CM
654 subscribers
154 photos
2 files
239 links
Channel rasmi CM di Telegram
Download Telegram
15. Ulang cycle ini berapa lama? Sehingga kita capai jumlah database yang kita mahu? Apa jumlah yang kita mahu? Bergantung pada objektif masing-masing. Atau jika fikir long term, mungkin ikut kuarter kita perlu tambah 1 lagi gerak kerja - bawa repeat customer ke website. Supaya bisnes ada masa depan.

16. Kenapa guna Whatsapp? Kerana majoriti user Malaysia mesra Whatsapp. Di situlah mereka melepak, dan ada attention. Maka di situlah kita menumpang.

17. Orang yang ada bajet ratus ribu boleh shoot for awareness dan terus develop website. Jika kita ada limited budget, kita perlu adjust.

Semua saya tulis di atas, kami baru nak ikhtiarkan dengan konsisten. Selama ini disconnect je kefahaman kami. Itulah namanya rezeki, datang pada saat yang betul. Catatan Poknik banyak membantu - terima kasih Poknik.

Terima kasih dan semoga bermanfaat.
03112016 - FUTURE
—------------------------
1. Apabila teknologi berkembang pesat, pengguna internet boleh membeli item yang dijual di Amerika menerusi ecommerce. Item itu akan tiba dalam tempoh beberapa minggu atau lebih awal.

2. Dunia yang dahulunya terasa jauh kini seperti berada pada satu padang yang sama. Orang di hujung kanan padang boleh sampai ke hujung kiri padang dalam tempoh yang singkat.

3. Dalam bisnes hal ini membuka ruang dan peluang kepada pedagang negara A untuk datang dan menguasai pasaran di negara B. Vice versa..Jika kita jual susu lembu tempatan, mereka boleh jual susu lembu negara mereka juga (contoh). Esok lusa mereka boleh ternak lembu tempatan di sini dan jual kepada pasaran tempatan.

4. Ini adalah perkara yang tidak dapat kita kawal secara makro - kita rakyat sebuah negara. Dinasour juga kalau boleh tak mahu pupus agaknya. Tetapi mereka pupus juga akhirnya. Perubahan perlu kita terima. Walau pada satu hari kelak kita mungkin kehilangan fungsi yang sedang kita pegang pada waktu ini.

5. Dengan ADAPT kepada perubahan, kita dapat survive lebih lama.

6. Salah satu cara untuk 'mati' lambat, tersingkir lambat atau mungkin survive.. adalah dengan membina brand. Ia mengambil masa yang lama dan perlahan.

7. Brand milik kita adalah satu-satunya wild card yang kita pegang sendiri 100% - selagi kau tak jual share syarikat kau pada orang lain (tet!). Bisnes sentiasa terbuka kepada persaingan dan brand membantu sebuah syarikat kekal relevan.

8. Beri lebih perhatian kepada pengurusan bisnes kecil. Fokus kepada pembangunan database dan cubalah serius menguruskan cashflow. Dua perkara ini kalau tak ada, kau lupakanlah nak bersaing mahupun bina brand.

9. Jangan buang masa menyalahkan orang lain yang ada resources. Jika kita pun ada resources, kita akan buat benda yang sama juga. Kita nampak PELUANG

10. Membina brand itu bukannya sekadar menepek label pada tudung, buka kedai beratus cawangan dalam masa setahun, print name card, atau selfie dengan owner brand lain. Branding melibatkan beberapa elemen. Cari bukunya, baca, buat pemerhatian, aplikasikan.

11. Banyak syarikat luar negara akan cuba untuk 'makan' pasaran lokal perlahan-lahan. Pasaran pula bersifat tidak loyal. Namun, kelebihan bisnes lokal adalah pada memahami CITARASA pasaran tempatan. Ia masih lagi wild card yang berguna pada waktu ini.

12. Take over pasaran tidak berlaku overnight. Tesco juga ada brand barangan mereka sendiri. Namun, kita masih memilih kicap kipas Udang yang mahal, kita masih memilih gula Prai, kita masih memilih biskut lemak Jacobs. Walau kita boleh dapatkan barangan sama dengan jenama Tesco.

13. Kerana kerja menyemai brand baru ke dalam fikiran manusia mengambil masa jauh lebih lama (across generation), berbanding apa kita fikirkan. Apatah lagi mengusir brand sedia ada dalam fikiran.

