Astro AWANI
81.7K subscribers
47.5K photos
800 videos
58 files
171K links
Channel telegram rasmi Astro AWANI...


Ikuti kami di grid.astroawani.com
Download Telegram
Logo rasmi sempena Kepengerusian ASEAN - Malaysia 2025 kini menghiasi pelbagai lokasi di sekitar ibu negara.

Bunga kebangsaan iaitu bunga raya dipilih sebagai motif utama logo Malaysia untuk Kepengerusian ASEAN 2025.

Logo rasmi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 merangkumi empat warna iaitu merah, putih, biru serta kuning yang melambangkan semua negara anggota ASEAN.

Reka bentuk logo mencerminkan naratif Malaysia Madani berteraskan enam perkara iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan; serta Ihsan.

Ia direka oleh Muhamad Khalis Syafiq Mohamad Nasir, yang menjadi pemenang pertandingan logo ASEAN yang diadakan awal tahun ini.

#myasean2025
#kualalumpurmalaysia
#AWANInews

📸 : ABDUL WAFI NORAZMI
Tiga rakyat Malaysia telah dianugerahkan ‘World No Tobacco Day Award’ oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa sesi pembukaan Perhimpunan Kesihatan Sedunia tahunan baru-baru ini.

Penerima anugerah berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noraryana Hassan dan Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Profesor Madya Dr Murallitharan Munisamy.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Kes COVID-19 di Thailand meningkat kepada 33,030 minggu lalu, dengan lebih 6,000 kes dilaporkan di Bangkok, menurut Jabatan Kawalan Penyakit Thailand.

Jabatan itu memaklumkan bahawa kes dicatat antara 11 hingga 17 Mei adalah lebih dua kali ganda berbanding 16,000 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup minuman keras tidak bercukai menggunakan van sekolah gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan parkir Taman Sri Gadong, Klang dekat Kuala Lumpur, pada Isnin.

Komander PPM Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata serbuan oleh Unit Risikan Marin Markas Operasi (MO) PPM Pelabuhan Klang pada kira-kira 12 tengah hari itu mendapati seorang lelaki berusia 26 tahun sedang memindahkan kotak minuman keras dari sebuah lori ke dalam van jenis Toyota Hiace tertera 'Bas Sekolah' di lokasi berkenaan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Pemandu lori yang menghadapi pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Teluk Intan pada Selasa atas pertuduhan mencuri dua ekor lembu, bulan lepas.

Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memindah hantar yang disedari sebagai harta curi, iaitu seekor lembu jantan warna hitam baka KK Cross dan seekor lembu jantan warna putih baka Brahman milik Rozali Ismail, 66, dari tempat asal iaitu di kebun Kampung Sungai Keli, Hutan Melintang di Teluk Intan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hadir ke Pelancaran Liga Sepak Takraw (STL 2025) di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur hari ini.

FOTO Astro / @azrul_rafie

#AWANInews
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menandatangani empat kontrak dengan syarikat tempatan dan luar negara, dengan nilai keseluruhan RM1.469 bilion pada Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25), di Langkawi pada Selasa.

KDN dalam kenyataan memaklumkan majlis menandatangani dokumen itu, melibatkan empat dokumen kontrak serta penyerahan surat setuju terima (LOA) dan surat niat (LOI) bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan bawah KDN.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan RIBAT, kenderaan taktikal ringan mobilti tinggi (HMLTV) pertama pada Selasa yang direka dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, MILDEF International Technologies Sdn Bhd (MILDEF).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata ia dibina dengan spesifikasi untuk rondaan dan konvoi serta operasi khas yang menepati piawaian antarabangsa.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menitahkan penajaan 1,000 jemaah haji dari kalangan keluarga syahid, tahanan dan mereka yang tercedera dalam kalangan rakyat Palestin untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Penajaan itu merupakan inisiatif perbelanjaan peribadi baginda di bawah Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci bagi Haji, Umrah dan Ziarah yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan.

Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan merangkap Penyelia Umum program, Sheikh Dr Abdullatif Al Alsheikh menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Salman dan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri, Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud, atas keprihatinan dan kemurahan hati kepimpinan tertinggi negara itu.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Sebanyak 66,825 aduan konflik manusia dengan hidupan liar direkodkan sejak 2020 hingga tahun lepas membabitkan kerugian RM46.5 juta.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peningkatan ketara itu melibatkan spesies haiwan seperti kera, gajah, babi hutan, Harimau Malaya dan tapir.

Beliau berkata di Johor sahaja 7,996 aduan dicatatkan dengan jumlah kerugian RM6.88 juta.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Perdebatan kehadiran pemain warisan menjadi sebahagian skuad bola sepak Harimau Malaya masih belum mampu dinoktahkan, ramai risau ia akan melemahkan bakat bola sepak tempatan.

Bagaimanapun Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata perkara sedemikian tidak sepatutnya menjadi isu kerana pemain warisan turut mempunyai latar belakang rakyat Malaysia.

Ini kerana syarat ditetapkan adalah salah seorang ibu bapa pemain terbabit perlu memiliki kerakyatan Malaysia.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
Menteri-menteri luar dari lebih 20 negara termasuk Jerman, Perancis dan Britain menggesa Israel membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza sepenuhnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Kami mengambil maklum mengenai petunjuk berlakunya penyambungan semula bantuan secara terhad, namun Israel telah menyekat kemasukan bantuan ke Gaza selama lebih dua bulan.

"Bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas sudah habis. Penduduk Gaza berdepan kebuluran. Mereka mesti menerima bantuan yang amat diperlukan," menurut kenyataan bersama yang disiarkan pada Isnin.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews