Astro AWANI
81.6K subscribers
47.6K photos
809 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Hamas bersetuju secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat, Steve Witkoff, namun meletakkan syarat utama iaitu penamatan perang dan pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza.

Sebagai sebahagian daripada cadangan itu, Hamas akan membebaskan 10 tebusan yang masih hidup dan 18 mayat sebagai pertukaran kepada pembebasan sejumlah tahanan Palestin oleh Israel.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Hamas pada Sabtu memaklumkan, pihaknya telah memberi maklum balas terhadap cadangan pelan gencatan senjata di Gaza yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat (AS), sambil mengulangi tuntutan agar perang ditamatkan sepenuhnya.

Namun, utusan khas AS ke Timur Tengah, Steve Witkoff menyifatkan respons Hamas itu sebagai “langsung tidak boleh diterima.”

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai menteri dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan tidak akan terjejas.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin, atau lebih dikenali sebagai Cleopatra, yang sebelum ini bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), telah menyerahkan borang permohonan keahlian untuk menyertai Pas.

Menurut Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM), Cleopatra menyatakan bahawa keputusannya menyertai Pas adalah demi masa depan anak-anaknya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjaya menghasilkan cereka khas Srikandi untuk ditayangkan pada Ogos ini sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata cereka khas yang diinspirasikan daripada karya agung klasik Syair Siti Zubaidah Perang China terbitan DBP dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang berjaya menghasilkan sebuah naskah yang berkualiti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Inisiatif pemberian baucar buku diperluas kepada lebih 400,000 guru untuk tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata usaha itu sebagai langkah berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama pelajar sekolah dan universiti.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

📸: Astro / @azrul_rafie
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan mendesak untuk merombak Kabinet dalam masa terdekat ini.
Ia susulan peletakan jawatan Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli, serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad pada 28 Mei lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Konsert K-POP Big 2 Super melibatkan persembahan artis popular Korea Selatan (G)I-DLE dan BamBam yang dijadual berlangsung 14 Jun ini dibatalkan atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

Penganjur Live Universe Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pertimbangan teliti serta mengambil kira pematuhan kepada undang-undang tempatan juga garis panduan budaya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Dua kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Seri Kota, Alor Setar pada Ahad.

Ketika kejadian, mangsa berusia 4 dan 5 tahun berada di bilik di tingkat atas rumah dua tingkat berkembar itu sebelum diselamatkan anggota bomba. Difahamkan, abang kepada dua mangsa terbabit pada mulanya berada di dalam rumah, tetapi keluar meminta bantuan.

Ibu mangsa, Siti Norziana 23, berkata ketika kejadian dia membawa dua anaknya berusia 2 dan 3 tahun yang menghidap Talasemia ke sebuah klinik kerajaan, di Alor Setar.

“Ketika itu saya tinggal tiga anak yang lain di rumah sementara suami Mohd Hilmi, 20, keluar ke tempat kerjanya yang terletak tidak jauh dari rumah," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
WhatsApp Status merupakan ruang peribadi bagi sesetengah pengguna untuk kemas kini yang khusus bagi kenalan rapat sahaja. Kini, WhatsApp memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menyesuaikan Status dengan lebih menarik dan kreatif.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kehadiran adiwira ikonik tempatan Keluang Man secara mengejut di tengah-tengah kesibukan Bukit Bintang mencetuskan suasana gamat dan penuh keterujaan dalam kalangan orang ramai

Penampilan maskot adiwira itu bersempena aktiviti promosi filem Keluang Man bukan sahaja menarik perhatian pelancong dan warga kota, malah membangkitkan kenangan lama buat ramai peminat yang membesar dengan siri animasi legenda tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Malaysia telah berkongsi pengalaman dan hala tuju dalam pelaksanakan dwirangkaian 5G dengan negara rantau Asia Pasifik menerusi penyertaan dalam Mesyuarat Menteri Asia Pacific Telecommunity (APT-MM) 2025 kali ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang julung-julung kali mengetuai delegasi negara ke APT-MM yang berlangsung dari 30 hingga 31 Mei berkata, dalam masa sama, tumpuan turut diberikan terhadap usaha mendepani isu keselamatan dalam talian yang menjadi cabaran bagi kebanyakan negara serta program infrastruktur Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki maut manakala lima rumah teres musnah dalam dua kejadian kebakaran di Bintulu awal pagi Ahad.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, insiden pertama yang berlaku pada awal pagi meragut nyawa seorang mangsa, manakala kejadian kedua pada Sabtu malam menyebabkan 21 orang hilang tempat tinggal


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews