Astro AWANI
81.6K subscribers
47.5K photos
806 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Bekas pegawai tinggi Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah di New York pada Khamis selaku berperana penting dalam skandal berbilion dolar membabitkan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Leissner, 55, menyatakan kekesalannya dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakannya itu, lapor Agensi Reuters.

"Pertama sekali, saya memohon maaf secara tulus kepada rakyat Malaysia, saya amat menyesali perbuatan saya," katanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemain Manchester United, Amad Diallo menyatakan dia tidak menyesal dengan insiden menunjukkan isyarat lucah kepada peminat di Kuala Lumpur sambil mendakwa bahawa peminat terbabit telah menghina ibunya.

Selepas kekalahan 0-1 United dalam perlawanan persahabatan menentang ASEAN All-Stars pada Rabu, rakaman video tular di media sosial menunjukkan Amad mengangkat jari tengah kepada peminat di luar hotel pasukan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendapati penyakit kencing manis dan kadar kolesterol dalam kalangan rakyat di Kelantan telah mencatatkan peningkatan melebihi indikator purata nasional.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak 16.3 peratus rakyat di Kelantan menghidap penyakit kencing manis, iaitu peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding indikator purata nasional 15.6 peratus.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Misi "Journey to Tanah Haram" pelakon Amar Baharin dan penjelajah Grand Slam Negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagi Qobin sampai ke penghujungnya, setelah mereka selamat tiba di Masjid Nabawi, Madinah pada 10.45 pagi waktu Arab Saudi (3.45 petang waktu tempatan) pada Khamis.

Kedua-dua mereka tiba selepas berkayuh dari pekan akhir di Al Henakiyah pagi tadi sejauh 115 kilometer.

Qobin berkata, mereka bersyukur kerana berjaya menamatkan pengembaraan itu dengan selamat.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil kira keperluan serta permintaan daripada negeri-negeri dalam menentukan keutamaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menjelaskan bahawa keutamaan projek tidak ditentukan secara sendiri oleh kerajaan Persekutuan, sebaliknya diputuskan bersama dengan kerajaan negeri setelah permintaan mereka didengar dan diberikan perhatian oleh pimpinan Persekutuan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusann yang memihak kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, dan mengarahkan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff, membayar ganti rugi sebanyak RM400,000 berikutan kenyataan fitnah yang dibuatnya lapan tahun lepas.

Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Aliza Sulaiman yang membenarkan tuntutan Hannah selepas menolak hujah defendan bahawa beliau tidak mempunyai locus standi untuk memulakan saman tersebut.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Polis memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian pecah masuk sebuah sekolah agama di Bukit Jelutong, di Shah Alam baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian jenayah itu dikesan selepas tular di media sosial dan laporan telah diterima daripada timbalan pengarah sekolah terbabit pada 11 Mei lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri antara tiga individu yang ditahan baru-baru ini selepas dipercayai terlibat dalam skim penipuan pelaburan membabitkan MBI International Group (MBI).

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata, tiga suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia antara 46 hingga 58 tahun itu ditahan dalam serbuan menerusi Op Northern Star yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang antara 1 hingga 17 Mei lalu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi bayangan sudah mempunyai perancangan sebaik sahaja cutinya tamat pada 17 Jun depan.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pandan itu enggan mengulas lanjut mengenai perancangannya selepas ini, sebaliknya akan berkongsi apabila tiba masanya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Jumaat, atas dua tuduhan memperdagangkan kanak-kanak lelaki dan remaja perempuan, di kawasan Industri Senai Airport City, Disember tahun lalu.

Tertuduh, Haliza Palok, 55, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat atas tuduhan merompak sebuah kedai emas dan mencederakan seorang wanita warga emas minggu lalu.

Tertuduh, Melvin Yen Wei Shern, 29, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Zawiah Mohamad, 62, bekas guru Matematik dari Kuala Terengganu hilang deria penglihatan sejak usia 24 tahun akibat glaukoma, menzahirkan kesyukuran dipilih sebagai tetamu Allah untuk menunaikan haji.

Pernah diuji teruk, termasuk disaran gugurkan kandungan demi pembedahan mata, beliau tetap tabah dan reda.

Kini, beliau bersedia untuk Masyair sebagai duyufurrahman.

Semoga Allah memakbulkan segala doanya dan dikurniakan haji yang mabrur.

#JejakAlHaramain
#AWANInews
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jemaah terpaksa menunaikan solat Jumaat di bawah jambatan akibat kesesakan.

Pada Selasa Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdulrahman Al-Sudais, mengarahkan semua imam dan khatib di kedua-dua masjid untuk memendekkan tempoh khutbah dan solat Jumaat sepanjang musim Haji 2025 susulan cuaca panas melampau.

Semoga semua jemaah terus dilindungi dan diberi kesihatan yang baik untuk menyempurnakan ibadah.

#JejakAlHaramain
#AWANInews
#BeritaHaji2025
#KhabarHaji2025
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.

#AWANISabah+ #AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Apa ada di tanah besar Kedah? (Part 2)

La ni dah tau kan Kedah ada apa?

Cuti Sekolah? Jom ke tanah besar Kedah!

📸 Kedah bukan sekadar sawah — it’s the full package!

Udara sejuk Gunung Jerai buat hati tenang kemudian, ‘bergayut’ dari ketinggian 100 meter di Menara Alor Setar. Lepas itu kita jelajah pulau-pulau cantik macam tengah kembara dunia 🏝️

@malaysiatrulyasia & @tourismmalaysianorthern_

#AWANInews
#VisitMalaysia2026
#MalaysiaTrulyAsia
#SurrealExperiences
#ExperienceKedah
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan meninggalkan parti UMNO pada Jumaat.

Dalam hantaran di Instagramnya, beliau berkata telah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada pucuk pimpinan UMNO.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Menjelang azan Maghrib, ribuan jemaah mula memenuhi ruang Masjidil Haram, berpusu-pusu mencari tempat untuk beriktikaf, membaca al-Quran dan berzikir.

Jemaah terus bersemangat beribadat, ini bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga perjalanan rohani menuju keampunan dan reda Ilahi.

Semoga semua jemaah diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menunaikan rukun Islam kelima ini.

#khabarhaji2025
#jejakalharamain2025
#AWANInews
#beritahaji2025
What do your home’s solar panels have to do with US-China tensions?

A lot, actually.

With new tariffs coming, clean energy is caught in a global power game. And Southeast Asia is right in the middle.

#AWANIInternational
#TradeRealitiesWithSyaff

https://www.tiktok.com/@poweraffairs/video/7510024324284271893
UMNO memaklumkan belum menerima secara rasmi surat peletakan jawatan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz daripada parti Melayu itu.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO juga memandang serius niat peletakan jawatan Tengku Zafrul kerana ingin menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Angka korban akibat banjir dahsyat yang dicetuskan oleh hujan lebat di negeri Niger, wilayah tengah utara Nigeria meningkat kepada sekurang-kurangnya 88 orang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat, lapor Xinhua.

Ibrahim Isah Hussaini, ketua operasi di Agensi Pengurusan Kecemasan Negeri Niger berkata sekurang-kurangnya 67 mayat lagi ditemukan semasa operasi menyelamat yang sedang dijalankan di kawasan Mokwa, menjadikan jumlah korban meningkat daripada 21 yang dilaporkan pada Khamis.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews