Cinta Syria Malaysia
59.1K subscribers
16.1K photos
7.06K videos
7 files
1.35K links
Inisiatif team Cinta Syria Malaysia untuk memberi mesej kemanusiaan dan kesukarelawanan. Kami kongsikan juga info projek dan berita semasa berkaitan Syria.
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
6 syahid dan cedera dalam pengeboman bangunan kediaman di bulatan Moza "Al-Sikka" di bandar Khan Yunis oleh pesawat Zionis.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesawat perang Israel memusnahkan garaj milik perbandaran Jabalia, yang menempatkan jentolak dan jentera perbandaran lain, di utara Gaza.
Kenyataan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stéphane Dujarric:

▪️ Sejak awal Mac, tiada satu pun lori bantuan seperti makanan, ubat-ubatan atau bahan api dibenarkan masuk ke Semenanjung Gaza.

▪️ Dalam tempoh 50 hari, stok makanan semakin kritikal, dan bekalan ubat serta kelengkapan perubatan makin berkurangan.

▪️ Ambulans tidak dapat beroperasi sepenuhnya kerana kekurangan bahan api.

▪️ Kebanyakan kedai roti di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bekalan.

▪️ Stok khemah telah habis, sedangkan ia penting untuk melindungi ribuan orang yang kehilangan tempat tinggal.

▪️ Beberapa gudang bantuan tidak dapat diakses kerana kawasan itu diperintahkan untuk dikosongkan.

▪️ Kanak-kanak dan orang dewasa kini menderita kelaparan dan kekurangan rawatan kesihatan.

▪️ Beratus ribu orang telah dipaksa berpindah, dan serangan ke atas orang awam, pasukan kecemasan serta pekerja bantuan semakin meningkat.

▪️ Sekatan berterusan terhadap bantuan kemanusiaan memberi kesan yang sangat buruk kepada rakyat Gaza.
Saraya al-Quds mengumumkan kesyahidan pejuang Ibrahim Muhammad Hamoud, anggota Batalion Syahid Ali al-Aswad – Arena Syria.

Beliau gugur syahid ketika menuju sempadan Palestin yang diduduki, semasa menyertai pertempuran menentang pencerobohan Israel di Gaza, dalam operasi yang dikenali sebagai "Taufan Al-Aqsa".
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Briged Syahid Al-Qassam:

“Pukulkan Dengan Tongkatmu”

Dinyanyikan oleh Koir Ketenteraan Briged Al-Qassam
Wael Ghafri, 48 tahun, telah gugur syahid akibat sesak nafas disebabkan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh Tentera Pendudukan Israel (IOF) ketika beliau cuba pulang ke rumahnya yang telah dibakar oleh pendatang Yahudi di bandar Sinjil, #Ramallah.

Kemuliaan untuk para syuhada.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Seorang wartawan radio tentera Israel mendokumentasikan sebuah kapal pengangkut personel berperisai yang musnah di koridor Philadelphi akibat diserang mujahidin.
Yair Golan:

Menghapuskan Hamas adalah cakap kosong dan tidak profesional. Kami telah memerangi pergerakan di Tebing Barat sejak 1987, dan ia masih wujud di sana.
Pejam celik, musim korban semakin hampir. Pasti ada antara kalian yang sedang survey kambing kan?

InsyaAllah kami ada kambing sihat-sihat, cukup syarat untuk ibadah korban. Kalau kalian ada niat untuk buat korban tahun ini, kami sedia bantu.

Harga pun masih lagi dalam kemampuan. Semua kami uruskan dari proses korban nanti sampailah proses agihan.

Kalau ada yang berminat atau nak tahu lebih lanjut, boleh je terus DM kami.

Atau kalau ada yang nak tempah terus, boleh layari website kami ni :

korban4hope.com (link di bio).

Nak lagi senang, boleh imbas je QR dalam poster di atas untuk buat tempahan.
Pagi ini, tentera Israel telah mengebom beberapa jentera pengorek yang masih berfungsi di utara Gaza. Jentera-jentera ini telah digunakan sebagai ikhtiar terakhir bagi kerja-kerja pembersihan runtuhan dan operasi menyelamat di tengah-tengah pembunuhan beramai-ramai yang berterusan oleh Israel. Berikut adalah senarai jentera yang telah disasarkan:

- 5 jentolak CAT 950B
- 3 jentolak CAT 950E
- 1 jentolak CAT 972
- 1 jentolak CAT 950E (unit tambahan)
- 1 lori tangki air
- 1 lori penyedut kumbahan
- 1 lori tangki minyak diesel
- 1 traktor pengutip sampah
- 1 lori tekanan air sisa kumbahan
Kementerian Kesihatan Gaza:

Pendudukan Israel terus menghalang kemasukan vaksin polio selama 40 hari berturut-turut.

Tindakan ini menghalang pelaksanaan Fasa IV program vaksinasi, yang penting untuk meningkatkan pencegahan penyakit polio.

Seramai 602,000 kanak-kanak kini berisiko mengalami lumpuh kekal dan hilang upaya kronik sekiranya vaksin tidak segera diperkenalkan.

Kanak-kanak di Gaza juga berdepan komplikasi kesihatan serius yang belum pernah berlaku sebelum ini, akibat kekurangan akses kepada pemakanan seimbang dan air minuman yang selamat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
7 syahid dan 13 cedera akibat pengeboman Israel ke atas bangunan kediaman berhampiran Sekolah Ahmed Abdel Aziz di tengah Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza, pada waktu subuh hari ini.
Kementerian Kesihatan Palestin - Gaza:

26 syahid dan 60 cedera dilaporkan ke hospital Semenanjung Gaza sepanjang 24 jam yang lalu.

Sebilangan mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalanan, dan ambulans dan krew pertahanan awam tidak dapat menghubungi mereka.

Angka kematian akibat pencerobohan Israel telah meningkat kepada 51,266 syahid dan 116,991 cedera sejak 7 Oktober 2023.

Angka kematian dan kecederaan sejak 18 Mac 2025 telah mencecah (1,890 mati syahid dan 4,950 cedera).
Sumbangan tabung Palestin telah dibuka untuk membantu saudara kita disana.

InsyaAllah, sumbangan anda akan memberi manfaat untuk kelestarian hidup penduduk di Palestin.

Boleh terus ke link :
https://sumbangan.cintasyriamalaysia.com/donations/bkpalestin/