CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
Ini link channel saya yang kedua : https://t.me/CMcube

Ada yang kata tak boleh click. Cuba sesiapa belum join klik jap. Lepas tu kalau tak suka boleh leave :D
Belum studi apa-apa yang best hari ini? Spend 30 minit tonton video ini. Saya baru khatam tengok. Puas hati. Cantum pula dengan compouding knowledge sebelum ini. Boom. ❤️

https://www.youtube.com/watch?v=M7NEHWbHjVU
☝️☝️☝️☝️☝️
Tuan Izwan Wahab akan buat sesi live 9 malam ini. Pergi ke FB beliau, cari post ini dan komen apa yang uols nak tanya berkenaan bisnes. Trust me, gunakanlah peluang begini untuk clear up walau 1 perkara kecil dalam kepala kalian. Ini peluang....saya baru nak fikir soalan. Baru lepas makan nasi kerabu hiks. :D
01042017 | 8.06pm
Ampang, KL
===
Ikutkan plan hari ini tak turun KL sebab semalam dah turun. Dan hari ini sibuk dengan urusan keluarga sebelah pagi. Tapi bila fikir balik, baik penat sehari je. Esok boleh buat kerja kat rumah je.. Maka jam 12 tengahari terpacaklah CM kat stesen bas.
.
Sampai KL terus pergi restock. Tak sempat nak layan satu persatu kedai-kedai macam semalam. Ya, aku memang suka masuk setiap kedai. SETIAP KEDAI.
.
Lalu depan 1 kedai ni, elok je Pakistan ini bungkus Bubble Printed. Walau dalam masa bubble printed dah low permintaannya, dia tetap membungkus. Semalam aku tengok dia bungkus berpuluh kodi untuk customer dia. Hari ini pun dia bungkus berpuluh kodi lagi. Kalau pun untung dia ciput, semangat kerja dia itulah yang kita kena pelajari. Mana ada merungut?
.
Sebelum tu ada lalu depan Muaz Textile (row depan Jalan TAR). Tetiba depan kedai tu ada seorang wanita usia 25-an, sedang berdiri tegak bawah panas dengan bekas air mineral dan air tin penuh ais dua bekas. Letak atas troli. Dia jual air bai..dia jual air, masa orang lain main Facebook. Dia jual air, masa orang lain merungut. Abang kalau merepek je kat FB, baik tutup muka sekarang.
.
Dah habis restock, turun lagi ke Masjid India nak cari benda lain. Oi punya ramai orang kat KL. Ini yang kata orang tak ada duit? Eh masak je la bihun sup kat rumah kenapa nak jalan jauh-jauh jalan TAR beli bihun sup, kan jimat masa ekonomi gawat? Tak kan..... fikir-fikirkan. Apa yang berubah? Apa yang perlu berubah?
.
Habis restock kat Masjid India, terus naik LRT hala ke KLCC. Eh KLCC pun ramai orang. Aku ni nak merempat sejam je kat tepi tangga sementara tunggu timing tepat - sebab balik nak singgah pasar malam. Huyooo manusia tak pernah berhenti shopping. Mungkin shopping buat mereka rasa secure. KLCC la, sebab kat stesen KLCC ada busking.
.
Balik naik bas. Elok lagi 15 minit nak sampai kawasan rumah, hujan turun dengan lebatnya. Lebat bai. Kau bayang la aku heret 4 kodi barang ni. Dengan baju sejuk aku, payung aku, pakai skirt kembang. Hujan lebat bang.. nak singgah pasar malam punya pasal. Angkutlah dengan payung, beg silang, skirt kembang, beg barang. Semata-mata nak beli 2 bungkus nasi kerabu untuk mak ayah aku. Janji tetap janji.
.
Sampai rumah juga akhirnya aku ni. In between yang aku lupa nak tulis tadi - sempat recce perkembangan certain item dengan supplier lama, sempat khatamkan buku Aqif semalam, sempat tidur dalam bas. Elok pulak pinggang dengan kaki aku kan jalan masa hujan. Tak sakit pun? ><
.
Mana nak sakit...sebab masa dalam hujan lebat tu, masa aku jalan sambil tempias separuh badan tu, aku bertembung dengan seorang aunt ni, tadi dia naik bas sama dengan aku. Dia jalan sangat perlahan. Rupanya, dia tak pakai kasut. Dia pakai stokin je color maroon. Mungkin dia tak nak kasut basah, mungkin dia ada 1 kasut je. Jadi, aku nak merungut apa? Merungut apa lagi ni bai..Tak sudah-sudah. Kerjalah bai. Doa banyak-banyak, usaha baik-baik.
.
PS : Untuk baca lebih banyak entri begini, follow TG diari hustle saya : https://t.me/CMcube
Notes
1. Jangan masuk game hit and run. Impian dalam hit and run nak belajar banyak benda - at the end of the cycle dapat penat saja. Hit and run - first sale nak terus declare profit. Nak tengok bisnes bernafas panjang, profit datang pada sale kedua, ketiga dan seterusnya. Sale awal untuk dapatkan pelanggan, ambil hati, NURTURE experience.

