Terkini dan Sensasi Palestin
146K subscribers
22.2K photos
5.53K videos
9 files
7.37K links
TELEGRAM TERKINI DAN SENSASI PALESTIN ADALAH SATU-SATUNYA AKAUN TELEGRAM CINTA GAZA MALAYSIA. Ikuti perkembangan terkini berkaitan Palestin!
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera penjajah bertindak melepaskan tembakan ke arah seorang rakyat Palestin di Jalan Yafa, Baitul Maqdis.

Sumber: TV al-Arabiy

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin (PA) menahan dua pejuang yang diburu oleh tentera penjajah, Abdul Rahman Awfi dan Mahmoud Abdullah Abu Abed, selepas mengepung mereka di sebuah rumah di bandar Silat ad-Dhahr, selatan Jenin, semalam.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Tentera penjajah telah menahan semula bekas tahanan, Ali Dofesh, dari bandar al-Khalil, Tebing Barat.

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
🔻Kemas kini Perkembangan Semasa:

1/ Sekatan penuh Israel ke atas semenanjung Gaza memasuki hari ke-12, dengan makanan, bahan api, dan ubat-ubatan masih tidak dibenarkan masuk, sementara rundingan yang dimediasi dengan HAMAS terus berlangsung di ibu negara Qatar, Doha.

2/ Lima negara Arab membentangkan pelan pemulihan Gaza yang diketuai Mesir kepada utusan khas Amerika Syarikat, Steve Witkoff, di Doha.

3/ HAMAS menyambut baik perubahan pendirian Presiden AS, Donald Trump, yang kelihatan berundur daripada seruannya untuk memaksa perpindahan rakyat Palestin dari Gaza.

4/ Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 48,515 rakyat Palestin telah terbunuh dan 111,941 cedera dalam perang Israel ke atas Gaza. Sementara itu, Pejabat Media Kerajaan Gaza mengemas kini angka korban kepada lebih 61,700, dengan ribuan rakyat Palestin yang masih hilang di bawah runtuhan dianggap telah meninggal dunia.

5/ Di pihak Israel, sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh dalam serangan pada 7 Oktober 2023, manakala lebih 200 orang telah ditawan.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
"Saya tidak pernah menyaksikan sesuatu yang sebanding dengan apa yang berlaku di Gaza." – Pegawai PBB

Penyelaras kemanusiaan PBB bagi wilayah Palestin yang diduduki, Mohannad Hadi menegaskan keperluan mendesak untuk gencatan senjata kekal di Gaza.

"Saya tidak dapat membayangkan bagaimana aktiviti ketenteraan akan disambung semula atau bagaimana kesannya terhadap penduduk Gaza." katanya kepada Al Jazeera.

"Saya bahkan tidak mahu membayangkan senario di mana rundingan gencatan senjata di Doha gagal. Sebagai seorang yang terlibat dalam misi kemanusiaan, saya tidak dapat membayangkan kita akan berdepan dengan situasi seperti ini." tambahnya.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Rangkaian Syria bagi Hak Asasi Manusia melaporkan bahawa saki -baki rejim Assad telah membunuh sekurang-kurangnya 429 rakyat di kawasan pesisir Syria sejak 6 Mac lalu.

Sumber: TV al-Arabiy
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Akhbar Yedioth Ahronoth milik Israel:

Puluhan keluarga tahanan tentera penjajah yang ditawan oleh mujahidin di Gaza mengemukakan petisyen kepada Mahkamah Agung bagi menentang pemotongan bekalan elektrik ke Gaza, kerana tindakan itu membahayakan nyawa anak-anak mereka yang sedang ditahan.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
ISRAEL MENCALONKAN DANIELLA WEISS UNTUK HADIAH KEAMANAN NOBEL 2025

Mereka yang mencalonkan Weiss mendakwa bahawa kerjanya di Tebing Barat membantu melindungi wilayah itu daripada lebih banyak keganasan walaupun ratusan rakyat Palestin dibunuh hampir setiap hari.

Sumber: NewArab, Israeli Mission Around the World

Berita penuh di sini.
Berita-berita yang lain.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ketika sekumpulan pemuda menyiapkan juadah iftar untuk berbuka di atas runtuhan sebuah rumah di Beit Lahiya, utara semenanjung Gaza.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Pasukan rundingan Israel kekal di Doha sementara rundingan diteruskan

Pasukan rundingan Israel akan terus berada di Doha sementara rundingan gencatan senjata diteruskan di ibu negara Qatar, menurut laporan Times of Israel.

Menurut laporan itu, terdapat kemungkinan bahawa delegasi Israel yang tiba di Qatar pada hari Isnin untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata, akan meninggalkan negara itu pada malam Rabu.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan HAMAS berakhir pada 1 Mac tanpa pelan jelas untuk melanjutkan perjanjian.

Pada hari Selasa, HAMAS mengumumkan permulaan pusingan baharu rundingan gencatan senjata di Doha. Kemajuan rundingan ini, yang dimediasi oleh AS, Qatar dan Mesir masih belum jelas.

Sementara itu, penyiar rasmi Israel, Kan, memetik sumber Palestin yang mendakwa bahawa utusan Timur Tengah Trump, Steve Witkoff sedang berusaha untuk mencapai gencatan senjata kedua selama 60 hari sebagai pertukaran bagi pembebasan sepuluh tawanan Israel dari Gaza.

Sumber: Al Jazeera
Terj: Cinta Gaza Malaysia

t.me/cintagaza
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Tiada elektrik, tiada air."

Israel meningkatkan lagi sekatan ke atas penduduk Gaza dengan memutuskan bekalan elektrik dan air.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Demonstrasi yang dihadiri ribuan rakyat di hadapan Mahkamah New York menuntut pembebasan seorang aktivis Palestin, Mahmoud Khalil, salah seorang pemimpin gerakan pro-Palestin di Universiti Columbia.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Pihak Berkuasa Hal Ehwal Tahanan membincangkan keadaan penahanan rakyat Gaza di penjara dan kem tentera penjajah:

- Di Penjara Negev, para tahanan terpaksa membuang hajat dalam baldi.

- Dipukul dengan teruk, diseksa dengan renjatan elektrik, serta dinafikan makanan dan minuman.

- Tindakan kekerasan berterusan, serangan fizikal yang brutal, serta penggunaan bom bunyi dikenakan ke atas tahanan.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | UNRWA:

Lebih daripada 4,000 kanak-kanak termasuk wanita di Gaza dikenalpasti mengalami kekurangan zat makanan.

Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
🛑 RABBI AS SALAH GUNA AL-QURAN UNTUK HALALKAN TINDAKAN ZIONIS

Rabbi terkenal di Amerika Syarikat (AS), Shmuley Boteach dilaporkan memetik Surah al-Israa', ayat 104 untuk menghalalkan tindakan Zionis di Palestin, mendakwa al-Quran jelas menyokong hak bangsa Yahudi ke atas tanah Palestin sebagai tanah Israel yang dijanjikan.

Sumber: MEMO

Berita penuh di sini.
Berita-berita yang lain.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
🛑🇵🇸 MENYELUSURI TRIPOLI, LUBNAN: KOTA BERDAYA TAHAN

Apa sejarah disebalik kota Tripoli ni?

Tripoli, bandar kedua terbesar di Lubnan, tersohor dengan warisan budaya yang kaya dan mercu tanda sejarahnya yang ikonik. Terletak kira-kira 85 kilometer di utara Beirut, Tripoli berfungsi sebagai ibu kota Wilayah Utara (North Governorate), menggabungkan tradisi kuno dengan kehidupan moden.

Namun, di sebalik wajah vibrannya, Tripoli berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan sosial, termasuk kewujudan kem pelarian Palestin. Video ini menelusuri latar belakang Tripoli dan mengupas secara mendalam dua kem pelarian Palestin di sekitarnya: Kem Beddawi dan Nahr el-Bared.

JOM tonton video penuh dan baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

#ArtikelCGM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Nadir Al-Nuri (Nadir Al-Nuri)
Gambar keluarga ini berbuka di rumah mereka yang telah musnah di G diambil wartawan. Tidak ada dinding, tidak ada atap. Yang ada hanyalah syukur.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
☘️ AGIHAN IFTAR DI UTARA GAZA DAN RAFAH

Wah penuh satu periuk nasi anak-anak Gaza ni dapat. Tak berhenti senyum!

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah ar-Rahman: ayat 13)

Harapan Ramadan kali ini, bukan sekadar dapat membantu beribu orang sahaja malah beratus ribu atau 1.5 juta rakyat Gaza ini.

Terima kasih rakyat Malaysia! Semoga Allah melipat gandakan rezeki kalian ❤️

Kalian boleh menyumbang ke https://cintagaza.my/tgramadan25 atau ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Ramadan.

#Heroes4Hope
#Ramadan4Ummah
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Bantu kami sebarkan QR code ini dengan ruj: Ramadan

Terima kasih orang-orang baik! ❤️
Min nak tanya, siapa pernah beli kurma Medjoul dari CGM?

Boleh share feedback kalian di ruangan komen 😁