Cinta Syria Malaysia
59.1K subscribers
16.1K photos
7.06K videos
7 files
1.35K links
Inisiatif team Cinta Syria Malaysia untuk memberi mesej kemanusiaan dan kesukarelawanan. Kami kongsikan juga info projek dan berita semasa berkaitan Syria.
Download Telegram
Syria.

Sesungguhnya aku benar-benar jatuh cinta pada tanah Syam ini.

Credit: CEO Cinta Syria Malaysia, Musa Nuwayri
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sekumpulan penunjuk perasaan dilaporkan berdepan dengan Duta Israel di Korea Selatan di sebuah restoran. Tindakan itu dipercayai sebagai protes terhadap tindakan Israel di Palestin.
Menteri Dalam Negeri Jordan:

"Kami mengisytiharkan Ikhwanul Muslimin diharamkan dan tidak sah kerana aktiviti anggotanya dalam mengganggu kestabilan dan menjejaskan keselamatan, dan dalam pembuatan bahan letupan dan peluru berpandu di Jordan."
Radio Tentera Israel:

Lima anggota tentera wanita yang telah dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan enggan mengambil bahagian dalam upacara penyalaan obor sempena Hari Kemerdekaan Israel.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Detik ketika seorang kanak-kanak syahid, Mahmoud Abu Al-Haija, yang ditembak oleh tentera Zionis di bandar Al-Yamoun, barat Jenin.

Al-Fatihah 😭
Kenyataan Jawatankuasa Penentangan di Palestin:

Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Mahmoud Abbas yang disifatkan sebagai menghina rakyat kami, perjuangan suci kami, darah para syuhada, serta penderitaan para tahanan. Dalam kenyataan tersebut, dia menyeru agar tawanan musuh diserahkan, dan secara tidak wajar menggambarkan pejuang mujahidin dengan cara yang menghina serta bertentangan dengan nilai dan tradisi rakyat Palestin yang tabah.

Alasan yang diberikan oleh Presiden Abbas tidak menghalang penjajah Israel daripada menolak permohonannya untuk berlepas ke Damsyik, mahupun daripada menggagalkan penyelarasan perjalanan Perdana Menterinya ke sebuah kampung Palestin – tindakan memalukan yang dilakukan hanya melalui keputusan seorang pegawai bawahan Israel.

Penentangan terhadap penjajahan dijamin oleh undang-undang antarabangsa, piagam PBB, serta prinsip-prinsip ilahi. Maka, senjata mujahidin akan terus menjadi lambang kehormatan, kebanggaan dan maruah para pejuang yang mempertahankan tanah air.

Menabur tuduhan palsu terhadap perjuangan mujahidin adalah satu bentuk penyelewengan fakta dan pemalsuan kebenaran — sesuatu yang kini telah menjadi amat jelas kepada seluruh rakyat Palestin, negara-negara Arab, dan dunia antarabangsa.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Briged Al-Qassam telah menerbitkan sebahagian surat daripada seorang tahanan Israel yang berada dalam tahanan mereka. Dalam surat tersebut, tahanan itu menulis:

"Kerana kamu, kami semua di sini! Kamu akan menyebabkan keruntuhan negara."
Banduan Israel, Omri Miran, dalam Video Siaran Briged Al-Qassam:

"Saya menyeru kepada semua bekas tahanan yang telah dibebaskan dari tempat ini supaya turut serta dalam demonstrasi dan bersuara di media."

Dia turut menyatakan:

"Keadaan di sini sangat sukar, dan kami telah kehilangan rasa bahagia selama satu setengah tahun."
Banduan Israel, Omri Miran, dalam Video Terbitan Briged Al-Qassam:

"Terima kasih kepada para penunjuk perasaan dan semua yang mahukan kami kembali. Saya menyeru agar anda semua turun ke jalan dalam satu demonstrasi besar-besaran berhampiran rumah Netanyahu."

Dia turut menambah:

"Kami sentiasa hidup dalam ketakutan akibat pengeboman. Penyokong Netanyahu langsung tidak pedulikan nasib kami, mereka lebih rela melihat kami mati."
Sumber perubatan:

37 syahid dalam serbuan berterusan Israel di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza, sejak subuh hari ini.

Maafkan kami 😭
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Satu serangan tembakan dilaporkan berlaku berhampiran penempatan haram Itamar, berdekatan bandar Nablus. Seorang individu dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut.

