Antara Aksi pemain Malaysia di Separuh Akhir Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu.
Dua beregu Negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta Man Wei Chong dan Kai Wun Tee akan bertemu di perlawanan akhir pada Ahad.
Manakala pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan tewas kepada pasangan dari China.
📷: Astro AWANI / Azrul Rafie

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan denda sehingga 100,000 riyal Saudi (AS$26,670) akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang memohon sebarang jenis visa lawatan bagi pihak individu yang menunaikan atau cuba menunaikan ibadah haji tanpa permit sah, atau yang memasuki atau tinggal di Mekah dan kawasan Tanah Suci dari 1 Zulhijjah hingga 14 Zulhijjah 1446 Hijrah.
Jumlah denda akan digandakan mengikut bilangan individu yang diberikan visa lawatan dan melanggar peraturan itu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Kementerian menyeru orang ramai agar mematuhi segala peraturan dan arahan berkaitan ibadah haji, yang bertujuan memastikan keselamatan serta kelancaran urusan jemaah dalam menunaikan ibadah.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews

Seramai 890,883 jemaah dari luar negara telah tiba di Arab Saudi bagi musim Haji 1446H setakat Jumaat (23 Mei), lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dalam kenyataan pada Sabtu, Direktorat Jeneral Pasport Arab Saudi memaklumkan bahawa daripada jumlah keseluruhan jemaah berkenaan, seramai 846,415 memasuki negara itu melalui lapangan terbang antarabangsa, 41,646 melalui pintu sempadan darat manakala 2,822 lagi tiba melalui laluan laut.
Direktorat itu turut menegaskan komitmennya untuk mempermudah proses kemasukan jemaah dengan menggunakan teknologi canggih dan menempatkan kakitangan yang memiliki kemahiran dalam pelbagai bahasa di semua pintu masuk udara, darat dan laut.

Seramai 53 jemaah haji Indonesia meninggal dunia semasa menunaikan ibadah haji tahun ini di Arab Saudi, dengan penyakit berkaitan jantung dikenal pasti sebagai punca utama, menurut Kementerian Kesihatan Indonesia pada Sabtu.
Data kementerian setakat 23 Mei menunjukkan bahawa 19 kematian berpunca daripada penyakit jantung iskemia akut dan renjatan kardiogenik.
"Kebanyakan jemaah yang meninggal dunia mempunyai sejarah penyakit jantung dan gagal mengawal tahap aktiviti fizikal mereka," kata anggota Pasukan Kesihatan Haji kementerian itu di Makkah yang diketuai Dr Agus Sulistyawati.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Data kementerian setakat 23 Mei menunjukkan bahawa 19 kematian berpunca daripada penyakit jantung iskemia akut dan renjatan kardiogenik.
"Kebanyakan jemaah yang meninggal dunia mempunyai sejarah penyakit jantung dan gagal mengawal tahap aktiviti fizikal mereka," kata anggota Pasukan Kesihatan Haji kementerian itu di Makkah yang diketuai Dr Agus Sulistyawati.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Pelajar yang memperoleh 10A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi jaminan akan mendapat tempat di dua institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pihak MARA juga turut bersetuju untuk menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar cemerlang berkenaan yang melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Beliau berkata pihak MARA juga turut bersetuju untuk menawarkan biasiswa penuh kepada pelajar cemerlang berkenaan yang melanjutkan pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan bahawa seramai 427 pelarian Rohingya mungkin terkorban di laut susulan dua tragedi bot karam berhampiran pantai Myanmar awal bulan ini ketika mereka berusaha mencari perlindungan, lapor Anadolu Ajansi.
Menurut laporan awal, seramai 514 pelarian Rohingya dipercayai menaiki dua buah bot. Bagaimanapun, butiran masih dalam proses pengesahan, menurut UNHCR dalam satu kenyataan.
Bot pertama dipercayai membawa 267 orang. Lebih separuh daripada mereka dilaporkan meninggalkan kem pelarian di daerah Cox's Bazar, tenggara Bangladesh, manakala selebihnya dari Negeri Rakhine, Myanmar.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menurut laporan awal, seramai 514 pelarian Rohingya dipercayai menaiki dua buah bot. Bagaimanapun, butiran masih dalam proses pengesahan, menurut UNHCR dalam satu kenyataan.
Bot pertama dipercayai membawa 267 orang. Lebih separuh daripada mereka dilaporkan meninggalkan kem pelarian di daerah Cox's Bazar, tenggara Bangladesh, manakala selebihnya dari Negeri Rakhine, Myanmar.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Malaysia memperuntukkan kira-kira RM3 bilion bagi Projek Penambahbaikan Muara Sungai Golok, satu inisiatif strategik rentas sempadan dengan Thailand yang bertujuan mengurangkan risiko banjir, melindungi komuniti setempat dan memperkukuh keselamatan negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan memulakan pelbagai langkah komprehensif sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Thailand.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata jumlah keseluruhan pembiayaan projek itu--termasuk program tebatan banjir dan pembinaan tembok keselamatan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN)--dianggarkan bernilai sekitar RM3 bilion.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerajaan memulakan pelbagai langkah komprehensif sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan Thailand.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata jumlah keseluruhan pembiayaan projek itu--termasuk program tebatan banjir dan pembinaan tembok keselamatan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN)--dianggarkan bernilai sekitar RM3 bilion.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia pada Ahad bagi memperkukuh kerjasama strategik menyeluruh dan mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Kementerian Luar dalam kenyataan pada Sabtu berkata lawatan itu diadakan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di ibu negara Malaysia.
Ini merupakan lawatan pertama Chinh ke Malaysia sejak beliau dipilih sebagai Perdana Menteri Vietnam pada April 2021. Beliau akan diiringi isterinya Le Thi Bich Tran serta Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Bui Thanh Son dan beberapa pegawai kanan lain.

Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengecam tindakan Israel yang terus mengenakan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza, dan menyifatkannya sebagai satu jenayah perang.
Penolong Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Negara Teluk (GCC) bagi Hal Ehwal Politik dan Rundingan Dr Abdel Aziz Abu Hamad Aluwaisheg berkata Israel menggunakan sekatan tersebut untuk mempengaruhi hasil politik dan telah menyebabkan kebuluran serius dalam kalangan rakyat Gaza.
"Mereka (Israel) cuba melakukan pembersihan etnik di Gaza; ini merupakan jenayah perang," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Penolong Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Negara Teluk (GCC) bagi Hal Ehwal Politik dan Rundingan Dr Abdel Aziz Abu Hamad Aluwaisheg berkata Israel menggunakan sekatan tersebut untuk mempengaruhi hasil politik dan telah menyebabkan kebuluran serius dalam kalangan rakyat Gaza.
"Mereka (Israel) cuba melakukan pembersihan etnik di Gaza; ini merupakan jenayah perang," katanya.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com
#AWANInews
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama delegasi ketika Mesyuarat Asean Economic Community Council (AECC) ke-25 sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan GCC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur.
📸 : Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan memuji usaha Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyatukan pendirian ASEAN berhubung isu Myanmar serta mengekalkan saluran komunikasi langsung dengan pihak berkepentingan utama di negara berkenaan.
"Saya memuji Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim kerana menyatukan pendirian ASEAN dan mengekalkan hubungan langsung dengan Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG)," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu (24 Mei).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
"Saya memuji Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim kerana menyatukan pendirian ASEAN dan mengekalkan hubungan langsung dengan Majlis Pentadbiran Negara (SAC) dan Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG)," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu (24 Mei).
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh tiba di sini malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan di Kuala Lumpur.
Pesawat khas yang membawa Chinh, isterinya, Le Thi Bich Tran dan delegasi Vietnam tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11.55 malam.