14. Dalam senggang masa peralihan itu, kita masih ada ruang. Hargai ruang yang ada dan bekerjalah dengan bijak.

15. Penutup : Mempunyai kemahiran taktikal memang membantu kita dalam jangka masa pendek. Namun, taktikal tanpa strategi adalah ibarat masuk ke medan perang dengan peralatan yang salah. Berperang di laut mana sama dengan berperang di daratan.

Be strong. Its a rough sailing and always gonna be.

- CM -
03112016

Follow CM di FB : https://www.facebook.com/mal.miamia
Membina Bisnes vs Menjual Barang

1. Menjual barang dan membina bisnes adalah berbeza sama sekali. Majoriti usahawan di FB bermula dengan menjual barang. Kami juga sama. Apabila masa berlalu, kami mula meluangkan masa belajar membina bisnes. Inilah sedikit dapatan kami.

2. Menjual barang di internet, sebenarnya adalah kerjaan yang mudah. Tinggal lagi, kita perlu belajar taktikal untuk menjual. Ini termasuklah cara untuk mengiklan, copywriting, avatar research, skrip untuk closing dan sebagainya.

3. Seringkali kita tersangkut pada jualan adalah disebabkan lacking info dalam execution sesuatu taktik. Orang setting FB Ads begini, kita ikut. Orang setting FB Ads begitu, kita ikut. Kita buat keputusan berdasarkan sikap 'agak-agak', cuba jaya. Kita tidak membuat keputusan berdasarkan data.

4. Sedangkan sebenarnya jika kita betul-betul faham bagaimana dan mengapa kita buat split test, kita execute test after test, maka sukar kita nak tersangkut.

5. Buying power merosot adalah alasan popular usahawan tatkala perlu berdepan dengan hakikat diri sendiri bodoh dan pemalas. Tinjauan ke KLCC semalam mendapati orang ramai berpusu-pusu membeli kasut di butik kasut Vincci. Sepertinya esok sudah tak ada kedai kasut di muka bumi ini. Tolak faktor SALE, habit manusia membeli tetaplah tidak pernah pupus. Tinggal lagi, adjustment perlu dilakukan di pihak kita supaya kita kekal bersaing.

6. Kita boleh bersetuju pada satu perkara : Selling stuff on the internet is a do-able thing. Jika kita tak mampu menjual, bermaksud kita LACKING dalam pengetahuan jualan. Cari apa yang lacking, belajar. Once you did that, sales should flow.

7. Sekarang bahagian yang lebih sukar. Bahagian membina bisnes. Sebagai ketua bisnes, CEO (walau Ent tiada CEO, gunakanlah mindset seperti CEO). Untuk kekal bersaing, ketua perlu membuat keputusan yang betul.

8. Ini termasuk memilih market yang betul, produk mana kita nak tap, kolaborasi mana kita perlu sertai. Membina pasukan yang membawa masuk jualan dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Its all about making decision. Tersalah buat keputusan akan beri kesan pada bisnes juga pada brand.

9. Antara keputusan yang sukar termasuklah ketika syarikat ada banyak duit, dan kita memikirkan GROWTH. Juga, bagaimana langkah hari ini mampu meletakkan brand kita kekal relevan beratus tahun. Bagaimana investment masa pada hari ini meletakkan kapal kita dalam perjalanan long term, walau short term kita tidak se-gah mana.

Selamat berfikir. Happy Sunday.

PS : Buku di dalam foto adalah buku yang ditulis pada tahun 1996, semakan semula 2005. Dan dibaca saya pada 2016. Isinya masih relevan walau kebanyakan study case adalah kes lama. Falsafahnya boleh juga digunapakai bisnes kecil. Terutamanya bagi mereka yang hit sale juta-juta dalam tempoh kurang 3 tahun. Calm down. Semakin lama dalam bisnes, kita lebih cenderung memerhati dan belajar dari bisnes lain. Dan kurang excited dengan kejayaan instant juga over-rapid growth.
08112016 - Line Extension?
=======================
Semua brand ini adalah sejenis brand fast food. Well at least McD, Pizza Hut, Dominos, Burger King, KFC definitely are fast food.

