat itu adalah jauh lebih baik daripada tidak baca apa-apa.
.
Saya tahu hal ini tetapi saya tetap rasa macam loser.
.
Saya suarakan masalah ini kepada guru saya dan jawabnya, "Ini adalah masalah yang semua orang pun hadapi."
.
Bahkan beliau sendiri masa muda pun menghadapi situasi sama. Katanya yang membawa maksud, "Kita, bila kita buat satu benda kita terlalu cepat untuk menghakimi diri kita. Bila kita fail, kita fail kecil je sedangkan kita ada progress tapi kita terlalu cepat judge diri kita. Bila kita judge diri kita, kita memang tak boleh lah nak berhasil macam biasa. Maksud saya, kita tak bolehlah nak rasa 'we are going smoothly'.
.
Kita akan rasa macam 'lacking'. Kita akan rasa macam, 'Alah, banyak ni je aku buat?' sedangkan kita dah buat banyak tapi kita tak realise benda tu."
.
Pesan beliau, jangan cepat sangat menghakimi diri sendiri dan cuba bawa bertenang.
.
Ini lebih kepada situasi darah muda.
.
Bila kita sudah tua nanti, baru kita akan mengenang kembali seberapa banyak kerja keras yang telah pun kita lakukan. Cumanya pada usia mudai sekarang, kita selalu mudah menghukum diri sendiri.
.
Benda itu bukan sesuatu yang pelik, memang ramai orang mengalami benda yang sama.
.
Mungkin saya perlu catat setiap kerja yang saya selesaikan, senaraikan dan semak setiap hujung minggu. Berbangga dengan apa yang sudah diselesaikan. Maka dengan itu dapatlah saya mententeramkan darah muda saya - saya bukan fail, here is my progress.
.
Anda pula bagaimana?
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
.
#pkcm 8/1000

👍1
Bolehkah kita bangun semula dan berjaya, selepas kita jatuh berkali-kali dalam kehidupan?
.
Jawapan : BOLEH. Terutamanya bagi yang sudah melalui fasa kehilangan segalanya, hingga tidak berbaki satu apa pun - baik dari sudut kewangan, hubungan, pasukan, persahabatan.
.
Kita sudah kehilangan segalanya dan anda masih bertahan. Takkan Allah SWT biarkan sahaja kita selepas kita menempuh segalanya dan masih memilih bertahan dengan sabar walau badan penuh calar balar? Walau mental separuh gila, hingga kita tidak kenal upaya diri lagi?
.
Kita layak meraih kejayaan yang jauh lebih besar kerana kita sudah kerugian yang tidak calang besarnya.
.
Dahulu saya selalu kata, dalam bisnes kalau kau tak pernah kerugian 5 angka, kau janganlah mimpi nak mampu carry sales 6-7 angka. Begitu jugalah dalam kehidupan.
.
Takkan kita nak mendaki Everest dengan latihan brisk walk sehari 30 minit, 4 kali sebulan? Tidak sebanding kejayaan dengan proses yang kita tempuh.
.
Kalau masih ragu-ragu, follow saja akaun FB saya ini. Saya adalah orang yang jatuh bertimpa dan hilang segalanya, bahkan saya sudah menempuh zaman merosot mental yang sangat teruk. Dan kini saya sedang mendaki semula, saya sudah tidak takut apa-apa, saya hanya berusaha dengan semangat yang ada.
.
Sembuhkan jiwa, rawat emosi, jaga perut. InsyaALLAH kejelasan minda akan jadi milik kita.
.
Adakah itu maksudnya sepanjang jalan mendaki itu nanti kita mampu tepis segala cabaran?
.
Sayang, kita tak tepis cabaran. Masalah hidup bukan untuk ditepis. We dance in the rain. Itu saya ceritakan dalam entri lain.
.
Bagaimana kita menyelesaikan masalah tanpa menyelesaikan apa-apa masalah langsung. Kau tunggu jap, kakak kau sedang warm up.
.
This life.. MasyaAllah.. Macam-macam ada!
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
.
PS : Saya tidak pernah jangka, saya mampu mengharungi semua ujian bertahun-tahun ini. Tetapi, saya boleh mengharunginya kerana Allah SWT sentiasa ada.

Saya ada beberapa idea mahu dikongsikan :
.
1. Cari guru yang menyampaikan kita ilmu yang betul. Ini semua orang mudah melakukannya kerana banyak testimonial di media sosial zaman ini.
.
Ada satu lagi jenis guru yang kalian mesti cari dan follow mulai sekarang.
.
2. Cari guru yang sudah jatuh dalam hidup, kerugian yang banyak dan BELIAU SUDAH BANGUN SEMULA. Cari guru yang boleh pandu kalian apa perlu dibuat apabila kalian jatuh dalam hidup.
.
Guru yang ini, kalian mesti cari sebolehnya yang custom-made sesuai dengan situasi hidup kalian, seboleh mungkin. Sebab apa?
.
Sebab masa kita jatuh, emosi kita tinggi, logik kita rendah.
.
Kita tidak boleh dijinakkan sekali lagi oleh ilmu tinggi, ego kita akan menghalang diri kita menghadam pesan-pesan dari guru berilmu tinggi. Tetapi kita melentur mudah dengan guru yang punya empati. Cari guru yang ada empati dan simpati pada situasi kita.
.
Sedikit demi sedikit, pulihkan diri. Prosesnya boleh jadi lama. But i guarantee you, its worth the journey.
.
Guru yang saya maksudkan ini belum tentu seorang usahawan besar, ia boleh jadi orang biasa tetapi dengan kejatuhan luar biasa.
.
Cari guru ini.
.
Sebab belum ada dalam dunia, seorang manusia yang tidak merasa kejatuhan. Kalau kalian belum jatuh, ketahuilah sedikit masa lagi ia pasti akan hadir dalam hidup..
.
Hadirnya penuh hikmah. Hadirnya penuh emosi. InsyaAllah, berlalunya fasa itu nanti, kalian akan jauh lebih mengenali kekuatan dan personaliti diri sendiri.
.
Dont give up!
.
Healing takes time.

Dari masa ke sama saya suka memperkenalkan diri saya sekali lagi. Mungkin dengan itu ia menguat ingatan dan mudahan ada yang suka mendoakan dari jauh.
.
Nama saya Cik Mal, rakan-rakan lebih gemar memanggil saya dengan nama CM. Saya sudah tua. Walaupun sebahagian hati saya masih berasa muda, saya sentiasa sedar bahawasanya saya semakin tua. Dalam pada saya sibuk menjadi dewasa, mak ayah saya juga semakin menua.
.
Maka saya diberikan peluang dari Allah SWT untuk berada di rumah menjaga kebajikan kedua mak ayah saya. Dari masa ke masa, kalian pasti terbiasa membaca catatan-catatan kesihatan mak ayah saya, kisah saya keluar masuk hospital, mahu pun pengalaman naik ambulans.
.
Sungguh pun saya sibuk menguruskan mak ayah, berkhidmat buat keluarga dan anak-anak buah sekadar mampu saya; tidak sesekali saya melupai impian saya mempunyai bisnes yang stabil.
.
Saya melihat diri sendiri sebagai seorang wanita yang tidak mengenal putus asa, sentiasa menggunakan apa yang ada di tangan dan tetap cekal menyusun batu bata kejayaan walau datang apa juga halangan.
.
Beberapa tahun yang berlalu merupakan tahun-tahun kegelapan buat emosi saya - saya dibaluti keresahan luar biasa, kemarahan, kegelisahan, ketakutan, kekecewaan, grief dan adik beradiknya. Saya terpaksa akur kepada takdiran Tuhan hingga saya jatuh ke titik yang sungguh bawah hingga tidak tercapai di akal fikiran.
.
Perlahan-lahan saya membuka buku baru, belajar tentang kesihatan mental dan belajar mengenal diri sendiri sekali lagi. Dan sehingga detik ini pun saya masih belajar.
.
Saya seorang yang terlalu jelas ketika menadbir perasaan dan emosi. Jika saya marah, memang terlihat marah yang ada. Jika saya sedih, tidak sesekali saya menyorokkannya. Apabila saya takut, saya sukar ditenangkan. Saya begitu polos kepada sifat emosi sendiri, saya tidak suka berpura-pura kerana itu tidak pernah membahagiakan.
.
Makanya juga apabila keyakinan saya kembali, saya sukar digugat oleh apa pun kecuali takdiran Allah SWT. Apabila saya kenal kelemahan diri, orang tidak lagi boleh mengambil kesempatan ke atas diri saya. Dan pada waktu saya mahu berusaha, segunung tanggungjawab pun tidak berlama-lamaan memberikan saya rasa lelah.
.
Dalam fasa latihan mental yang Allah SWT takdirkan buat saya, saya belajar semula yang manusia ini mempunyai potensi luar biasa hanyalah kerana Allah SWT yang sentiasa ada bersama-sama. Maka selagi mana saya hidup, saya juga punya potensi luar biasa kerana Allah SWT sentiasa ada.
.
Saya mungkin antara watak tidak sempurna yang kalian temui saban hari di dunia ini.
.
Saya mungkin hanya seorang wanita yang tidak erti putus asa, walau saban hari bergulingan atas lantai mengesat air mata seperti anak kecil. Sebegitu degilnya saya demi mengangkat diri sendiri dan meletakkannya di tempat yang tinggi.
.
September menjadi bulan saya gembira menulis tentang diri sendiri. Menjelang hujung September tibalah ulangtahun kelahiran saya, anak yang tidak kenal erti putus asa. Sekadar memberikan sedikit kenangan, moga ramai yang sudi mendoakan dalam rahsia.
.
InsyaAllah, aturan Allah SWT itu terbaik untuk kita.
.
Sedikit pengenalan tentang CM. Yang lain berkaitan kerja, di lain hari pula. September masih panjang buat yang sudi membaca.
.
PS : Sekadar seorang anak yang masih belajar membahagiakan kedua orang tua dan keluarganya. Sekadar seorang wanita yang masih berusaha keras membangunkan kejayaannya. Seorang hamba yang suka berusaha.

Salah satu benda menarik yang saya pelajari tahun ini adalah berkenaan dengan mental model. Bagi saya sendiri, saya melihat ia sebagai prinsip diri atau parameter diri— parameter kehidupan masing-masing.
.
Kita mesti ada undang-undang kehidupan yang kita pilih sendiri untuk membolehkan kita menjalani hidup ini dengan lebih baik dan tenang.
.
Kita ada do's and don'ts orang terhadap kita. Kita juga ada do's and dont's kita terhadap orang lain.
.
This is things you can tolerate. This is how you react when something happened.
.
Kita mesti ada mekanisma, kita mesti ada sistem-sistem yang kecil-kecil ini supaya kita boleh hidup dengan normal, kita boleh hidup dengan waras.
.
Jika kita tidak ada sistem-sistem ini, maka sistem hidup orang lain akan dibenamkan dalam kehidupan kita secara tidak sedar. Dan sudahnya kita terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain, kita tidak ada prinsip.
.
Kita tidak ada prinsip— Itu bukanlah masalah utama. Masalah yang lebih besar ialah bila kita tak ada prinsip lama-lama kehidupan kita jadi haru biru. Kewangan kita jadi berterabur dan tunggang langgang, relationship kita dengan keluarga jadi bermasalah, dan keseluruhan hidup kita jadi caca merba. Itu masalahnya.
.
Maka bila kita ada mental model, kita jadi seseorang yang firm— berprinsip, tegas dan orang tidak mudah untuk ambil kesempatan ke atas kita dan kita pun tidak mudah ditipu orang.
.
Mental model is a good thing to learn. Kebanyakan orang yang berjaya sememangnya ada set of rules mereka sendiri dalam kepala.
.
Jika anda berminat nak baca lebih lagi tentang mental model, boleh buka Youtube, dan taipkan mental model. Salah satu mental model kegemaran saya ialah Inversion.
.
#pkcm 11/1000

