Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian seramai lapan orang pada musim Haji 1446H tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan, Abdul Yazid Matt, 65, meninggal dunia di Hospital Pakar Al Noor di Mekah.
“Allahyarham yang berasal dari Kampung Nisam, Mukim Kurung Batang, Kangar, Perlis meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 11.22 malam tadi,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Khemah Penginapan Jemaah Malaysia di Mina pada Sabtu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu kerjasama lebih kukuh antara negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC), bagi menghentikan kekejaman Israel di Gaza.
Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha kolektif serantau dan antarabangsa itu penting, bagi menghentikan konflik yang berpanjangan tersebut sekali gus menamatkan penderitaan rakyat Palestin.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata usaha kolektif serantau dan antarabangsa itu penting, bagi menghentikan konflik yang berpanjangan tersebut sekali gus menamatkan penderitaan rakyat Palestin.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kali pertama menyaksikan sendiri proses penyembelihan lembu korban di pekarangan Masjid Muhammadi memberikan pengalaman baharu kepada tiga wanita warga Perancis.
Siham Zouaoui, 28, bersama ibunya, Amina Irbaiyne, 65 dan kenalannya, Nessrine Mameche, 26, sedang dalam percutian di Kota Bharu dan tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan Aidilladha.
"Saya teruja kerana berpeluang merasai kelainan pada sambutan Aidiladha di Kota Bharu dengan melihat sendiri penyempurnaan ibadah korban. Ia sangat meriah, termasuk dalam konteks kerjasama semasa melaksanakan ibadah korban," kata Nessrine.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Siham Zouaoui, 28, bersama ibunya, Amina Irbaiyne, 65 dan kenalannya, Nessrine Mameche, 26, sedang dalam percutian di Kota Bharu dan tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama meraikan Aidilladha.
"Saya teruja kerana berpeluang merasai kelainan pada sambutan Aidiladha di Kota Bharu dengan melihat sendiri penyempurnaan ibadah korban. Ia sangat meriah, termasuk dalam konteks kerjasama semasa melaksanakan ibadah korban," kata Nessrine.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ketika umat Islam di Malaysia menyambut Aidiladha pada Sabtu, walaupun jauh daripada keluarga mereka ramai pelajar antarabangsa daripada pelbagai negara turut meraikan perayaan dalam keselesaan dan rasa dimiliki, di tempat yang kini mereka anggap sebagai rumah kedua.
Bagi pelajar antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seperti Muhammad Habibullah dari Nigeria, sambutan Aidiladha tahun ini merupakan kali ketiganya menyambut perayaan itu di Malaysia.
Beliau berkata penerimaan dan keprihatinan yang diterimanya daripada masyarakat Malaysia telah banyak membantu meredakan kerinduan terhadap kampung halaman.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Bagi pelajar antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) seperti Muhammad Habibullah dari Nigeria, sambutan Aidiladha tahun ini merupakan kali ketiganya menyambut perayaan itu di Malaysia.
Beliau berkata penerimaan dan keprihatinan yang diterimanya daripada masyarakat Malaysia telah banyak membantu meredakan kerinduan terhadap kampung halaman.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 menganjurkan program korban sempena Aidiladha di Kem Marakah, selatan Lubnan, demi menunaikan tanggungjawab agama serta menghayati semangat pengorbanan.
Sebanyak 48 kambing telah dikorbankan, dengan 26 ekor disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan, Takaful Marakah, serta wakil penduduk Kafr Shuba untuk diagihkan kepada komuniti setempat yang memerlukan.
"Keistimewaan program ini terletak pada penglibatan secara langsung para anggota dalam proses penyembelihan haiwan korban masing-masing. Pengalaman ini bukan sahaja memberikan makna yang lebih mendalam kepada konsep pengorbanan, tetapi juga menzahirkan nilai keikhlasan dalam beribadah," kata kenyataan itu.

Hasrat Pakistan untuk menjadi rakan dialog penuh ASEAN akan dibawa ke perbincangan bersama ketua-ketua negara serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Itu (perkara) akan dibawa ke persidangan dan perbincangan ketua-ketua ASEAN," kata beliau secara ringkas kepada media selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pakistan memperbaharui usaha untuk menjadi rakan dialog penuh ASEAN.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
"Itu (perkara) akan dibawa ke persidangan dan perbincangan ketua-ketua ASEAN," kata beliau secara ringkas kepada media selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya pada Sabtu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Pakistan memperbaharui usaha untuk menjadi rakan dialog penuh ASEAN.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Gunung Berapi Volcan de Fuego atau Fire Volcano di Guatemala memuntahkan abu dan lava, memaksa lebih 500 orang dipindahkan setakat ini, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Aliran lava sepanjang kira-kira 1,200 meter mengalir dari kawah, menurut Institut Nasional Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi di platform media sosial X.