2. Sebagai LEADER boleh dipersetujui apa sahaja yang terjadi dalam bisnes - itu salah kita. Kalau tak dapat sale, salah target pelanggan, salah hire staff, salah hire dropshipper - itu semua salah LEADER, dia juga yang kena solve semula. Perlu berani buat keputusan.

3. Untuk improve diri LEADER, bacalah buku. Sepatutnya setiap hari ada masa untuk membaca, peruntukan masa untuk buku itu ada. Kalau dah kita sendiri terpaksa curi masa untuk baca buku, maksudnya buku bukan dalam prioriti kita. Tidaklah aneh kalau pengetahuan masih di takuk lama. Sampai bila kita nak tanya orang? Ini bukan zaman sekolah lagi. Belajar untuk hadam ilmu baru, gabung dengan ilmu sedia ada. Tambah kefahaman. Hidup ini tak lama

4. Bila hire SALE STAFF, at first carilah orang yang ada laras bahasa yang baik. Kerana komunikasi utama kita menggunakan bahasa. Jika bahasa bagus, itu bagus untuk brand. Kalau hire yang bahasa tunggang langgang, buang masa lagi nak polish mereka. Kalau nak fikir sale, kita fikir nak yang pandai close sale cepat. Kalau nak fikir brand, kita fikir nak yang pandai melayan pelanggan. Tak sama kejar sale dengan kejar pelanggan.

24 July 2017
24072017 | Ampang, KL
Bagi pemain iklan berbayar, bahaya sebenarnya bila jualan tinggi tetapi seller tidak tahu mengapa buyer beli barang jualannya. Lagi bahaya kalau jawapan seller - 'Dah dia suka, dia beli la..' atau 'dah orang tu ada duit, dia beli la..'
.
Jika ini jawapan seller, jelaslah bahawa :
.
1. Seller tidak jelas akan value yang beliau tawarkan kepada buyer.
.
2. Seller tidak pasti mengapa iklannya berkesan.
.
3. Seller tidak nampak potensi iklan boleh scale up, JIKA beliau jelas akan value yang dibawa.
.
Yang paling seram, seller gembira dengan jualannya, walau hakikat dari sudut bedah siasat bisnes, seller patut menangis.
.
Jika seller tidak faham pentingnya VALUE pada barang yang mereka jual, besar kemungkinan seller juga tak faham pentingnya menetapkan harga yang lebih tinggi, tidak faham pentingnya margin untung yang selesa. Ada kemungkinan overhead pun tak pernah ada.
.
Bisnes yang tidak ada overhead, layak dikebumikan sahaja bisnes itu.
#CMCube
Forwarded from notabisnes
Contoh pemikiran jangka panjang dalam bisnes. Lihat bagaimana target raya tahun depan (2018) mempengaruhi gerak kerja hari ini.
Dan ketahui juga mengapa usahawan yang matang dia boleh chill ja dalam pasaran yang huru-hara dengan perubahan trend.
Jom layan —-> https://www.facebook.com/notabisnesnet/videos/1954938491431037/
Saya sedang menonton FB Live Tuan Aqif Azizan. Join di sini :
01102017 Ampang
Small Hideout
====
1. Lagi 2 minggu, genap tiga bulan saya boleh dikatakan bercuti buat kerja secara serius. Saya tinggalkan bisnes, bagi cuti tanpa gaji pada staff kerana the whole business structure di-beku-kan buat sementara waktu.
.
2. Kisahnya, saya sibuk menguruskan hal keluarga dan ayah yang kurang sihat. Berulang alik ke hospital dan tidak bertemu kekuatan untuk terus menulis dan buat sesuatu pada waktu keluarga memerlukan saya di rumah. Ini salah satu kebaikan bekerja sendiri, cuma banyak plan bisnes juga perlu diubah suai selaras dengan keperluan semasa.
.
3. Enough is enough. InsyaALLAH, kita cuba push dan dorong diri sendiri ke hadapan. Sebab tidak ada orang lain yang akan datang mengetuk pintu rumah kita dan ajak kita terus berjalan ke hadapan - semua orang busy. Most people just dont care.
.
4. Kita sendiri yang perlu dorong diri sendiri. Jadikan segala ujian yang ada sebagia sumber kekuatan untuk terus teguh dan cekal mengharungi hidup. InsyaALLAH.
.
5. Jadi sesuai dengan tarikh 1/10, hari ini saya mulakan dengan membaca FB yang saya follow, bacaan setahun ke belakang. Untuk dapatkan 'TASTE' game bisnes yang dah beku sejak tiga bulan lalu.
.
6. Be strong kepada sesiapa juga yang menghadapi ujian hidup. Be strong!
Assalamualaikum.
Selamat pagi!
.
FB personal saya dibuka semula kepada umum. Add saya di sini : https://www.facebook.com/mal.miamia
.
Terima kasih :)
Tontonan malam ini. Ada banyak poin berharga dalam ni. Boleh buat berfikir.

https://www.youtube.com/watch?v=o8ky8PDLBRw
03022018 Ampang
Small Hideout
====
1. Dalam percubaan kami untuk kesekian kalinya di bawah jenama BySofea.Com, kami memilih untuk tidak simpan stok. Kami belajar dari pengalaman terdahulu.
.
2. Kami bermula beberapa tahun dahulu dengan modal RM100. Modal ini kami lipat berkali-kali agar ia terus membiayai kebodohan dan kami dapat belajar dari pengalaman. Untung sen-sen yang ada, kami rolling semula ke dalam bisnes dan kami juga tidak terlepas dari sikap mencuri untung bisnes sendiri.
.
3. Industri fesyen ini mencabar sifatnya. Ia tidak sama seperti bisnes lain yang menjual consumable-product kerana wanita tidak makan dan kunyah tudung ya. Maka, player bidang ini terpersona dan yakin bahawa mereka perlu menyediakan pilihan yang banyak.
.
4. Mempunyai banyak pilihan item memerlukan cash yang besar, juga tempat menyimpan stok yang selesa. Kita memerlukan sistem dan team untuk menguruskan semuanya secara teratur. Ia melibatkan banyak kos.
.
5. Tudung pula ada bermacam jenis dan setiap jenis tidak cukup hanya dengan 1 warna pilihan. Sedangkan inner tudung paling murah pun ada paling kurang 50 warna pilihan. Lebih banyak pilihan warna maka ia jadi lebih menarik dan memudahkan pelanggan membuat keputusan.
.
6. Apabila banyak pilihan warna, banyak jugalah item yang perlu di simpan. Jika 1 item kita mahu maintain 20 color minimum, setiap color 10pcs minimum, itu sudah 200 helai. Itu pun selepas kita hidangkan kepada para pelanggan, mereka akan tanya - warna lain tak ada ke?
.
5. Apabila kita simpan stok, kita ada duit beku dalam stok. Selagi stok itu tidak keluar, cash kita sangkut di situ. Apa pun kita tidak boleh buat apabila cash kita sangkut dalam stok. Inilah kesilapan kami yang terdahulu. Kami simpan cash yang secupak dalam stok semata-mata.
.
6. Belajar dari kesilapan, kami memilih untuk tidak menyimpan cash sen-sen kami pada stok.
.
7. Kami pilih 1 item yang ada demand, dalam fasa buang harga, tetapi stoknya kuat - stok tidak putus. Dengan itu kami tidak perlu simpan stok dan duit kami tidak terperam dalam stok. Maka untung sen-sen yang kami kumpul itu, kami bakar semula ke dalam pengiklanan berbayar.
.
8. Mengapa pula bakar untung dalam paid advertising? Kerana kami bukan mahu untung, sayang. Kami mahu rebut pelanggan. Orang yang buang harga untuk dapat cash supaya dapat buat belanja - mereka akan burn out. Kami masih boleh ikat perut, bakar untung sendiri dan terus besarkan database, bagi team makan seorang sedikit.
.
9. Dengan cash yang sedikit juga, kami pusingkan cash itu ke dalam penghasilan produk kedua. Dari sini dan seterusnya baru kami buat untung. Itu juga, pada kadar untung yang nipis. Selagi team boleh makan seorang sedikit, kami okey dan tidak kelam kabut buat keputusan untuk membesar pada kadar yang cepat.
.
10. Kami ulang dengan fokus kepada 1 metrik sahaja. One Metric That Matters (OMTM). Untuk OMTM ini saya hanya berpegang kepada satu nasihat Noah Kagan - boleh cari dalam YouTube. Video ditonton 3-4 tahun yang lalu.
.
11. Walau dalam game perang harga, ada seninya. Ada banyak player buang harga, tapi tidak semua mempunyai objektif yang sama. Terpulang masing-masing. Pengalaman membezakan tindakan kita.

Semoga bermanfaat.

CM
BySofea.Com
#teambysofea
16022018 Ampang
BySofea HQ

"Everything happen for a reason"

https://www.youtube.com/watch?v=pQLG4U5A68k