Cikgu Fazlie Biosensei๐Ÿ˜Ž
37.4K subscribers
1.95K photos
46 videos
564 files
989 links
Channel khas untuk pemantapan dan penguasaan subjek Biologi SPM yang dikelolakan oleh Cikgu Fazlie Biosensei.
Berkongsi amalan terbaik PDP.
Guru Biologi/Sains di SM Sains Sultan Mahmud (SESMA).
www.youtube.com/c/CIKGUFAZLIEBIOSENSEI
Since 15 November 2020
Download Telegram
BIOF5C1 Ground Tissues
Punca kepada kes keracunan kupang di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini telah berjaya dikenal pasti. Organisma penyebab keracunan tersebut adalah sejenis hidupan yang dikenali sebagai fitoplankton, khususnya diatom dan dinoflagelat daripada genus berikut:

1. Prorocentrum
2. Pseudo-nitzschia
3. Alexandrium

Dalam sebuah ekosistem yang seimbang, fitoplankton merupakan organisma yang menyumbang kepada penghasilan oksigen dan makanan penting kepada hidupan laut seperti udang, siput, obor-obor serta kerang-kerangan seperti kupang. Tetapi apa yang akan berlaku sekiranya ekosistem itu hilang keseimbangannya?

Untuk pengetahuan anda semua, peningkatan fenomena ledakan alga atau Harmful Algal Blooms (HABs) sebegini boleh berlaku secara semula jadi dan boleh disebabkan oleh faktor antropogenik. Dalam erti kata lain, akibat aktiviti manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti manusia? Contoh paling mudah ialah pemanasan global dan juga eutrofikasi.

Seperti anda semua sedia maklum, kesan rumah hijau (greenhouse effect) akibat pelepasan karbon dioksida dan metana menjadi antara punca utama pemanasan global. Kita yang berada di Malaysia ini juga turut merasai kesannya apabila sedang berhadapan fenomena gelombang haba. Pemanasan global ini juga sudah acap kali dibincangkan di media massa. Maka tidak perlu lagi saya jelaskan dengan lebih mendalam tentang pemanasan global.

Tapi apa pula eutrofikasi ni?

Eutrofikasi bermaksud, air di permukaan laut atau tasik yang diperkaya dengan nutrien terlarut berlaku secara semula jadi dan dipercepatkan oleh aktiviti manusia. Misalnya, akibat aktiviti pertanian menggunakan baja dan pelepasan sisa kumbahan yang kaya dengan nutrien fosfat dan nitrat.

Apakah yang membuatkan fitoplankton ini berbahaya?

Dinoflagelat seperti Prorocentrum ini diketahui menghasilkan toksin yang dikenali sebagai Okadaic acid. Okadaic acid inilah yang menyebabkan Diarrheic shellfish poisoning (DSP).

Seterusnya, Pseudo-nitzschia merupakan hidupan marin yang dikenali sebagai diatom. Diatom ini diketahui menghasilkan neurotoksin Domoic acid. Domoic acid merupakan penyebab kepada kondisi Amnesic shellfish poisoning (ASP).

Akhir sekali ialah Alexandrium. Dinoflagelat ini diketahui menghasilkan toksin yang dikenali sebagai saxitoxin. Saxitoxin merupakan penyebab kepada kondisi paralytic shellfish poisoning (PSP).
Kupang di Port Dickson
Ledakan alga / Algal bloom
Cara bagaimana kupang dan hidupan sepertinya berindak sebagai penapis kepada bahan toksik
Salam Tuan/Puan.                      Dilampirkan INFO KPM: Semakan Keputusan Rayuan Kemasukan ke SBP & SMKA sesi 2024/2025 bermula 9 hingga 27 April 2024.
Sila layari portal rasmi KPM.
Tingkatan 1
https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/

Tingkatan4
https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4/

#7TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
Assalamualaikum.
Salam Aidilfitri buat umat Islam.
Salam Aidilfitri buat semua!
Lepas raya kita meriahkan semula channel๐Ÿ˜๐Ÿฅฐ
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
The rainbow eucalyptus, Mindanao gum, or rainbow gum that is native to the Philippines, Indonesia, and Papua New Guinea.
Proses bagaimana haiwan yang mempunyai rangka luar (exoskeleton) menyalin kulitnya.

Proses melibatkan ketam (krustasia/crustacean) ini memerlukannya menyedut air laut untuk mengembangkan badannya dan melonggarkan rangka luar bagi memudahkan proses tersebut.

https://www.facebook.com/share/v/NNAuKGzUDn7Un5So/?mibextid=xfxF2i
Pernah tak terlintas di fikiran anda semua bahawa labah-labah juga membela haiwan peliharaan? Itulah apa yang sesetengah saintis perkatakan tentang hubungan yang tak terduga terjalin antara dua jenis haiwan berbeza ini.

Apakah faedah yang diterima oleh labah-labah tarantula Pamphobeteus spp. daripada membela katak yang juga dikenali sebagai dotted humming frog ini? Haa, untuk pengetahuan anda semua, katak Chiasmocleis ventrimaculata (C. ventrimaculata) merupakan pemangsa kepada pelbagai jenis serangga seperti semut, lalat dan anai-anai.

Memandangkan telur labah-labah merupakan salah satu daripada makanan kegemaran semut, manakala labah-labah dewasa pula merupakan mangsa parasitoid kepada lalat, kewujudan katak dalam sarang labah-labah berfungsi sebagai pengawal ke atas telur labah-labah dan labah-labah dewasa tersebut

Faedah bagi katak pula? Haa, ini yang menarik. Umumnya dalam rantaian makanan, katak ni berada di bawah sekali kerana katak mempunyai banyak pemangsa termasuklah labah-labah lain, ular dan sebagainya. Katak yang menetap dan hidup bersama-sama dalam sarang labah-labah ibarat mempunyai 'abang besar' yang boleh dipanggil apabila ada pemangsa yang cuba datang mengganggu atau memakannya.

Tapi kan, jika dilihat pada gambar dilampirkan, labah-labah tarantula ini diketahui memakan katak spesies lain. Jadi, mengapa katak C. ventrimaculata boleh terselamat?

Saintis mengusulkan pendapat bahawa labah-labah tarantula tidaklah mengenali kawannya Si Katak itu dari segi penglihatan atau visual cue. Hal ini demikian kerana, labah-labah tarantula tersebut diketahui tidak mempunyai penglihatan yang baik. Namun begitu, haiwan itu dilengkapi dengan organ pengesanan kimia (chemosensory) yang sangat sensitif.

Oleh sebab itu, saintis berpendapat bahawa bahan kimia yang dirembeskan katak C. ventrimaculata pada kulitnya, membezakan dirinya antara kawan serumah dan mangsa kepada labah-labah.

Jemput follow saya untuk lebih banyak fakta sains menarik!

#TriviaShahmil
#SainsBM
#FaktaSains

Kredit to Shahmil Hafiz Syed Kamarudin
Gambar 1: Tarantula memakan katak spesis lain
Gambar 2: Tarantula bersama kata C. ventrimaculata.
Gambar 3: Katak spesis C. ventrimaculata
1. Gunung Ruang, Sulawesi setinggi hampir 1 kilometer dari paras laut telah meletus sekurang-kurangnya 3 kali dalam minggu ini bermula sejak hari Selasa (16 April) pada pukul 9.45 malam.

2. Letusan tersebut telah melepaskan abu setinggi sekitar 20 kilometer ke Udara dan menghasilkan 4,000 sambaran kilat di sekitarnya.

3. Letusan gunung berapi ini telah menyebabkan sekitar 800 penduduk tempatan terpaksa berpindah. Tiada kematian dan kemalangan dilaporkan setakat ini.

4. Gunung Berapi Ruang dah pernah meletus sekitar 12 kali. Kali pertama direkodkan pada tahun 1808 dan paling teruk terjadi pada tahun 2002.

5. Letusan gunung berapi ini merupakan proses semulajadi alam yang pada satu sudut mungkin kita nampak seperti bencana, tetapi pada sudut lain ia memberikan tanah yang subur kepada manusia, suburkan hidupan laut dan menyejukkan suhu Bumi.

https://t.me/zamirmohyedin
Bengkel pertama untuk SPM 2024!