CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
Musim PKP ni ramai yang buka bisnes nak jana pendapatan.

Ada yang buka bisnes part time, ada yang terus jalan fulltime.

Tapi...

Banyak sangat bisnes yang RUGI!

Produk takde orang nak beli.

Jual macam-macam tapi tetap tak menjadi.

Apa punca?

Jemput join training percuma dari BRC ni.

Semua orang sebenarnya boleh mulakan bisnes TANPA RISIKO walaupun masih TAKDE IDEA.

Macam mana pulak tu?

Klik sini : https://brc.my/plan-b/hai/278
Takut nak mula bisnes?
Buntu takde idea nak bisnes?

Jom join training PERCUMA ni.

Klik sini sekarang juga https://brc.my/plan-b/hai/278

Jangan cakap CM tak payung okay?
Pernah rasa macam ni?

Antara punca kenapa produk tak terjual adalah kita rasa syok sendiri orang akan beli.

Tak fikir pun pasal masalah pelanggan.

Tak fikir pun cara macam mana nak bantu selesaikan masalah pelanggan.

.
.

Jemput join training PERCUMA dari BRC ni.

"Bila fokuskan apa customer mahu, apa penyelesaian yang kita boleh bagi, the ideas just keep coming", Puan Nurina Rahman.

Nak join?

Klik sini https://brc.my/plan-b/hai/278
Macam mana pulak tu?

Ambil contoh jual penapis air.

Kita tengok orang lain boleh jual berpuluh-puluh unit sebulan.

Tapi bila kita sendiri jual, seunit pun payah.

Padahal produk yang sama.

Ini yang terjadi kalau kita tak faham SEBAB kenapa manusia membeli.

.
.

Dalam training percuma dari BRC, ada cerita pasal ni.

Ramai orang ada masalah macam ni tapi lepas dah join training jadi lagi senang nak menjual.

Fahamkan dulu sebab manusia membeli, baru senang nak jual apa sekalipun.

Esok training akan bermula.

Serius nak belajar cara menjual dengan mudah walaupun takde modal dan takde idea apa nak dijual?

Daftar cepat.

PERCUMA je ni.

Klik sini untuk register
https://brc.my/plan-b/hai/278
Susahnya nak tulis copywriting iklan...

Menulis copywriting yang menarik akan jadi susah kalau kita tak ada input yang cukup untuk menulis. Ibarat kita hanya termenung menunggu idea menulis datang.

Perkara yang kita perlu faham adalah:
Takde input yang bagus = takde output yang bagus

.

Seorang Copywriter legend bernama Gary Bencivenga cakap:
“Copywriter yang hebat adalah penyelidik yang paling gigih. Macam seorang pelombong, mereka menggali, menggerudi sehingga berjaya penuhkan troli dengan bijih berharga.”

Jadi, sebelum menulis copywriting, kita perlu ada bahan yang cukup untuk mula menulis.

Semakin banyak info yang kita gali dan cari, semakin banyak bahan yang boleh digunakan untuk kita menulis copywriting iklan.

.

Tak tahu bahan apa nak sediakan untuk tulis copywriting iklan?

Ada 3 ramuan penting copywriting yang kami kongsikan dalam panduan PERCUMA Copywriting 101. Siap 3 bahan ni, kerja tulis copywriting jadi lebih mudah.

Kat mana nak dapatkan panduan ni?

Klik link ini : https://brc.my/copywriting-101-cara-buat-iklan-copywriting/hai/278
Buntu tulis copywriting iklan?

Percaya atau tidak, sebenarnya copywriter hebat pun akan rasa satu tahap di mana dia tak mampu nak tulis copywriting yang hebat.

Keadaan ini dipanggil writer’s block. Bukan penulis buku saja yang ada masalah writer’s block ni tau.

Ada 3 punca utama masalah ni.

.

1. Masa

Kita tergesa-gesa nak siapkan satu-satu copywriting iklan.

Menulis iklan ini ada kalanya perlukan masa dan input yang cukup. Selagi tak cukup input atau info, selagi tu kita akan stuck mencari idea nak tulis.

Dan idea tak akan datang dengan hanya kita duduk termenung depan laptop saja. Ini pentingnya research.

Jadi, luangkan masa untuk buat kajian. Kumpul bahan sebanyak yang mungkin supaya proses menulis jadi lebih senang.

.

2. Tunggu idea ‘perfect’ baru tulis

Kita nak idea tu ‘perfect’ dalam kepala kita dulu sebelum mula tulis copywriting iklan.

Terlalu menunggu idea yang ‘perfect’ tapi sampai ke sudah tak mula buat.

Percayalah, selagi kita tak buat, selagi itu kita takkan jumpa idea copywriting yang ‘perfect’.

Macam mana nak tangani masalah ni?

Tadi kita dah kumpul bahan untuk tulis copywriting. Jadi sekarang buat je!

Lepas buat, baru kita cari kat mana salah, mana yang perlu dibaiki dan mana yang bagus untuk kita kekalkan.

Macam mana nak tahu copywriting kita menjadi?

Copywriting kita menjadi bila ada respon dari pelanggan atau prospek.

.

3. Tak faham pun apa itu copywriting

Copywriting ni apa ke bendanya?

Bila tanya soalan ni, ramai yang sebenarnya tak dapat jawab.

Yang jawab pun akan cakap copywriting adalah ayat gempak, meletup, memukau.

Takde pun ayat pukau, gempak, meletup. Ini semua kepercayaan karut. Yang ada hanyalah bahasa yang kita gunakan untuk sampaikan mesej kepada target market kita.

That’s it!

Buang kepercayaan karut pasal copywriting dan kembali kepada asas. Ini yang paling penting.

.

Takde idea nak tulis iklan berkesan?

Jangan panik.

Panduan Copywriting 101 boleh bantu anda siapkan 'ramuan' sebelum tulis iklan. PERCUMA je tau.

Masalah blur nak buat copywriting iklan ni sebab tak cukup ramuan je. Dah cukup semuanya, senang je nak buat.

PICIT link ini : https://brc.my/copywriting-101-cara-buat-iklan-copywriting/hai/278
Pagi Jumaat ini saya tulis kisah tentang Maria. Mungkin awak kenal Maria.
.
Klik sini untuk baca tentang Maria : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3416957418373339&id=100001773441004
"TULIS IKLAN PENDEK PUN ORANG TETAP TAK PEDULI IKLAN SAYA"

Iklan pendek atau panjang tapi orang tak baca tak guna juga. Mesej iklan tetap tak sampai.

Nak pelanggan baca iklan, kena bagi pelanggan 'rasa' dengan tajuk atau headline yang menangkap perhatian.

Dalam dunia pengiklanan, antara copywriter terkenal dan menjadi rujukan sampai sekarang adalah David Ogilvy.

David Ogilvy cakap:
“Apabila anda menulis headline, anda telah menghabiskan 80 sen daripada $1 anda.”

Ini menunjukkan betapa pentingnya headline dalam copywriting iklan.


Apa tips yang Ogilvy ajar untuk tulis headline?

.

1. Fokus fakta yang menarik tentang produk

Antara ‘personal favorite’ headline yang ditulis oleh David Ogilvy adalah headline untuk iklan Rolls Royce.

"At 60 miles an hour the loudest noise in the new Rolls-Royce comes from the electric clock"

Headline ini telah menjadi rujukan copywriter zaman berzaman.

Ogilvy cakap yang dia hanya menulis FAKTA semata-mata dan fakta itu mestilah menarik minat target market, bukan fakta yang membosankan.


.

2. Headline mestilah bertujuan menapis prospek

Headline kita mestilah tarik perhatian target market yang TEPAT dengan bagitahu apa manfaat yang target market kita nak. Dari sini sebenarnya kita akan tapis orang yang baca iklan kita.

Davild Ogilvy pernah tulis iklan untuk satu produk krim hormon.