Namun, McD dikenali sebagai brand burger, Pizza Hut dan Dominos menjual Pizza, KFC menjual ayam goreng, dunkin donuts menjual donut; dan lain-lain.

Begitu juga kami melihat dan belajar dari pengalaman untuk fesyen Muslimah. Pada awalnya ada brand-brand yang specialize kepada skirt labuh sahaja, jubah sahaja, tudung sahaja, streetwear sahaja.

Namun, selepas beberapa ketika, ada brand yang tutup. Adalah satu kerugian apabila kita sudah serve 1 cohort, dan kemudian kita tidak mampu kekal bersaing - kebanyakannya disebabkan owner brand sendiri masuk permainan buang harga.

Bagi mereka yang kekal bersaing, mereka terus bertahan. Untung tidak tentu lagi, rugi sudah pasti. Namun untuk permainan long term....mereka untung.

Dunia tudung sendiri ada banyak brand yang fokus kepada cohort tertentu. Nealofar dikenali sebagai tudung instant, Aidijuma dan Kekaboo dikenali untuk tudung square, Fareeda dikenali dengan tudung sarung berawning dan hiasan bertingkat.

Sekiranya Nealofar, Aidijuma, Fareeda mahu menambah produk baru dalam jenama mereka, sebagai contoh Fareeda mahu jual tudung square, sebaiknya Fareeda bina brand baru.

Serupa juga McD. Jika tiba-tiba mereka mahu jual Pizza, adalah lebih bagus dibuka 1 brand baru yang tidak menjadi kanser kepada brand burger McD.

Good morning. Have a nice day. Brand awak, serve cohort yang mana satu?

- CM -
Follow CM di sini : https://www.facebook.com/mal.miamia
Channel photo updated
UNTUK MEREKA YANG BERMULA DARI ZERO ======================================
Entri asal ditulis pada 22.06.2015 di akaun FB lama. Saya publish semula dengan sedikit kemas kini.
.
Entri ini ditulis dari SOHO yang semak, tidak ada comfy chair mahupun air cond. This is real.
.
.
Kami bermula dari kosong, bermodalkan hanya RM100 yang dipinjam daripada orang. Sudah 3 tahun masa berlalu.
.
.
Ketika bermula dahulu, basis action taken tidak banyak beza dengan masa ini. Kami memilih cara yang paling dummy. Kami tidak pergi mana-mana kelas marketing, kelas motivasi dan apa-apa kelas pun.
.
.
Konsep kami berfikir sangat mudah : Jika hari ini dapat jual 1 unit, esok cuba jual 2 unit. Kemudian, cuba jual 3 unit dan terus tambah lagi. Begitulah kami bermula – dengan cara paling basic dan dummy.
.
.
Barangkali ada yang masih ingat di FB lama dulu, kami susun 20 helai inner tudung siap label dengan nombor. Upload dalam FB dan tanya siapa nak beli inner ini. Setahun kemudian baru kami belajar, bahawa apa yang kami lakukan itu lebih kurangnya yang disebut VALIDATION.
.
.
Dalam tempoh 2 minggu, 3 kodi inner tudung itu terjual seara retail. Waktu itu produk tersebut sudah 1 tahun di pasaran. Ini poin penting. Pemilihan produk yang tepat adalah killer factor. Berikut adalah beberapa poin penting kami pelajari dari pengalaman kami di masa lalu : (untuk bacaan penuh, klik link di bawah)

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1242251825843920&set=a.1108890649180039.1073741826.100001773441004&type=3&theater
BAGAIMANA BRAND SITISITI MUSNAH?
—---------------------—
1. Siti merupakan founder jenama SitiSiti (industri fesyen). SitiSiti menjual tudung pada harga PERTENGAHAN. Mereka mahu serve market PERTENGAHAN. Mereka menjual wide shawl Chiffon pada harga RM39.

2. Pada peringkat setup brand, mereka berada di posisi yang betul. Namun, Siti mula membuat satu kesalahan klasik yang kami juga pernah lakukan. Kami beri DISKAUN.

3. SitiSiti beri diskaun mengikut tema : Bacaan penuh di sini : https://www.facebook.com/mal.miamia/posts/1245507248851711
LIKE FB page CM : https://www.facebook.com/cmbunnie/
Terima kasih.
Saya menulis sedikit dapatan berkenaan branding dan brand hari ini :