Abu dijangka boleh merebak sehingga sejauh 50 kilometer dari gunung berapi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Aliran lava sepanjang kira-kira 1,200 meter mengalir dari kawah, menurut Institut Nasional Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi di platform media sosial X.
Abu dijangka boleh merebak sehingga sejauh 50 kilometer dari gunung berapi.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Aidiladha dengan penuh kesyukuran, dengan ribuan jemaah termasuk pemimpin mengimarahkan masjid untuk bersama-sama bertakbir dan menunaikan solat sunat Aidiladha.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama kira-kira 15,000 jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, Putrajaya dan mendengar khutbah bertajuk "Korban dan Semangat Kebersamaan" yang disampaikan Imam Besar masjid Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Penawaran diskaun lima peratus kepada pembeli rumah pertama dalam kalangan komuniti India Muslim di Pulau Pinang, tidak melibatkan unit kuota bumiputera dan tidak menjejaskan dasar sedia ada berkaitan pemilikan rumah.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri S.Sundarajoo berkata langkah itu, merupakan sebahagian daripada usaha memperluas peluang pemilikan rumah dalam pasaran terbuka khususnya bagi kumpulan yang masih rendah kadar penyertaannya, tanpa menjejaskan hak kaum lain.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri S.Sundarajoo berkata langkah itu, merupakan sebahagian daripada usaha memperluas peluang pemilikan rumah dalam pasaran terbuka khususnya bagi kumpulan yang masih rendah kadar penyertaannya, tanpa menjejaskan hak kaum lain.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Itulah jalan pertama dan terakhir akan dilaluinya," demikian luahan pilu Muhammad Ridzuan Ishak, 33, abang kepada seorang daripada lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, tengah malam tadi.
Adiknya Muhammad Ikmal, 26, yang juga anak keenam daripada tujuh beradik, maut bersama isterinya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, dan tiga adik iparnya.
Muhammad Ridzuan, yang bekerja sendiri, berkata dia kali terakhir bertemu arwah adiknya itu pada Rabu lalu di Taman Malar, Tambun, Perak ketika semua adik-beradik berkumpul.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Adiknya Muhammad Ikmal, 26, yang juga anak keenam daripada tujuh beradik, maut bersama isterinya, Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, dan tiga adik iparnya.
Muhammad Ridzuan, yang bekerja sendiri, berkata dia kali terakhir bertemu arwah adiknya itu pada Rabu lalu di Taman Malar, Tambun, Perak ketika semua adik-beradik berkumpul.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bintang J Pop terkenal, Ayumi Hamasaki, 46, menafikan spekulasi bahawa anak yang dilahirkannya adalah hasil hubungan bersama Elon Musk, dan menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut.
Spekulasi tersebut tersebar selepas seorang pempengaruh Amerika Syarikat (AS), Ashley St. Clair membuat dakwaan berkenaan. Musk diketahui memiliki ramai anak hasil hubungan bersama ramai wanita.
“Selama ini saya berdiam diri tapi sekarang adalah masa untuk saya bersuara. Bapa kepada anak saya bukan Elon Musk,” tulis Hamasaki di akaun Instagram seperti dilaporkan Tokyo Weekender.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Spekulasi tersebut tersebar selepas seorang pempengaruh Amerika Syarikat (AS), Ashley St. Clair membuat dakwaan berkenaan. Musk diketahui memiliki ramai anak hasil hubungan bersama ramai wanita.
“Selama ini saya berdiam diri tapi sekarang adalah masa untuk saya bersuara. Bapa kepada anak saya bukan Elon Musk,” tulis Hamasaki di akaun Instagram seperti dilaporkan Tokyo Weekender.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M Thinaah berjaya mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025.
Ini selepas beregu keempat dunia itu menewaskan wakil China, Li Yi Jing dan Luo Xu Min dalam aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta pada petang Sabtu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ini selepas beregu keempat dunia itu menewaskan wakil China, Li Yi Jing dan Luo Xu Min dalam aksi separuh akhir di Istora Senayan, Jakarta pada petang Sabtu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Dalam jutaan jemaah haji berduyun-duyun melontar di ketiga-tiga jamrah, kelihatan kelibat Mufti Besar Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa, Sheikh Muhammad Ahmad Hussein turut sama menunaikan ibadah melontar.