“How Women Over 35 Can Look Younger”

Dalam headline ni, target market yang produk ni cari adalah wanita berumur 35 tahun dan ke atas yang nak nampak muda.

Jelas kan?

Headline dah siap-siap tapis siapa yang perlu baca iklan ni sampai habis. Wanita yang berumur 35 tahun ke atas pun akan rasa ‘bodoh’ kalau tak baca iklan ni.

.

3. Gunakan bahasa mudah

Gunakan bahasa biasa yang prospek atau target market kita guna dalam perbualan harian. Elakkan bahasa yang susah difahami atau jargon yang pelik-pelik.

Masih ingat iklan krim hormon tadi?

David Ogilvy pernah gunakan perkataan ‘obsolete’ yang bermaksud usang atau tua, tapi 43% target market dia tak tahu apa maksud ‘obsolete’.

Jadi, dia ubah kepada umur 35 tahun. Lebih mudah faham, tak perlu orang nak berteka-teki berapa umur yang sesuai untuk baca iklan ni.

.

Best kan kalau boleh tulis headline yang power?

Lagi best kalau copywriting iklan tu pelanggan akan baca sampai habis. Sebab iklan yang bagus perlukan ramuan yang cukup supaya pelanggan akan terus bertindak lepas baca iklan.

Nak tahu apa ramuan penting yang perlu ada dalam copywriting iklan yang berkesan?

Klik sini : https://brc.my/copywriting-101-cara-buat-iklan-copywriting/hai/278
CERITA SEORANG TUKANG IKLAN
MENYELAMATKAN POKOK OREN

Tahu oren Sunkist?

Jus oren pun mesti tahu kan?

Mat saleh ramai minum jus oren masa sarapan.

Yang Melayu perasan mat saleh pun sama.
😂😂😂

Tapi...

Tahu tak, dulu orang tak makan sangat buah oren & mat saleh pun tak minum jus masa sarapan?

Masa tahun 1900-1910, Sunkist Growers Inc di California menghasilkan banyak sangat oren walaupun permintaan kurang.

Mereka terpaksa tebang pokok oren yang banyak tu!

Kalau tak nanti, buah terlalu banyak, harga pula jatuh!

.
.

Nasib mereka berubah apabila mereka panggil seorang tukang iklan.

Tukang iklan ini buat kempen menyebarkan idea makan oren itu sesuatu yang berkhasiat.

Tak cukup makan oren, minum jus oren lebih mudah untuk dapat khasiat oren. Sebab dia fikir, untuk dapatkan segelas jus oren, perlukan 2-3 biji oren.

Lagi cepat orang telan oren, lagi laku buah oren.

Semua ini berjalan dalam kempen yang dinamakan 'Drink an Orange'.

“Orange juice — a delicious beverage — is healthfulness itself.” Begitu intro iklannya.

.
.

Dari situlah bermulanya budaya minum jus oren yang sebelum itu tak wujud langsung.

Nampak tak?

Dengan perkataan-perkataan ayat iklan yang betul...

PERANGAI masyarakat berubah, jualan buah oren meningkat dan pokok-pokok oren pun selamat daripada terus ditebang.

.
.

Nak tahu lagi cara nak tulis iklan dengan betul?

Dapatkan panduan Copywriting 101 dari BRC.

PERCUMA je tau.

Klik sini : https://brc.my/copywriting-101-cara-buat-iklan-copywriting/hai/278
Hujung minggu lalu saya hadir program Grow Your Business (Hasbul Brothers). Saya tuliskan review program ini di sini. Mungkin bermanfaat buat anda.
.
Review program di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3446339832101764&id=100001773441004
JANGAN TULIS IKLAN SELAGI TAK BOLEH JAWAB 3 SOALAN NI.

"Saya tak pandai FB ads, macam mana ya?"

"Macam mana saya nak online kan bisnes saya"

"Ramai yang like iklan saya, tapi takda yang beli pun. Kenapa?"

"Apa ayat iklan meletup, bila orang baca je mesti terus rasa nak beli?"

Ini soalan-soalan yang kerap orang tanya.

Tak salah pun soalan ni, cuma jawapan kepada soalan tak membantu pun selesaikan masalah buat iklan untuk hasilkan jualan.

Yang salah adalah:
Orang kejar teknik daripada nak fahamkan TUJUAN sesebuah iklan.

Yang sepatutnya:
KENAL pelanggan dulu baru kenal teknik iklan.

Iklan sepatutnya bertujuan untuk hasilkan jualan. Ajak orang membeli.

.
.

Apa soalan yang patut ditanya sebelum buat iklan?

1. SIAPA pelanggan kita?

Kena kenal siapa target pelanggan yang kita nak.

Iklan takkan melekat dalam kepala semua orang.
Kena lebih spesifik.

Iklan Panadol, akan melekat kepada orang yang sedang/akan rasa sakit kepala.

Iklan Trivago, akan melekat kepada orang yang ada masalah cari tempat tidur bila nak travel.

Iklan Shieldtox, akan melekat kepada orang yang rumah ada banyak nyamuk.


2. APA mesej yang kita nak sampaikan?

Dah kenal siapa pelanggan, lagi senang kita nak cipta ayat guna bahasa yang dia boleh faham.

David Ogilvy, seorang copywriter iklan terhebat ada menyebut:

"When people read your copy, they are alone. Pretend you are writing to each of them a letter on behalf of your client.”

Faham tak?

Setiap iklan bertindak seperti ditulis setiap satu untuk setiap orang.

Pelanggan yang baca akan rasa, iklan ni KHAS untuk dia. Bukan untuk orang lain.

Lagi spesifik mesej iklan, lagi mudah pelanggan buat keputusan untuk beli.

———
Contoh iklan:
———

KHAS untuk ibu bapa yang mempunyai bayi kurang 6 bulan yang ada masalah kembung perut.

Dah jumpa ke cara terbaik untuk legakan perut anak anda?

Dengan losyen panas X, ia boleh bantu melegakan masalah kembung perut dan buatkan anak anda cukup rehat sepanjang hari.

......
Iklan ini jelas
Kepada SIAPA: Ibu bapa yang ada bayi berusia kurang 6 bulan dan mengalami masalah kembung perut
Mesej APA: Jom ubati masalah dengan losyen X


3. DI MANA pelanggan berada?

Zaman sekarang, orang terlalu 'hype' menjual di Facebook.

Kenalpasti kat mana pelanggan kita ni 'melepak'.

Nak jual krim sakit lutut kepada pakcik-makcik, adakah mereka ni ada di Facebook?

Nak jual ikan patin segar di pasar malam, perlu ke buat iklan Facebook?

Nak iklankan homestay, ada ke orang akan cari homestay di Facebook?

Facebook, Twitter, Instagram, Trivago, Courasell, Lazada semua ni hanyalah medium sahaja.

Kena cari medium sesuai yang target pelanggan kita guna.

Boleh faham kan?

.
.

Dah dapatkan panduan Ayat Iklan Menjual?

Dengan panduan ni, kerja-kerja menulis iklan jadi lagi senang tau.

PICIT link untuk maklumat lanjut : https://brc.my/ayat-iklan-menjual/hai/278
Sebagai manusia biasa, memang normal jika kita berasa takut, panik dan stress bila terdengar makluman PKP akan bermula. Apa lagi bila kita dengar Darurat (Politik) bakal dilaksanakan.
.
Reaksi kita itu normal. Tetapi, kita perlu belajar untuk menguruskan reaksi dan jalan terus. Bagaimana nak bantu diri kita semasa semua orang lain juga sedang panik?
.
Ini entri yang saya baru baca, dan saya minta kawan-kawan semua baca juga. Kita sama-sama depani situasi hari ini dengan hati yang kental.
.
Klik sekarang : http://brc.my/abo
Assalamualaikum. Test sekali lagi. 🙈