Dalam insiden yang sama, sebuah kereta milik peneroka Israel terbakar, dipercayai akibat tembakan. Selain itu, seorang askar Israel turut mengalami kecederaan.

Pasukan pendudukan Israel bertindak menghantar sebuah helikopter dan bala tentera ke kawasan antara penempatan Itamar dan Elon Moreh, lokasi kejadian serangan.

Sebaik sahaja pasukan pendudukan tiba di tempat kejadian, pejuang mujahidin dipercayai melepaskan tembakan ke arah mereka, menyebabkan pertempuran singkat tercetus di kawasan tersebut.
Mohammed Hijazi, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dari Jabalia, utara Gaza, telah terselamat daripada serangan udara beberapa kali, sebelum melarikan diri bersama keluarganya ke selatan Gaza demi mengelakkan kematian.

Ketika tempoh gencatan senjata, Mohammed cuba menghidupkan semula zaman kanak-kanaknya — dengan bermain seperti biasa. Namun, dalam saat-saat itu yang sepatutnya menggembirakan...

Dia menjumpai satu objek kecil yang aneh.
Tanpa mengetahui bahawa ia adalah sisa bahan letupan perang, objek itu meletup sebaik disentuh.

Mohammed mengalami kecederaan parah dalam letupan itu.

Satu matanya terpaksa dibuang.
Sebelah lagi tidak lagi mampu melihat.

Hari ini, Mohammed tidak dapat melihat apa-apa.

Bukan cahaya. Bukan warna. Bukan wajah ibunya.
Bukan dunia.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dalam suasana kebuluran yang menyayat hati di Gaza, seorang kanak-kanak dilihat mengutip sisa tepung yang telah terbakar — itulah yang tinggal untuk mengalas perut.

Semua ini berlaku akibat pengepungan dan pencerobohan berterusan oleh pendudukan Zionis ke atas Gaza, yang telah memutuskan bekalan makanan dan keperluan asas selama berbulan-bulan.
Pemuda itu, Muhammad Jihad Tamraz, baru sahaja melangsungkan perkahwinannya semalam. Hari yang sepatutnya menjadi permulaan bahagia sebuah kehidupan bersama isteri tercinta.

Namun hari ini, Muhammad syahid dalam serangan pengeboman Israel yang menyasarkan bandar Deir al-Balah, di tengah Semenanjung Gaza.
Dengan hanya RM410 untuk satu bahagian lembu, anda akan perolehi:

🐄 ±15kg daging korban yang akan diagihkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan seperti asnaf, anak yatim & fakir miskin.
📎 Proses korban mengikut syariat, dijalankan oleh pihak berpengalaman.
🥩Urusan korban & agihan yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak CSM.
📸 Laporan bergambar & pengesahan agihan, supaya anda tahu ke mana sumbangan anda disalurkan.
🎁 E-book eksklusif sebagai tanda penghargaan kepada peserta korban.

Setiap daging yang sampai ke tangan mereka, terkandung doa yang mengalir untuk kalian. Semoga niat kalian yang ikhlas akan diterima sebagai amal soleh, diberkati rezeki kalian, dan menjadi saksi kebaikan di akhirat kelak.

Kalau kalian berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh terus DM kami.

Atau kalau ada yang nak tempah terus, boleh layari website kami ni :

korban4hope.com (link di bio).

Atau boleh imbas sahaja QR dalam poster di atas untuk buat tempahan.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dari dalam salah sebuah sekolah hafazan al-Quran.

Reaksi pelajar tahfiz Al-Quran terhadap gempa bumi Istanbul semalam.

Subhanallah.
Bekas Menteri Pertahanan Israel Akui Foto Terowong Gaza Telah Dipalsukan.

Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, mengakui bahawa foto yang tersebar menunjukkan “terowong besar” di Koridor Philadelphi Gaza adalah palsu dan direka untuk melengahkan pertukaran tahanan dengan Hamas serta membesar-besarkan ancaman.

Menurut saluran KAN, “terowong” itu sebenarnya hanyalah sebuah parit cetek, dan gambar tersebut telah diatur menggunakan sebuah kenderaan tentera bagi mewujudkan ilusi kedalaman.

Pengakuan Gallant ini bertentangan dengan dakwaan awal Perdana Menteri Netanyahu yang menggunakan imej tersebut untuk mempertahankan kehadiran ketenteraan berterusan di kawasan itu.