Sama-sama kita berdoa agar Palestin merdeka, rakyat di bumi anbia itu selamat dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.
#PalestinMerdeka
#DoaBuatPalestin
#JejakAlHaramain2025
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025
#AWANInews
Sama-sama kita berdoa agar Palestin merdeka, rakyat di bumi anbia itu selamat dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.
#PalestinMerdeka
#DoaBuatPalestin
#JejakAlHaramain2025
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kereta Api Metro Mashaer mengendalikan sebanyak 17 buah tren, setiap satu dengan kapasiti 3,000 penumpang. Ini membolehkan keupayaan pengangkutan melebihi 72,000 penumpang setiap jam.
Perkhidmatan ini membantu mengurangkan kesesakan di kawasan tanah suci, menurunkan pelepasan karbon, dan menyediakan pengalaman perjalanan yang pintar, selamat dan mesra alam.
#JejakAlHaramain2025
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025
#AWANInews
Perkhidmatan ini membantu mengurangkan kesesakan di kawasan tanah suci, menurunkan pelepasan karbon, dan menyediakan pengalaman perjalanan yang pintar, selamat dan mesra alam.
#JejakAlHaramain2025
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025
#AWANInews
Individu bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang telah dibenarkan keluar dari hospital selepas selesai menjalani rawatan.
Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan berhubung dengan Tan Sri terbabit untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sehubungan itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan berhubung dengan Tan Sri terbabit untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Selepas dilarang ke Sabah kerana didakwa mengkritik pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah, aktivis dan pelukis bebas Fahmi Reza kini dilarang pula meninggalkan negara ini.
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, dia memaklumkan perjalanannya ke Singapura untuk menonton konsert terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), apabila dimaklumkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bahawa namanya telah disenaraihitamkan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dalam perkongsian terbaharu di laman media sosialnya, dia memaklumkan perjalanannya ke Singapura untuk menonton konsert terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), apabila dimaklumkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia bahawa namanya telah disenaraihitamkan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebuah bungkusan terbiar dalam kereta api ekspres antara bandar mencetuskan kekecohan di stesen Altona, Hamburg pada pagi Jumaat, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Polis memaklumkan pada Sabtu bahawa satu platform di hab kereta api di utara bandar itu telah dikosongkan selepas bungkusan itu ditemukan oleh petugas kereta api.
Satu pasukan pemusnah bom segera dikerahkan untuk memeriksa bungkusan berkenaan dan mendapati ia hanya mengandungi sebuah pemutar piring hitam lama.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis memaklumkan pada Sabtu bahawa satu platform di hab kereta api di utara bandar itu telah dikosongkan selepas bungkusan itu ditemukan oleh petugas kereta api.
Satu pasukan pemusnah bom segera dikerahkan untuk memeriksa bungkusan berkenaan dan mendapati ia hanya mengandungi sebuah pemutar piring hitam lama.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Ketua Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) Philippe Lazzarini pada Sabtu mengutuk larangan berterusan Israel terhadap kemasukan wartawan antarabangsa ke Gaza, lapor Anadolu Ajansi.
"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam mana-mana konflik lain dalam sejarah moden," kata Lazzarini dalam satu kenyataan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini dalam mana-mana konflik lain dalam sejarah moden," kata Lazzarini dalam satu kenyataan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hampir 50 rakyat Palestin terbunuh manakala kira-kira 100 lagi cedera pada hari kedua Aidiladha apabila tentera Israel melancarkan serangan udara dan melepaskan tembakan di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Sabtu, lapor Anadolu Ajansi.
Sumber perubatan memaklumkan kepada Anadolu bahawa sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila jet pejuang Israel mengebom sebuah rumah kediaman dengan dua peluru berpandu di kejiranan Sabra di Bandaraya Gaza.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sumber perubatan memaklumkan kepada Anadolu bahawa sekurang-kurangnya 15 rakyat Palestin, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila jet pejuang Israel mengebom sebuah rumah kediaman dengan dua peluru berpandu di kejiranan Sabra di Bandaraya Gaza.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Jenazah lima mangsa yang maut dalam kemalangan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selat, Bota Kanan di sini, awal pagi Ahad.
Jenazah Mohamad Ikmal Ishak, 26, dan isterinya Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23, termasuk adik kepada Nur Arfiqah iaitu Mohammad Zulkifli, 21, Mohamad Azizul Hakimi, 19, dan Nurul Hazwani, 17, dibawa dari Jerantut, Pahang dan tiba ke Masjid Jamek Bota Kanan di sini untuk disembahyangkan kira-kira 12.30 tengah malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah turut berada di masjid berkenaan.