Para pempamer Malaysia berjaya memeterai dua Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM17 juta semasa THAIFEX-Anuga Asia 2025, pameran perdagangan makanan dan minuman terulung di Asia.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kejayaan itu membuktikan bahawa produk Malaysia diiktiraf dan diterima baik di peringkat antarabangsa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat melancarkan penerbitan baharu serta menggesa kerajaan seluruh dunia supaya segera mengharamkan semua perisa dalam produk tembakau dan nikotin termasuk rokok, shisha dan rokok elektronik bagi melindungi golongan muda daripada ketagihan dan penyakit.
Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), perisa seperti pudina (menthol), gula-gula getah dan gula-gula kapas menutupi rasa kuat tembakau dan nikotin, sekali gus menjadikan produk berbahaya ini kelihatan mesra remaja.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), perisa seperti pudina (menthol), gula-gula getah dan gula-gula kapas menutupi rasa kuat tembakau dan nikotin, sekali gus menjadikan produk berbahaya ini kelihatan mesra remaja.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Serangan dari tentera rejim Israel masih dan terus berlaku di seluruh Gaza ketika ini, sementara Hamas berkata mereka sedang meneliti cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Amerika Syarikat. Serangan kejam pada Jumaat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.
Di Khan Younis, serangan udara telah mambedal kawasan khemah penduduk menyebabkan 13 terkorban termasuk lapan kanak-kanak, kata pegawai di Hospital Nasser.

Pakatan Harapan (PH) Negeri Selangor pada Sabtu menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi agar Datuk Seri Amirudin Shari terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor sehingga tamat penggal pentadbiran sedia ada.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh tiga pimpinan utama parti komponen PH Selangor, sokongan itu adalah selaras dengan keperluan memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kekal stabil dan kukuh bagi melaksanakan pelbagai dasar serta inisiatif yang telah dirangka.
Antara dasar utama yang dinyatakan termasuklah pelaksanaan Rancangan Selangor Kedua, pembangunan pelabuhan ketiga di Pulau Carey, agenda Iltizam Selangor Penyayang, pembangunan Kompleks Stadium Shah Alam dan pelbagai inisiatif lain.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

Penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya diterima mampu memperkukuh parti berkenaan, terutamanya di Selangor.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga yakin, beliau dan Tengku Zafrul merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dapat berkerjasama dengan lebih baik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga yakin, beliau dan Tengku Zafrul merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dapat berkerjasama dengan lebih baik.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Musim Haji 1446H mencatat pemergian jemaah kelima pada hari Sabtu, seperti dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar di Mekah.
Allahyarham Misnan Ahmad, 60 tahun, dari Johor, menghembuskan nafas terakhir di Hospital King Abdul Aziz pada jam 9.50 pagi (waktu tempatan) akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggalkan seorang balu yang turut berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah haji. Jenazah akan dikebumikan di Mekah, dan Tabung Haji akan melaksanakan badal haji untuk arwah.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. 🤲🏼

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mengadakan konsert eksklusif di Dewan Filharmonik Petronas, di sini, pada 12 Julai depan sebagai penghargaan kepada dua legenda muzik Amerika Syarikat, Frank Sinatra dan Judy Garland.
Bertemakan Where Every Beat Tells A Story, konsert itu menjanjikan malam penuh magis dengan pilihan lagu-lagu klasik malar segar yang mencorakkan era keemasan Hollywood.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Bertemakan Where Every Beat Tells A Story, konsert itu menjanjikan malam penuh magis dengan pilihan lagu-lagu klasik malar segar yang mencorakkan era keemasan Hollywood.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Semakan semula aku janji ditandatangani Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tidak dapat dikuatkuasakan berikutan beliau tidak memenangi pilihan raya tersebut.
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebaliknya Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, berikutan kapasiti beliau sebagai senator.
"Itu tidak termasuk dalam bidang lingkup perjanjian tersebut, kerana Tengku Zafrul tidak memenangi pilihan raya. Itu merupakan aku janji seorang wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen (semak aku janji)," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebaliknya Tengku Zafrul dilantik sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, berikutan kapasiti beliau sebagai senator.
"Itu tidak termasuk dalam bidang lingkup perjanjian tersebut, kerana Tengku Zafrul tidak memenangi pilihan raya. Itu merupakan aku janji seorang wakil rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen (semak aku janji)," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Dalam satu majlis perpisahan di White House pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji tokoh teknologi Elon Musk atas usahanya mengurangkan perbelanjaan kerajaan serta melaksanakan reformasi secara menyeluruh.
Trump berkata Musk melancarkan program reformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan berimpak besar sejak beberapa generasi, semasa membuat penampilan bersama dengan usahawan kelahiran Afrika Selatan itu.
Presiden merujuk kepada peranan Musk menerusi Jabatan Kecekapan Kerajaan (Department of Government Efficiency, DOGE) yang dipimpinnya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Trump berkata Musk melancarkan program reformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan berimpak besar sejak beberapa generasi, semasa membuat penampilan bersama dengan usahawan kelahiran Afrika Selatan itu.
Presiden merujuk kepada peranan Musk menerusi Jabatan Kecekapan Kerajaan (Department of Government Efficiency, DOGE) yang dipimpinnya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
At Shangri-La Dialogue, PM Anwar doubles down on ASEAN centrality as the compass in a chaotic trade landscape—warning that unilateral moves threaten regional stability.
#AWANIinternational
https://www.youtube.com/watch?v=QpTyJplPW10

YouTube
PM stresses ASEAN centrality amid global trade uncertainties
Anwar Ibrahim, ASEAN centrality, Shangri-La Dialogue, trade uncertainty, global risks, unilateral actions, regional security, Malaysia foreign policy
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said maintaining centrality in dealing with global and trade uncertainties…

AI is rewriting the rules of war—but Dutch Defence Chief Brekelmans says human judgment must stay in command. Ethics in tech warfare took center stage at Shangri-La.
#AWANIinternational
https://www.youtube.com/watch?v=eHUw8Lo-CO4
#AWANIinternational
https://www.youtube.com/watch?v=eHUw8Lo-CO4
YouTube
AI is reshaping the battlefield, must be guided by judgment, says Dutch Defence chief
Ruben Brekelmans, AI in warfare, military ethics, Shangri-La Dialogue
Dutch Defence Minister Ruben Brekelmans said the use of A.I. in the military is reshaping the battlefield and must be guided by judgment, during a plenary session at the Shangri-La Dialogue…

At Shangri-La Dialogue, U.S. Defense Sec Pete Hegseth calls China a “real and imminent” threat—pushing Indo-Pacific allies to ramp up military spending.
#AWANIinternational
https://www.youtube.com/watch?v=y7LWCUgk89E
#AWANIinternational
https://www.youtube.com/watch?v=y7LWCUgk89E
YouTube
U.S. Defense Chief sounds alarm on China at Shangri-La Dialogue
Pete Hegseth, China threat, Indo-Pacific, Shangri-La Dialogue, U.S. defense, Trump administration, regional security, military spending
U.S. Defense Secretary Pete Hegseth, speaking at the Shangri-La Dialogue in Singapore, described the China threat as “real…

