CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
Tahun ini saya PILIH untuk hadir program ini.
Saya memang tunggu Tuan Bukhari Ramli buka sekali lagi program ini sebab tak dapat hadir kali yang pertama dulu.
.
Jam 12 tengahari ini akan dibuka pendaftaran (tempat terhad) dan untuk 100 orang terawal akan terima SPECIAL BONUS FAST ACTION : Case Study Student Baru Grad Buat Jualan RM1.2 juta (Komisen 4 Angka).
.
Saya dah register sebagai Super Early Bird hari tu. Awak bila lagi? Bukan selalu saya nak rekemen program yang saya sendiri join.
.
Jumpa di sana.
.
PS : Saya akan share link registration di dalam grup ini nanti ya. Jangan lupa register.
Betul, status sebelum ni saya rekemen attend satu program yang saya sendiri join. Tapi, awak perlu ke join program ni? Awak decide sendiri. Baca dulu artikel ini, buat berfikir panjang. Ada 2 jam lagi untuk berfikir sebelum registration di buka.
.
http://brc.my/program-advanced-hampeh/hai/278/
KINI DIBUKA!

Daftar segera ke Blueprint Mesin Marketing
Tarikh: 28 Julai 2019
Lokasi: UPM Serdang, Selangor

KLIK link di bawah untuk ketahui:
πŸ”₯ Kenapa marketing tak menjadi
πŸ”₯ Kenapa makin kejar teknik marketing terbaru makin serabut
πŸ”₯ 7 langkah dalam strategi old school marketing yang masih berkesan sampai sekarang!
πŸ”₯ 5 nombor utama yang wajib dipantau dalam marketing untuk tingkatkan hasil perolehan bisnes
πŸ”₯ 3 cerita bisnes & NGO yang guna strategi old school marketing untuk tingkatkan hasil

Kalau ada masalah dalam marketing, sila buka page ini dan baca dulu sampai habis.

http://brc.my/dsa-bmm-654/hai/278
Ini cerita pasal seorang lecturer...

Sebelum ni, jual macam-macam produk gajet. Orang datang survey, liat betul nak beli.

Sekarang ni, jual beyblade je pun orang sanggup datang beli dari jauh.

"Ye ke? Kan bersepah orang jual beyblade, takkan orang sanggup beli dari dia jugak?"

Iye!

Dia sendiri pun tak percaya.

Apa yang dia buat?

Ha...

KLIK SINI untuk baca ceritanya:
http://brc.my/pelanggan-senang-beli-bmm/hai/278
β€œSaya buat iklan menjual, tapi tak ramai yang respon pun!”

Sebenarnya, memang tak ramai yang akan respon iklan kita terus.

Saya nak kongsi strategi untuk ubah iklan kita supaya dapat lebih ramai yang respon.

Siap dengan contoh.

Baca kat sini ye:
http://brc.my/strategi-iklan-10x-bmm/hai/278
Pening nak cari pelanggan & bersaing dengan orang lain?

Ada cara untuk buatkan pelanggan yang tepat datang kepada kita, kemudian dibasuh dan ditapis supaya mudah untuk kita memberi nilai kepada mereka.

Takde dah menjual kepada dewan yang berbunyi cengkerik!

Kita jual apabila dah ada pelanggan yang ready dan tak sabar untuk membeli.

Falsafah menjual Bukhari Ramli:
JANGAN menjual selagi orang tak minta.

BONUS:
Apabila orang yang minta daripada kita (bukan kita push), dinamik dalam urusan jualbeli sudah berubah.

Macam mana nak buat?

Daftarlah ke Blueprint Mesin Marketing.

Ada 7 langkah diberikan.

Daftar segera.

Pendaftaran tutup malam ini!
http://brc.my/dsa-bmm-654/hai/278
(1/100) #CMNotes (2)
05072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikum. Salam Jumaat. Selamat tengahari.
.
Saya baru saja turun dari MRT. Semasa saya sedang queue untuk buat pembayaran di kaunter tadi, saya sempat layan sambungan video keynotes Gary Vee di Jakarta.
.
Ada satu poin kecil yang besar impaknya dapat saya dengar tadi.
.
Perihal usahawan yang tak mampu bersabar walaupun dia ingat dia tu dah sabar banyak. Kerana terpengaruh dengan tekanan dan penilaian persekitaran.
.
Macam bosan je topik ni kan haha.
.
Nak baca, baca. Tak nak baca, terpulang. Saya tak rugi apa.
.
Ramai usahawan nak result cepat. Dalam pada mulut dia berzikir kena sabar, sabar. Tetap dia menjalankan hidup dia dengan bergantung pada persepsi orang.
.
Bila dia tengok orang lain sebaya dia, kawan-kawan sekolah maybe, kawan-kawan usahawan lain, saudara mara, jiran, adik beradik.... dah capai sesuatu tahap dalam hidup.
.
Dan dia masih terkial-kial menggelupur di laut dalam.
.
Dia mula rasa macam dirinya tak ada progress. Atau dia buat kerja sia-sia etc etc.
.
Walhal, hidup orang lain tu tidak ada kena mengena dengan dia.
.
Sedar atau tidak, dia yang memilih untuk membebankan emosi sendiri. Hingga dia mula percaya, yang dalam umur sekian-sekian, AT LEAST kau patutlah dah capai sekian-sekian.
.
Asal berjumpa saja orang mesti nak cerita jumlah anak, jumlah holiday setahun, jumlah rumah, jumlah kereta, jumlah bermacam benda lagi. Siapa on top, siapa on track, siapa left way behind.
.
Dan bila tengok diri sendiri tak ada, mula rasa down. Mula balik rumah main biola. Mula rasa pencapaian diri jauh.
.
Sebenarnya, untuk menjadi usahawan yang berjaya. Kita mesti tahu jalannya. Ada antara kita memang sudah tahu jalannya.
.
Tapi kita tak duduk dalam environment yang betul. Kita duduk dalam environment lama yang menghancurkan cita-cita kita.
.
Gary Vee kata, untuk kita execute semua perancangan kita, untuk kekal SABAR tu, memerlukan ketenangan dalam fikiran.
.
Kita tak boleh nak tenang kalau masih dikelilingi persekitaran yang drag diri kita ke bawah.
.
Tak boleh tenang kalau surrounding kita asyik buat kita stress.
.
Suka atau tidak.
.
Kita kena tukar circle kita. Cut out mana-mana mereka yang drag us down - walau dia tak niat, sebab kita sekarang ni nak jaga emosi dan fokus kita. Supaya kita tak main biola. Supaya kita buat kerja dengan fokus.
.
Potong dan gantikan dengan mereka yang menyokong usaha kita.
.
Dapatkan suasana yang tenang. Jangan benarkan persekitaran kita judge dan menentukan bagaimana kita patut menjalani kehidupan.
.
Apabila fikiran kita tenang, emosi kita terurus...Baru kita boleh buat kerja seperti yang dirancang.
.
Tak payah lah risau. Unfriend dan unfollow bukan maksud putus kawan. Its just another tough decision you gotta do in life.
.
Do it now.
.
Or regret bout it later.
.
Saya sudah. Awak bila lagi?
.
PS : Tapi CM, nanti orang kata kita sombong. Well, kalau kau susah, mereka datang hulur RM100 tak? Tak ada? So.. Lagi main biola buat apa. Orang tak kisah pun sebenarnya, kita je yang biola lebih. Bajet Taylor Swift letew ingat orang nak kecam 24jam.
(2/100) #CMNotes (2)
05072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikum. Salam Jumaat sekali lagi.
.
Saya dalam usaha mengkhatamkan lebih banyak bahan bacaan setiap hari. Dan saya gembira untuk merekodkan perjalanan kerja membaca saya di channel TG baru. Khusus untuk bercerita tentang apa yang saya baca semata-mata.
.
Klik sini untuk join : https://t.me/cmbook
.
Saya perlu asingkan daripada channel utama ini. Kenapa?
.
Kerana saya nak asingkan mereka yang betul-betul aktif kepada perkongsian saya. Mereka ini saya nak jaga betul-betul. Mereka jugalah yang menjadikan saya terus bersemangat nak menulis dan berkongsi.
.
Okay, itu satu hal.
.
Saya nak cerita sikit mengenai kerja membaca.
.
Ya, membaca buku ini adalah SATU KERJA. Bukan satu hobi masa lapang.
.
Hobi masa lapang, kita buat secara leisure. Kita relek-relek tepi pantai pun boleh baca buku. Tapi kalau tinggal pun tak apa. Sebab kita buat masa ada masa lapang.
.
Berbeza dengan KERJA MEMBACA yang saya terapkan sekarang.
.
MEMBACA tu kerja utama saya sebagai Ketua.
.
Saya bertanggungjawab untuk menghadam lebih banyak dan lebih luas lagi. Dan menggunakan ilmu-ilmu yang dihadamkan itu untuk buat keputusan lebih baik.
.
Juga menggunakan ilmu-ilmu itu untuk menggilap bakat-bakat yang berada di dalam pasukan saya.
.
Jadi, saya tak boleh membaca secara PASIF. Saya wajib membaca secara AKTIF.
.
Antara cara lain untuk membaca secara AKTIF termasuklah mencatatkan kembali kefahaman saya. Dan lebih banyaklah yang saya akan terima di masa hadapan, jika saya kongsi apa yang saya baca itu kepada ramai orang lain, SEKARANG.
.
Bagi lebih, dan bagi lebih lagi.
.
Itu yang saya cuba lakukan sekarang.
.
InsyaALLAH boleh sertai perjalanan saya di sini : https://t.me/cmbook
.
Dan boleh forward mesej ni kepada semua kenalan anda yang lain.
.
Beritahu mereka, CM dah mula menulis balik. Kita akan menulis apa yang kita tahu, dan kita tak minta apa-apa in return. I do it for free and expect nothing in return.
.
But if you guys learn a bit from my writing, well babe..it makes my day.
.
Terima kasih.

PS : Berikut antara buku yang sedang saya hadamkan sepanjang minggu ini. Nak tahu kupasan lanjutnya? Join channel ni ya : https://t.me/cmbook
Forwarded from CM
πŸ‘πŸ‘πŸ‘
Tersengih seorang baca post tahun 2017 ni.
Kalau orang nak gambaran lah apa gilanya angkut stok turun naik teksi seorang diri, almost everyday.

Ini tahun 2017. Menangis melalak kena hurung stok banyak tu. Rasa macam nak tercabut rahim oi haha.

Fast forward 2019.

Atas izin Allah SWT, bulan puasa pun saya ada pengalaman handle 150psg telekung naik public transport. Dalam 100kg kain.

Ada pengalaman stranded di pejabat pos. Ada pengalaman prep wrapping di McD seawal jam 8 pagi. McD tu dah macam office aku je. Haha.

100kg kain tak sama berat macam 100kg manusia.

Kena maki free je dengan teksi. Tapi masa kita tanya boleh ke tak bawak semua ni, dia cakap boleh. Standard usahawan wanita dilayan sebegitu rupa. Haha.
IKLAN
======
KURANG 2 JAM LAGI!

+ 2 modul intro
+ 7 modul utama
+ 3 modul tambahan
+ bonus-bonus ekstra

28 Julai 2019.
UPM Serdang.

Padat masa sehari. Takde masa nak berlengah.

Itupun tak cukup lagi! Sambung lagi dalam emel untuk konten tambahan.

Mana nak dapat?

β€œFikiran dan kefahaman saya berubah lepas datang Blueprint Mesin Marketing. BRC memang overdeliver sangat-sangat.”

Pendaftaran kali ini dibuka sehingga pukul 10 malam ini sahaja.

.
.

Lihat komen pertama di bawah untuk ketahui:
πŸ”₯ Kenapa marketing tak menjadi
πŸ”₯ Kenapa makin kejar teknik marketing terbaru makin serabut
πŸ”₯ 7 langkah dalam strategi old school marketing yang masih berkesan sampai sekarang!
πŸ”₯ 5 nombor utama yang wajib dipantau dalam marketing untuk tingkatkan hasil perolehan bisnes
πŸ”₯ 3 cerita bisnes & NGO yang guna strategi old school marketing untuk tingkatkan hasil

7 Langkah Mesin Marketing:
http://brc.my/bmm
(3/100) #CMNotes (3)
06072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikum. Salam hujung minggu.

Saya masih di gym ketika saya menaip mesej ini. Kenapa pergi gym? I gained weight. Tiba masanya untuk bakar lebih banyak lemak.

Saya tulis entri ini hanya sebagai pesanan.

Walau seberapa sibuk pun anda dengan urusan bisnes.

Always, put ur health business on top. Why?

Badan yang cergas, otak tip top.
Badan tak cergas, serba serbi lemau.

Jangan korbankan masa depan anda.

Pergi bersenam hari ini, paksa diri kita. Sebagai invesment untuk masa hadapan.

Good luck everyone!
(4/100) #CMNotes (3)
08072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikun dan selamat petang. Saya baru nak tutup laptop habis waktu mobile office petang ini. Tunggu hujan teduh, nak balik.

Jadi saya nak kongsi sikit perkara kecil yang penting ini.

Semoga bermanfaat.

==========

Dari saya mula berbisnes, saya cuba untuk save sebanyak cash yang boleh dengan mindset : kita main untung sen, fokus volume, repeat 10 kali. Selepas 5 tahun, kita akan dapat sejumlah modal yang kita nak barulah kita dapat bersaing dengan lebih baik lagi.

Hakikatnya, selepas 5 tahun duit tetap tak berkembang. Cukup untuk sara hidup sahaja. Itu pun cukup makan paras hidung. Ada waktu makan Sushi, ada waktu makan Megi.

Kenapa?

Silap utama saya adalah pada mindset. Saya fikir kalau saya kerja untuk save more money, saya akan dapat generate more money menggunakan duit tersebut.

Jadi saya cenderung untuk pilih mana-mana kerja yang memberikan pulangan laju, asalkan ia jadi duit. Sebab saya perlukan duit untuk buat duit.

Maka, saya mengizinkan diri saya terdedah kepada pilihan short term : memilih fokus kepada jualan murah semata-mata.

Memang, kita boleh pergi volume. Setakat nak dapat jualan tinggi, repeat+lipat ni pejam mata anytime boleh buat duit. Setakat parcel membusut ini celah jari je boleh buat.

Tetapi, saya kehabisan masa.

Selepas banyak masa terbakar, saya masih tak berjaya capai jumlah cash yang saya sasarkan. Kenapa?

Sebab ia melanggar hukum alam. Haha.

Lagi banyak kita cuba jimat duit, lebih banyak masa terbakar.

MASA adalah aset yang Allah bagi pada kita, modal nombor satu yang tidak boleh dijual beli. Once its gone, its gone forever.

MASA dan usia kita ni takkan dapat kita beli balik walau dengan harga 1 Billion. Apatah lagi berbillion-billion. Takkan dapat.

Jadi, kita bukan perlu jimat duit untuk hasilkan duit untuk beli masa.

Tetapi..

Kita perlu guna duit untuk secure masa.

Sehari hanya ada 24 jam. Sekarang ni, 24 jam ni kita nak guna untuk buat apa?

Nak pergi beli ikan? Nak pergi gym? Nak teman parents di rumah? Nak spend masa dengan anak? Nak duduk dalam kolam mandi 2 jam? Nak pergi melancong? Nak buat charity work? Nak spend pergi kelas agama? Apa saja kita nak buat, kita perlu guna masa.

Jadi, gunakan cash untuk secure masa kita, supaya kita boleh buat apa kita nak buat.

Contoh, saya nak pergi seminar tapi dalam masa sama saya stuck dengan urusan management bisnes kecil saya.

Kalau saya fikir jimat, maka saya akan pikul kerja management tu, dan fikir satu hari nanti baru pergi seminar.

Kalau saya fikir nak secure masa, saya akan cari kerani untuk pikul kerja itu, bayar masa yang diperuntukkan untuk siapkan tugasan itu. Dengan itu, saya dapat secure masa saya dan pergi seminar.

Boleh gantikan kerja itu dengan apa juga perkara, dan seminar itu dengan apa juga benda yang kita nak buat.

Duit, sentiasa boleh dicari.

Matematiknya ada. Prosesnya ada. Cuma perlu belajar, kuasai dan mahirkan.

Tapi masa kita tak boleh beli. Takkan boleh beli.

Jadi fikirlah, selama kita berbisnes. Adakah kita masih fikir jimatkan duit supaya someday duit tu cukup untuk kita boleh beli masa, atau spend je duit tu sekarang secara terurus supaya kita dapat secure masa. Dan buat apa yang kita nak.