Tempoh hari saya nampak buku ini di Book Xcess, saya belek pada mulanya kerana nama penulis dan judul pada kulit buku ini.
.
Menjadi kebiasaan saya akan membaca review di Google terlebih dahulu sebelum membeli buku. Jika buku itu keperluan buat masa ini, saya akan dahulukan. JIka tidak, kena fikir banyak kali. Kadang kita buat keputusan ikut nafsu buku, kadang kita buat keputusan ikut logik akal. Hee.
.
Bukan semua buku itu kritikal pada diri kita, walaupun buku itu sangat terkenal di seluruh dunia.
.
Kebanyakan review di Amazon menyifatkan buku ini sebagai buku yang memberi kita idea untuk berhati-hati dan jika boleh kurangkan mendengar berita, juga membaca berita kerana ada waktunya berita yang dilaporkan mengandungi perkara yang kita gelarkan ia sebagai unsettling point - fakta atau perkembangan semasa yang tidak lengkap.
.
Ada sesetengah berita yang dilaporkan itu adalah berita ongoing, ada berita yang tidak lengkap dan ada berita yang tidak ada nilai pun ke atas diri kita, apatah lagi cita-cita yang sedang kita usahakan.
.
Keseluruhannya, buku itu mencadangkan kita supaya berhati-hati kerana apa yang kita khatamkan itu ada kesan kepada fokus kita.
.
Saya melihat konteks berita ini juga teraplikasi kepada apa yang kita baca di media sosial. Kebanyakan hal yang dilaporkan di Facebook sebagai contoh bersifat separuh masak, penipuan, hype dan majoritinya tidak ada nilai kepada cita-cita yang kita sedang usahakan.
.
Maka, hati-hatilah ke atas apa yang kita masukkan ke dalam kepala kita.
.
Pada hujung hari, saya tidak membeli buku ini kerana saya berpuas hati dengan apa yang diterangkan secara ringkas oleh pembaca lain di Amazon.
.
Hati-hati. Banyak berita tidak ada nilainya kepada hidup kita.
.
Follow saya di Facebook :
https://www.facebook.com/mal.miamia
#pckm 12/1000

Link video : https://fb.watch/fD-O1iikhn/
Pada tahun 2022 baru sedar Tuan Izwan Wahab bercerita tentang ekonomi. Masa tahun 2017, tidaklah saya faham dengan jelas hal ekonomi.
.
Kata kunci : Produktiviti, nilai (value), transaksi, inflasi, ekonomi. Apa pun terjadi, produktiviti perlu terus diusahakan..
.
Jika tidak ada produktiviti, kita ibarat menggali lubang untuk menanam diri sendiri.
Join grup Telegram Tuan Izwan di sini : https://t.me/+O9JNLjsfIQ9iKnBj

Telegram
#NBR
Nota Bisnes by Robotys
Hi 279! Hari ini ulangtahun kelahiran saya buat kesekian kalinya. Saya tidak ada banyak perkara yang mahu dicoretkan pada ulangtahun kelahiran tahun ini. Semoga saja saya semakin matang, kekal comel dan awet muda. Amin.
.
Sepanjang saya belajar bangun semula, saya melalui proses acknowledge. Menerima dan meredhai satu persatu ketentuan Tuhan. Kalian bayangkan jika kita ini ibaratnya jatuh ke lembah yang dalam, kemudian kini masanya kita memanjat semula ke atas satu persatu anak tangga.
.
Maka, kita akan melihat babak demi babak kejadian, merakam jelas dalam ingatan dan tidak lagi menangisi tiap satunya tetapi jadi lebih berhati-hati. Semakin tahu bila mahu berhenti, bila waktunya bertegas, dan pastinya bila untuk menutup pintu.
.
Semakin bertambah usia, semakin berani memilih dan membuat pilihan dengan jelas. Secara akarnya masih sama, mungkin gerak tindakan yang jadi berbeza.
.
Saya semakin dewasa dan kekal memilih kejujuran dalam dunia yang banyak tipu-tipu.
.
Kejujuran kita tidak perlu dihargai semua, tetapi ia pasti dihargai buat yang pandai menilai. Hidup tenang, hidup jujur, jangan bermuka-muka.
.
Semoga tahun mendepan saya menjadi CM yang lebih baik daripada hari-hari sebelumnya, tahun sebelumnya.
.
Akhir kata, jika kita lahir comel, kita tidak perlu sibuk jadi jelita. Pasti ada yang menghargai kecomelan kita seadanya. Saya selesa, bahagia dan akan sentiasa jadi diri saya.
.
Tidak hidup dek puji, tidak mati dek keji. Aaa gitu.
.
.
Happy Birthday CM! ❤️
.
PS : Anthem birthday tahun ini Blackpink - Shut Down. Each and every words. "When we pull up, you know it's a shutdown."