Taktik licik seorang lelaki warga India yang menjadi buruan kerajaan negara itu akhirnya terbongkar apabila dia dicekup polis ketika bersembunyi di sebuah hotel di ibu negara, awal pagi 13 Mei lalu.
Suspek berusia 30 tahun yang digelar sebagai 'raja dadah' itu ditahan hasil serbuan pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah bilik hotel pada pukul 1.35 pagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki terbabit dipercayai memasuki negara ini pada awal tahun menggunakan pas pelancong bagi mengaburi pihak berkuasa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Suspek berusia 30 tahun yang digelar sebagai 'raja dadah' itu ditahan hasil serbuan pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di sebuah bilik hotel pada pukul 1.35 pagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata lelaki terbabit dipercayai memasuki negara ini pada awal tahun menggunakan pas pelancong bagi mengaburi pihak berkuasa.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Indonesia meminta rakyatnya berwaspada susulan peningkatan kes COVID-19 di beberapa negara Asia seperti Thailand, Malaysia, Hong Kong, dan Singapura.
Menurut media tempatan Kompas, Kementerian Kesihatan republik itu telah mengeluarkan surat edaran berhubung langkah berjaga-jaga berhubung perkara berkenaan.
Antara varian dominan yang sedang menular termasuk XEC dan JN.1 di Thailand, LF.7 dan NB.1.8 di Singapura, serta XEC di Malaysia.
Bagaimanapun varian XEC yang kini merebak di Thailand masih belum dikesan di Indonesia.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menurut media tempatan Kompas, Kementerian Kesihatan republik itu telah mengeluarkan surat edaran berhubung langkah berjaga-jaga berhubung perkara berkenaan.
Antara varian dominan yang sedang menular termasuk XEC dan JN.1 di Thailand, LF.7 dan NB.1.8 di Singapura, serta XEC di Malaysia.
Bagaimanapun varian XEC yang kini merebak di Thailand masih belum dikesan di Indonesia.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), Philippe Lazzarini menegaskan bahawa jumlah bantuan kemanusiaan yang kini memasuki Gaza amat tidak sepadan dengan skala bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di wilayah yang dikepung itu.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Lazzarini dalam satu kenyataan media pada Sabtu memberi amaran bahawa kebuluran di Gaza masih boleh dielakkan - jika ada kemahuan politik.
"Apa yang kami minta bukanlah sesuatu yang mustahil," katanya sambil menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibenarkan melaksanakan peranan kemanusiaannya dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan serta memelihara maruah mereka.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Lazzarini dalam satu kenyataan media pada Sabtu memberi amaran bahawa kebuluran di Gaza masih boleh dielakkan - jika ada kemahuan politik.
"Apa yang kami minta bukanlah sesuatu yang mustahil," katanya sambil menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibenarkan melaksanakan peranan kemanusiaannya dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan serta memelihara maruah mereka.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Semua pihak diminta agar tidak memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan peletakan jawatan dua menteri dalam Kabinet baru-baru ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata Perdana Menteri akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan menyeluruh dan mengikut budi bicara demi kepentingan negara.
"Pelantikan menteri ialah bidang kuasa dan prerogatif Perdana Menteri (PM)... saya yakin beliau bijaksana dalam perkara ini dan akan ambil pelbagai pertimbangan serta mengisi (jawatan itu) kalau ada kekosongan... setakat ini, belum ada kekosongan," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Beliau berkata Perdana Menteri akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan menyeluruh dan mengikut budi bicara demi kepentingan negara.
"Pelantikan menteri ialah bidang kuasa dan prerogatif Perdana Menteri (PM)... saya yakin beliau bijaksana dalam perkara ini dan akan ambil pelbagai pertimbangan serta mengisi (jawatan itu) kalau ada kekosongan... setakat ini, belum ada kekosongan," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Kementerian Kesihatan (KKM) kekal komited terhadap usaha merealisasikan "Malaysia Bebas Rokok" pada 2040, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata usaha berkenaan mampu dicapai menerusi kesepakatan bersama dan ketegasan dalam melaksanakan dasar yang berpaksikan kepentingan awam.
"KKM teguh dengan matlamat untuk mencapai 'Malaysia Bebas Rokok' menjelang 2024... 15 tahun dari sekarang, mampukah kita mencapainya? Ia satu visi yang berani," katanya berucap pada perasmian Persidangan Kawalan Tembakau Kebangsaan 2025 sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 pada Sabtu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Beliau berkata usaha berkenaan mampu dicapai menerusi kesepakatan bersama dan ketegasan dalam melaksanakan dasar yang berpaksikan kepentingan awam.
"KKM teguh dengan matlamat untuk mencapai 'Malaysia Bebas Rokok' menjelang 2024... 15 tahun dari sekarang, mampukah kita mencapainya? Ia satu visi yang berani," katanya berucap pada perasmian Persidangan Kawalan Tembakau Kebangsaan 2025 sempena sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 pada Sabtu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Hukumnya adalah jelas iaitu haram menipu orang ramai yang ingin menunaikan ibadat haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar, mengulas berhubung ejen yang menipu orang ramai berhubung kes visa mujamalah.
"Kita dah habis cuba dah. (Menerusi) khutbah Jumaat, saya dah minta khutbah disediakan untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak tertipu.
"Tapi masih ada lagi yang jadi mangsa. Jadi saya minta sangatlah... saya ulangi, berhati-hatilah. Macam saya sebut, kalau tawaran berkaitan dengan visa mujamalah, kita semak dulu sebab saya difahamkan dalam siasatan polis jumlahnya agak besar," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Mohd Na'im Mokhtar, mengulas berhubung ejen yang menipu orang ramai berhubung kes visa mujamalah.
"Kita dah habis cuba dah. (Menerusi) khutbah Jumaat, saya dah minta khutbah disediakan untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak tertipu.
"Tapi masih ada lagi yang jadi mangsa. Jadi saya minta sangatlah... saya ulangi, berhati-hatilah. Macam saya sebut, kalau tawaran berkaitan dengan visa mujamalah, kita semak dulu sebab saya difahamkan dalam siasatan polis jumlahnya agak besar," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Wakil Astro AWANI membuat tinjauan jemaah haji Malaysia berkenaan penguatkuasaan pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi terhadap Visa Haji dan Kad Nusuk.
Jemaah haji Malaysia secara umumnya menyambut baik langkah-langkah penguatkuasaan ini dan memahami bahawa tindakan tegas ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kelancaran ibadah haji.
#khabarhaji2025
#jejakalharamain2025
#AWANInews
#beritahaji2025

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina semula, dan membaiki 17 kediaman yang terlibat dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Selangor, bermula minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Mohd Jamil Idris berkata projek permulaan melibatkan 11 kediaman rosak sepenuhnya dan enam rumah untuk dibaik pulih, dengan peruntukan kerajaan yang dipersetujui sebelum ini, iaitu rumah bina semula maksimum RM300,000 dan baik pulih maksimum RM150,000.
"Kita dah mula masuk ke kawasan itu dan kontraktor kita dah bagi surat lantikan kepada penduduk terlibat minggu ini, jadi dalam minggu depan mereka (kontraktor) akan mula kerja di tapak (kediaman yang terlibat). Kalau tengok data yang kita ada setakat ini 17 unit kediaman ... dan data itu mungkin akan berubah," katanya.