Memetik petikan yang saya pernah baca :

β€œ Struggling business owners will spend time to save money, wheres successful business owners will spend money to save time. Why is that an important distinction? Because you can always get more money, but you can never get more time. So you need to ensure the stuff you spend your time on makes the biggest impact. This is called leverage and leverage is the best kept secret of the rich β€œ

Fikir-fikirkan, selamat beramal.
(5/100) #CMNotes (3)
09072019 | Kuala Lumpur
========
Assalamualaikum dan selamat tengahari.

Sudahkah anda baca berkenaan DUIT dan MASA yang saya tuliskan semalam? Jika belum, boleh baca di sini :

>> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2353854761350282&set=a.1111167462285691&type=3&theater

Sekarang saya nak cerita aktiviti utama yang perlu kita beri lebih fokus, dalam usaha kita nak secure masa.

Ingat, kita nak guna duit untuk secure lebih masa.

Duit datangnya dari keuntungan dalam bisnes kecil kita. Nak untung, mesti ada jualan. Nak ada jualan, mesti buat dua benda ini.

Dalam bisnes, bagi saya ada 2 kerja utama yang perlu dijalankan berterusan.

Ongoing process. Kalau ada fail (file), kira living document in progress lah.

1) Kerja menuntut ilmu. Ini obvious. Tak kisah bisnes awak bagus macam mana pun, awak tetap kena perlu sentiasa topup ilmu. Baca dan hadam informasi baru. Cetuskan kefahaman dan dapatlah kita pengetahuan yang baru. Kerana kerja ini membolehkan kita buat keputusan-keputusan yang lebih baik.

Keputusan kita tahun ini pasti lebih baik dari keputusan kita di tahun lalu, JIKA kita sentiasa perbaharui, revisit, dan cerna informasi baru. Dapatkan ilmu, susun atur ilmu. Active learning.

Tak ada ilmu, macam mana nak execute yang nombor 2 ni? Apa itu nombor 2? MARKETING.

2) Kerja marketing. Ini pun obvious. Kalau marketing kita dilakukan dengan betul dan berkesan, kita akan dapat jualan yang kita mahukan. Kalau marketing kita longgar dan ala kadar, jualan akan masuk ala kadar.

Dan bila saya sebut Marketing, ia bukan sekadar kerja post selfie dalam IG ya. Basic Marketing ni mudah, tapi kita pun mudah nak skip sebab terpedaya dengan bintang-bintang IG/FB.

Orang buat Live, kita buat Live. Orang buat kontroversi, kita pun bikin kontroversi. Orang hari-hari post 10 kali, kita pun sama. Untuk apa? Entahhhh.. Dah dia buat, nampak sukses, kita buatlah.

Kerja Marketing dimulakan dengan benda yang paling basic : Kenal pasti target market.

Bunyi macam senang.

Kalau kita salah pilih target market, maka kita akan duduk di meja yang salah/kurang efektif. Jadi pemasaran kita akan jadi biasa-biasa, kita terpaksa bersaing dengan ratusan pemain amatur.

Maka hasil kita pun nanti, biasa-biasa saja...

Sebab itulah kena mahirkan Marketing. Bila mahir Marketing, kita dapat pull crowd yang betul, offer mereka benda yang betul, dan polish closing untuk mendapatkan jualan sebagai hasil akhir.

Jika kita sentiasa perbaiki dan fokus pada dua benda ini, kita akan hasilkan cashflow yang baik, insyaALLAH.

Masa itulah kita akan mula dapat hire pasukan...

Bukan kita lagi yang wrap parcel
Bukan kita lagi yang jawab sale
Bukan kita lagi yang buat CS
Bukan kita ...

Kita hire talent, kita polish dan dorong mereka.

Kita buka peluang pekerjaan, dan dapatlah kita secure masa kita.

Dapat sesuatu?

Kegagalan membetukan fundamental dalam Marketing, akan membuatkan kita terus berlari dalam circle yang sama.

Mendapat hasil biasa-biasa yang sama
Terperangkap dalam ruang yang sama
Dan terus membakar masa pada kadar yang sama

Kita terus rugi, rugi, rugi

Saya tutup entri ini dengan satu lagi petikan yang saya suka :

β€œThe marketing plan ended up being the 20% part of the business planning process that produced 80% of the result.”

Fikir-fikirkan. Selamat beramal.